Mana lagi untung, simpan duit dalam bank atau laburkan?

This entry was posted by Wednesday, 5 January, 2011
Read the rest of this entry »

Yo..Yo..Yo.. wassup.. wow, rapper sesat lupa bagi salam – Assalamualaikum wahai sahabat2, baik yang jauh mahupun yang dekat. Apa cerita yob? Dah nak masuk seminggu dah tahun baru 2011 muncul. Ada apa-apa yang dah dimulakan ke masih tunggu bulan jatuh ke riba.. hahaha.

Kawan-kawan aku ramai yang senyum sampai ke telinga 3 Januari 2011 hari tu. Apa pasal diaorang senyum, itu hanya mereka dan keluarga mereka saja yang tahu hehe.. Yang buat muka ketat pun tak kurang jugak. Anak-anak masuk sekolah sekarang ni bukan sikit nak pakai duit. Kalau yang hantar ke sekolah private lagi la, kalau sorang takpe, kalau 3-4 orang.. huhu.. ketahuilah wahai anak-anak, sesungguhnya abah dan emak kau sangat sayang pada korang :)

OK lah, aku nak tanya kat korang. Kalau korang ada duit segedebuk, mungkin duit dari bonus ke, duit kutipan hari raya ke, duit jual lembu ke, duit curi jual tulang lembu ke atau apa-apa pendapatan lah korang ada. Rasa-rasanya, mana lagi untung, simpan dalam bank atau laburkan?

Aku tau dah, korang sure tanye balik, kalau simpan bank tu semua orang yang mumayyiz boleh jawab. Tapi kalau nak check untung ke tak laburkan duit, nak labur tang mana? Silap labur, jadi lebur, naya tu beb..

Gini, macam-macam benda boleh dilaburkan (cari dan pastikan yang halal thoyyiban tuan-tuan). Mari aku bagi contoh:

  1. Laburkan ke Unit trust atau Saham Amanah
  2. Laburkan ke Komoditi (tak semestinya main futures, beli buah sawit bijik2 tu then jual balik pun buleh)
  3. Laburkan ke Emas (yang ni ada yang skeptic, ada yang optimis)
  4. Laburkan ke Koperasi
  5. Laburkan ke Projek Agriculture
  6. Laburkan ke Projek jangka pendek dan sederhana
  7. Laburkan ke Hartanah
  8. Laburkan ke Pendidikan
  9. Laburkan ke Trading (jual tulang lembu, bukan curi tulang ye hehe)
  10. Laburkan ke Stock Market (ada orang dapat ESOS company bagi, atau saham2 lain)

Cukup 10? tak cukup? nak lagi? hehehe… buat yang tu dulu la yob, pastu tinjau-tinjau mana satu sesuai dengan hati sanubari dan boleh mencapai target yang korang mahu. Kalau tak tahu mana satu nak pilih, ambik yang no. 8 tu dulu, labur ke pendidikan, beli buku, attend seminar dan tambahkan pengetahuan. Lepas tu boleh check balik mana satu portfolio pelaburan yang berkenan di hati.

Kalau ada masa (kadang-kadang masa ada, aku pulak malas huhu..) aku cuba ulas satu persatu, macam mana setiap dari 10 contoh kat atas tu boleh bawak untung kalau kena gaya dan cara.

Macam aku sendiri, tak leh nak labur banyak-banyak tempat, sebab aku suka buat satu-satu. Dah nampak berjaya, baru aku diversify, then kembangkan atau kuncupkan mana yang patut dan tak patut. Lepas tu, cuba lagi dengan teknik yang diperbaharui, doa banyak-banyak dan tawakkal dengan segala usaha yang telah dan akan dibuat.

InsyaAllah, lagu tu, satu hari kita dapat tengok hasilnya, samada simpan saja duit kat bank lebih bagus (tak payah nak pening-pening uruskan wang kita, cuma jangan bank jatuh bangkrup sudah!) ATAU kita patut laburkan duit kita tu untuk dapatkan keuntungan berganda.

Tepuk dahi kuat-kuat kalau masih tak reti dan kurangkan amalan memakan semut, hehehe.. ok yob, jumpa lagi. Wassalam.

Sharing is caring.. :)

12 Responses to “Mana lagi untung, simpan duit dalam bank atau laburkan?”

  1. iZwaN

    Saya sebagai student..
    ada la jugak buat investment…
    tp xde la byk..sikit je..
    n br2 nie ada cuba di UT..
    hrp2 la ok..

  2. md

    boleh..tambah aje macam tambah lauk. takaful boleh, main kutu boleh, mana2 yang difikirkan baik untuk diri masing-masing :)

  3. mylovegifts

    labur dlm Takaful x de dlm list? :)

  4. Zahid

    kalau nak invest biar laa di channel yg betul bro.. dan kalau boleh dibawah pantauan bank negara.. kalau bro pernah dengar Amlife style pakej investment dari Ambank.. pelaburan macam ASB tapi benefits lagi bnyk dr ASB..

    Kalau nak tau lebih lanjut bleh email saya..free consultation hehehe..
    Zahid..

  5. ben

    xsapai 2 tahun gu… takat hok kawe tahu kawe buleh royak..

  6. md

    @ben.. biso demo main walit.. lamo doh ko buat? buleh ajar kawe hehe :)

  7. ben

    hmm… banyok tepat nak labur.. banyok pitis nak stenby.. kawe terlabur dale walit….

  8. md

    @putra.. jolo sengoti tu boh.. kalu ada lebih, invest lebih.. diversify & grow.. monitor performance and realign from time to time.. hehe..

    p/s: congrats bulih baby bary Dec’31 2010 ari tu :)

  9. putra78

    actually, both bleh dpt untung, simpan di bank mahupun laburkan diluar, cume skit byk jer..
    kalu kawe lah, alang2 ada sgedebuk or sememangye byk gilos, pastinye di agihkan ke pelaburan2 berikut:
    – saham amanah (segala jenis amanah saham dlm PNB yg rm1 per unit eg: ASB, ASW, ASM, ASD, etc…).. top up dan top up lg, kalu ada max limit, max kan..
    – property (x kire brp bijik, shingga max bleh wt home loan), x kire flip or bg sewa utk +cf..
    – tabung haji/bank persatuan/bank rakyat (slagi bleh masuk or ade kuota)
    – last but not least, main FCPO..
    cukup.. hasil n keuntungan yg diperolehi hasil usaha n tawakal keatas pelaburan2 diatas, insyallah tercapai impian financial n time freedom..

    ko guano abe nan kito? :)

  10. trader

    concentrate fully to the best instrument available tuan blog…….CPO………..:) itu pendapat saya la…hehehe……..ini yang paling senang…..menang ker kalah terpulang kat diri kita sendiri….takyah bergantung kat fund atau punt manager:)

  11. md

    @dr kayzen, insyaAllah tuan2.. terima kasih atas doa tuan Dr.

  12. semoga tuan maju jaya dalam menghadapi tahun 2011 ini.


Leave a Reply