Kisah Imam Terawih Tahfiz
Masjid qariah perumahan aku sejak 2-3 tahun lepas memang akan ada hafiz yang akan imamkan solat sunat terawih. Yang bestnya imam hafiz ni, bukan saja lancar bacaannya, tapi taranum dan tempo bacaannya juga sedap didengar.
Sebab tu, makmum rasa seronok kalau ada imam tahfiz waktu solat terawih. Kebanyakan imam tahfiz ni pulak, rata-rata pelajar madrasah atau pusat pengajian ilmu Islam di merata Asia. Ada yang sedang belajar di India, ada yang belajar di Syria, ada yang datang dari Selatan Thai dan sebagainya.
Mereka mengambil kesempatan bulan ramadhan untuk menyempurnakan hajat masjid-masjid terutama di bandar-bandar untuk mengimamkan solat terawih qariah tersebut.
Seperti jugak tahun-tahun lepas, bila sampai tempoh imam tahfiz ni nak balik ke tempat masing-masing, wakil pegawai masjid akan umumkan kepada ahli qariah yang berkemampuan untuk menghulurkan sumbangan ikhlas kepada imam tahfiz ni bagi meringankan beban kewangan mereka untuk meneruskan pengajian mereka.
Aku fikir, cara ni lebih sopan dan tertib berbanding dengan menunggu di depan pintu bank atau kedai dengan memegang risalah tujuan mengumpul derma.
Bukan apa, banyak fitnah yang kita dengar akhir-akhir ni tentang orang yang meminta derma. Kalau kita was-was dengan golongan ini, jangan sampai kita menghina, mencaci atau mengherdik mereka. Sebab kita tak tau, mungkin mereka benar2 memerlukan, tetapi penampilan mereka agak mencurigakan. Tak pasal-pasal berdosa kita dengan sikap kasar terhadap mereka.
Kena ingat satu je, tangan yang di atas adalah lebih baik dari tangan yang dibawah. Maksudnya, bersedekah dan memberi kepada yang memerlukan amat-amat disyorkan oleh syarak.
Dalam pada kita mencari peluang untuk menambah pendapatan sampingan dari pelbagai cabang portfolio pelaburan, jangan pula kita lupa tanggungjawab berzakat, bersedekah dan menginfakkan sebahagian harta dan pendapatan yang kita dapat kepada golongan yang berhak. Zakat dan sedekah membersihkan harta yang kita ada, juga menyuburkan lagi harta tersebut.
Kalau kita percaya akan konsep ini, nescaya kita takkan rasa “rugi” melunaskan tanggungjawab tersebut. Tambahan di bulan ramadhan ni, kalau kita berzakat dan bersedekah denganĀ penuh rasa ikhlas, ganjaran yang kita dapat berlipat-lipat ganda.
Hanya 3 perkara saja yang akan kita tinggalkan apabila mati nanti. Anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat kepada orang lain, dan sedekah jariah yang kita lakukan sepanjang kita hidup.
Saki-baki ramadhan yang tinggal ni, harapnya kita dapat sama-sama tingkatkan amal ibadah agar tak terlepas dari ganjaran yang dijanjikan Allah swt. Bagi yang dah nak bercuti panjang sempena hari raya, pastikan perancangan balik beraya dilakukan dengan baik, takyah terburu-buru di jalan raya, dan semoga selamat pergi dan balik hendaknya.
Di kesempatan ni jugak, aku nak mohon ampun maaf, kalau ada tersilap kata dan bahasa dalam tulisan-tulisan aku kat blog ni, mahupun yang terkeluar sewaktu bercakap secara lisan. Harap semuanya dimaafkan.
Selamat hari raya Idulfitri, Maaf zahir dan batin.

uncle.. tersentuh bila baca blog uncle.. he he he
apa pun.. kita teruskan usaha.. kita angkat martabat agama.. kita julang martabat bangsa.. hu hu hu..
Selamat Hari Raya Eidul Fitri & maaf zahir & batin juga jika ada salah & silap sama ada disengajakan ataupun tidak. Sama2lah kita mengangkat martabat agama ini & penganut2nya & membantu insan2 yang memerlukan inshaAllah. Moga Tuan sentiasa beroleh rahmat & berkat dariNYA