Ke mana harus wang anda dilaburkan – Part 1

      8 Comments on Ke mana harus wang anda dilaburkan – Part 1
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Wei yob.. apa cerita semua? lama tak ke udara macam busy la kununnya ..huhu..

Last week, adik aku tanya, kalau dia ada sejumlah duit (bukan dua puluh sen la), macam mana cara dia nak gandakan duit tu?. Wah, boleh tahan jugak soklan cepumas dia. Macam cabaran dalam permainan reality pulak. Tapi, memang logik pun soklan tu. Sapa-sapa pun sure berminat nak gandakan duit mereka supaya boleh beranak-pinak. Sapa-sapa pun taknak tersalah melabur. Bukan senang nak kumpulkan duit dari penat lelah dan simpanan bulanan.

So kawan-kawan, apa pendapat korang? kalau kita ada duit selepuk, apa patut kita buat untuk gandakan duit tu?

Sebenarnya banyak pilihan yang ada. Tetapi semuanya haruslah dilaburkan. Ingat LABUR bukan LEBUR! hehehe. Nak lebur senang je, tak sampai 1 jam boleh habis. Pegi kedai kereta, terus book kereta idaman, tak sampai 5 minit gone duit dalam simpanan hehe.. betul tak?

OK, ada beberapa kategori pelaburan yang boleh kita guna. Pelaburan jangkamasa pendek, jangkamasa sederhana dan jangkamasa panjang. Lepas tu, pulangannya pula ada macam-macam jenis. Ikut percentage harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Ada juga pulangan bukan dalam bentuk percentage keuntungan, ianya dalam bentuk fizikal sehinggalah ianya ditukar kembali kepada modal cair atau wang tunai.

Sekarang kita tengok dulu pilihan pelaburan jangkamasa pendek/sederhana. Aku tak bercadang nak bagi senarai panjang jenis-jenis pelaburan yang ada. Sila buat penyelidikan sendiri untuk cari jenis pelaburan yang serupa atau seumpama contoh yang aku bagi ni. Setiap pelaburan ada risiko dan peluang. Kena kaji semua tu jugak.

Mula-mula, kita tengok cara orang lama (mak-mak kita di kampung dulu-dulu) gandakan wang mereka untuk beli gelang emas, perabut, perkakas dapur, pinggan mangkuk berjenama dan lain-lain kehendak mereka. Mereka main kutu!. Ya tuan-tuan, main kutu. Mari kita kaji, kalau kita guna kaedah main kutu ni, boleh tak duit kita berganda?

Nak main kutu ni dia akan cabut undi.  So katakan ada 10 orang “pengkutu”, undi punya undi, katakan kita dapat giliran paling last sekali. Jadi kita ialah penerima caruman pada bulan ke-10 (paling tak best).

Setiap bulan, pengkutu perlu mencarum sebanyak RM500 seperti dipersetujui dalam mesyuarat cabutan undi. Mula-mula katakan modal yang kita ada RM10 ribu. Selama 9 bulan kita akan jadi pemodal tegar dengan membayar RM500 kepada akaun bank rakan kutu yang tiba giliran bulan mereka dapat duit caruman. RM500 x 9 bulan = RM4,500. Kalau kita tolak dari RM10,000 duit asal kita, so ada baki RM5,500 ringgit di tangan pada bulan ke-9. Pada bulan ke-10, kita akan dapat caruman dari persatuan pengkutu kebangsaan (PPK, hehehe..) sebanyak RM4,500. So, campur balik dengan duit ditangan, kita dapat semula RM10,000.

Ada untung ka?.. ada bertambah ka?.. macam takde pun.. So kensel!.. main kutu takde untung secara matematik. Mungkin orang suka main kutu sebab malas nak simpan duit sendiri. Dia just nak roll balik duit tu untuk dapatkan pada tarikh yang lain. Mungkin orang tengok jumlah segedebuk yang dapat bila turn mereka sampai. Kalau buat kiraan sebegini, tak nampak menghairahkan pun melabur dalam main kutu.

Mari kita “modify” sikit teknik main kutu ni supaya dapat gandakan duit kita. Kita masih perlu tubuhkan PPK (persatuan pengkutu kebangsaan) macam biasa. Cari 5 orang. takde 5, 3 pun jadik!. Lepas tu kita perlu terangkan matlamat PPK ialah untuk gandakan modal at least lebih baik dari dividen ASB ke.  Tempoh main kutu ni pulak tak sama macam main kutu conventional. Kalau cara lama, tempoh akhir ialah sama dengan jumlah peserta kutu.

Cara baru main kutu ni, kita takkan keluarkan duit caruman tiap-tiap bulan. Kita carum sekaligus pada bulan pertama. Kita akan agihkan “hasil” caruman tersebut bila tamat tempoh matang. Katakan selepas 1 tahun (sebab ni pelaburan jangka pendek/sederhana).  Let say, setiap orang akan carumkan RM10K sekaligus. Kalau 5 orang, bermakna, kita akan ada RM50K sebagai modal pusingan pada bulan pertama. Dengan bermodalkan RM50K, kita boleh gunakan untuk memulakan projek yang akan memberikan pulangan sekurang-kurangnya 10% setahun (ini cikai punya return lah).

Sekarang ni ramai orang mula jadikan hartanah sebagai porfolio pelaburan yang digemari. Tetapi tak ramai yang ada modal. Kita boleh gunakan modal asas yang kita ada sekarang untuk menyewa beberapa hartanah yang hot, kemudian kita sewakan kembali kepada new tenant.. hehehe.. boleh ke?.. apa pulak tak boleh, kita akan sign agreement dengan owner, macam tenancy agreement lah. As long kita bayar sewa tiap-tiap bulan, kita bolehlah guna rumah tu, atau nak sewakan balik. Unless owner tak setuju.

Let say, kita sewa rumah kosong di kawasan yang hot (dekat dengan LRT atau kemudahan awam) ataupun dekat dengan kawasan percutian yang hot. Kos sewaan RM600 (contoh saja). Target kita untuk make 10% profit yearly untuk setiap rakan kutu PPK kita. So, kita boleh sewakan semula pada kadar RM660 minima kepada penyewa baru. Ataupun, rumah tersebut boleh juga dijadikan Guest House kalau kita lihat ada demand ke arah itu. Promosi kena hebat sikitlah.

Macam mana cara untuk naikkan  sewa lebih tinggi dari market?. Haaa… inilah gunanya modal kita tadi tu. Gunakan sikit untuk beli perabut dan kelengkapan asas. Cat cantik-cantik, dan hiaslah bagi nampak menarik. So rumah tu dah jadi fully furnish atau semi furnish. Kita dah boleh naikkan sewa secara automatik. So dah boleh naikkan sewa jadi RM700-RM800 sebulan. Dah profit RM100 (16%) sebulan, 12 bulan dah RM1200 untuk sebuah rumah. Kalau dapat 5 bijik rumah dengan kadar sewa yang sama, dah boleh dapat RM6,000 setahun. So tiap-tiap tahun, dah boleh bagi dividen RM1200 seorang. Itu dah 12% a year dari modal 10K seorang.

Kalau anda lebih kreatif, banyak lagi projek “kutu” atau usahasama (JV) menarik yang boleh dicuba. Asalkan ianya mempunyai perancangan yang rapi, telah dianalisa setiap peluang dan risiko, juga didokumentasi seperti ada perjanjian bertulis di antara rakan pelabur. Apa pun, cara ini mungkin sesuai jika ada yang pandai menguruskan.

So macam mana Yob, boleh pakai ke tak boleh pakai idea ni?.. hehehehe… renung-renungkan, dan selamat main kutu! 😀

Ada sambungan untuk part pelaburan jangkamasa panjang, insyaAllah kalau ada kelapangan..

Terima Kasih

8 thoughts on “Ke mana harus wang anda dilaburkan – Part 1

  1. tuanbri

    salam.

    aku ada terbaca, sebenarnya illegal kalau nak main kutu ni. ada akta. tapi aku rasa setakat 3- org, siapa yang nak kecoh…

    takut jadi macam sistem piramid…

    btw, idea tu memang Power. Kena polish lagi..

    tuanbri.com

  2. mrl

    idea bernas bro n mmg byk lg bole buat kalu ada cash flow yg mantap, tp main point dia sebenarnya nak cari partner yg susah. Mcm sy, byk kali dah propose since bujang sampai la dah kawin, tp hampeh, last2 lone ranger n skrg dgn wife la.
    mcm2 prob.
    1. takde duit, takut tak untung, risiko
    2. tak percaya member, takut kena pau
    3. sleeping partner, phd
    4. tak confidence, kena buat agreement
    5. dll, klu nak tulis byk sgt.

    So, apa kata bro open sape yg nak vote, baru la best. Buat target berapa cash flow nak, n then cari 3-5 org, buat TT. Saya VOTE, hehehe

  3. md

    @bri.. wow, ada AKTA KUTU eh?.. muhihihi…

    @semang .. ya JV, orang kampung panggil kutu..

    @mrl.. nak ajak JV ni kena yang sama2 paham objektif dan matlamat. sanggup share risiko, bukan nampak untung je.. pastu kena jujur, takleh konar2.. tak ramai yang ada kualiti cenggitu, hatta adik beradik sendiri pun kadang ada yang kaki “kapur” jugak..hehe

  4. mrl

    Betul la tu bro. Masa sy approach member dulu2, not at de right time, place, money. So since bro md dah bukak post ni sy cadangkan je, klu sudi, tp bukan la on the spot. Kena TT la, br bole cerita pjg. Sebenarnya dah ada plan, cuma x terlaksana sbb takde rakan2 kongsi yg betoi2 faham. Nak jd partner kena ada syarat2, bab ni ramai yg tak sanggup, untung sanggup, lebih kurang mcm pie start co dia dulu la. hahaha

  5. pie

    wowow ..
    dodi .. lebur kan duit awk kat GS jeer..

    nama aku ada kat komen .. pasall apa lak tu .. ehehe

  6. onewawasan

    Banyak perkara yang simple untuk menghasilkan duit tapi kadangkala terlepas dari fikiran..JV ni bagus untuk menambahkan modal dalam perniagaan…share kemudian bahagi untung..jangan pula salah rakan JV..ni untuk mengelakkan duit kena makan sorang..

Comments are closed.