Jangan Sampai Kena Tipu Dengan Kontraktor
Sekarang ni kat kawasan perumahan aku, musim orang ubahsuai (renovate) rumah. Ada yang nak besarkan porch supaya boleh parking kereta lebih dari sebuah. Ada yang nak besarkan ruang dan jadikan dua tingkat. Ada yang nak besarkan dapur. Ada yang nak besarkan masterbedroom dan macam-macam lagi kerja ubahsuai.
Ikut selera dan bajet masing-masing, renovate rumah ni dah jadi macam beli baju raya. Kadang tu sampai berpasang-pasang kita nak beli sebab semua nampak cantik dan bergaya. Sudahnya, pakai kejap-kejap je, tapi duit banyak keluar sampaikan nak bagi mak bapak pun kena sukat-sukat hehehe..
Aku nak share cerita sorang jiran aku ni, dia tengah renovate dapur dan tambah bilik. Nampak major jugaklah sebab structure nampak naik dua tingkat dekat bahagian belakang. Dia ni memang ada pengalaman buat kerja-kerja renovation (katanya), so aku rasa sure takde masalah punyalah setakat nak buat kat rumah sendiri kan. Nak dijadikan cerita, dengar khabar dia dah kena tipu dengan kawan dia yang ambik sub-con untuk renovate rumah dia. Banyak ribu jugakla duit dia lebur, sebab duit dah bayar, tapi kerja tak buat.
Aduh, cerita macam ni memang tak sedap didengar. Kalau takat seratus dua kena tipu, boleh la pujuk hati biar sabar. Tapi kalau dah main ribu-ribu ni yop, aku rasa boleh mereng kepala otak nak pikir camne nak cover balik kerugian. Kalau duit tu pulak kita dapat dari pinjaman, lagi lah berdarah hati ni tahan sakit. Jangan jadi macam ni yop. Kita bukan cop duit atau anak tokey balak (kalau ada yang anak tokey balak, boleh la kenalkan diri hehehe). Kalau terkena kat batang hidung kita, sure gelabah betul tak.
OK, macam mana pun, aku fikir, elok kita ambik pengajaran dari peristiwa macam ni. Ramai yang dah terkena dan ramai lagi yang bakal kena. Kalau tanya aku, aku akan buat proper construction agreement dengan contractor yang aku pilih. Biar nampak fussy (leceh), tapi senang nak protect interest aku. Kalau kerja bawah RM10K, takpe lah jugak, kalau dah cecah ratus-ratus ribu, kita kena buat construction agreement (CA).
Biasa CA ni contractor kena buat. Dia akan spell out every detail tentang cadangan pembinaan, build quantity (BQ), material, pelan dan macam-macam lagi terma dan syarat yang standard diguna pakai bila buat pembangunan. Kita pulak sebagai client, kena baca dan fahamkan setiap butir perincian dalam CA tu. Sebab ada contractor tu main copy-paste aje clause-clause dalam agreement tu, so ada yang tak berapa sesuai pun, kita kena semak dan mintak selaraskan dengan projek yang kita nak buat.
Macam jugak kita nak cari penyewa rumah, kita buat Tenancy Agreement (TA), CA ni pulak untuk kita pastikan contractor yang kita pilih adalah professional dan bersedia untuk ambil tanggungjawab untuk pastikan projek ubahsuai atau pembinaan yang bakal dilaksanakan berjalan lancar dan boleh dipantau secara sistematik. Nampak macam cerewet kan, tapi ni untuk pastikan kita arif dengan apa yang kita nak, dan orang takleh senang-senang kelentong kita bila nampak kita ni mentah dalam bab-bab berurusan dengan kontraktor.
Ingat, kita yang akan keluarkan duit (tunai atau loan), so kita berhak tentukan cara terbaik untuk protect duit kita supaya selamat.
Aku tak pasti, berapa ramai contractor kecil-kecilan yang sanggup buat CA, tapi aku rasa kalau diaorang tak boleh sediakan CA ni, nampaknya diaorang akan hilang keyakinan pelanggan, terutama bakal pelanggan baru. Buat rumah ni, kadang tu tampal banner cantik-cantik tepi jalan pun tak jalan, word of mouth (cakap-cakap) lagi berkesan. Kalau kerja kita bagus, orang akan “rekemen” kerja kita kepada orang lain tanpa disuruh. Itu yang terbaik.
Jadi, pelajaran kita hari ini murid-murid ialah, pastikan anda tidak kena tipu bila nak belanja ratus-ratus ribu untuk buat rumah atau renovate rumah anda. Pastikan buat kaji selidik contractor yang dipilih, projek-projek lepas yang dah dibuat (kalau berani, tanya pengalaman pelanggan mereka tentang cara mereka buat kerja), semak skop kerja dan harga yang ditawarkan dan pastikan ada perjanjian dibuat untuk protect kepentingan anda (dan wang anda).
OK yop, kita jumpa lagi di lain siaran



yup, boleh tu..
dlm kontrak jkr ada tempoh pembinaan, kalau x siap kn LAD(denda) harian.. kecuali client bg tambahan masa atas sebab2 yg munasabah.. Kalau kita nak wat mcm ni pun ok, perlaksanaannya mgkn kurang praktikal tp kalau kes di bawa ke tribunal ke, court ke, masak la kontraktor tu..
@walan, boleh jugak kita buat agreement sendiri dan masukkan quotation dari contractor, lepas tu bagi contractor tu check dulu dan kalau dia agree, baru both party sign construction agreement tu.
tentang bayaran pulak, memang yang semolek-moleknya bayaran dibuat ikut progress of work done, bukan bayar advance sebelum kerja dimulakan. Tapi ada jugak contractor yang janji masa project nak award, takkan claim awal, tapi bila separuh jalan, claim awal jugak sebab cakap projek banyak sangkut pakai modal…hmmmm
sllnya kontraktor2 kecik ni cuma wat quotation je.. kalau nak wat aggreement kita leh amik quotation tu sbg tawaran dan aggreement kita sbg penerimaan tawaran dan agreement tu dilengkapi dgn syarat2 yg kita nak seperti harga, tempoh, pelan dsbg.. utk elak kontraktor lari sy syorkan dah siap br byr, walaupun in stages.. x yah bg advance.. x kan x berduit nak bisnes..
@fara.. yup, sakit jiwa kalau kena tipu banyak ni… harap2 your renovation work goes well..
Kena tipu rm40k? Adoi! Tak tido malam dibuatnya… kadang-kadang kawan-kawan ni la yg selalu makan kawan…
Thank you for sharing this. Macam saya pon, sedang renovate rumah… cuak jugak… tapi kontraktor tu memang dah buat banyak rumah kat area situ… dan saya dah pegi 2 bijik rumah yang dia buat sebelum saya appoint dia… harap2 bejalan lancar lah… Amin!