Jual Sini, Beli Sana

      6 Comments on Jual Sini, Beli Sana
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Lama aku tak menulis, sampai orang rumah pun sindir “hot-hot chicken shit” je aku ni menulis..hahaha..

Bukan apa, bagi peluang korang baca tulisan2 yang lepas-lepas (kalau ada yang berguna) dan pegi meronda masuk blog-blog orang lain untuk korek ilmu dan tips berguna (alasan) hehehe..

OK, 2-3 menjak ni aku dok terima call dari orang yang berminat nak beli tanah lot banglo aku di Teras Jernang. Biasalah, semua orang impikan sebuah rumah idaman yang direkabentuk sendiri mengikut citarasa dan kehendak masing-masing. Sudah tentu pilihan terbaik ialah mendirikan rumah banglo. Kebanyakan yang call, memang dah ada rumah masing-masing dah, kerja pun stabil, takde masalah kewangan sangat. So, mereka just nak pastikan lokasi dan prasarana terbaik sebelum buat decision untuk beli.

Tambahan pulak, tarikan lot banglo aku tu, dah ada 11 biji banglo siap dibina dan berpenghuni, ada 2 lagi sedang dalam pembinaan. Maknanya, kejiranan dah ada, takde la takut duduk sorang-sorang. Keselamatan pun lebih terjamin sebab dah ada komuniti. Siap ada security guard digajikan untuk tambah lagi kawalan keselamatan. Sikit lagi, diaorang nak buat gated community, nak masuk kena ada permission, ekslusif tu. Antara tarikan lain, jalan raya memang cantik, takde kena masuk laluan berlecak atau bengkang bengkuk baru sampai ke situ. Dekat dengan UKM, Putrajaya, Uniten, Serdang dan kawasan sekitarnya. Kehidupan ala kampung yang serba moden.

Aku memang ada plan tersendiri kalau tanah tu tak terjual pun. Cuma, plan aku tu kena tunggu projek rumah Datuk Keramat aku siap dulu. Selagi projek tu tak siap, aku takleh start projek di tanah lot banglo aku tu. So, baik aku iklankan dulu untuk dijual, tak urgent sangat pun, kalau kena dengan harga, aku letgo, kalau tak, simpan dan proceed dengan projek yang dah dirancang. Untung atas kertas boleh dapat paling koman pun sekali ganda dari kos.

OK, kalau aku berjaya jual tanah tu pulak, apa aku nak buat dengan duit tu?

For sure, takkan nak gi joli katak (eh joli rimau) kan. Mestilah kita nak “beranakkan” lagi duit tu biar bertambah-tambah. Tapi macam mana pulak? katakan selepas tolak hutang bank, ada kat tangan dalam RM80K. Itu duit cash! boleh kelabu mata kalau tak rancang siap-siap apa nak dibuat dengan duit tu.

Kat sini lah penting untuk kita survey apa yang boleh dibuat dengan modal sebanyak tu. Ada orang akan buat beli barang dan jual balik dengan profit margin tertentu. Ada orang nak beli apartment low cost atau medium cost secara cash dan jual balik pada harga yang lebih tinggi. Ada orang nak masukkan dalam amanah saham, beli bon atau simpan dalam fix deposit. Ada jugak yang takde plan apa-apa pun, dapat duit just bank-in dalam akaun simpanan biasa.

Macam aku, duit tu sebahagiannya akan digunakan untuk top-up kos nak beli perabut, finishing dan lain-lain untuk projek di Datuk Keramat. Fully furnish service apartment. Aku nak naikkan value dia supaya sewaan nanti pun meningkat sebab finishing yang cantik dan elegan. Kalau basic apartment, boleh disewakan RM600, dengan menaikkan seri dan kelengkapan yang sesuai, kita boleh sewakan sehingga RM800. Dapat extra RM200 sebulan. Cuba darabkan 12 (setahun), so kita akan dapat RM2400 extra every year.  Itu lebih tinggi dari pulangan akaun simpanan biasa.

Sebahagian lagi, aku akan jadikan modal untuk beli property lain. Macam biasa, lepas kita dah settlekan 10% down payment dan kos2 bersangkutan (maintenance fee, tunggakan dan lain2) kita perlukan pinjaman bank untuk support pembelian property tersebut. Jadi untuk support new loan, tenancy agreement property sedia ada akan diattach bersama-sama dengan bank statement untuk tunjukkan aliran wang masuk hasil duit sewaan rumah-rumah yang kita ada. Hopefully, ada positif cashflow boleh dijana dari situ (proses biasa – beli dan sewakan).

Kalau ada lebih lagi? yang ni terpulang, tengok pada jumlah. Kalau sikit benar, boleh simpan saja untuk backup. Kalau masih berbaki lebih RM10K, macam-macam lagi boleh buat hehehehe.. paling koman pun top-up modal untuk FCPO, atau beli share murah2.

Kesimpulannya, bila kita nak jual property atau memperolehi duit dari pembiayaan semula (refinance), kita perlu ada perancangan rapi ke mana duit tu semua akan dibelanjakan. Bukan belanja untuk berjoli, tetapi belanja untuk tambah lagi pulangan keuntungan dari modal cair tu. Masing-masing ada tools dan teknik yang tersendiri. Tepuk dada, tanya selera.

Selamat berjual beli 🙂

Terima Kasih

6 thoughts on “Jual Sini, Beli Sana

  1. juruukur

    uncle.. wowowo… tempat tuu prime uncle.. kat desa sentosa mereka jual RM34/kp.. mahal ooo…

    uncle punya tanah.. sebelah2 semua ada rumah.. cuba offer kat jiran sebelah beli.. rasanya mesti mereka minat tuu..

  2. MattDemon

    tahniah uncle..plan dah canteek tue..esp ngan top up CPO tue…daily income…:)

    btw, adr company Mesia kat sini nak wat website cam kedai PMC…nanti saya email uncle okies..dah leh export service nie…wow..

Comments are closed.