Loan Yang Best Bukan Main

      15 Comments on Loan Yang Best Bukan Main
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Aku masih lagi tak start-start projek banglo idaman kalbu beserta 3 unit service apartment di Datuk Keramat. Dulu delay sebab plan rumah DBKL lambat lulus. Sekarangย  ni kontraktor yang dipelawa untuk buat quotation pulak tak bagi-bagi lagi sebutharga yang aku nak. Sorang tengah tunggu C&S detail drawing.ย  Sebabnya, takut tersalah quote nanti makan modal sendiri. Detail drawing tu nanti akan bagi panduan lengkap berapa kuantiti barangan pembinaan yang diperlukan serta kos sebenar projek tu nanti. Dua orang lagi tengah sakan sambut Chinese New Year.

Aiyo, aku perlukan quotation tu sebab nak submit loan. Banker nak tahu berapa kos pembinaan dan value hartanah tu nanti, baru dia boleh offer kelayakan pinjaman yang aku apply. Harap-harap sebelum abis bulan Februari ni, dapatla quotation tu. Kalau tak, delay lagi la projek juta-juta aku tu.

OK, yang aku nak share hari ni, bukan pasal cerita projek tu delay. Esok lusa, settel la part tu. Ni nak cerita macam mana kita boleh “guna” duit loan yang kita apply tu nanti untuk penuhkan ASB, wow!. Katakan projek banglo kita tu kos dia sekitar RM500K. Ada bank bagi margin of financing dalam 70% saja, ada yang sampai 90%, tengok camne korang pandai bodek banker la. Kita ambik yang minimum lah, dapat dalam 70% (RM350K).

Sebelum kita nak “sedut” RM350K tu dan campak masuk ASB kita laki bini, pastikan kena ada at least dalam RM100K kat tangan untuk modal pusingan. Tak kiralah dari duit OD sedia ada, ataupun dari dana lain. Ini kira macam nak start business, mesti kena ada modal. Kalau tak, sila buat business jual air sirap saja hehehe..

Target kita dalam teknik ni ialah macam mana kita nak “transit”kan RM350K (ikut berapa korang apply loan buat rumah) ke ASB. Lepas dah masuk duit dalam akaun ASB, bolehlah kita tukarkan kepada sijil dan apply OD baru.ย  Memandangkan modal pusingan RM100K ada kat tangan, so kita masih sempat buat bayaran progress kepada contractor sementara tunggu proses OD baru diluluskan dari dana “transit” yang kita ada. Dapat je duit dari OD baru, kita dah boleh top-up balik modal pusingan untuk bayar contractor.

Tapi soalan dia, boleh ke nak “sedut” duit loan RM350K tu dari bank macam tu je? bukan ke setiap kali bayaran dibuat, ianya akan terus ke account contractor, betul tak?. Ha, di sinilah pentingnya komunikasi. Ingat komunikasi, bukan korupsi!. Apa yang penting? KERJASAMA! (macam Wonderpets..hahaha). Kita kena bincang dan explain pada contractor. Kita yang akan buat bayaran kepada contractor ikut amount yang diclaim dari bank. Once bank dah release payment, mintak contractor issue cek kepada kita. Then, kita pulak serahkan cek dengan amount yang sama kepada contractor dari account OD 100K tadi tu.

Sebab tu kena ada OD sedia ada yang kita backup siang-siang sebelum projek rumah tu berjalan. Ianya akan digunakan untuk ganti duit yang contractor tu bagi kat kita. Kira macam swap lah, tapi yang best ASB kita akan dapat dana baru, OD backup akan berkurang sekejap je sementara nak tunggu proses OD baru siap.

Lepas tu, ulang proses yang sama sampai semua duit loan rumah tu habis kita top-up masuk ke ASB. Masuk je ASB, convert sijil baru, then apply OD lagi. So kita akan ada 3 transit point. Contractor->ASB->OD.

Hahahaha… mesti ada yang tanya, apsal nak buat macam ni kalau dah jumlah bayaran dia sama, apasal nak tukar-tukar cek pulak?

Sebenarnya kita nak manfaatkan nilai loan yang besar ni, sebab bukan senang nak buat loan lain lepas ni, komitmen dah maximum silap aribulan. So, dengan teknik ni, kita akan dapat top-up akaun ASB semaksima mungkin. Sambil tu, rumah banglo kita pun boleh disiapkan tanpa terjejas bayarannya. Kira serampang dua mata lah. Kalau tak buat cara ni, buta-buta aje lah loan 350K tu kita servis. Dengan cara ni, at least kita akan dapat return dari dividen tahunan ASB untuk dana 350K yang kita simpan kat situ. Compounding!. Loan 350K tu pulak, akan diservis oleh bisnes service apartment 3 bilik yang siap tu nanti. Best kan..hehehe..

Yang best lagi, 350K tu jugak kita boleh apply sijil untuk buat OD baru. Duit OD baru tu nanti, boleh kita gunakan untuk masuk pelaburan lain yang tak perlu kita apply loan. Contoh beli rumah cash, then jualkan balik. Beli emas ke, beli lembu ke, beli anak gajah ke, apa-apa je la..

Paham ke? hahahaha.. sorryla kalau pening. Sila lah try kalau berani.. hehehe.. tapi ingat, kalau takde OD sedia ada dalam amount yang mencukupi untuk buat payment kepada contractor, sila abaikan teknik ni. Nanti tak pasal2 projek tergendala, contractor cabut lari dan loan takleh nak bayar. So, hitung-hitunglah sendiri agar tidak makan diri. Ini option saja, tak semestinya bagus untuk semua orang.

Ada yang nak komen?.. silakan tuan-tuan dan puan-puan ๐Ÿ˜€

Terima Kasih

15 thoughts on “Loan Yang Best Bukan Main

  1. Wida

    Uncle ni suka bagi idea best2.. saya suka.. nanti projek servis apt ni buat long term ke short term tenancy? Saya ada hati nak buat projek rumah pencen macam uncle kata dulu.. tp biasala.. belum ada kesempatan, modal, dan serba serbi.. sementara ni saya buatlah apa2 yg patut dulu..

  2. ojah

    wahh.. thanks for the entry.. mmg tgh nak apply wat loan banglo sendiri.. ingat nk wat jugak pusing2.. tapi takde ilham la.. hehehehe… hmmm mau fwd entry to hubby.. untuk bg dia idea skit ๐Ÿ™‚ tqvm ๐Ÿ˜‰

  3. treec00l

    ini style, kalau hati x cukup kental, minda x cukup mantap,

    mau nangis ni.

    tp high return lah ni, insyaAllah.

    syabas uncle dodi ๐Ÿ™‚

  4. pie2020

    projekk yg bagus…. kena monitorr progress development dia…. mmgg budget ko akan burstt punya ….. allocate duitt sikit utkk lain lain kos tambahann…

  5. pie2020

    aku malas nak komenn bykk projekk ko niee….pasall peringkat awall duluu ko ada minta opinion aku …

    yg aku concernn ialahh … bilaa nak BOOKING GS bangggg…
    monthlyy installment sudah ada duit lain byr kann tu … kasii belii cepat lahhhh

  6. Diver

    kan duit free tuu l/kurang 250K jer..
    sesambil menyelam tu…mungkin berlebih sikit dari 250K tu setelah campor duit pusingan sapot dari OD atau punca lain tuu..

    idea yang baik..
    pusing2..awas jangan berbelit jer..
    apapun..i like..

  7. Meet Haji Hussein

    En Dodi. Pada pendapat aku kenapa pulak nak kawtim ngan kontraktor tu konon nak swap lah apa lah kan senang kalau guna aje duit dlm OD tu masuk ASB then apply OD baru utk top up semula. Tak sama ke cara tuuu.

  8. md

    @Hj. Hussein.. boleh gak camtu. cuma bank bayar ikut progress, bukan segedebuk 250K. So kalau terus buat OD baru RM100K, kita dah kena serve interest OD lama @100K tiap2 bulan. Kalau kita bayar contractor guna OD sedia ada, interest OD akan based on amount claim contractor (bukan segedebuk 100K or 250K). itu saja beza dia. save on interest.

    Duit yang dari loan rumah tu, once contractor bagi, kita top-up kat ASB,cukup amount tertentu, terus convert sijil & apply new OD. Kalau salah, sila perbetulkan hehehe…

  9. meet uncle jaws

    wowwww dodi…….awak punya otak ada sama saya punya otaklah……saya tengah usha ” overlapping refinance ” sekarang…..kalau berjaya….banyak untunglah…..wowwww

Comments are closed.