Archive for January, 2010

FCPO Trading

Posted by on Thursday, 28 January, 2010

Aku nak cerita sikit pasal investment portfolio yang aku tengah dok experiment sekarang. Actually bermula tahun lepas lagi aku dah main benda alah ni. Cuma tak serius sangat, sebab tak cukup pengetahuan dan pengalaman untuk trade.

Investment ni dipanggil Futures Crude Palm Oil (FCPO), pasaran hadapan minyak sawit mentah. Kalau korang refer posting aku pasal “Kisah Sawit Dulu dan Sekarang” ada aku cerita serba sikit camne aku boleh “terjebak” dalam investment ni. Investment FCPO ni adalah syariah compliance menurut Security Commission (SC) Malaysia. So, boleh trade tanpa was-was. Biasanya, kita yang beginner ni kena masuk kelas belajar tentang asas FCPO (atau disebut juga CPO). Dari situ, kita akan didedahkan dengan cara memahami simbol, indicator, graf, analisa teknikal dan fundamental, juga do’s and don’ts as a trader.

Aku fikir, kelas asas FCPO ni is a must! bagi yang nak berjinak-jinak dalam FCPO trading ni. Kalau tak, mungkin bahaya untuk anda yang masuk tanpa pengetahuan yang mencukupi. Bukan apa, FCPO ni antara high risk investment. Boleh untung, dah boleh juga rugi. Zero sum game. Tak menjanjikan keuntungan yang pasti, malah boleh meleburkan kesemua modal kita sekelip mata kalau silap hari bulan.

Dia bukan sama macam beli saham di stok market biasa, kita beli masa saham murah dan jual balik bila harga saham tu dah naik. Berbeza. Kalau yang suka main Forex, asas dia hampir sama. Tapi aku tak pernah main Forex, so aku takleh bagi ulasan lebih tentang persamaan dan perbezaan antara kedua-dua instrumen pelaburan ni.

Siapa yang anjur kelas asas belajar FCPO?. Kawan-kawan kita jugak. Antara yang aku sendiri rekemen ialah sifu Putra (Nazman). Dia yang ajar dan introduce aku pada FCPO ni dulu. Thanks a lot bro. Jasamu dikenang. Selain dari tu, ada lah lagi beberapa kawan-kawan lain yang dah lama main FCPO yang boleh ajar kita once dah ada asas.

Modal permulaan untuk 1 lot sekarang ni dalam RM5,500 (nilai ni berubah-rubah dan ditentukan oleh Bursa Derivatif Malaysia – MDEX). Lepas tu, elok juga kita top-up lebih sikit untuk prepare “buffer” for margin call, let say dalam RM1,500 gitu. Lepas tu bolehlah kita pilih Future Broker Representative (FBR) yang akan tradekan order kita nanti. Buat masa ni, kita takleh trade sendiri guna real-time software macam Bursa Malaysia, maybe in future kot.  Software yang ada hanya untuk kita tengok graf dan indicators, so, setiap kali kita nak buat order, kena call FBR kita.

FCPO ni aku fikir sesuai kalau kita ada lebihan duit yang kita sanggup hilang (the money that you willing to lose). Bukan maksud dia kita tak sayang duit, tapi duit yang kita sanggup laburkan untuk belajar teknik-teknik trading sampai pandai dan cekap. Objektif ni penting untuk kita minimakan risiko kerugian bila kita ingin menambah lot-lot pegangan dalam trading akan datang. Seandainya kita kekurangan modal, lebih baik fokus pada portfolio pelaburan lain yang lebih kurang risiko dan boleh dijangka pergerakannya. Saham dan stock market ni untuk mereka yang ready dari mental dan kewangan sahaja.

Yang paling mencabar sekali bila trade FCPO ni masa kita nak park order. Kita tak boleh predict apa akan jadi dengan pasaran waktu kita nak masuk. Hanya petunjuk-petunjuk (indicators), fundamental news, dan analisa teknikal (TA) yang dapat membantu sedikit sebanyak untuk kita buat keputusan. Semua ni akan ambik masa untuk seseorang tu benar-benar mahir membaca indicators dan memasuki pasaran pada masa yang tepat. Proses ni juga dipanggil “back test” atau “paper trade”. Bila kita dah serasi dengan indicator-indicator yang dapat memberikan keputusan yang paling baik, barulah mudah untuk kita mengharungi cabaran investment FCPO.

Kemahiran membaca graf (chart), menggunakan indicators dan mengagak pergerakan pasaran dapat membantu kita dalam membuat order yang tepat. Disamping tu, jangan bersikap tamak haloba bila nak kaut untung. Just set berapa profit margin yang kita nak, once triggered, keluar dari market.yang paling kita takuti ialah market tidak seiring dengan petunjuk yang kita gunakan. Di sini kita kena set “cut loss” untuk minimakan risiko kerugian. Tak guna melawan trend pasaran, semata-mata “percaya” market akan kembali berubah mengikut prediction kita. Sebab tu orang sakit jantung, lemah semangat dan hypertension tak dinasihatkan main FCPO hehehehehe..

Disiplin trading ni kita kena develop seiring dengan emosi dan keupayaan berfikir secara waras. Kalau ada sifat geram, nak balas dendam dan tertekan, lebih baik kita tunggu sampai semua tu reda dulu sebelum masuk kembali membuat trade. Market bukan buka sehari je, tak best hari ni, esok masih ada. Yang penting modal kita yang diperuntukkan untuk trading masih ada. Kalau habis modal tu, maknanya kita kena masuk kelas balik atau bincang dengan kawan-kawan di mana silapnya teknik yang kita guna pakai. Jangan malas untuk belajar dan perbaiki kesilapan.

Bestnya pasal FCPO ni, kalau kita dah pandai dan cekap dengan teknik-teknik yang dipelajari, dengan 1 lot sahaja, kita mampu untuk jana pulangan yang memberangsangkan. 1 point dalam FCPO bersamaan RM25.00. Jika kita berjaya mendapat untung sebanyak 4 points sehari, bermaksud RM100 telah kita perolehi. Perlu diingat, komisen FBR perlu ditolak dari jumlah keuntungan tersebut (komisen berbeza-beza antara FBR, antara RM25~RM50, bergantung). Jadi anda boleh congak sendiri berapa target untuk dicapai sebulan dari portfolio pelaburan ini.

Cuba tengok graf kat bawah ni, inilah antara perkara-perkara yang kita kena perhatikan setiap kali sesi bermula. Bukan mudah seperti yang disangka. Semuanya memerlukan pengetahuan, pemerhatian, fikiran yang tajam dan gerak naluri (instinct) yang tepat. Pendek kata, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Takut nanti tenggelam tak jumpa kubur….eeeeiiiiii… mintak dijauhkanlah :)

FCPO Chart (** updated on March 2010)

So far, aku masih dalam posisi loss!. Untung sekali-sekala, loss berkali-kali kala…heheheh.. Tapi aku dah setkan 1 lot yang aku gunakan ialah “kos belajar”. Kalau nak dapat sesuatu yang “mahal”, kenalah melabur sikit. Kalau dapat gandakan untung jdi 1 lot lagi, aku dah happy. Kita tengoklah macam mana. Kot2 aku dah serik asyik loss saja, mau aku “puasa” dulu atau masuk sekolah FCPO semula untuk belajar lagi sekali hehehe..

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Seronok Kalau Usaha Menjadi

Posted by on Tuesday, 26 January, 2010

Assalamualaikum kawan-kawan hehehe… lama betul aku dok diam-diam macam ayam mengeram hahaha.. kononnya nak relaks2… last2 lebih 3 minggu tak berupdate blog ni huhu…

Banyak jugak benda-benda berkaitan pelaburan dan hartanah yang aku involve awal tahun ni. Alhamdulillah, semua tu usaha yang kita kena buat untuk dapatkan hasilnya di kemudian hari nanti. Kalau korang ingat kisah pasal tenant GH aku dulu tu, kes tu sebenarnya takde la selesai dengan mudah. Aku lost beberapa ribu gara-gara tenant tu sapu bersih semua barang dalam rumah. Dah la gitu, kena repair pulak kerosakan-kerosakan zahir dan “batin” hahaha…

Apa nak buat kan, gitulah lumrah kita melabur. Ada yang untung, ada jugak masa yang modal kita lebur. Itu belum lagi aku cerita masalah dengan lawyer yang buat kerja lambat. Siap aku pulak terhegeh-hegeh nak kena follow-up dengan developer dan liquidator (pasal developer tu dah diistihar muflis). Memang kalau diikutkan, banyak benda baru aku belajar uruskan GH aku tu. Nasib baiklah kesemua kos dan masa yang aku habiskan tu berbaloi. Pasal apa berbaloi?…MV dia RM250K++ hehehe.. ada 3 stesen LRT dalam radius 1km, dan jarak ke KLCC hanya 2km saja.. wow.. jalan kaki pun boleh beb.. hehehe… ini kondo saya sangat suka… mantop!

Lepas tu, aku ada jugak dok jenguk2 nak beli tanah pertanian. Konon-kononnya nak pecah-pecah buat lot banglo gitu.. sekali harga yang ditawarkan mak aaiiii… boleh beli gajah sarkis 20 ekor… biar betul!. Terus kensel plan mau jadi jutawan tanah lot hahahaha… tapi aku ngan Fizal berlakon baik punya macam ada duit juta-juta, nasib baik brader penjual tu layan jugak kitorang time buat site visit hehehe.. lawak betul lah.. dalam poket ada 20 hengget saja, ada hati mau beli tanah 1.6 juta!!.. badut sarkis pun tak sampai hati nak buat lawak cam kitorang…huhu..

Lagi apa ye (padan muka, dah berkarat otak mau update cerita-ceriti), haaa.. si pie dah start main CPO dah.. itu orang dia buat apa pun jarang yang tak berjaya. Hari-hari dapat positive results saja. Paling sengkek 2 points, ada tu sampai 19 points satu hari. Korang cuba darab dengan RM25 hengget, berapa tu?.. hehehe itu baru satu lot. Tapi ini investment untuk orang yang confirm takde masalah jantung dan darah tinggi saja. Pasal dia punya sentap time loss.. huh!.. tak berani nak makan nasik wooooo…. takde selera seminggu!

Aku ada la jugak trade kecil-kecilan dalam CPO ni.. tapi masih di tahap loss!.. banyak kena belajar untuk ampuhkan lagi teknik buat analisis teknikal (TA). Kawan-kawan yang dok trade CPO pun dah mula ramai. Kitorang ada jugak share tips-tips yang boleh bantu untuk park order cara betul dan kurang berisiko. Tapi semua masih dalam peringkat experiment. Takut nak share jadi ajaran sesat pulak hehehehe…

Projek service apartment Datuk Keramat aku akan start pertengahan tahun ni. Akhirnya plan rumah diluluskan jugak oleh DBKL akhir tahun lepas. Tapi plan tu dapat kat tangan aku awal Januari ari tu. Lama gila aku tunggu kelulusan tu. Melepas dapat BLR rate menarik dari bank. Nak buat camne, dah proses dia makan masa. Sekarang aku dok evaluate quotation dari kontraktor-kontraktor yang aku pilih. Sapa bagi rate dan detail BQ yang bagus mengikut plan yang arkitek aku lukis, dia lah dapat. Projek ni mungkin ambik masa 6 bulan ke setahun jugak, bergantung kepada kehenseman pekerja kontrak dan kemachoan project manager tu nanti. Bila siap nanti, satu mercu tanda baru Kuala Lumpur akan memancar-mancar dari Kg. Datuk Keramat hahahaha…

Last sekali pasal projek JV beli rumah aku dengan pie dan rakan-rakan. Setakat ni dah 3 bijik JV aku ngan pie. KPI peribadi yang aku set tahun 2010 ialah 6 bijik. So 3 more to go. Modal memang paras-paras hidung je nih hahahaha.. tahun ni tahun membeli sampai tak lepas buat loan dah (tolong la abang-abang dan kakak-kakak banker, kasi lulus saya punya application) huhu…

OK la weh, aku takut korang boring gila baca entry merepek kali ni, aku sudahi dulu dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim…. (aku nak minum air tongkat ali daaaa…). Jumpa lagi bila ada kelapangan, korang jaga diri baik-baik dan jangan melabur skim cepat kaya, nanti menangis belakang pintu bila terkena..hehehe

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Tunggu dan Lihat ATAU Tunggu dan Sebat

Posted by on Tuesday, 5 January, 2010

Wah, rata-rata blog investor bumiputera dok update kisah pasal dividen ASB saje sekarang ni. Elok la tu, bagi perangsang dan motivasi untuk menyimpan daripada duit dok lebur tanpa sebab.

Kepada yang berjaya tingkatkan pendapatan pasif dari simpanan menerusi perolehan dividen dan bonus, tahniah buat korang. Tak sia-sia korang buat semua tu. Ada yang gunakan simpanan ASB tu untuk apply overdraft, then laburkan ke hartanah, bisnes dan macam-macam lagi. Return dari investment tu sepatutnya akan hasilkan profit lebih besar daripada dividen ASB dan interest OD loan yang korang apply. Kalau terbalik, yakni rugi, tengok balik mana silapnya. Mungkin kira-kira tak betul ke, atau masa invest hari tu main tangkap muat saja sebab takut melepas.

Banyak betul kisah-kisah best sepanjang tahun 2009 yang kita baca dan kongsikan dengan kawan-kawan. Macam mana nak kembangkan modal, nak target property yang best, nak cari rakan JV, nak tubuhkan koperasi dan pelbagai aktiviti lagi yang menjurus kepada perkembangan pendapatan pasif.

Dalam banyak-banyak kisah tu, aku paling suka kepada kisah macam mana nak jana profit dari kaedah sewaan, pecah lot, tukar syarat, flipping dan sebagainya. Contoh klasik ialah beli property di tempat yang lokasinya hangat dan luarbiasa sambutannya di bawah harga market value, kemudian kita sewakan mengikut harga market value. Selepas tolak gedebuk-gedebak installment loan dengan bank, positive cash flow dia boleh digunakan untuk cover loan lain yang mungkin +CF dia rendah atau untuk top-up bayaran bulanan property yang kita duduk sendiri (takde return bulanan). Ataupun, +CF tu kita simpan dulu buat kumpul modal baru.

Itu bagi yang dah mulakan langkah meng-invest. Bagi yang tunggu dan lihat, masihkah menunggu lagi sampai ke saat ni?. Hehehehe… mungkin modal tak cukup lagi kot, atau mungkin tak berapa confident nak masuk market takut2 terjerumus dalam lubang hutang. Hati-hati dengan pendapat dan cadangan orang, mereka kadang tu “sedap mulut” je bagi cadangan, tapi satu hapah pun tak buat lagi. Berbeza dengan pendapat orang yang dah ceburkan diri dalam bidang ni, ada real case study, ada macam-macam cerita gembira dan cerita duka, pendapat mereka ni aku rasa lebih balance.

Daripada input yang kita dapat secara lisan, pembacaan, kajian dan perkongsian pendapat, kita dah boleh rumuskan apa yang kita perlu buat dan di mana boleh kita mulakan langkah. Ilmu kalau tak praktis dan amalkan akan berkubur macam tu saja. Dan amal kalau tanpa ilmu boleh sesat. So, kena ada dua-dua perkara tu bila kita mula melangkah.

Satu lagi sikap yang kita kena control ialah emosi dan sikap gelojoh. Disebabkan takut terlepas peluang keemasan, kita tak periksa betul-betul kemampuan dan kapasiti yang kita boleh tanggung. Akhirnya, diri sendiri yang merana. Hutang makin bertambah, profit yang dikejar masih belum membuahkan hasil. Sebab tu, setiap jenis investment yang kita buat, kita kena tahu apa kos dia, apa proses yang terlibat, berapa lama tempoh untuk kita dapat generate profit dan apa benda halangan dan peluang yang ada – alah, macam buat SWOT analysis gitu..

Bila ilmu dan pengalaman kita dah cukup, barulah kita boleh guna kaedah Tunggu dan Sebat!. Tunggu peluang timbul, dan sebat selagi dana dan kemampuan masih ada. Lepas tu, monitor portfolio-portfolio yang ada dari segi pengurusannya, pencapaiannya, masalah, peluang dan potensi untuk digabungkan dengan portfolio-portfolio lain yang boleh berkembang dengan lebih besar.

Apa pun, emosi dan ketamakan boleh membinasakan diri. Hati-hati dan sentiasa waras bila membuat tindakan dan keputusan. Bila yang ditunggu dah tiba, tepuk dada tanya kemampuan, barulah sebat hehehe..

Suka tak? klik Like, tweet atau +1