Archive for February, 2010

Loan Yang Best Bukan Main

Posted by on Tuesday, 23 February, 2010

Aku masih lagi tak start-start projek banglo idaman kalbu beserta 3 unit service apartment di Datuk Keramat. Dulu delay sebab plan rumah DBKL lambat lulus. Sekarang  ni kontraktor yang dipelawa untuk buat quotation pulak tak bagi-bagi lagi sebutharga yang aku nak. Sorang tengah tunggu C&S detail drawing.  Sebabnya, takut tersalah quote nanti makan modal sendiri. Detail drawing tu nanti akan bagi panduan lengkap berapa kuantiti barangan pembinaan yang diperlukan serta kos sebenar projek tu nanti. Dua orang lagi tengah sakan sambut Chinese New Year.

Aiyo, aku perlukan quotation tu sebab nak submit loan. Banker nak tahu berapa kos pembinaan dan value hartanah tu nanti, baru dia boleh offer kelayakan pinjaman yang aku apply. Harap-harap sebelum abis bulan Februari ni, dapatla quotation tu. Kalau tak, delay lagi la projek juta-juta aku tu.

OK, yang aku nak share hari ni, bukan pasal cerita projek tu delay. Esok lusa, settel la part tu. Ni nak cerita macam mana kita boleh “guna” duit loan yang kita apply tu nanti untuk penuhkan ASB, wow!. Katakan projek banglo kita tu kos dia sekitar RM500K. Ada bank bagi margin of financing dalam 70% saja, ada yang sampai 90%, tengok camne korang pandai bodek banker la. Kita ambik yang minimum lah, dapat dalam 70% (RM350K).

Sebelum kita nak “sedut” RM350K tu dan campak masuk ASB kita laki bini, pastikan kena ada at least dalam RM100K kat tangan untuk modal pusingan. Tak kiralah dari duit OD sedia ada, ataupun dari dana lain. Ini kira macam nak start business, mesti kena ada modal. Kalau tak, sila buat business jual air sirap saja hehehe..

Target kita dalam teknik ni ialah macam mana kita nak “transit”kan RM350K (ikut berapa korang apply loan buat rumah) ke ASB. Lepas dah masuk duit dalam akaun ASB, bolehlah kita tukarkan kepada sijil dan apply OD baru.  Memandangkan modal pusingan RM100K ada kat tangan, so kita masih sempat buat bayaran progress kepada contractor sementara tunggu proses OD baru diluluskan dari dana “transit” yang kita ada. Dapat je duit dari OD baru, kita dah boleh top-up balik modal pusingan untuk bayar contractor.

Tapi soalan dia, boleh ke nak “sedut” duit loan RM350K tu dari bank macam tu je? bukan ke setiap kali bayaran dibuat, ianya akan terus ke account contractor, betul tak?. Ha, di sinilah pentingnya komunikasi. Ingat komunikasi, bukan korupsi!. Apa yang penting? KERJASAMA! (macam Wonderpets..hahaha). Kita kena bincang dan explain pada contractor. Kita yang akan buat bayaran kepada contractor ikut amount yang diclaim dari bank. Once bank dah release payment, mintak contractor issue cek kepada kita. Then, kita pulak serahkan cek dengan amount yang sama kepada contractor dari account OD 100K tadi tu.

Sebab tu kena ada OD sedia ada yang kita backup siang-siang sebelum projek rumah tu berjalan. Ianya akan digunakan untuk ganti duit yang contractor tu bagi kat kita. Kira macam swap lah, tapi yang best ASB kita akan dapat dana baru, OD backup akan berkurang sekejap je sementara nak tunggu proses OD baru siap.

Lepas tu, ulang proses yang sama sampai semua duit loan rumah tu habis kita top-up masuk ke ASB. Masuk je ASB, convert sijil baru, then apply OD lagi. So kita akan ada 3 transit point. Contractor->ASB->OD.

Hahahaha… mesti ada yang tanya, apsal nak buat macam ni kalau dah jumlah bayaran dia sama, apasal nak tukar-tukar cek pulak?

Sebenarnya kita nak manfaatkan nilai loan yang besar ni, sebab bukan senang nak buat loan lain lepas ni, komitmen dah maximum silap aribulan. So, dengan teknik ni, kita akan dapat top-up akaun ASB semaksima mungkin. Sambil tu, rumah banglo kita pun boleh disiapkan tanpa terjejas bayarannya. Kira serampang dua mata lah. Kalau tak buat cara ni, buta-buta aje lah loan 350K tu kita servis. Dengan cara ni, at least kita akan dapat return dari dividen tahunan ASB untuk dana 350K yang kita simpan kat situ. Compounding!. Loan 350K tu pulak, akan diservis oleh bisnes service apartment 3 bilik yang siap tu nanti. Best kan..hehehe..

Yang best lagi, 350K tu jugak kita boleh apply sijil untuk buat OD baru. Duit OD baru tu nanti, boleh kita gunakan untuk masuk pelaburan lain yang tak perlu kita apply loan. Contoh beli rumah cash, then jualkan balik. Beli emas ke, beli lembu ke, beli anak gajah ke, apa-apa je la..

Paham ke? hahahaha.. sorryla kalau pening. Sila lah try kalau berani.. hehehe.. tapi ingat, kalau takde OD sedia ada dalam amount yang mencukupi untuk buat payment kepada contractor, sila abaikan teknik ni. Nanti tak pasal2 projek tergendala, contractor cabut lari dan loan takleh nak bayar. So, hitung-hitunglah sendiri agar tidak makan diri. Ini option saja, tak semestinya bagus untuk semua orang.

Ada yang nak komen?.. silakan tuan-tuan dan puan-puan :D

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Homestay Gurney Heights kini Dibuka

Posted by on Thursday, 11 February, 2010

Alhamdulillah, selesai jugak urusan untuk menyiapkan kondo Gurney Heights untuk dijadikan homestay atau guest house. Macam-macam hal aku nak kena uruskan sebelum semua ni siap. Dari masalah dengan ex-tenant yang angkut semua barang-barang dalam rumah, masalah dengan developer yang dah bungkus dan masalah dengan lawyer untuk dapatkan consent to advice the bank untuk buat settlement dengan bank pelelong. Juga dengan kos-kos tersembunyi yang terpaksa aku cover sepanjang tempoh tersebut.

Aku takdelah nak merungut pun, sebab macam aku cakap dulu, market value kat sini memang meletop! tak rugi pun aku berpenat lelah dan mengeluarkan modal untuk menguruskan GH ni.

So, atas perbincangan dengan menteri dalam negeri dan rakan-rakan seperjuangan, kondo ni aku jadikan homestay. Boleh disewa secara harian, mingguan atau bulanan (jika perlu), ikut kesesuaian dan permintaan dari pelanggan. Cuma untuk sewaan bulanan, term dia lain sikitlah. Bukan macam menyewa biasa. Contoh untuk pelanggan yang ada job assignment untuk satu period tertentu, mungkin dia nak stay more than 1 month. Kalau makan bertahun tu, dah masuk pakej lain. Jangan ada yang nak menyewa untuk buat kerja-kerja tak bermoral sudah lah hehehehe..

Untuk sewa harian, harga promosi ialah RM220 semalaman. Untuk weekend dan public holidays pulak, harganya ialah RM250. Kalau korang check kat Internet atau mana-mana laman web yang mempromosikan pakej homestay di Kuala Lumpur, aku rasa harga yang  ditawarkan ini amat berpatutan untuk fasiliti sebuah kondo 3 bilik di KL yang jaraknya hanya 5km dari KLCC.

Kondo ni dilengkapi 3 bilik tidur dan 1 bilik mandi. 2 bilik tidur ada aircond, dan satu lagi ada kipas angin elektrik. Bilik tidur utama ada katil Queen size, almari baju dan meja solek. Bilik kedua ada katil double decker (bawah boleh tidur 2 orang – queen size bed) dan bilik ketiga ada katil single. Sesuai untuk family yang nak datang KL masa teman korang pegi meeting ke, urusan rasmi ke atau saja-saja nak makan angin kat sini.

Ruang tamu ada sofa L-shape, TV dan DVD player. So takde la boring sangat kalau nak lepak-lepak rehat kat rumah je. Ada meja makan untuk 4 orang, peti sejuk (mini bar), cerek elektrik, pinggan serta cawan untuk yang nak Dining in. Kalau bawak baju mandi yang sesuai, boleh enjoy mandi kolam renang di tingkat 5. Ada cafetaria dan kedai serbaneka untuk beli keperluan asas dan tit-bits kat aras yang sama.

Kalau nak jalan-jalan di sekitar KL dan taknak bawak kereta sendiri, boleh naik LRT. Ada 3 stesen LRT berdekatan. Stesen Datuk Keramat (900 meter), stesen Damai (1.2km) dan stesen Jelatek (1.5km). Nak naik teksi atau bas pun boleh. Bus stop ada betul-betul depan pondok pengawal nak masuk kondo ni. Dekat sangat kalau nak ke KLCC (5 minit driving), 3 minit drive untuk ke UTM,  Mindef, Jabatan Ukur, FELDA, Kolej Telekom, Celcom Jalan Semarak dan sebagainya. Very convenient lokasi kondo ni.

Kawalan keselamatan 24 jam, ada 1 parking berbumbung disediakan bagi yang datang dengan kenderaan. Kena bagitau kalau nak bawak kereta sendiri, sebab kondo ni pakai access card. Nanti masa ambik kunci, access card akan diberikan sekali (1 sahaja).

Cerita banyak pun tak guna hehehe, sila contact Fariz (tuah) di talian 013-3931828 atau email/YM mtx_matrix1@yahoo.com untuk urusan tempahan. Aku park unit ni under PMC Resort (www.pmcresort.com) untuk pastikan management yang lebih professional dan sistematik, baik dari segi marketing, pengurusan dan peningkatan kualiti. Mereka ada pengalaman dan berkaliber dalam bidang ni.

Harap-harap dapat support dari rakan-rakan dengan mengwar-warkan pada kenalan, keluarga dan sesiapa sahaja yang perlukan penginapan bajet di Kuala Lumpur :D

Suka tak? klik Like, tweet atau +1