Loan Percuma Untuk Anak

This entry was posted by Thursday, 9 July, 2009
Read the rest of this entry »

OK murid-murid hahaha.. hari ni kita belajar matematik pulak. Memandangkan matematik dan sains akan kembali diajar dalam Bahasa Melayu (atau bahasa Ibunda masing-masing), cikgu harap murid-murid boleh faham kisah ni..

Opps berangan jadi cikgu pulak huhu..

2 hari lepas,  aku dapat 1 email dari seorang “senior” dalam mailing list alumni sekolah Teknik Kuantan. Dia dok cerita kepayahan dia nak sara anak-anak yang nak masuk Universiti. Dia kata, kalau boleh PTPTN releaselah loan tu cepat sikit. Sengkek mak bapak yang tak mampu nak biaya pendidikan anak-anak kat U tu.

Aku rasa macam nak balas email tu, nak share dengan “abang” tu pandangan aku. Tapi macam malas pulak nak karang email panjang2, lagipun pandangan aku tu mungkin tak best pun (alasan..haha)

Kalau korang lah dalam situasi abang tu, apa option yang ada untuk sara kos pendidikan anak-anak dia selain dari mohon bantuan PTPTN atau penaja lain?. Gadai gelang?. Gadai tanah? Jual kereta? Jual rumah? Jual baja?

Hehe. macam juruukur boleh la jual baja taik ayam, pasal dia bela ayam. Macam kita? baja apa yang ada..huhu..

OK, pada “pemandangan” (pandangan) aku, kita boleh cipta “loan” kita sendiri untuk anak-anak kita yang akan masuk U. Bagi yang dah ada caruman insuran pendidikan atau simpanan kat bank untuk anak-anak tu pun bagus. Teruskan mencarum.

Contoh yang aku nak cerita ni mungkin sesuai untuk pasangan yang masih muda dan anak-anak majoriti masih lagi di alam persekolahan. Yang dah veteran pun boleh jugak, kena ubahsuai sikit je teknik ni.

Kita tau pelaburan dalam bidang hartanah adalah antara cara best untuk kita generate passive income. Kita beli (dari auction atau sub-sale) pada harga yang murah (di bawah harga pasaran) dan kita boleh jual semula kepada pembeli pada harga pasaran.

Ataupun, hartanah tersebut kita boleh sewakan dan duit kutipan sewa boleh digunakan juga untuk membiayai bayaran bulanan pinjaman kita dengan bank. Biasanya, bila hartanah tu kita beli bawah market value, sudah tentu loan dia murah kan, so ada la untung sikit lepas tolak loan bank.

Sedar tak sedar, hartanah-hartanah yang kita kumpul tu juga boleh dijadikan pelan pembiayaan pendidikan anak-anak kita. Macam mana pulak tu?..

Katakan 10 tahun akan datang, anak (atau anak-anak) kita dah mula nak masuk U. Masa tu katakan dah takde dah biasiswa, melainkan kepada pelajar yang super-cerdik dan ultra bijaksana saja. Apa jadi dengan murid yang average Mat (Joe) saja?. Kesian kat diaorang kan. Kos nak masuk degree di Universiti swasta dalam negeri sekarang dalam harga RM60K.

Katakan 10 tahun lagi kos dia dah jadi RM200K. Mak aiii, banyak tu. Mana nak cekau duit banyak tu kalau tak buat loan kan. Kalau anak sorang je, maybe ada la kot simpanan kita dari KWSP ke, tabung haji ke, bawah bantal ke. Tapi kalau anak 5 orang macam aku?..hahaha.. parah tu.

Sebab tu, rumah-rumah yang kita ada boleh menyelamatkan keadaan. Katakan kita beli low cost dengan harga RM60K hari ni. Loan bulan2 dalam RM300. Rumah tu kita sewakan RM450. RM150 masuk kocek (woi!.. simpan bank/ASB/tabung haji/beli emas la woi..haha).

Lepas 10 tahun, tibalah masanya anak kita jumpa kita cakap “Abah, saya dapat offer U ABC ni.. tapi kos dia macam nak beli kepala kapal terbang. Camne ni bah?”. Masa tu, kita buat la lakonan sikit. “Emmmm… banyak jugak tu ye“. Slow-slow kita susun ayat. “takpelah, nanti abah ikhtiarkan” .

Kalau anak yang dah dilatih main Cashflow101 dari kecik, dia sure tau dari mana bapak dia nak dapatkan duit.  Tapi bagi anak-anak yang tak tau, korang bolehlah buat “surprise” kat diaorang. Takyah apply loan PTPTN pun still boleh masuk U.

Masa ni kita boleh refinancekan rumah-rumah kita tadi (home flexi ke apa ke), atau jual je pun leh dapat berpuluh-puluh ribu profit. Duit tu dah boleh cover setahun dua pengajian dia sebelum kita “cairkan” aset-aset lain.

Simpan rumah banyak-banyak tapi takleh digunakan untuk tujuan baik macam pendidikan anak-anak pun buat ape ye tak?. So sebaik-baiknya, bila korang dapat je anak baru, lepas azan dan iqamat, terus gi bid rumah auction satu lagi hahaha… ye la.. katakan umur 17 tahun dia masuk U, ko ada masa 17 tahun untuk pegang aset tu untuk “up”kan value dia. Best ke tak best?

So kalau ada 5 orang anak, at least korang kena ada 5 low cost flat. Lagi bagus ada medium cost. Lagi super bagus ada condominium! wow!, memang takyah takut pun kalau anak nak sambung study ke oversea. Anak bapak!!!..

Satu lagi, itu pasal elok kawin cepat2 hehehe.. bila anak-anak besar, umur kita masih muda (kalau Allah bagi umur kita panjang), still boleh buat refinance sebelum umur 65tahun/70 tahun.. wow! power root!.

Paham kan?.. best la anak-anak takyah pening bayar loan PTPTN bila dah abis belajar. Kalau dia “anak bertuah”, kalau dah kerja tu, tolong-tolong la setelkan loan refinance rumah kita tu tadi hahaha..

Jom diskas kasi mantop lagi idea ni.. rasa2 boleh beat insuran pendidikan tak?.. kalau boleh beat, takde insuran pendidikan pun takpe lah.

Sharing is caring.. :)

10 Responses to “Loan Percuma Untuk Anak”

  1. haha…
    ank pompuan ko tu eL aku rase xyah rumah.. psl bapak dia akan cari menantu yg byk rumah. haha..

    klo nk lg secure.. apply loan BSN.. leh buat 2 generasi mean.. klo yg veteren tu.. let say dah umur 45.. loan leh buat 15 tahun jer.. buat 2 nama.. letak nama ank tu skali.. haha.. so, abis je 15 tahun c ank akan sambung loan tersebut.. terus refi nama dia.. dpt extra cash.. haha
    loan sape bayar? tenant jugak bayarkan… terima kasih tenant.. haha
    (kasi la ckit sagu hati kat tenant bile raye nnt psl tolong kita sekeluarga bayarkan loan.. huhu)

  2. eL

    fuh…sama idea..1 anak 1 rumah…anak perempuan kene up lagi sket..dana kawin skali..haha..kopak nak tanggung kos belanja kawin nanti

  3. mmg ini la objektif pokli beli rumah lelong banyak2…ada ada 3 org baru…

  4. md

    @faris: biasa jugak aku dengar orang cakap, lecehlah lah beli rumah untuk buat sewa. Silap gaya jerat diri sendiri – penyewa tak bayar, loan tertunggak. Aku rasa, kes macam tu terjadi sebab tak buat kajian sebelum membeli dan cara manage tenant yang tak berapa betul. Kalau semua orang takut, memang lagi terbuka luas opportunity kepada yang “berani” macam korang ni..haha..

    Sebab tu, kita tengok ramai rakan2 dari geng PMC dok share cerita2 dan kisah2 benar pengalaman mereka invest. Kalau ikutkan, takyah cerita lagi bagus kan, sebab boleh “kaut” keuntungan puak-puak diaorang je. Tapi apa gunanya ilmu kalau tak disebarkan, tak luak pun, lagi kita share, lagi “banyak” masuk.

    Berbalik pada fenomena takut invest dalam property (kena korek la sikit ilmu nak invest dengan betul) untuk macam2 tujuan (antaranya fund pendidikan anak2), orang kita tak kisah pulak “spend” guna credit card sampai habis limit dan bayar minimum payment saja bolan2. Sedangkan interest credit card jauh berganda lebih tinggi dari bayaran bulanan loan rumah. Boleh pulak kan, sedangkan itu menjerat leher sendiri tanpa apa2 pulangan jangka masa panjang. Tu belum masuk yang sanggup potong gaji hampir separuh untuk bayar loan kereta canggih.

    Banyak lagi contoh2 penggunaan duit ke tempat yang tak sepatutnya, tapi yang paling penting kat sini, macam mana kita nak maximisekan peluang yang ada dengan dana yang terhad. Sorry la kalau statement aku ni buat orang terasa, tapi aku just beri pandangan untuk kita semua bukak mata dengan realiti hidup hari ni.

  5. Ramai orang, beranggapan proses mencairkan asset untuk mendapatkan cash memakan masa, sedangkan proses mencairkan cash dari insurans pendidikan, asb dll lebih mudah. biarkan mereka. Mereka lebih sesuai menjadi penyewa kepada tuan2 rumah yang akan menjana passive income kepada tuan2 rumah, dan kurang persaingan dari kalangan mereka ini. Hehehheh.. ada banyak cara yang boleh di gunakan untuk mencairkan cash.. from time to time. Usaha untuk menjana simpana sehingga 1-2 juta bukan boleh siap 1-2 tahun. mungkin 10-20 tahun. By that time kita dah boleh prepare fund untuk pendidikan anak2 kita.. konsep refinance.. jual rumah.. beli lagi rumah.. jual lagi rumah.. beli lagi.. top up od.. simpan cash2 tersebut dalam asb.. over the time.. kita akan ada cash.. kita tetap akan ada rumah2 sewa.. dan ada fund untuk membiayai anak2 kita.. ada fund untuk kita bersara awal.. ada masa untuk diri sendiri.. ada masa untuk keluarga.. yang penting, masa muda2 ni.. kerja keras dulu.

  6. md

    @haji hussein rockers malaya: kalau bukan kita mak bapak yang plankan awal2, sapa lagi ye tak?.. harap2nye dengan best education, diaorang dapat jadi “orang” bukan hantu!.. tapi kalau duit kureng, camne nak sponsor diaorang belajar ye tak.

    @kayzen: esei ni untuk subjek hikayat keshflo wan-O-wan..huhu

  7. hahaha.. idea kito samo la… best kawe baco esei spm demo nih…

  8. Meet Haji Hussein

    Yea betul. Itu semua dah ada dalam pala otak aku. Tengah tunggu rolling duit nak tambah collection rumah…. So next 15 years frm now kalau anak aku nak ke obersee no problemlah.

  9. md

    @Wida
    Wida.. haha..awak super-cerdik, cepat paham. Harap tunang awak pun baca dan terus ajak awak kahwin minggu depan.. huhu..

  10. Haha.. baca semua ok dah.. skali sampai part kawin cepat tu.. dalam hati.. *alamak.. aku belum kawin lagi* hahaha…

    terima kasih atas posting ni uncle..


Leave a Reply