Get Rich, Retire Young

      1 Comment on Get Rich, Retire Young
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Wow!, semua orang mengidam untuk get rich and retire young kan!, tapi tak semua orang dapat penuhi cita-cita tersebut semudah yang diimpikan.

Kalau anda baca buku-buku tentang kebebasan kewangan (financial freedom), banyak yang diperkatakan tentang tabiat berjimat cermat (menabung), melabur dalam pelbagai bidang yang menguntungkan (hartanah, saham amanah, emas, commodity, dll.), juga melalui perkongsian pintar (smart partnership).

Apa pun yang ingin kita lakukan harus bermula dari cetusan idea dan perancangan yang baik serta yang mudah dilaksanakan. Adakalanya idea yang tercetus sangat luar biasa, namun tiada tindakan susulan untuk merancang bagaimana idea tersebut boleh diolah menjadi langkah-langkah perlaksanaan. Adakalanya idea dan perancangan berjaya dihasilkan, namun perlaksanaannya pula terlalu rumit dan kompleks.

Saya lebih gemar memikirkan idea mudah, praktikal dan senang untuk dikendalikan. Baik dari segi masa, modal dan pengurusan keseluruhan. Contoh yang boleh kita ambil ialah pelaburan dalam sektor hartanah. Ideanya mudah – cari hartanah yang berpotensi untuk mendapat pulangan yang baik, dan rancangkan bagaimana ia boleh memberi keuntungan jangka masa pendek atau panjang. Keuntungan jangka masa pendek ialah, anda boleh jual kembali hartanah tersebut pada harga yang lebih tinggi namun masih dalam lingkungan harga pasaran (market value).

Atau pun, hartanah tersebut boleh disewakan dan anda boleh dapatkan kemudahan “financing” dari Bank. Sewaan yang anda dapat setiap bulan akan digunakan untuk membayar pinjaman yang anda buat dari bank tersebut. Jadi, gunakan kebijaksanaan anda untuk mendapatkan pakej pinjaman yang berbaloi dengan kadar sewaan bulanan agar ianya dapat memberikan pendapatan positif tunai (positive cash flow / +CF) sepanjang tempoh bayaran balik pinjaman tersebut.

Ingat, setiap 2 tahun sekali (biasanya), anda boleh naikkan kadar sewaan beberapa peratus, sedangkan bayaran balik pinjaman anda mungkin tetap sahaja (islamic financing contohnya). Nampak idea ini?, menarik kan. Jangan lupa untuk membuat surat perjanjian pemilik-penyewa (tenancy agreement) yang dimatikan stem (tak sampai RM40 satu dokumen) setiap kali anda berurusan dengan penyewa anda. Ini boleh membantu anda ketika mengemukakan permohonan baru dari Bank sebagai bukti pendapatan tambahan anda.

Banyak lagi idea-idea mudah yang lain boleh digubah menjadi satu pakej hebat menjana pendapatan. Satu lagi contoh, dulu pernah saya buat entry berkenaan keinginan saya untuk menjadi capital investor “kecil kecilan”.

Ideanya mudah saja, bayangkan anda terserempak dengan seorang Hamba Allah yang serba kekurangan dan daif dari segi kelengkapan hidup – baik dari pakaian, rumah, kereta dan kemewahan lain. Namun satu perkara yang jelas terdapat pada Hamba Allah ini – kejujuran dan semangat untuk terus berusaha.

Jika anda sudah ada banyak idea dan perancangan yang baik untuk memulakan perniagaan atau pelaburan, sudah tentu “orang berkualiti” sebegini, kalau diberi sedikit latihan dan pendedahan boleh membantu anda menjayakan idea anda itu. Mungkin ada yang skeptik dengan cara ini, namun kita tidak rugi apa-apa kalau pandai “mengikat” mereka dengan perjanjian strategik atau “smart parnership”.

Bukan syarikat korporat besar sahaja yang suka “smart partnership”, insan biasa seperti kita juga patut mengkaji kaedah ini untuk membolehkan kita mencapai cita-cita “Get Rich and Retire Young”.

Kalau anda ada idea lain untuk dikongsi atau dibincangkan, apa kata coretkan ia di ruangan komen.. 🙂

Terima Kasih

One thought on “Get Rich, Retire Young

  1. Nazri

    Cara untuk get rich & retire rich adalah dengan buat aset, bukan liability. Aset = put money to ur pocket, Liability = take money from ur pocket. Hartanah adalah aset yang boleh mendatangkan cashflow yang baik kerana lokasi yg strategik mampu memberi hasil yang lumayan

Comments are closed.