Archive

Archive for March, 2010

Pentingnya Iklan

March 30th, 2010 md 1 comment

Apa khabar weh.. sihat ke? alhamdulillah. Cuaca sekarang ni panas sikit, kena banyak minum air. Tambah pulak pada yang bekerja di luar pejabat, memang cepat je tekak haus. Budak-budak sekolah lagi la kesian. Tambah yang nak pegi sekolah petang, tunggu bas panas-panas, sampai sekolah, berlari pulak main-main dengan kawan, balik rumah badan lesu, silap-silap terus demam.

OK, hari ni aku nak cerita sikit pasal iklan. Iklan apa pulak ni.. hehehe. Aku nak cerita macam mana iklan ni boleh bagi keuntungan pada sesiapa yang ada produk dan perkhidmatan. Kalau iklan ni tak penting, TV, suratkhabar, majalah, radio dan saluran media massa boleh bungkus!. Pendapatan mereka kebanyakannya disokong dari sumber yang diperolehi dari iklan yang mereka siarkan. Lagi banyak orang beli ruang iklan, lagi kaya mereka ni.

Macam-macam tempat orang letak iklan. Billboard, TV, radio, suratkhabar, majalah, laman web (blog, forum, etc.), YouTube, sticker kenderaan dan macam-macam lagi. Semua tempat tu syarat dia orang ramai boleh nampak atau tengok. Hatta kalau kita pegi kat toilet awam atau pondok telefon pun, perasan tak mesti ada “iklan” jugak, iklan Ah Long nak bagi pinjam duit hehehe… semua tempat awam dan orang bertumpu mesti ada iklan diletakkan.

Iklan yang paling mahal biasanya iklan yang melibatkan berjuta-juta orang melihatnya. Contoh, iklan yang disiarkan dalam acara sukan-sukan popular seperti bolasepak, golf, sukan olimpik, motorsikal, kereta lumba dan sebagainya. Macam dalam sukan Formula 1 (F1), kos sebuah kereta F1 dianggarkan sekitar RM4 juta hingga RM6 juta sebuah, kalau nak harap duit pasukan tu saja, memang tak ramai yang mampu nak sertai F1. Tapi disebabkan ada pendapatan dari iklan danĀ  TV airtime, pasukan-pasukan F1 tu dapat la jugak “share” dari fee yang perlu dibayar oleh syarikat-syarikat penyiaran. Hampir 300 juta penonton tengok F1 di seluruh dunia, mana tak suka Petronas nak taja kereta Mercedes GP, untuk tampal sticker “Petronas Syntium” hehehe… besar tu exposure kalau nak market nama dan produk Petronas.

Image courtesy of www.formula1blog.com

Begitu juga lah halnya kalau kita ada produk dan servis yang ingin dipromosikan. Jangan lupa membuat iklan. Kalau tak mampu, paling tidak pun iklankan di laman web sendiri, letak signature di bawah email, letak signature dalam template SMS di handphone (bila kita taip SMS baru, dia akan add automatik di akhir sms), letak iklan dalam forum, letak iklan di Mudah.my (free lagi buat masa ni) dan sebagainya.

Kalau ada duit lebih, mungkin boleh cuba iklankan di Google (sebab ramai orang suka guna Google untuk search maklumat), suratkhabar, majalah dan radio. Asalkan kita pandai guna pendekatan, bahasa dan keyword yang “catchy”, iklan kita akan mendapat perhatian orang ramai. Iklan dari kawan-kawan juga penting (word of mouth). Biasa bila ada orang lain yang recommend produk kita, orang lebih suka berbanding dengan tawkey dia sendiri cakap. Pelik tapi benar :)

Kat blog aku ni pun, aku dah letak satu ruangan khas untuk sesiapa yang ada produk dan perkhidmatan untuk diiklankan. Tujuan dia, nak bagi ruang dan peluang kepada usahawan-usahawan yang bermodal kecil nak promosi produk mereka. Tapi aku akan check dulu sebelum approve setiap iklan yang dihantar. Bagi yang nak iklan berbayar, boleh letak banner atau imej kat dalam blog ni, kelebihan dia, iklan korang ada kat front page pada setiap masa (hehehe.. sempat lagi buat iklan) boleh contact aku untuk bincang jika berminat.

Okla tuan-tuan dan puan-puan, selamat bekerja, selamat berniaga, selamat berjaya dalam apa jua yang kita usahakan. Kejayaan insyaAllah milik semua yang berusaha. Bertawakkal dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan, insyaAllah banyak lagi yang datang, ye tak :)

Categories: Bicara Niaga Tags: ,

Belon Panas

March 22nd, 2010 md 3 comments

Korang tak pegi tengok ke belon-belon udara panas (hot air balloon) kat Putrajaya aritu? hehehe.. tahun lepas aku tak sempat pegi tengok, kesian kat anak-anak aku. Budak-budak memang seronok la kalau bab-bab belon ni, tambah pulak belon besar gedabak duduk depan mata. Taknak bergerak weii.. semua pakat nak naik.

Belon Levi's

Aku pegi petang Jumaat 19/3 ari tu. Sampai-sampai dah 2-3 bijik belon yang dah naik ke udara. Cari parking, jumpa dekat dengan Palace of Justice, menapak cross jalan yang dah mula jem dengan kereta. Ada pasar tani mega pulak masa tu, lagi la bertambah ramai orang. Macam ulat! hehehe..

Kawasan belon nak naik tu, dipagar keliling. Aisey, ingat boleh pegi jenguk dekat2. Dah macam sarkis pulak dah.. tengok dari jauh je. Apa lagi, tengok aje lah dari tepi pagar aksi krew-krew dan tukang sebok yang dok keliling bakul belon yang sedang dipam bahang api dari gasĀ  (taktau gas apa dia pakai, macam gas memasak je hehehe). Sambil pengacara dok kecoh memberitahu maklumat-maklumat berkenaan pasukan yang menyertai pertunjukan belon panas tahun ni. Aku sempat jugaklah snap few photos, tapi takat zoom lens 200mm, takleh nak focus subject dekat2 pun.

Belon Monaco

Sampai masa belon darth vader kembang, tiba2 cuaca berubah hahahaha.. ini la hebatnya ciptaan Allah. Dia suruh balik siap-siap solat maghrib weii… dah dekat pukul 7.15 dah rupanya aku dan anak-anak dok tertonggok tepi pagar tu hehe.. tak sedar pulak. Pengacara cakap, belon darth vader ngan jeans levi’s tak jadi terbang pasal cuaca bahaya. Takut nanti tersasar takleh turun lak belon tu kena tiup angin ribut hehehe..

Belon Darth Vader

Macam-macam gelagat orang boleh kita tengok bila ada acara-acara terbuka macam ni. Ada yang muka happy, ada yang muka rimas sebab panas, ada yang muka masam, ada jugak yang muka kelat cam takde perasaan hahahaha… kira kalau takde keje tu, best jugak dok tinjau gelagat orang ni. Yang usung kamera pulak punya la ramai. Dari sekecik-kecik camera phone, sampai la camera bagak dengan lens panjang macam belalai gajah. Fuhh, dasyat gears diaorang ni.

Apa yang penting, waktu dan masa yang terluang kalau dapat kita gunakan untuk bawak anak-anak jalan-jalan, memang best lah. Ya lah, asyik dok sibuk nak cari duit saja, otak dan badan ni kena jugak kita bagi berehat buat aktiviti riadah lain, barulah hidup jadi lebih ceria hehehe.. bila hidup happy, nak invest pun happy, tak gitu?

Bukan apa, kesihatan, kententeraman jiwa, ketajaman berfikir, emosi dan jiwa yang stabil bukan boleh dapat macam tu je. Kena usaha untuk bentuk supaya sentiasa sihat zahir dan batin. Penting tu wei.. sebab kalau emosi dan kesihatan kita stabil, insyaAllah, kalau buat apa pun, kita lebih fokus dan sabar. Kalau kerja tu berjaya, kita akan bertambah happy. Kalau kerja tu kurang berjaya atau gagal, emosi kita juga bersedia untuk terima, sebab itu bukan rezeki kita.

Semoga minggu ni akan membawa rezeki dan kegembiraan buat semua :)

Categories: Umum Tags: ,

Malu Bertanya Sesat Jalan

March 10th, 2010 md 5 comments

Assalamualaikum kawan-kawan.. hehehe apa khabar? dah kaya raya dah ke semua?.. wow, aku tumpang happy kalau masing-masing dah dapat tingkatkan passive income yang diidamkan.

Dua-tiga menjak ni, ramai yang dok tunjuk minat belajar FCPO. Gara-gara pie dok update cerita pasal ni hari-hari kat blog dia, bertalu-talu komen dan soalan diajukan oleh mereka yang berminat untuk belajar. Memang baguslah kalau ada minat tu, dan bagus jugak untuk pergi berguru dengan cikgu yang muktabar, sebab kalau salah guru nanti dapat ilmu sesat. Nanti orang lain elok je jalan lurus, kang ada pulak yang jalan cam ketam hehehe..

Aku nak ucap terima kasih banyak-banyak pada cikgu-cikgu CPO aku yang sudi curah ilmu “how to trade” dengan betul. Memang tak puas lagi aku nak belajar pasal ilmu CPO ni, sebab so far masih dalam posisi loss (rugi la beb). Benda ni bukan boleh pandai sehari dua. Ada tu, bertahun-tahun trade baru jadi pandai. Ada jugak yang kecundang. Masing-masing kena tahu manage tahap risiko yang sanggup diambil (risk management).

CPO dan juga pasaran komoditi ni memang menarik untuk dipelajari. Selagi ada pokok sawit ditanam dan dituai hasilnya, so selagi tu lah pasaran CPO ni akan wujud. Ditambah pulak, FCPO market di Malaysia ni antara yang terkenal untuk dijadikan benchmark practise bagi traders yang nak belajar tentang pasaran hadapan (futures market). Jadi, supportlah barangan buatan Malaysia hehehehe…

Dalam posting yang lepas-lepas, dah ada few pointers dan website yang aku share untuk mereka yang nak tahu serba sedikit pasal FCPO ni. Aku takleh nak ulas panjang lebar sebab aku sendiri tengah belajar lagi. Kalau korang rajin, just browse through the Internet dan baca sikit-sikit pasal futures trading, candlestick pattern, technical analysis (parabolic SAR, stochastic, moving average, bolinger bands, etc..etc.). Baca sampai lebam! hehehe..

Lepas tu, bolehlah cari cikgu yang offer kelas FCPO for beginners. Dalam kelas ni nanti akan diterangkan lagi asas-asas trading. Boleh tanya cikgu secara langsung kalau tak paham. Jangan gelojoh terus nak trade kalau ilmu tak cukup. Kena banyak bertanya dan belajar sampai paham. Lepas tu barulah confident masuk market.

Sepertimana instrument pelaburan lain, FCPO ni ada risiko dia. Yang paling besar ialah margin hangus sebab rugi. Side effect lain ialah, anda akan jadi rosak akhlak hehehehe…. tak bercakap dengan orang sekeliling, suka sepak kucing, tak shave janggut dan misai (berserabai), malam-malam mimpi candlestick dok pusing-pusing, dan macam-macam gejala rosak akhlak lagi hehehe..

Jadi, dinasihatkan sekali lagi, carilah guru yang muktabar. Bacalah buku banyak-banyak. Kaji dan fahami semua kaedah, analisis dan maklumat yang perlu digunakan untuk menjadi successful trader. Buat backtest dengan analisis dan kaedah yang anda selesa. Create trading system (plan) sendiri. Percaya dan disiplin dengan trading system tersebut. Jangan malas, jangan gelojoh dan jaga emosi. Yang selebihnya, kita berusaha. Rezeki Allah yang tentukan.

Renung-renungkan, dan selamat berjalan :D