Bila Boleh Berhenti Kerja?

      21 Comments on Bila Boleh Berhenti Kerja?
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Balik kerja petang semalam, wife aku cakap, kalau income aku cukup besar, dia ingat nak berenti je kerja. Wow, that’s a challenge.

Dia mengadu letih dan stress sebab kena mengajar for 6 hours dari pukul 8 pagi. berenti pun masa lunch dan solat zohor je. Sapa kata jadi lecturer senang, dapat workload banyak, tak campur research work lagi, boleh jadi stress jugak.

Balik rumah, kena urus suami, anak2 dan rumah tangga pulak. Betul la ada bibik bantu kat rumah, tapi routine house chores still kena buat jugak. Sebab tu bila kerja kat ofis melambak, sampai anak tekak pun sakit takde suara, memang terasa nak berhenti hari tu jugak..hehe..

Hakikatnya, tak semudah tu bila nak buat keputusan untuk berenti kerja. Kalau simple macam makan kacang je, hari2 perempuan berumahtangga yang bekerja nak quit job. Lagi best duduk rumah jadi supir hantar anak ke sekolah dan masak untuk laki (sejuk hati laki engko..huhu). Waktu lapang boleh gi jenjalan kat shopping complex..  wow! nikmatnya hidup.

Yang jadi penghalangnya, cukup ke gaji salah sorang nak cover semua expenses dan commitment bulanan?. Anak-anak makin membesar, semua tu nak pakai duit.  Hahaha, itu pasal terpaksalah isteri-isteri “berkorban” untuk keluarga. Kesian kat dioarang kan..hehehe..

Kalau kita tengok Mak kita dulu pun, majoriti jadi surirumah sepenuh masa sebaik saja mereka kahwin. Cuma zaman dah berubah. Desakan hidup dan sebab nak merasa kemewahan yang tak dikecapi masa kecil dulu, terpaksalah laki bini keluar cari nafkah.

Nak berenti kerja ni, bukan boleh buat keputusan 1 malam saja. Kena buat action plan dan goal setting power2 dulu. Lepas tu kena monitor dan track progress action plan tadi tu.  Kalau OK, bolehlah diteruskan niat nak quit job. Kalau KO, kena revise balik atau lupakan dulu niat nak berhenti. Takut anak-anak yang jadi mangsa, kesian pulak tengok muka anak-anak masuk episod Bersamamu..hahaha…semua kawan2 kita tengok kat TV..  ish… tak sanggup aku..

Biasanya, kita kena listkan semua expenses bulanan, tahunan (insurans,tax,dll), contigency, dan lain-lain kos secara langsung mahupun tidak langsung. Lepas tu calculate juga income yang ada dan projection untuk tempoh 2 ke 3 tahun akan datang. Then, analyse samada income lebih banyak atau kurang dari expenses jika salah seorang nak berhenti kerja.

Let say, terkurang. Kalau sikit je kurang dia (less than RM1K a month), maybe kita boleh “cut down” few expenses yang tak perlu. Contoh, kalau dulu buat groceries every week, maybe buat 2 minggu sekali. Kalau dulu selalu makan diluar, maybe limitkan sebulan sekali dan macam2 benda kecil-kecil yang kita boleh ketepikan dulu.

Kalau banyak sangat jurang expenses dengan income, maknanya, kita kena cukupkan dulu “tabung” bersara pasangan kita tu untuk cover perbelanjaan masa dia berhenti nanti.

Lagi best, kalau boleh buat dana duit gaji at least untuk 2 tahun, baru selesa kalau ada plan nak apply VSS ke atau tender resignation. Kalau tak, bahaya tindakan tu, sebab silap gaya boleh jadi bangkrap kalau hutang-hutang takleh bayar.

Bagi yang dah “biasa” kerja sorang untuk tanggung nafkah keluarga tu, memang aku respek habis. Sure ada rahsia masing2. Ada orang matlamat hidup mereka ialah nak rasa kebahagiaan bukan kemewahan hidup, so mereka tak kisah sangat kalau suami je yang bekerja sebab diaorang enjoy “simple life”.

Apa pun yang kita nak buat dengan family kita adalah hak kita. Cara untuk buat perancangan dan pengurusan kewangan, banyak dah orang dok cerita. Tepuk dada, tanya Iman.

Terima Kasih

21 thoughts on “Bila Boleh Berhenti Kerja?

  1. juruukur

    Uncle.. para isteri tak rasa rugi kee..? dulu belajar susah-susah.. masuk U bertahun-tahun.. lepas grad pastu kerja.. gaji dah pun kencang. Tapi demi family.. last-last berhenti.. isk isk isk

    Para suami pun sama gak.. Tanya laa.. sapa-sapa yang dah berumur 35tahun ke atas.. semua mereka tuu dah jemu kerja makan gaji.. rasa macam dah tepu.. kalo laa mereka tuu ada banyak pasif income.. mau hari nii jee berhenti.. tul tak?

    Tapi selalunya lak.. bila pasif income banyak.. mereka sebaliknya. Tak mau berhenti lak.. sebab mereka kerja bukan sebab duit.. sebab saja2 buang masa.. hu hu hu

  2. md

    Fizal, belajar tinggi2 tu dapat pahala walaupun bukan untuk kerja. So tak rugi apa pun sebab ilmu dan pengalaman tetap dengan kita. Mungkin rugi sikit pada negara lah, sebab belajar tinggi2 sampai luar negeri, tapi decide duduk rumah je lepas tu hehe..

    betul macam ko cakap, kalau kita ada strong passive income, aku rasa takde masalah nak bagi wife kita duduk rumah je kan..

  3. Meet Haji Hussein

    Bini aku pun kena keluar keje gak tapi dia tak merungut lagi pasal letih lah, boring lah walaupun kena naik motor sendirian gi keje jaraknya 35km dari rumah. kesian gak aku tengok lebih2 lagi time hujan… tapi aku tengok dia nie suka berniaga tudunglah, kain lah, brooch lah. baru2 nie dia gi kursus buat kek. mcm2 kek dia belajar. dia nak buat and jual kat kawan2 sekerja dia. Sekarang nie walaupun keuntungan berniaga part time dia masih kecil tapi kesungguhan dan minat dia ditambah dengan kemahiran yg dia ada menjadi bekalan kalau2 dia rasa nak quit the job pada masa akan datang.

  4. md Post author

    pie.. berhenti boleh. main CPO pun boleh. tapi lepas 2 bulan, boleh makan maggi tepi starbucks.. haha.. kasi power dulu itu plan, baru bleh cakap..huhu

  5. md Post author

    @meet angkel husin: awk punya mem sangat cargas dan dedikasi lah.. salute!
    @meet angkel Jos: awk senyum aje kan.. sebab awak sudah “lepas” ini cabaran.. best la awak..

  6. MattDemon

    wow..ramai uncle-uncle otai lepak sini..:)

    Rasanya impian semua orang utk berenti keje…kalau dah capai tahap bebas kewangan…tapi kene keje kuat ke arah itu. Insya-Allah kalau tuning betul…sampai gak la ke destinasi tersebut…

  7. tuanbri

    Saya rasa saya nak berhenti kerja dalam masa terdekat ni.
    Tak semestinya bila dah sampai tahap bebas hutnag, baru nak berhenti,,
    ngeh ngeh..cakap je pandai saya ni….

    Agak-agak bila lah saya boleh berhenti kerja ni ??
    (Hint : Malaysia Merdeka!)

  8. pie2020

    dodi … awakk nye tahapp mmgg leh berhenti lama …
    lehh beli GS .. tapi awkk tak nakk ..

    brii … ko resignn bilaa …. 31/8/09 keee .. Wwowow .. tahniahh

  9. flizzo

    aku pun raso nak bhenti kijo gak,dan muak kijo 11thn. Pegi pagi balik mlm…takdo kehidupan…gaji masih kecik,kalau aku kijo sini lagi 10thn gerenti lagi miskin @ aku jadi gilo…..hahahaha….harap aku dapat hijrah dari tempat ni…

  10. pie2020

    dodi .. projekk GS bila nak onn… aduhss …. … hujungg tahun depann mungkin saya relax sikit .. leh gii ridee… amcamm ..

  11. nas786

    salam, exp. aku kat jepun..jika anda melihat pompuan kerje maknanya cuma 2, satu dia belum kahwin, kedua dah kahwin tapi anak baru seorang. Prempuan jepun yg anak 2 dan keatas akan dgn rela hati berhenti kerja dan menumpukan kpd pendidikan anak2. Sebab tu anak2 jepun intelektual..di didik sepenuhnya oleh ibu2 yg educated. Yg hebatnya, selepas berhenti kerja, isteri tadi akan isi satu form dan hantar pd majikan suami, pastu automatik sekitar 60% pendapatan suami akan masuk akaun isteri. Sy mmg awal2 dah plan isteri tak kerja..bila i balik kerja isteri dah tunggu kat pintu rumah dgn senyuman dan masakan yg sedap2. Syukur

    1. md Post author

      @Nas.. ooo macam tu ye kat Jepun, 60% duit gaji suami masuk ke akaun isteri..hahaha.. best betul. Kalau buat kat Malaysia rasa2 ada tak yang bergaduh kalau jadi camtu?. tapi memang sebaik2nya kalau dapat didik anak2 sendiri dari tinggalkan kepada pengasuh atau nursery. Semua orang berhajat nak macam ni, tapi tuntutan hidup dan nafsu kehendak buatkan kita “terpaksa” ikut arus.. hmm..

  12. nekochan

    setuju dgn nas…saya pon sekarang d jepun
    biasanya anak kalu 2 ke atas dorg resign dan tumpukan perhatian kepada pengurusan keluarga
    bekal makan tghhari anak2 dan suami pun disediakan..
    anak2 pula bangga di sekolah dgn bekal pelbagai bentuk yg comel disediakan ibu
    masalah2 disekolah dibincang bersama guru dan ibu.. malah persatuan ibu memainkan peranan penting dalam perjalanan pengurusan sekolah
    kalau kat skolah tu..ibu2 hantar sendiri ke sekolah atau sampai ke tangga bas
    si suami pula mmg balun keje betul2 sbb semua hal keluarga dah ada pengurus
    sampai kereta pon ibu yg pergi anta bengkel utk regular service..kalau kat melesia org pompuan tahu minyak penuh jer..yg lain si laki plak kene stanbykan
    bila2 anak dah mula masuk sekolah menengah baru si ibu sambung kerje semula atau buat kerje part-time
    bini aku pun x keje juga..hehe..dah resign sblm aku mai jepun
    dan kami pon bercadang dia x keje.. uruskan rumahtangga
    anak sendiri..biar sendiri yg jaga..bukan mak mertua, bukan bibik..
    aku galakkan dia bisness kecil2an dari rumah..dia pon dah naik syok skarang ni dgn bisness kraf dia..apa2 pun semua ni bergantung la kepada gaya hidup macamman yg sesebuah keluarga inginkan..

  13. md

    nekochan.. best betul kalau boleh adapt cara jepun tu kat malaysia, aman sejahtera hidup berkeluarga. Setuju dengan pendapat last tu, bergantung jugak pada gaya hidup kita, ada orang nak mewah sebab tu dua-dua kena bekerja, tapi kalau kita pandai setkan matlamat kita nak bahagia bukan sebab duit semata, mungkin itu boleh dijadikan sandaran untuk kita plan isteri duduk rumah dan urus hal ehwal rumahtangga.

    thanks for sharing the info 🙂

  14. Kak Nah

    Bukan saja di Jepun, tp bnyk negara maju…kaum wanita mrk walau ada ijazah dan master tetapi sangat berbangga berada di rumah mendidik sendiri anak2…Inilah baru dikatakan mentaliti kelas pertama….anak2 disana taklah liar dan susah nak dibentuk mcm di sini….sbb anak2 disana adalah anak didikan air tangan ibu sendiri…anak2 di sini majoriti nya anak didikan Taska… mcm saya ni guru sekolah…gejala ponteng sangat menjadi2 dan kebanyakan bdk2 ni adalah anak ibu yg berkerja…ibu2 mrk dah keluar awal2 pg dan blk lewat petang…mrk tak tau anak2 mrk tak dtg sek dan pergi CC…bila saya call baru mrk sedar…hu hu mmg kronik masaalah ponteng…cikgu gak pening…sebenarnya bila ramai wanita berkerja…kita tak sedar bhw ia sbnrnya merugikan negara dlm jangka panjang krn modal insan (anak2) yg dilahirkan tak berapa berkualiti….

Comments are closed.