Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru

This entry was posted by Thursday, 23 December, 2010
Read the rest of this entry »

Ramai yang buat macam-macam untuk tambah pendapatan, tetapi berapa ramai yang monitor atau keep track perjalanan usaha menambah pendapatan mereka?

Dah nak abis dah tahun 2010. Sekejap je rasanya. Itu tandanya dah nak akhir zaman la tu hehe..

Apa khabar agaknye prestasi portfolio pelaburan masing-masing? ada lebihan positif ke atau kering kontang sampai negatif? hehehe.. Kalau positif setiap bulan, alhamdulillah, ada nampak kemajuan. Kalau negatif pulak, cepat-cepat buat semakan. Periksa betul-betul part mana yang menyebabkan negatif. Adakah hutang lebih besar dari pendapatan, atau adakah perbelanjaan lebih besar dari untung, atau kita tak tahu kemana perginya duit yang dibelanjakan?

Bagi yang masih tak buat buku portfolio pelaburan dan pendapatan, cepat-cepatlah bukak buku baru. Tak payah nak beli mahal-mahal pun. Semua orang ada PC atau laptop canggih kan, sure ada microsoft office dan ada Excel. Taip saja butiran pendapatan, perolehan, simpanan, dividen, keuntungan dalam satu kolum “PENDAPATAN” dan setiap perbelanjaan, kerugian, interest, wang modal dan sebagainya dalam kolum “PERBELANJAAN”.

Lepas tu jumlahkan setiap kolum tu dan tengok yang mana satu lebih besar, kolum PENDAPATAN atau kolum PERBELANJAAN. Dari situ, kita boleh nampak, apa yang boleh kita rancang untuk improve mana yang terkurang. Sebaiknya, biarlah kolum pendapatan lebih tinggi nilainya dari kolum perbelanjaan.

Harus diingat bahawa tidak semua orang boleh mendapat result yang ideal, iaitu sentiasa beroleh untung dalam setiap usaha. Business is business, ada untung ada rugi. Harus ada homework dan perancangan yang praktikal untuk sesuaikan dengan portfolio kewangan/pelaburan masing-masing. Ukur baju Raya di badan sendiri, bukan badan tokey kedai jahit :)

Harapnya, hasil pendapatan tahun ini baik untung (boleh bayar zakat) atau rugi akan dijadikan pengajaran penting untuk kita mengorak langkah lebih berkeyakinan menjelang masuk tahun 2011 nanti. Biar orang kata kita hebat merancang, tapi hasilnya ciput celah gigi, daripada kita tak buat apa-apa dan menyesal tengok orang lain mula menuai hasil usaha mereka.

Selamat bercuti akhir tahun dan selamat merancang tahun baru yang lebih gemilang.

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

8 Responses to “Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru”

  1. md

    @Paklang – kawan kita tu dah seminggu kat sana. Dah minum teh tarik dengan Obama dah.. huhu

  2. Abu

    Nak ride tak semesti CC besar…….jetski pun ok gak…sahabat kita dah sampai US ke…

  3. md

    @paklang selamat tahun baru… nak share duit ke paklang? hehe, saya sudi terima :) .. kita ride naik jetski ok tak paklang?.. CC besar dah takde hehe..

  4. Abu

    Selamat tahun baru tuan tanah…….tahun ni ingat nak share nhagn tuan tanah. tapi nak share apa ye? hahahaha
    p/s: Jom ride. Dah lama nak ride ni…

  5. md

    hehe.. power share azam berjemaah. tengok ada tak orang share azam gaya MLM gitu.. i like!

  6. Salam.

    Share dengan saya Azam Tahun 2011 anda!

    Sila tinggalkan/share azam anda di :
    http://www.TuanBri.Com

    Just share for free.
    The Power of Sharing!

  7. trader

    betul cakap tuan blog ni……setuju sesgt!!!!!!moga moga CPO terus cemerlang untuk semua:)

  8. tq uncle.. saya setuju ngan benda nii.. betoi tuu.. kena track duit kita.. mana dia pergi


Leave a Reply