Homestay Gurney Heights kini Dibuka
Alhamdulillah, selesai jugak urusan untuk menyiapkan kondo Gurney Heights untuk dijadikan homestay atau guest house. Macam-macam hal aku nak kena uruskan sebelum semua ni siap. Dari masalah dengan ex-tenant yang angkut semua barang-barang dalam rumah, masalah dengan developer yang dah bungkus dan masalah dengan lawyer untuk dapatkan consent to advice the bank untuk buat settlement dengan bank pelelong. Juga dengan kos-kos tersembunyi yang terpaksa aku cover sepanjang tempoh tersebut.
Aku takdelah nak merungut pun, sebab macam aku cakap dulu, market value kat sini memang meletop! tak rugi pun aku berpenat lelah dan mengeluarkan modal untuk menguruskan GH ni.
So, atas perbincangan dengan menteri dalam negeri dan rakan-rakan seperjuangan, kondo ni aku jadikan homestay. Boleh disewa secara harian, mingguan atau bulanan (jika perlu), ikut kesesuaian dan permintaan dari pelanggan. Cuma untuk sewaan bulanan, term dia lain sikitlah. Bukan macam menyewa biasa. Contoh untuk pelanggan yang ada job assignment untuk satu period tertentu, mungkin dia nak stay more than 1 month. Kalau makan bertahun tu, dah masuk pakej lain. Jangan ada yang nak menyewa untuk buat kerja-kerja tak bermoral sudah lah hehehehe..
Untuk sewa harian, harga promosi ialah RM220 semalaman. Untuk weekend dan public holidays pulak, harganya ialah RM250. Kalau korang check kat Internet atau mana-mana laman web yang mempromosikan pakej homestay di Kuala Lumpur, aku rasa harga yang ditawarkan ini amat berpatutan untuk fasiliti sebuah kondo 3 bilik di KL yang jaraknya hanya 5km dari KLCC.
Kondo ni dilengkapi 3 bilik tidur dan 1 bilik mandi. 2 bilik tidur ada aircond, dan satu lagi ada kipas angin elektrik. Bilik tidur utama ada katil Queen size, almari baju dan meja solek. Bilik kedua ada katil double decker (bawah boleh tidur 2 orang – queen size bed) dan bilik ketiga ada katil single. Sesuai untuk family yang nak datang KL masa teman korang pegi meeting ke, urusan rasmi ke atau saja-saja nak makan angin kat sini.
Ruang tamu ada sofa L-shape, TV dan DVD player. So takde la boring sangat kalau nak lepak-lepak rehat kat rumah je. Ada meja makan untuk 4 orang, peti sejuk (mini bar), cerek elektrik, pinggan serta cawan untuk yang nak Dining in. Kalau bawak baju mandi yang sesuai, boleh enjoy mandi kolam renang di tingkat 5. Ada cafetaria dan kedai serbaneka untuk beli keperluan asas dan tit-bits kat aras yang sama.
Kalau nak jalan-jalan di sekitar KL dan taknak bawak kereta sendiri, boleh naik LRT. Ada 3 stesen LRT berdekatan. Stesen Datuk Keramat (900 meter), stesen Damai (1.2km) dan stesen Jelatek (1.5km). Nak naik teksi atau bas pun boleh. Bus stop ada betul-betul depan pondok pengawal nak masuk kondo ni. Dekat sangat kalau nak ke KLCC (5 minit driving), 3 minit drive untuk ke UTM, Mindef, Jabatan Ukur, FELDA, Kolej Telekom, Celcom Jalan Semarak dan sebagainya. Very convenient lokasi kondo ni.
Kawalan keselamatan 24 jam, ada 1 parking berbumbung disediakan bagi yang datang dengan kenderaan. Kena bagitau kalau nak bawak kereta sendiri, sebab kondo ni pakai access card. Nanti masa ambik kunci, access card akan diberikan sekali (1 sahaja).
Cerita banyak pun tak guna hehehe, sila contact Fariz (tuah) di talian 013-3931828 atau email/YM mtx_matrix1@yahoo.com untuk urusan tempahan. Aku park unit ni under PMC Resort (www.pmcresort.com) untuk pastikan management yang lebih professional dan sistematik, baik dari segi marketing, pengurusan dan peningkatan kualiti. Mereka ada pengalaman dan berkaliber dalam bidang ni.
Harap-harap dapat support dari rakan-rakan dengan mengwar-warkan pada kenalan, keluarga dan sesiapa sahaja yang perlukan penginapan bajet di Kuala Lumpur









Baru tangkap satu kat blok B. Tak sabar nak masuk….
Bro MD, saya nk tnye bro bule jadik ejen nk uruskan jual beli rumah x? Kalo bro ada kenal ngn ejen2 yg dipercayai sila la infom saya ye. Tima kasih byk
aku pun baru nak beli satu unit gurney heights. harap harap tidak akan mengambil masa yang lama untuk selesaikan kesemua formalities-nya. dari masa kamu sign option to purchase sehingga vacant possession, berapa lama ya? dan apakah masalah paling besar yang dihadapi?
baik dato… bisa diurus..
sy ingat weekday takder org masuk..rupanye ade org masuk gak..pawer la..
sy tgk ikut jadual tempahan jerk..tuah selalo update..tuah baguss.. hehe
peruz.. ya sila war-warkan pada sanak saudara dan sahabat handai. Nak mari KL tak risau tempat tinggal lagi, tapi kena book awal lah hehehe.. check dengan tuah jadual tempahan.
tahniah dato dodi..
sangat laku condostay awak..
pakcik saya mau book ari ni.. tp dah fulll.. wooww.. pawer lah condostay awak..
condostay lagik berbaloi-baloi berbanding bilik hotell
Tahniah ..Dodi..
arinie cuti..tak perasan pasal komen bri. tokey cakap mau pasang water heater. should be no problem ler bri…
@bri.. boleh.. call tuah untuk tempahan. water heater akan dipasang. dapur tarak. cerek letrik & mini bar ada.
salam.
boss, ada org mau sewa bulan 3…10/3~17/3 nanti.
Ada dapur and water heater? untuk 8 hari.
@Nizam, resit boleh dikeluarkan. takde masalah. Sila hubungi Fariz(tuah) di talian 013-3931828 untuk urusan tempahan.tq
dodi ..saya nak bawakk party kat sana dengann awek aweksss . bolehh ..heheheh.
tahniah di atas pembukaan homestay nie…saya berminat nak sewa dlm 3 hari 2 mlm,tarikh nanti saya bgtau.cuma nak tanya boleh dapat resit tak kalau sewa condo nie…
selamat maju jaya
@kepakemas… thank you.. ni PakLang ke
hehe
Dodi,
Tahniah di atas pembukaan homestay di Gurney Heights….
dodi…awak kena publish awak punya no hp…….kasi glamer sikit…..barulah rasa kehangatan jadi tauke hotel…..
…ps….kalau awek call tanya homestay……awak jawab…..” awak punya pasal….saya kasi diskaun siket “….wakakakaaa
@Wida – ok nanti saya add gambar..
@bang Jaws – dah ada yang bertanya, tatau lah confirm ke tak, tuah yang uruskan.
@Don – atas bumbung tu block lain kot.. yang ni Cafe dia tingkat 5, satu aras ngan kolam renang. Sambil2 minum teh tarik boleh tengok anak mandi kolam hehehe
ada cafeteria atas bumbung lagi ker … tuan??? nie gurney height tu ka … congrad…
woww dodi…awak dah berkembang jadi tauke hotel……amacam sudah ada first guest kee……tahniah
Uncle.. letaklah gambar..