Cuti-Cuti di PMC Resort
Aku nak share sikit kisah tentang PMC Resort yang dikendalikan oleh kawan kita encik Shafie dan rakan-rakan. Kebetulan cuti sekolah hari tu, wife aku kena melawat practical student di Melaka. Since PMC Resort ada beberapa unit homestay dan resort percutian di Melaka, aku terus contact peruzz, person in charge untuk Kondo Samudera, Pantai Puteri, Melaka untuk book 2 malam.
Unit yang aku dapat ni fully furnish dan high-end sikit. Rate semalaman ialah RM250 (weekdays RM200). Ada 3 bilik tidur, dapur, ruang tamu yang luas, 2 bilik air dan fully air-condition. Tak silap luas dia dalam 1200 kaki persegi. Memang selesa. Aku check in hari Ahad. Malam tu ada pasar malam betul2 kat jalan di luar condo samudera. Tak silap dalam 2km panjangnya pasar malam tu. Memang sakan kalau nak jalan-jalan cari makan dan beli apa yang menarik.

Kitorang pegi pasar malam tu lepas puas mandi kolam. Since ramai yang dah check out, kolam tu kira kitorang punya lah hehe.. berendam sampai nak masuk maghrib. Depan condo tu pulak ialah pantai percutian tanjung kling. Sekarang ditukar jadi pantai puteri. Maybe sopan sikit kot hehe. So, kalau pagi-pagi nak rasa sejuk udara pantai, sambil jogging tepi pantai memang syok abis.

Kalau rasa nak jalan-jalan jauh sikit, kita boleh ke bandar Melaka yang jaraknya tak sampai 15km dari condo samudera. Boleh la shopping dan jalan-jalan dekat Bandar Hilir, naik menara taming sari, naik eye on malaysia dan mudik sungai melaka naik perahu ala-ala macam kat Venice gitu. Kira strategic untuk aktiviti shopping sakan hehehe.Makam Hang Tuah pun dekat je dengan condo ni. So, bagi peminat sejarah boleh la tengok makam hang tuah dari dekat.
Nak makan pulak, ada gerai tomyam berdekatan. Ada satu gerai roti john power juga dekat dengan condo ni. Aku tak sempat nak cuba sebab malam pertama dah beli makanan kat pasar malam. Malam kedua pulak, aku layan tomyam kat tepi pantai. Maybe next time. Katanya roti john tu terangkat abis..wow…
Mungkin ramai yang masih tak tau kewujudan resort ni. PMC Resort ada 8 unit penginapan di sepanjang Pantai Puteri. 4 unit penginapan di condo samudera dan 4 unit lagi di condo Bidara Puteri (jarak antara kedua-dua lokasi ni kira-kira 1 km saja, jalan tepi pantai yang sama). Bagi yang nak buat family day ke, reunion ke, jalan-jalan ngan keluarga ke, atau ada urusan di bandar Melaka, memang sesuai untuk menginap kat sini.

Kalau drive dari KL, ambik exit Alor Gajah-Simpang Ampat. Lepas bayar tol, ambik pukul 9 dekat round about masuk Lebuh AMJ. Then drive sampai jumpa simpang besar ke Sg. Udang-Masjid Tanah. Nanti akan jumpa Penjara Baru Melaka dan Pasaraya Econsave. Depan sikit, jumpa traffic light ambik kiri. Then cari signboard ke Pantai Puteri. Lepas tu dah sampai ke Condo Samudera. Aku drive aritu total lebih kurang 2 jam dari KL. Bawak slow-slow je hehe..

Overall aku bagi 5 bintang untuk resort ni sebab harga yang berpatutan (mana nak dapat RM250 semalaman dengan 3 bilik selesa masa cuti sekolah!) senang nak cari makan dan mudah untuk aturkan aktiviti jalan-jalan ke tempat menarik di Melaka. Kalau taknak berebut masa cuti sekolah, bolehlah call peruzz atau pie untuk check tarikh-tarikh lain yang kurang sibuk. Harga hari biasa rasanya murah sikit dari peak season.
Kalau nak info lanjut tentang unit-unit penginapan yang diuruskan PMC Resort, boleh layari laman web http://www.pmcresort.com/v1
![]()



sila lah datang lagii yerkk .. jgn malu malu .. boleh dapat kan detail info kat website http://www.pmcresort.com
terima kasih daun keladi …
kalau sudah datangg ….
repeat lah lagii …
di pmc resort ada bykk tempat lain lagi …
ehehhehe