Bisnes Bulan Ramadhan

This entry was posted by Wednesday, 3 August, 2011
Read the rest of this entry »

Salam ramadhan tuan-tuan dan puan-puan. Dah masuk 3 hari dah kita berpuasa tahun 1432H ni. Seronok betul bila masuk bulan puasa ni, bukan setakat dapat peluang merebut HADIAH BESAR dari Allah, malah dapat juga peluang untuk tambah pendapatan bagi sesetengah kita tu.

Aku nak tulis pasal amal ibadat di bulan puasa ni, rasanya dah ramai yang dah share. Blog dan forum yang dikendalikan oleh ustaz-ustaz pun berlambak-lambak dekat Internet tu. Cuma nak dengan tak nak je kita nak baca dan ambil pengajaran. Apa yang penting, ingatlah, bulan puasa ni bukan datang dengan percuma. Masa yang diberi untuk kita beramal dalam bulan puasa ni satu rezeki besar yang tak dapat kita tagih bila terlepas. So, sama-samalah kita rebut peluang ni, macam jugak kita suka rebut peluang melabur dalam dunia seharian.

Korang perasan kan, kalau tiba bulan puasa, bisnes sesetengah orang semakin rancak. Tak kiralah orang melayu ke, cina ke, India ke, semua jadi rancak. Kalau pergi ke pasar, penuh je orang nak beli itu ini. Kalau pegi supermarket pun sama. Meriah semacam je walaupun puasa baru bermula. Aku tengok hari tu, masa first day puasa, kebetulan ada negeri yang bercuti, jalan nak masuk ke entrace supermarket bukan main sesak. Awal betul orang pegi shopping baju raya hehehe.

Tak kurang jugak, aku tengok bila lalu balik ke rumah, kat tepi jalan dah bersusun gerai-gerai menjual juadah berbuka di bazar ramadhan. Aku singgah beli air soya dengan murtabak. Lepas tu terus laju je masuk kereta dan drive balik. Bahaya sungguh dugaan singgah di bazar ramadhan. Semua benda nampak menarik dan tertarik hehe.

Semalam aku pegi lagi ke bazar ramadhan sama, aku nak beli murtabak yang aku dah beli semalam. Rasa best pulak. Aku parking kereta kat jalan belakang, bersetentang dengan gerai kakak yang jual murtabak tu. Dari situ aku nampak ada 3 meja dan kuali leper goreng murtabak dan bertimbun-timbun murtabak yang siap untuk dijual. Mulalah akal aku ni dok congak-congak, berapa agaknya pendapatan kasar kakak jual murtabak ni.

Sekeping murtabak dijual dengan harga RM2.50 (10 tahun lepas, murtabak dalam linkungan RM1.50 je). Kalau sehari 500 keping murtabak berjaya dijual, maka pendapatan kasar yang diperolehi ialah RM1,250.00 sehari. Kalau dia berniaga selama 20 hari (kira kita tolak lah hari dia cuti atau perniagaan tak berapa laku), pendapatannya boleh mencecah RM25,000.00. Wow!, lumayan tu..

Berniaga bulan puasa ni bukan main-main. Kalau kuih atau juadah yang kita buat tu tak sedap, sehari dua aje lah orang datang beli. Macam kakak tu, bila murtabak yang dia buat tu sedap, pelanggan akan datang lagi. Aku tengok dia berani upah 2 pekerja untuk goreng murtabak untuk tingkatkan jumlah jualan murtabak dia. Dari situ aku dah boleh agak, sure demand murtabak dia tinggi.

Sebab tu, aku percaya pada bisnes yang pentingkan kualiti dan perkhidmatan yang baik. Faktor penting yang akan membolehkan kita pergi jauh. Orang suka perhati dan nilai hasil kerja kita. Kadang tu, disebabkan kita berpuas hati dengan perkhidmatan seseorang peniaga, kita akan mempromosi produk mereka kepada orang lain tanpa dipaksa. Iklan jenis ini sangat-sangat berkesan terutama bagi yang berususan secara terus dengan pelanggan.

Berbalik pada bisnes bulan ramadhan ni, ada orang memang perniagaan dia setahun sekali je. Pendapatan yang dia dapat masa bulan puasa ni, cukup untuk menampung kehidupan dia selama setahun. Apa tidaknya, kalau pendapatan yang dijana dari bisnes sudah boleh cecah ratusan ribu ringgit, 11 bulan lagi memang boleh goyang kaki. Mereka buka perniagaan bukan di KL saja, malah diseluruh Malaysia. Supply kerepek, kuih raya, baju dan pakaian, jahitan, perabot, dan macam-macam lagi produk yang orang suka cari waktu musim raya.

Begitulah cerita dasyatnya rezeki bisnes bulan ramadhan. Baik yang bisnes jual barang, mahupun yang bisnes yang tak berjual barang (beribadah mengharapkan ganjaran pahala berlipat ganda – deposit akhirat). Harapnya, kita dapat rebut kedua-kedua peluang yang ada didepan mata, kerana peluang berada dalam bulan ramadhan yang mulia ni bukan mudah diperolehi.

Selamat berpuasa dan beribadah tuan-tuan. semoga kita semua beroleh rahmat, keberkatan dan keampunan dari Allah swt.

Sharing is caring.. :)

9 Responses to “Bisnes Bulan Ramadhan”

  1. Rumah.Net

    buy metformin says
    Great post I must say. Simple but yet interesting. Wonderful work!

  2. Rumah.Net

    Anxiety treatment says
    Since researching for a short time to get a great content articles pertaining to this point . Checking out in Google I finally picked up this blog. After reading these details I’m just glad to enunciate that I’ve got a really good impression I discovered whatever I wanted. I most certainly will ensure to don’t forget this web site and take a visit consistently.
    My site is Anxiety remedies.

  3. Rumah.Net

    jemaa89 says
    Hi..

    I am happy the post was available for reading. It’s really thought-provoking, informative, bold, primary and creative.

    This particular information has given me a new perspective along this topic. Thank you..

    Nice blog tooo ;)

  4. Rumah.Net

    Automated forex trading says
    Do you people have a facebook fan page? I searched for one on facebook or twitter but could not discover one, I’d really like to become a fan!

  5. Rumah.Net

    Houda says
    Hello

    interresting, post here may come back soon
    continue updating your blog

  6. Rumah.Net

    Sony Camera Reviews says
    I give rise to look on behalf of such a article on behalf of a sustained era, credit a percentage.
    Canon Camera Reviews

  7. md

    @syamoi.. hehe..posting merapu je moi… selamat berpuasa moi..

  8. syamoi

    terbaik uncle..keep posting lagi..suka baca info dari sifu tersohor.. :)

  9. Rumah.Net

    Panama corporation says
    .Lagi seminggu mak bulan bakal melahirkan anak bulan jika diizinkan dapat la kita melihat anak bulan.Teringat zaman kecik-kecik dulu bila waktu diumumkan anak bulan telah kelihatan kita akan mula berpuasa esoknya malam tu makan cikmin banyak-banyak sebab esok puasa takut lapar.


Leave a Reply