Tips Murah Rezeki

This entry was posted by Friday, 13 May, 2011
Read the rest of this entry »

Hehehe.. semacam je tajuk kali ni. Tapi bukan sebarang tajuk, ada makna dan faedahnya kalau diamalkan. Sebenarnya, tips murah rezeki ni dah lama pun ada dan dikhabarkan. Baik masa kita kecik-kecik dulu, sampailah dah besar panjang macam sekarang ni. Kadang tu, tips tu bunyinya mudah, tapi nak dibuat dan diamalkan secara berterusan tu yang tak menjadi.

OK, apa pasal kita nak kena ada tips murah rezeki ni? Boleh caya ke semua tips-tips ni?. Well, ada banyak sebab sebenarnya, mungkin antaranya adalah seperti berikut?

  1. Kita nak pastikan usaha kita akan dapat hasilnya
  2. Kita nak usaha kita dapat berkat dan dirahmati
  3. Kita nak usaha dan kerja kita lebih berkualiti
  4. Kita dah penat mencuba, tapi masih belum berjaya
  5. Kita takut gagal

Biar apa pun sebabnya, yang penting, kita nak tahu dan amalkan tips-tips murah rezeki agar kita lebih fokus dan yakin dengan setiap usaha yang akan kita rancang dan jalankan. Betul tak? hehehe..

OK, tips pertama – Bangun pagi, dan jangan tidur selepas subuh. Mengikut kajian sains, udara waktu pagi mengandungi paling banyak oksigen. Sebab tu bila kita sedut, udaranya segar dan best. Baik untuk otak dan badan kita. Katanya, kadar oksigen dalam udara waktu pagi yang tinggi tu, bila disedut akan membantu badan kita menyahtoksid (detoksid) kandungan racun dalam badan. Wow, ini tips yang bagus dan mudah. Bangun pagi-pagi, sedut udara pagi sambil tunggu solat subuh, atau selepas solat subuh sambil buat senaman ringan. Menarik dan mudah bukan.

Lepas tu, kalau boleh, sebelum zohor atau dalam pukul 12 tengahari gitu, tidur la sekejap (nap) untuk dapatkan semula kesegaran. Ustaz Dr. Zahazan kata – Sabda Rasulullah SAW; “Lakukanlah qailulah (tidur sebentar di siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani qailulah.” (Riwayat al-Tabrani)”.

Tips kedua – tunaikan solat sunat Dhuha 2 rakaat setiap pagi (dalam pukul 8 pagi ke atas dan sebelum pukul 11.30 pagi dah boleh buat). Ini tips sempoi dan mudah. Ada hadis dari Bukhari dan Muslim berbunyi “Kekasihku Rasulullah s.a.w berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya iaitu: supaya aku tidak tidur (malam) selepas menunaikan solat sunat witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakat solat sunat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan”.

Solat Dhuha ni macam ganti kepada tanggungjawab kita bersedekah pada sendi-sendi dan anggota badan kita setiap hari. Sudah tentu bila kita banyak bersedekah, banyak juga ganjaran pahala dan murah rezeki yang insyaAllah akan kita dapat. Kalau yang bekerja tu, maybe dah masuk pejabat, waktu rehat pukul 10 pagi tu, boleh ke surau sekejap untuk tunaikan solat sunat dhuha. Puasa sunat pulak, boleh pilih mana-mana hari dalam sebulan. Nak mudah puasa je hari Isnin dan Khamis, ataupun puasa setiap hari khamis, dah dapat 4 kali sebulan. Sunat witir pulak, sebelum tidur ataupun bila dah terjaga waktu malam, tunaikan 1 rakaat, 3 rakaat atau seterusnya dalam gandaan ganjil, ikut mana yang termampu. Dah complete wasiat Nabi s.a.w untuk kita sama-sama amalkan.

Tips terakhir untuk kali ni – Buat baik kepada kedua ibu-bapa (bagi yang masih hidup) atau pun anak-anak yatim. Sesungguhnya, terlalu besar ganjaran dan pahala bila kita dapat membahagiakan hati kedua-dua ibu-bapa kita dan anak-anak yatim. Caranya macam-macam, ada tu tak perlukan wang ringgit atau modal yang banyak pun. Cukup sekadar kita telefon setiap pagi atau bila ada masa terluang, untuk bertanya khabar berita tentang kesihatan mereka, berceloteh dan apa-apa saja yang boleh buat mereka happy. InsyaAllah, bila kita mintak mereka doakan kerja kita agar dapat kejayaan dan berkat, doa tu makbul. Mungkin juga kejayaan yang kita kecapi selama ni pun berkat doa ibu ayah kita pada Allah.

OK tuan-tuan dan puan-puan, jom kita sama-sama cuba buat tips-tips murah rezeki kat atas. Bagi yang dah lama amalkan, alhamdulillah, teruskan mudah-mudahan usaha dan kerja kita beroleh keberkatan dan ganjaran berlipat ganda. Kalau ada lagi tips-tips lain yang bagus, boleh kongsi-kongsikan kat sini supaya kita sama-sama dapat manfaatnya.

Selamat hari Jumaat, banyak-banyaklah berselawat pada junjungan besar baginda Rasulullah s..a.w. :D

Sharing is caring.. :)

3 Responses to “Tips Murah Rezeki”

  1. bagus tip nih..lain dari yg lain.

  2. md

    terima kasih sifu Putra.. betul tu, kalau larat dan ada kelapangan, elok kita tambah 2 rakaat demi 2 rakaat ikut mana yang dapat.. janji istiqamah dan ikhlas. InsyaAllah, banyak ganjaran kita dapat, bukan saja dari segi wang ringgit, tapi dari segi ketenangan hati dan rohani.

  3. putra78

    uncle, izinkan sy tambah serba sedikit tentang tips kedua tuh.. iaitu kelebihan solat sunat dhuha jika kita lakukan lebih dari 2 rakaat, berdasarkan hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam ..

    Sunat Dhuha dua rakaat – tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah
    Sunat Dhuha empat rakaat – ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat
    Sunat Dhuha enam rakaat – dicukupkan baginya pada hari tersebut
    Sunat Dhuha lapan rakaat – Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat
    Sunat Dhuha dua belas rakaat – Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga

    manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.. tapi kalu x hafal surah ni, boleh aja bace surah2 lain..

    Doa yang disarankan sesudah solat sunat dhuha

    “Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


Leave a Reply