Palm Oil

      2 Comments on Palm Oil
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Suatu ketika dulu, ketika saya membesar dalam perkampungan Felda yang pekerjaan utama masyarakatnya ialah dari kebun kelapa sawit 10 ekar “milik” (skim pinjaman) masing-masing, tidak terlintas kelapa sawit begitu hebat nilainya, setidak-tidaknya pada hari ini dan beberapa tahun akan datang.

Waktu tu, yang saya tahu, ayah saya berhempas pulas untuk mempastikan pendapatan bulanan yang bakal diperolehi mencukupi untuk menyara 9 orang anak-anak beliau. Purata pendapatan pada waktu itu ialah sekitar RM300 ke RM450 bergantung kepada harga pasaran dan kuantiti buah sawit yang berjaya dipetik.

Bebanan hutang yang bak kata orang “korek lubang, tutup lubang” memang sebati dengan kehidupan masyarakat Felda. Namun, ianya sama sekali berubah pada hari ini. Harga sawit agak stabil dan beberapa tahun lepas, adakalanya harganya memuncak ke paras yang tinggi, di mana memungkinkan masyarakat Felda merasa sedikit nikmat kemewahan.

Walaubagaimanapun, ada juga kalangan keluarga di Felda (tidak semua) yang tidak melihat peluang ini sebagai peluang jangka masa panjang. Ada yang telahpun menjual kebun mereka semata-mata ingin meraih pulangan yang cepat. Bayangkan kebun seluas 10 ekar dapat memberi pulangan kira-kira RM1,500 ~ RM2000 sebulan bersih (ditolak upah pekerja, baja, dll) akan meningkat berkali-kali ganda apabila minyak sawit berjaya dikomersilkan menjadi bahan 1001 guna contohnya dalam industri biodisel dan pemakanan.

Sebab itu, saya kata, cahaya rahmat Allah disebalik kesusahan masa lalu kini sedikit demi sedikit mula menampakkan sinarnya. Walaupun generasi peneroka dahulu tidak ramai lagi, dan jika yang masih ada pun sudah agak lanjut usia mereka, namun ada sesuatu yang dapat diwariskan kepada ahli keluarga untuk diusahakan dan dijadikan asas untuk dikembangkan ke peringkat lebih tinggi lagi. Yang penting, buat sedikit “research” dan rancang apa yang boleh dibuat dengan input-input semasa yang diperolehi.

Lihatlah ulasan berita dari The Stars hari ini – “...The move away from unhealthy trans fatty acid arising from the hydrogenation of soyoil to create solid fats has boosted demand from palm oil. Vegetable oil demand has also been boosted by biodiesel demand. If one is bullish on the longer-term prospects of crude oil, one has to be bullish on vegetable oil which will not only appreciate in line with crude oil price but is also enjoying a steadily rising demand for food usage.

Since 1995, the global per capita consumption of oils and fats has risen from 15.6 kg to 23.4 kg per year, with vegetable oil assuming a larger percentage, 82% versus 78%, of total fat intake. China, the largest importer of Malaysian palm oil, was self-sufficient in vegetable oil production in 1985 but has to import an increasingly larger amount of vegetable oil due to rising per capita consumption and a shrinkage of arable land since 2000 due to industrialisation.

Increasing incomes and population in developing countries, combined with emerging biodiesel industries in various countries, is expected to stimulate an additional 36 million tonnes of world vegetable oil consumption in the 10 years to 2017/18…” – The Star (klik untuk berita lengkap)

Itu baru satu contoh kenyataan yang dibuat atas keperluan industri hari ini. Dan ramai yang sedia maklum, bahan-bahan berasaskan tumbuhan lebih sihat dan selamat untuk digunakan berbanding bahan berasaskan kimia buatan.

Jadi, jika anda ada peluang membeli ladang kelapa sawit dari mereka yang terdesak, usah toleh belakang lagi jika harganya berpatutan hehehe.. agak2 berapa harga patut?, 250K? 300K? 500K?.. buat sedikit kira-kira dan potensi minyak sawit, sudah tentu anda tahu jawapannya.

Terima kasih Tun Abdul Razak!

Terima Kasih

2 thoughts on “Palm Oil

  1. tynon

    Invest in Koperasi Felda.
    http://www.felda.net.my/kpf/
    The return in higher than FD, mutual fund, tabung haji, ASB etc.
    Kadar dividen dan bonus yang dibayar lepas ini ialah 16.5%.
    Mana dah dapat return mcm ni. tapi i heard ramai org/anak felda tak melabur dalam this, yang di ali babakan banyak lak.
    Untung sebenarnya jadi org felda ni 🙂

  2. md

    bang tynon hehehe.. saya sudah carum dalam KPF.. tapi belum banyak lagi 🙂
    bang tynon lama tak dengar cerita.. nanti senang2 jom ngeteh..

Comments are closed.