FCPO Trading

      55 Comments on FCPO Trading
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Aku nak cerita sikit pasal investment portfolio yang aku tengah dok experiment sekarang. Actually bermula tahun lepas lagi aku dah main benda alah ni. Cuma tak serius sangat, sebab tak cukup pengetahuan dan pengalaman untuk trade.

Investment ni dipanggil Futures Crude Palm Oil (FCPO), pasaran hadapan minyak sawit mentah. Kalau korang refer posting aku pasal “Kisah Sawit Dulu dan Sekarang” ada aku cerita serba sikit camne aku boleh “terjebak” dalam investment ni. Investment FCPO ni adalah syariah compliance menurut Security Commission (SC) Malaysia. So, boleh trade tanpa was-was. Biasanya, kita yang beginner ni kena masuk kelas belajar tentang asas FCPO (atau disebut juga CPO). Dari situ, kita akan didedahkan dengan cara memahami simbol, indicator, graf, analisa teknikal dan fundamental, juga do’s and don’ts as a trader.

Aku fikir, kelas asas FCPO ni is a must! bagi yang nak berjinak-jinak dalam FCPO trading ni. Kalau tak, mungkin bahaya untuk anda yang masuk tanpa pengetahuan yang mencukupi. Bukan apa, FCPO ni antara high risk investment. Boleh untung, dah boleh juga rugi. Zero sum game. Tak menjanjikan keuntungan yang pasti, malah boleh meleburkan kesemua modal kita sekelip mata kalau silap hari bulan.

Dia bukan sama macam beli saham di stok market biasa, kita beli masa saham murah dan jual balik bila harga saham tu dah naik. Berbeza. Kalau yang suka main Forex, asas dia hampir sama. Tapi aku tak pernah main Forex, so aku takleh bagi ulasan lebih tentang persamaan dan perbezaan antara kedua-dua instrumen pelaburan ni.

Siapa yang anjur kelas asas belajar FCPO?. Kawan-kawan kita jugak. Antara yang aku sendiri rekemen ialah sifu Putra (Nazman). Dia yang ajar dan introduce aku pada FCPO ni dulu. Thanks a lot bro. Jasamu dikenang. Selain dari tu, ada lah lagi beberapa kawan-kawan lain yang dah lama main FCPO yang boleh ajar kita once dah ada asas.

Modal permulaan untuk 1 lot sekarang ni dalam RM5,500 (nilai ni berubah-rubah dan ditentukan oleh Bursa Derivatif Malaysia – MDEX). Lepas tu, elok juga kita top-up lebih sikit untuk prepare “buffer” for margin call, let say dalam RM1,500 gitu. Lepas tu bolehlah kita pilih Future Broker Representative (FBR) yang akan tradekan order kita nanti. Buat masa ni, kita takleh trade sendiri guna real-time software macam Bursa Malaysia, maybe in future kot.  Software yang ada hanya untuk kita tengok graf dan indicators, so, setiap kali kita nak buat order, kena call FBR kita.

FCPO ni aku fikir sesuai kalau kita ada lebihan duit yang kita sanggup hilang (the money that you willing to lose). Bukan maksud dia kita tak sayang duit, tapi duit yang kita sanggup laburkan untuk belajar teknik-teknik trading sampai pandai dan cekap. Objektif ni penting untuk kita minimakan risiko kerugian bila kita ingin menambah lot-lot pegangan dalam trading akan datang. Seandainya kita kekurangan modal, lebih baik fokus pada portfolio pelaburan lain yang lebih kurang risiko dan boleh dijangka pergerakannya. Saham dan stock market ni untuk mereka yang ready dari mental dan kewangan sahaja.

Yang paling mencabar sekali bila trade FCPO ni masa kita nak park order. Kita tak boleh predict apa akan jadi dengan pasaran waktu kita nak masuk. Hanya petunjuk-petunjuk (indicators), fundamental news, dan analisa teknikal (TA) yang dapat membantu sedikit sebanyak untuk kita buat keputusan. Semua ni akan ambik masa untuk seseorang tu benar-benar mahir membaca indicators dan memasuki pasaran pada masa yang tepat. Proses ni juga dipanggil “back test” atau “paper trade”. Bila kita dah serasi dengan indicator-indicator yang dapat memberikan keputusan yang paling baik, barulah mudah untuk kita mengharungi cabaran investment FCPO.

Kemahiran membaca graf (chart), menggunakan indicators dan mengagak pergerakan pasaran dapat membantu kita dalam membuat order yang tepat. Disamping tu, jangan bersikap tamak haloba bila nak kaut untung. Just set berapa profit margin yang kita nak, once triggered, keluar dari market.yang paling kita takuti ialah market tidak seiring dengan petunjuk yang kita gunakan. Di sini kita kena set “cut loss” untuk minimakan risiko kerugian. Tak guna melawan trend pasaran, semata-mata “percaya” market akan kembali berubah mengikut prediction kita. Sebab tu orang sakit jantung, lemah semangat dan hypertension tak dinasihatkan main FCPO hehehehehe..

Disiplin trading ni kita kena develop seiring dengan emosi dan keupayaan berfikir secara waras. Kalau ada sifat geram, nak balas dendam dan tertekan, lebih baik kita tunggu sampai semua tu reda dulu sebelum masuk kembali membuat trade. Market bukan buka sehari je, tak best hari ni, esok masih ada. Yang penting modal kita yang diperuntukkan untuk trading masih ada. Kalau habis modal tu, maknanya kita kena masuk kelas balik atau bincang dengan kawan-kawan di mana silapnya teknik yang kita guna pakai. Jangan malas untuk belajar dan perbaiki kesilapan.

Bestnya pasal FCPO ni, kalau kita dah pandai dan cekap dengan teknik-teknik yang dipelajari, dengan 1 lot sahaja, kita mampu untuk jana pulangan yang memberangsangkan. 1 point dalam FCPO bersamaan RM25.00. Jika kita berjaya mendapat untung sebanyak 4 points sehari, bermaksud RM100 telah kita perolehi. Perlu diingat, komisen FBR perlu ditolak dari jumlah keuntungan tersebut (komisen berbeza-beza antara FBR, antara RM25~RM50, bergantung). Jadi anda boleh congak sendiri berapa target untuk dicapai sebulan dari portfolio pelaburan ini.

Cuba tengok graf kat bawah ni, inilah antara perkara-perkara yang kita kena perhatikan setiap kali sesi bermula. Bukan mudah seperti yang disangka. Semuanya memerlukan pengetahuan, pemerhatian, fikiran yang tajam dan gerak naluri (instinct) yang tepat. Pendek kata, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Takut nanti tenggelam tak jumpa kubur….eeeeiiiiii… mintak dijauhkanlah 🙂

FCPO Chart (** updated on March 2010)

So far, aku masih dalam posisi loss!. Untung sekali-sekala, loss berkali-kali kala…heheheh.. Tapi aku dah setkan 1 lot yang aku gunakan ialah “kos belajar”. Kalau nak dapat sesuatu yang “mahal”, kenalah melabur sikit. Kalau dapat gandakan untung jdi 1 lot lagi, aku dah happy. Kita tengoklah macam mana. Kot2 aku dah serik asyik loss saja, mau aku “puasa” dulu atau masuk sekolah FCPO semula untuk belajar lagi sekali hehehe..

Terima Kasih

55 thoughts on “FCPO Trading

  1. MattDemon

    wow…satu panduan serta nasihat yg lengkap..leh wat buku la uncle..:)

    btw, saya masih terumbang-ambing ngan badai CPO nih..lebih2 lagi tenet slow dari sini mendelayedkan OSK 30-60 seconds…dugaan la…aduyaii!!

  2. al_husni

    sepengetahuan uncle..harga CPO dipengaruhi oleh comodities lain x?..cth soya/getah/kopi etc..or maybe ada corelation dgn pasaran saham…cth bila BSKL/DOW JONES jatuh FCPO ikut jatuh..klu ada corelation cmni blh gak jd panduan..
    cth mcm matawang YEN..as Japan is exporter country..usually though not always..waktu pagi/siang/awal bulan..yen lemah coz Japan nk jual barangan dia..but petang/malam/akhir bulan…yen kuat coz dia terima pembayaran n buy raw material for production…cmtu la lebih kurang..
    insyaallah uncle..teruskan usaha..

  3. md

    @al_husni… semua2 yang tuan sebut tu dipanggil fundamental news (FA). memang ada beri pengaruh kepada pasaran. Contoh, harga semasa minyak mentah (NYMEX crude oil), Commodities saingan utama minyak sawit – minyak kacang soya, stock market (NIKKEI, DOW, BSKL), matawang (USD,YEN,etc.), export bulan lepas FCPO dari cargo surveyor (ITS & SGS), dan berita-berita semasa macam bencana alam, politik, financial (interest dinaikkan, export duty, etc.)

    Semua yang di atas tu ada beri pengaruh secara langsung kepada harga FCPO.

  4. wakata

    uncle, since byk variable kena tgk, pe kata kita try buat priority ratio for each variable tu. let see which one have the highest ratio. boleh ke kita ambil past data and average out the ratio? saya tahu dlm OSK software tu ada bagi hint mcm mana market tu boleh react, cuma software tu dia kira based on statistic. What about fundamental news, cargo in cargo out, etc. Yg ni rasanya tak link and boleh revert market not per OSK software recommend to.
    Bila kita dah dapat firm ratio for each variable, only then boleh predict our park order.

    Saya maybe next month start balik paper trade, masih beginner sgt2..
    intraday main ke uncle?

    1. md Post author

      @weitmy hahaha.. itu chart suka-suka je taruk… chart 1minit tu.. memang pening sket. Saya dah melawat blog bro weitmy, waaaa.. macam2 analisis ada… nanti bolehla belajar sambil minum Kopi “O” secawan hahaha..

  5. md Post author

    bro Don/weitmy nanti senang2.. boleh lepak sekali, nak dengar tips2 dari bro yang dah lama berkecimpung dalam CPO.. bleh ka?, bro kat mana? hehehe

  6. weitmy

    salam.. no prob. kat setiawangsa, dah lama terjun bidang nie bro md??? bidang nie kene dicipline mcm askor tuan klu tak hancus… tu my 2 cents

  7. md

    @Don.. ada… tapi tak sempat memukat di pagi hari lagi… bila bleh jumpa ya bro.. nak berguru sikit dengan mahaguru cpo setiawangsa ni..hehe

  8. weitmy

    salam tuan, position still ada lagi or dah takde or tak sempat masuk takde position n satu lagi Buy or Sell?klu ada dah dapat Buy… nengok CPO Apr10 masa nak close 5:55pm tu pre-matching if mkt main2 kt level 2570 bwh… u kuar kat Apr10 mean Sell. Then you Buy May10 CPO contract Hold until next week sebab 3rd mth dah jadi May10… my 2 cents.

  9. weitmy

    salam tuan satu lagi … margin be increase to RM6’500.00 satu lot, make sure cukup for hold overnite <— nengok company jugak, sometime klu tak cukup margin but dah termasuk mkt, akan dapat love-letter dari company futures to Top-Up d'next business day n bagi period top-up maybe satu hari(T1), ada yang bagi dua (T2) ada yang tak bagi langsung….:)… bro stay mana???

  10. md

    @Don.. w’salam.. pagi tadi dapat 4pts.. so far dok main intraday je.. itu yang nak berguru lagi dengan orang2 lama, especially ilmu utk overnight trade.

    ya.. FBR ada inform about that margin increase. saya stay kat balakong, selalu lepak2 ngan pie kat bangi. insyaAllah one day boleh saya gi jumpa tuan Don 😀

  11. md

    w’salam Don.. wow!.. tak penah park order overnite lagi so far.. kena masuk Gua bertapa ngan tokguru dulu sambil minum kopi O sechewann untuk belajar hikmat overnite.. huhu..

    bak kata Bro.. apa yang penting?.. KERJASAMA!..hahaha.. best tu..

  12. pie2020

    heheh … kitaorg budakk baruu belajar.. mmgg tak berani overnight… ilmuu belumm cukupp di dada.. takat take profit sikit sikit je thenn cabutt..intraday..

    dodii … kalau jumpa tuan donn .. saya mauu ikutt …..jgn tinggal kan dakuu…

  13. weitmy

    salam … hunny, intraday tu u trade daily, masuk dan kuar market hari yang sama, tak kisah la 1 min , 10 mins, 60 mins ker 4 jam ka asal kuar hari yang sama cth nyer u buy 1 lot pada 01.02.2010 kuar pun 1 lot sell pada 01.02.2010 … and overnite’ pulak u masuk market Buy ka Sell ka but u kuar dan masuk bukan hari yang sama, cth u masuk buy 1 lot pada 01.02.2010 pastu kuar 1 lot sell pada 02.02.2010., my 2 cent 🙂 happi trading adios…

  14. Hunny

    sarapan pagi jek en. md?….takkan la….makin naik dah tuh….buleh cover smpai dinner kot…ngeh ngeh ngeh….teruskan teruskan….

    weitmy – thanx 4 the explanation…

  15. redapple

    salam. boleh saya tau,sifu putra ada buat bengkel fcpo lagi? kalau ada, saya nak sertai. please.

  16. aleaf

    aku pun nak join gak..area shah alam or melaka…pengalaman maen forex 2 tahun..tapi skang mencari yg halal lagi barakah

  17. mrthx

    Slm,
    tahniah tt atas info yg berguna pasal CFPO. alkisahnya, hari sabtu lepas pi market chat oleh Hongleong broking, ada ceriter pasal hongleong akan introduce online futures trading bulan depan. so investor dah leh terus trading tak perlu dah contact fbr offline. nampak macam menarik so saya pun study lar pasal cfpo ni sampai terjumpa blog tt nih.
    rupanya takde lar beza sangat dengan forex, insya-Allah ingat nak buat duit dgn cfpo lepas dah cukup ilmu utk buat profit.

  18. faizal

    FCPO ni diiktiraf oleh kerajaan dan lulus syariah. Harga naik buat duit harga turun pun blh buat duit.

  19. faizal

    Sape yg trade CPO baru2 ni kalu kena gaya memang buat duit punya. Ada teknik yg berkesan utk buat duit dgn trading CPO ni.

  20. jack774

    salam bro…

    …ada sesapa ka buat kelas cpo dlm masa terdekat nih ???….saya area bangsar….kalau free bleh ngeteh sambil belajar ngan bro….

  21. md

    so far, cpo ni saya dah jumpa yang dah jadi millionaire, dan ada jugak yang jadi “kayap”aire huhu.. 🙂 tak dinafikan ada jugak yang cukup-cukup makan dan masih bertahan… but this is seriously for serious people with serious mind.

  22. ali

    korang tgk website ni http://www.fkli.co.cc … brader ni turn account dari 4k kalu tak silap ke 50k dari jun 2010 sampai mac 2011.. sekarang cpo sideway account dia drop sikit laa, tp masih steady lagi

  23. Azdin

    FCPO boleh loss? cara main dia senang jer, tengok graf, jika dibawah moving average boleh beli, jika diatas jangan. Kemudian jika lepas beli harga jatuh, jangan keluar, tunggu dan tunggu sehingga gfar naik semula, setkan berapa nak ambil untung, bila sampai aja keluar..:))

    Jangan beli jika graf berada dipuncak, beli semasa graf jatuh dan ada pergerakan untuk naik memula, masa ini masa sesuai untuk beli.

    1. md Post author

      @bro azdin, fcpo ni bukan mudah untuk berjaya. Sebab tu akan ada loss. Ada orang bertahun2 baru nampak kejayaan. Indicator2 yang diberitahu atau yang kita tahu tu semua panduan saja, tak semestinya 100% tepat. Macam mana kita nak tahu indicator mana satu yang boleh beri keputusan lebih tepat ialah dengan menguji (backtest) dan mengamati hasil yang kita dapat. Biar guna simple trading plan, tapi kita berdisiplin dan konsisten. Kalau serik dengan loss, jangan main CPO 🙂

  24. icebox

    xyah penin kapla..guna stoc n bb kasik hantam 15′. jgn kalut turun naik..insyallah. mau overnite 60′ kasik tgk..insyallah. 77% chance..insyallah.

    1. md Post author

      @eddy… full margin start 10.Aug.2011 ni RM6250 per lot.. intraday ada broker allow tak guna full margin kalau trade exit same session/same day, kalau overnite kena full margin. FBR frees bergantung kepada FBR, untuk intraday dalam range RM25 to RM50 per transaction (round trip).

Comments are closed.