Siapakah Agaknya Pembeli Rumah Teres Harga RM1juta

      1 Comment on Siapakah Agaknya Pembeli Rumah Teres Harga RM1juta
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Ya habibi, Ya maulana, ahlan wa sahlan wahai saudagar unta dan kurma. Assalamualaikum yop. Masih bernafas harapnya. Bulan puasa dan syawal dah pun lepas. Seluar pun dah start sendat balik gara-gara makan tak berenti hehe. Sebelum terlupa (nak mintak maaf takyah tunggu raya!), mintak ampun dan maaf kepada semua kawan-kawan dan rakan pembaca di blog Rumah.Net ni kalau ada terkasar, tersilap, terkutuk, terhina dan semua yang sewaktu dengannya. Salah silap korang yang banyak tu pun dah aku maafkan jugak hehe. Tak lupa juga, kepada sahabat-sahabat kita yang telah pergi (meninggal dunia) lebih awal meninggalkan kita, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan kesejahteraan mereka.

OK yop, korang perasan tak harga rumah sekarang dah makin naik melambung2. Dulu ada orang cakap tahun 2012 ialah tahun hartanah kena krisis. Akan ada banyak property yang dijual/dilelong murah-murah. Takde pun, naik lagi adalah hahaha. Kesian pada mereka yang tertunggu-tunggu nak beli masa harga murah. Last-last, developer dan bank jugak yang kaut untung yop.

Ahad aritu, aku beli paper BH. Terpandang satu iklan rumah teres baru dekat Bandar Baru Bangi. Amboi yop, rege dia RM1juta yop. Mak aii… sapa yang boleh beli rumah tu yop. Rumah teres saiz 40×70, 2 setengah tingkat (okla, saiz buka dia besar la jugak compared to normal yang 16~20 kaki) menghadap tasik. Huhu.. jom kita pegi beli yop, lepas tu bila salesperson dia bukak pelan bayaran, kita pakat2 angkat kaki cakap nak pegi openhouse rumah Zeti Aziz BNM hehehe..


OK seriously, harga rumah yang premium macam ni sebenarnya ada khalayak pembelinya tersendiri. Mereka mungkin sudah ada rumah sedia ada yang siap sedia untuk dijual dengan harga yang setara (kira jual rumah lama, beli rumah baru), ataupun mereka yang sudahpun ada berpuluh-puluh hartanah/aset/perniagaan lain dan tidak mempunyai masalah untuk ‘tambah lauk’. Bagi rakyat marhain macam kita (at least aku, korang kaya raya dan hartawan besar tak termasuk hehehe), boleh melopong sajalah tunggu lalat masuk mulut.

Macam mana pemaju berani melaksanakan projek bersakala tinggi ni kalau takde pembelinya kan? sudah tentu mereka dah tau demand dekat area situ dan jugak potensi untuk dapatkan pulangan yang besar. Projek juta-juta macam ni, anak bilis takkan dapat masuk. Biasanya konglomerat dan organisasi yang mempunyai modal, reputasi, pengalaman dan ‘kabel’ yang besar saja boleh mengendalikan projek-projek macam ni.

Aku ada jugak pasang cita-cita, nak buat 2 bijik rumah RM1juta, lepas jual rumah2 tu, bolehla lepak goyang kaki 10 tahun takyah kerja hahaha. Mustahil ke? boleh la yop. Nak tau macam mana? jeng je jeng…..

Mula-mula, korang kena cari lokasi strategik, tak kira la tepi highway ke, tepi LRT ke, tepi kolej ke. Asalkan tepi tempat orang bertumpu (kalau warung yang paling best, mesti tepi longkang! apsal aaa?). Lepas tu, korang kena beli plot tanah kat situ (kalau tak mampu beli 1 ekar, beli lah 1 lot sesuai untuk saiz sebijik dua rumah). Lepas tu, korang buat rumah Semi-D dengan 4 bilik dan 3 bilik air. Dah siap rumah semi-D tu, korang pecahkan kepada 2 nama/geran. OK, now the house is ready for sale. 1 bijik rumah busuk-busuk boleh jual RM700K, darab dua pintu dah dapat RM1.4juta, tolak kos kasar buat rumah tu gedebak-gedebuk katakan 50%, still untung RM700K. Ok ke tak ok?.

Itu simple idea that can be done. Proses nak cari lokasi, award kontraktor, manage project dan segala urusan dokumentasi dengan pejabat tanah, majlis perbandaran, lawyer, cari modal, JV, dan lain-lain tu korang korek cerita-cerita basi lama kat dalam blog ni (kira homework lah wei…).

Yang penting sekali, orang sekarang dah boleh beli rumah harga RM1juta, so mari kita cepat-cepat buat projek buat rumah macam gitu supaya kita tak terlepas peluang. Bagi yang tak yakin atau tak mampu (belum mampu), kita kena duduk tepi dulu tengok macam mana abang-abang/kakak otai yang dah berkepuk-kepuk duit dok run this kind of project. InsyaAllah, masa kita akan tiba satu hari nanti ye tak 🙂

Terima Kasih

One thought on “Siapakah Agaknya Pembeli Rumah Teres Harga RM1juta

Comments are closed.