Bandar Baru Bangi
Bandar Baru Bangi (BBB) ialah sebuah perbandaran serba baru (obviously) yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sejak awal tahun 1990-an lagi (mungkin lebih awal).
Kalau dulu, Bangi terkenal kerana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), namun kini dengan wujudnya Bandar Baru Bangi, pelbagai kemudahan dan prasarana lain yang sinonim dengan Bangi dan penduduknya.
Secara peribadi saya lebih gemar ke Bandar Baru Bangi berbanding ke Kajang atau ke Kuala Lumpur jika ingin “mencari” apa-apa. Hatta untuk mendapat rawatan perubatan pun, saya lebih selesa untuk ke Bandar Baru Bangi. Bukan tiada klinik yang lebih dekat dengan taman perumahan saya (Cheras Jaya, Balakong), namun saya lebih gemar ke sana.
Pun begitu, saya masih tidak terdetik untuk tinggal di BBB kerana prasarana yang serba lengkap menyebabkan peningkatan kadar penduduk, kesesakan lalulintas dan sebagainya. Saya lebih “bahagia” tinggal di Balakong, yang pernah mendapat jolokan “kawasan jin bertendang”, “tempat jual jamban” dan macam-macam lagi oleh kawan-kawan saya hehehe..
Sejak tahun lepas, anak-anak saya mula bersekolah di sekolah rendah Islam (SRI) Ayesha di Bandar Baru Bangi. Bermulalah rutin baru bagi isteri saya setiap hari (memandangkan dia memandu dan saya lebih gemar bermotosikal kerana hobi dan praktikal ke sana sini).
Pada mulanya, tidak terasa sulit untuk menghantar dan mengambil anak-anak, kerana perjalanan ke Bangi adalah sehala untuk ke tempat isteri saya bertugas. Namun akhir-akhir ini, agak sukar pula bila sekolah menetapkan anak-anak perlu diambil sebelum pukul 6.00 petang. Kadangkala ada mesyuarat di pejabat yang bermula pukul 4.30 dan tamat jam 6 petang, jadi kelam kabut pula untuk menjemput anak-anak di sekolah.
Setelah berbincang panjang lebar, kami memutuskan untuk mencari rumah di Bandar Baru Bangi untuk memudahkan persekolahan anak-anak diuruskan dengan lancar (ada bas sekolah). Nak buat rumah sendiri di tanah yang dibeli di Teras Jernang, belum diputuskan lagi. Jadi pilihan sementara ialah mendapatkan rumah yang sesuai di Bandar Baru Bangi.
Kalau ada sesiapa yang ingin menjual rumah teres 2 tingkat di seksyen 8, atau 9 atau 4 atau 7 bolehlah hubungi saya untuk berbincang. Harap-harapnya “within my budget”, kalau tidak, kenalah kami bersabar dengan keadaan sekarang.
Update: dah tak cari dah rumah di bandar baru bangi
demo cerito pasal BBB, teringat kawe pasal terlepas rumah teres 2 tingkat org mau jual harga rm190k, keluasan 20×70.. kat seksyen 8.. masa tu jahil lg pasal hartanah lg.. menyesal xdok guno. harga rumah tu skrg rm250k. hehehehe
tu la pasal.. kawe mulo ada pilihan nak beli di balakong atau BBB. haha senae2 kalu refinance tahun ni dapat extra 100K.. huhu.. takpo rezeki Allah buwi kot lain
buwi kak teratak.. heheh
faris.. hahahaha… tengah2 malam tu
bang dodi.. dpt dah ker rumahnyer??
atok, tak jadi pindah ke Bangi.. stay kat balakong lagi hehe..
salam,
saya ada plan nak antar anak kat SRI Ayesha BBB. Apa pendapat anda ttg sekolah dan sistem education sek. nie? How about cikgu2?
Pn. haslina, so far sekolah Sri Ayesha ni sesuai dengan anak2 saya. Diaorang seronok dan belajar banyak benda baik dari segi akademik dan kerohanian. Cikgu2 dedicated, cuma saya tak pasti dari segi apa kriteria pemilihan guru di sekolah tu.
Yang ketara, anak2 senang nak solat, baca Quran dan buat homework. Kita perlu monitor dan beri galakan. nampak lebih mudah dibentuk. Apa2pun boleh jumpa pengetua (Pn. Azizah) untuk berbincang terlebih dahulu, sebab agak costly bayaran bulanannya (kalau hantar ramai anak kat situ, dia bagi discount 10% for next child).
nak tanya sikit. ok tak sekolah di sri ayesha…
sri ayesha ni private school, so kalau parents sanggup take responsibility kalau anak kita tak sesuai ikut stail tuition diaorang then, OK lah. Belajar kat mana-mana saya rasa sama saja, tapi di sri ayesha, pendekatan dia ambik concept khalifah – boleh search di google. Untuk sekolah rendah, dia blend antara academic sylabus (KBSR) dan islamic studies (arabic, tahfiz, fardhu ain, etc..etc.). Elok jumpa dengan pengetua (pn. azizah) untuk discuss dan tanya lebih lanjut sebelum buat decision, jangan dengar cakap orang. TQ sudi singgah di sini.
THANK YOU
Salam.. sama lah anak kita di Sri Ayesha.. saya pun mghantar anak kat situ atas kepentingan peribadi sebarnya.. hehe .. sbb dia masuk skolah kol 8.00 am and dah integrate ngan KAFA.. jadi sy x perlu fikir pasal anak nk transit kat mana utk skolah kebangsaan n skolah agama.. tp betul la.. bila dah kena ambil anak by 6.00pm tu.. agak masalah jugak la.. dari segi cikgu tu rasanya bergantung pada individu cikgu tu sendiri.. sy ada beberapa org kwn sekerja yg hantar anak di situ.. dan we all boleh compare 1 cikgu with another cikgu yg mgaja level yg sama.. itu lah.. x boleh nk generalise. mcm encik md kata la.. skolah kat mana2 pun sama.. cuma kita kne faham, mcm mana nk support cikgu utk ajar anak2 kita coz tu tanggungjawab kita sbrnya.. tapi ape2 pun.. saya mmg suka dok kat BBB ni..
buat masa ni mmg convenient la utk kami sekeluarga..
salam ada tak sapa2 yg tahu alamat penuh sek sri ayesha
Pn. mahani… full address tak ingat, maybe boleh call office sri ayesha – 03-8926 8951. Lokasi sekolah ni dekat Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.
dah dok bangi rajin2 la ke mesjid/surau bangi, amat banyak pengisian rohani yang telah siap di edarkan pada para jemaah.
surau yang terletak di bangi kebanyakannya aktif dlm menjalankan pengajian ilmu Allah kepada penduduk setempat, tetapi malang, hanya golongan tua dn veteran shj yang berminat, sementara anak muda masih mencari idola dan identiti diri sendiri.
disini saya sertakan jadual pengajian untuk di imarahkan oleh sahabat di luar sana.
http://laman-annur.blogspot.com/
link pengajian yang telah direcordkan: http://www.mymaktabaty.com/