Kisah Terkena Dekat Batang Hidung Sendiri

      Comments Off on Kisah Terkena Dekat Batang Hidung Sendiri
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Hehehe.. aku nak cerita sikit pasal kisah kantoi yang aku terkena minggu lepas. Bukan kantoi dengan artis popular weh.. ini kantoi pasal lain hehe…

Pelepuk!.. terkena yop atas batang hidung sendiri.. siapa yang rugi? aku dan diri aku sendiri jugak yang rugi 😛

OK gini, ada satu rumah sewa aku tu, aku kena kosongkan urgent sebab dah janji nak bagi tenant lain masuk sebelum diaorang ni duduk dulu (sementara). So macam biasa, aku bagi lah notis pakai SMS kat semua penyewa rumah tu. Alhamdulillah, semua bekerjasama, takde bantahan apa-apa. So, ikut perjanjian dalam tenancy agreement(TA), lepas aku bagi notis, aku kena pulangkan deposit (2 bulan) ditolak dengan kos kerosakan (jika ada) kepada semua tenant lama. Kira standardlah tu.

Jadi aku pun start la bank-in duit penyewa-penyewa ni sorang demi sorang dan SMS kat diaorang jumlah yang aku dah bank-in (pemalas betul, tak jumpa face-to-face hahaha). Ada yang balas SMS tu kata “OK”, ada yang diam tak balas apa-apa. Aku SMS lagi sekali guna phone lain (kot-kot phone aku rosak ke, SMS tak jalan ke) kat sorang tenant ni. Tak balas jugak. Aku pun cakap dalam hati, ahhh.. ok la tu kot, duit pun aku dah transfer, ada siap resit transaksi online banking lagi aku simpan sebagai bukti. Ada apa-apa nanti, dia contactlah. Fikir aku untuk sedapkan hati.

Semalam (lepas beberapa hari), aku tergerak hati nak borak dengan wife aku pasal benda ni. Aku cakap la kat dia, apa pasal ada 2 orang ex-tenant tu dulu, dia bank-in duit sewa lebih dari sebulan (aku check dalam transaction history online banking). Yang sorang tu aku dah refund balik dah lebihan sewa tu. Yang sorang lagi ni aku termenung kejap.

Eh!.. ye tak ya, dulu aku ada cakap, deposit 2+1 tu boleh bayar 2 kali. Since ada yang mintak tangguh nak bayar, aku cakap OK je boleh bayar bulan depan, tanpa menulis rekod tenant mana dah bayar deposit full, yang mana tak. Masa tu aku kondifen je.. eh konfiden je yang aku sure ingat punya pasal ni. Wife aku dah pesan dah, tulis la bang.. kang awak tu lupa. Aku cakap, ala tau la saya manage benda ni (kadar kekonfidenan aku diluar tabi’i).

Sekali, betul la yop, lepas isyak semalam, baru aku sedar yang aku dah terlebih bayar kat sorang tu. Aku gi refund full deposit plus sewa bulanan. Padahal dia baru bayar half deposit. Dia tak silap apa-apa masa bank-in duit sewa bulanan yang aku ingat dah terlebih bayar sebulan tu. Aku yang sangap sebab terlupa. Padan muka!. Free-free je aku kena kutuk dengan wife aku. Happy muka dia sebab aku terkena yop.. huhu…

Aku tak sampai hati pulak nak cakap kat budak tu, yang aku dah terlebih bayar. Pasal, dah la aku mintak dia ngan kawan-kawan dia keluar, lepas tu macam buruk siku pulak nak mintak balik duit. Silap aku pun. Padan dia tak balas SMS aku hahaha.. takpelah rezeki dia. Kalau rezeki aku pulak, insyaAllah akan dapat balik. No worries (sedapkan hati).

So yop, pengajaran dari kisah pasal batang hidung ni ialah, walau sekecik mana pun hidung..eh.. urusan yang ada kaitan dengan perniagaan, pelaburan dan transaksi wang keluar-masuk, wajar dan wajib atau jatuh sunnat dituntut (aku reka-reka je ni) kita buat rekod yang sistematik. Jangan ambil sambil lewa dan pandang remeh perkara-perkara macam ni. Walaupun kerugian tak sebesar mana, ini menunjukkan kelemahan diri kita mentadbir wang tunai keluar-masuk (cashflow management).

Jadikan sindiran dan cercaan (manja) dari isteri anda sebagai pengajaran di hari muka wakakaka.. selamat berpuasa yop!

Terima Kasih