Musim Tengkujuh dan Musim Kahwin

      5 Comments on Musim Tengkujuh dan Musim Kahwin
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Sekarang ni boleh dikatakan setiap hari hujan turun. Alhamdulillah, aku suka hujan, sebab bunyi air yang jatuh dari atap ke bumi tu boleh beri kedamaian. Tambah pulak kalau cuti dan duduk kat rumah..pehhhh… tarik selimut la jawabnya hehehe..

Teringat dulu masa kecik-kecik, bila time musim tengkujuh camni, aku adik beradik paling seronok sebab ada “can” main hujan.. sebabnya, kena alihkan pasu bunga mak aku lah, kena bersihkan longkanglah, kena buat itu ini gara-gara hujan yang turun dengan lebat dan air di sungai belakang rumah pun dah naik sampai ke dapur.

Tapi yang paling aku takleh lupa masa hujung tahun masa aku darjah enam. Masa tu aku takleh main hujan masa musim tengkujuh hehehehe… sebab berkhatan. Dapat tengok aje lah adik dan abang2 aku main air. Best betul tengok diaorang main rakit batang pisang dari tingkap belakang rumah. Abang aku pulak siap pasang pukat dekat celah2 batang pokok. Ikan dari sungai yang dah melimpah tu memang confirm akan masuk pukat tu.

Masa musim hujan ni jugak, makanan memang limited, sebab tak ramai nelayan ke laut, jadi automatik kitorang akan kerap dihidangkan nasi dengan ikan masin/kering saja. Kadang tu, lauk sardin dan telur dadar saje. Tapi time sejuk-sejuk ni, apa pun sedap sebab perut sentiasa lapar. Kena pulak sekali sekala dapat ubi rebus, atau pulut tanak dengan kelapa parut… pehhhhhh……

Hehehe.. jauh betul flashback zaman kecik2 main hujan. Budak2 sekarang aku rasa mak bapak diaorang sure tak bagi dah main hujan macam diaorang kecik-kecik dulu hehehe… takut demam dan sakit-sakit. Tak lasak budak2 sekarang. Penyakit pelik2 pun lepas satu, satu timbul, macam mana budak nak lasak. Dugaan semua tu.

Time cuti sekolah hujung tahun ni jugak, walaupun musim hujan lebat, ramai pasangan-pasangan pengantin akan diijabkabulkan. Best betul kahwin time hujan hehehehehehe…

Masa ni jugaklah, mak-mak andam (dan pak-pak andam), tokey canopy, tokey catering, tokey butik, fotographer dan ramai lagi akan buat duit sebab perkhidmatan mereka diperlukan. Rezeki mereka hot time-time cuti sekolah macam ni lah. Tak ketinggalan jugak, bisnes homestay dan resort akan mencanak-canak naik bila permintaan untuk menginap di tempat mereka meningkat time-time musim kenduri kendara ni. Ada jugak yang bawak family melancong sambil melawat sedara mara. So, untunglah tokey-tokey homestay ni buat duit hehe..

Yang kita ni pulak, apa boleh kita buat time-time camni? takkan tak buat apa-apa kot. Kalau aku, masa-masa macam ni lebih seronok untuk aku ulangkaji dan belajar benda-benda baru. Tengok dan analisa peluang-peluang baru untuk dimulakan tahun depan. Macam kat tempat kerja, masing-masing dah biasa dengan KPI (key performance indicator). Jadi sebagai seorang yang ingin meningkatkan pendapatan pasif, kita juga perlu setkan KPI dalam portfolio pelaburan kita.

KPI ni akan jadi benchmark sejauh mana kejayaan kita untuk mencapai target yang ditetapkan. Kalau tak, kita tak tau samada kita perlu gandakan lagi usaha untuk mencari peluang baru, atau sekadar cukup makan saja.

Ramai jugak yang dah berjaya melepasi KPI pelaburan mereka sebelum akhir tahun 2009 pun. Itu dikira sebagai bonus, sebab kita telah berjaya melepasi sasaran awal yang ditetapkan. Bagi yang masih belum mencapai sasaran pasif income yang ditetapkan, mungkin ada baiknya kita kaji semula teknik, tools dan option pelaburan yang sedang kita buat. Mungkin ada kesilapan dan pembetulan yang perlu dilakukan untuk meletakkan kita kembali di atas landasan yang betul.

Apa pun, peringatan buat semua semasa musim tengkujuh ni, berhati-hati ketika memandu di jalan yang licin. Nak tau tips memandu secara selamat ketika musim tengkujuh, study sikit tentang “Aqua planning”, ada kait mengait dengan berapa kelajuan optimum yang selamat untuk kereta kita (berbeza-beza) bila memandu di atas jalan berair atau licin.

Pastikan jugak, anak-anak kita dipantau aktiviti mereka, jangan biarkan mereka bermain di tepi-tepi longkang atau parit. Lebih baik bawak mereka bercuti di tempat yang ada kemudahan rekreasi air yang selamat (macam Tiara Beach Resort – promosi percuma untuk PMC Resort hehehe) sebab budak-budak memang suka main air.

Hari raya Korban pun tak lama lagi, so aku nak ucapkan Selamat hari raya Korban dan semoga ibadah korban kita tahun ini diterima Allah.

Selamat bercuti dan hati-hati ketika memandu.

Terima Kasih

5 thoughts on “Musim Tengkujuh dan Musim Kahwin

  1. atoks

    selamat hari raya jugak utk awak… wekend ni saya mau kasik duit raya pada awak.. nnti free kita caling2 ok..

Comments are closed.