Kisah Lama Peniaga 1 Malaysia

      3 Comments on Kisah Lama Peniaga 1 Malaysia
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Aku nak sambung sikit lagi siri “flashback” hehehe.. bukan apa, bila kita ingat kisah lama, kita boleh relate dengan apa yang berlaku pada masa sekarang dan masa akan datang. Bak kata orang, sejarah memberitahu dan mengajar kita apa yang kita belum alami, dan sejarah juga mungkin berulang. Wow!, macam tajuk lagu pulak.. huhu..

Di kampung aku dulu, masa aku kecik-kecik aku teringat dekat 3 (tiga) orang peniaga ni. Dulu takde lagi isitilah satu Malaysia. Yang ada orang cina, orang melayu dan orang india, itu je lah istilah kita guna pakai. Dah lama dah pun kita duduk dalam budaya pelbagai kaum ni, so far kita takde masalah sangat, kecuali bila orang yang tak bertimbang rasa dan mempunyai agenda tersembunyi cuba memulakan masalah dan provoke orang lain ikut sama.

Berbalik pada kisah tadi, kat kampung aku masa tu, takde kedai besar, majoriti kedai yang ada setakat jual biskut, beras, gula, susu, gandum, barang dapur dan jajan untuk budak-budak. Ada yang advance sikit, jual ais kacang dan ais kepal. Ikan dan barangan basah pulak biasanya dijual oleh peraih yang guna motosikal dan van buruk yang datang waktu pagi.

So kiranya ada 2 kategori peniaga kat kampung aku, satu yang ada kedai dan satu lagi yang berniaga guna kenderaan.

Yang 3 orang peniaga 1 Malaysia ni, kategori kedua iaitu pakai kenderaan. Tapi sebenarnya peniaga cina dan india je guna kenderaan, yang melayu ni jalan kaki, so aku ingat takleh dikategorikan berkenderaan kot walaupun dia bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain kan hehe..

Apa bende yang diaorang bertiga ni jual?

OK, yang peniaga melayu ni, dia jual kuih-muih dan nasik lemak dalam bakul. Muda lagi orangnya, aku rasa masa tu dalam lingkungan 10 tahun kot sebab dia masih bersekolah rendah. Biasa dia akan meniaga waktu cuti sabtu ahad dan cuti umum saja. Pagi-pagi lagi dia akan bawak bakul kuih dan menjaja keliling kampung. Kalau aku dan kawan-kawan lain seronok main, budak ni pulak gigih menolong keluarganya menjaja kuih keliling kampung (macam cerita Siti Nurhaliza dulu-dulu pulak huhu..)

Aku suka kuih pulut panggang (tau ke?) inti kelapa dan ikan yang diblend (tapi for sure dia tak pakai electric blender, masa tu mana ada yop..). Pulut dia lembut, inti dia sedap.. aduh terliur lah pulak. Sekarang mana ada dah yop pulut panggang sedap. Aku dah tak jumpa dah. Pulut panggang dulu dibakar atas bara api. Sekarang dah pakai oven ataupun bakar atas dapur gas. Dulu, hujung bungkusan daun yang balut pulut tu still pakai lidi untuk tutup hujungnya. Sekarang pakai staple aje kan.

Budak jual kuih ni aku ingat still jual kuih sampai dia sekolah menengah. Lepas tu, aku dah tak nampak dah dia menjaja. Maybe mak dia pun dah letih nak buat kuih muih. Ataupun pulangan hasil jualan tak seberapa dengan kudrat dan modal yang dikeluarkan. So abis kat situ je bisnes diaorang ni. Aku tak nampak pun legasi bisnes diaorang berkembang. Kalau tak, sure aku dapat merasa pulut panggang marveles diaorang lagi kan.

OK, peniaga kedua pulak ialah india jual roti. Pakcik ni dah tua dah. Aku ingat masa tu umur dia dah lebih 50 tahun, pasal aku tengok dari raut wajah dia dan kulit dia. Tak terfikir pulak aku nak temuramah dia betul-betul masa tu. Kalau aku tau aku nak cerita pasal dia hari ni, sure masa tu aku dah tanya dia kaw-kaw huhu..

Pakcik jual roti ni pelik sikit waktu berniaga dia. Dia akan datang area rumah aku dah dekat waktu maghrib, naik motor kapcai honda buruk dia. Agaknya dia pusing2 dulu kampung lain dan bila on the way nak balik, baru dia singgah. Roti dia simple je, macam roti bun gitu. Comel-comel, tak besar sangat dan tak kecik sangat. Yang paling best ialah inti kaya yang disapu kat roti bun tu. Gardenia punya Auntie Rosie kaya pun kalah yop!. Terbaik weh kaya pakcik ni buat. Jangan tanya aku apa benda ingredient kaya tu, pasal masa tu yang kita tau makan je yop.

Seingat aku, masa aku tak abis sekolah rendah pun, pakcik jual roti ni pun dah takde datang berniaga dah. Mungkin dia jatuh sakit, atau dia dah takde kat dunia lagi. Takde sapa pun cakap kat aku apa jadi kat pakcik tu. Cuma aku teringat akan ke-“best”an roti bun dan kaya yang dia buat.

Ok peniaga terakhir ialah seorang cina jual klorok (clorox). Dia akan parking van dia kat satu tempat, dan akan mula berjalan dari rumah ke rumah. Tau ke apa itu klorok? cecair pemutih la. Dulu-dulu aku rasa semua orang mesti beli kloroks. Sebab budak-budak kebanyakannya akan “mencedera”kan baju sekolah mereka dengan kotoran yang degil. So, solution dia ialah curah klorok dan rendam sekejap sebelum menyental.

Masa tu, baju selagi tak koyak atau hancur, selagi tu kena pakai. Mana ada duit nak beli baju baru tiap-tiap tahun. Aku selalu pakai je baju dan seluar sekolah abang-abang aku yang masih elok, walaupun warnanya dah tak berapa putih. Biasa, nak nampak cantik sikit, mak aku bilas dengan nila kalau baju dah start nampak kuning.

Apek jual klorok ni (jenama dia aku rasa logo ayam dan ada globe), aku dengar berniaga dekat banyak negeri. Kelantan dia pegi, terengganu dia pegi, pahang pun dia pegi. Kalau aku ada digital camera masa tu, sure aku tangkap muka apek ni dan tunjuk dekat korang. Sure, ada yang cam muka apek ni pasal gigih tu dia ronda banyak negeri jual klorok. Harga klorok dia tak mahal pun. Biasa mak aku ambik 3 ke 4 botol sekaligus bila apek tu datang. Kalau bagi balik botol lama dekat dia, dapat diskaun sikit. Power tu, apek tu dah tau teknik recycle dari dulu lagi. Walaupun apek ni sebut “klolok…klolok..”, ramai je orang beli biarpun sebut tak betul.

OK, apa benda yang aku dapat belajar dari cerita 3 orang peniaga 1 Malaysia ni. Banyak sebenarnya. Tapi aku nak share 3 benda yang utama saja. Pertama, persamaan ketiga-tiga peniaga ni. Kedua, perbezaan ketiga-tiga peniaga ni. Yang akhir sekali, pengajaran yang boleh diambil.

Persamaan ketiga-tiga peniaga ni ialah produk yang baik. Sebab kalau produk diaorang hampeh, for sure takde orang yang sanggup ternanti-nanti kelibat mereka datang berniaga.

Perbezaan ketiga-tiga peniaga ni pulak ialah modus operandi perniagaan mereka. Peniaga kuih melayu, berniaga pada sesi pagi sahaja,berjalan kaki dalam jarak yang terhad dan stok kuih yang juga terhad (1 bakul penuh). Penjual roti india pula, memilih menggunakan motosikal, namun waktu perniagaannya lewat petang dan terhad kepada satu produk sahaja, iaitu roti bun kaya. Peniaga klorok cina pula, hanya datang sebulan sekali, menjual secara pukal, dan menggalakkan pembeli menyimpan botol klorok lama untuk ditukar bagi mendapatkan diskaun atas belian krolok yang baru.

Pengajaran yang aku boleh ambil dari situasi tiga orang peniaga 1 Malaysia ini ialah:

  1. Tentukan produk terbaik yang ingin kita ingin jual
  2. Tentukan harga yang munasabah selepas mengambil kira modal dan kos lain yang terlibat
  3. Tentukan modus operandi terbaik untuk perniagaan kita
  4. Tentukan target market, lokasi pasaran dan waktu perniagaan
  5. Kaji cara untuk retain (kekalkan) customer
  6. Kaji cara untuk tambah pelanggan dan mengembangkan perniagaan
  7. Kaji pelan perniagaan jangka pendek dan jangka panjang (kalau tak satu hari sure berkubur)
  8. KENA RAJIN!

 

OK yop, kita sama-sama ambik iktibar dan pengajaran kalau ada yang berminat nak berniaga. Walaupun kisah 3 peniaga ni nampak macam bisnes simple saja, tapi ada benda tersirat yang boleh dipelajari. Buka mata dan minda kita yop, baru nampak apa yang ada kat depan 🙂

Terima Kasih

3 thoughts on “Kisah Lama Peniaga 1 Malaysia

  1. ojah

    Rasa sempat lagi mengenali yg 1 and 2.. Yg 3 dari dulu hingga skrg.. tilam lama tuka balu (baru).. Hehhehehehe

Comments are closed.