Bisnes Apa Yang Kita Boleh Buat Dengan Modal RM2000

      Comments Off on Bisnes Apa Yang Kita Boleh Buat Dengan Modal RM2000
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Akhir-akhir ni, aku suka luangkan masa baca posting-posting Puan Ainon Mohd (Chairman PTS dan ABS Holdings) di FB. Posting Puan Guru seorang ni sangat santai, tapi penuh tersirat dengan pengajaran. Kadang tu Puan Ainon share surat dari pembaca bertanyakan nasihat dan tunjuk ajar darinya, dan bila dia share di wall FB, berdesup-desup orang akan komen dengan jayanya. Ada komen yang membina, ada jugak yang menyindir dalam mengajar (boleh sentap kalau hati mudah sendu), tak kurang juga komen picisan yang suka nasik tambah aje..

duit

Duit Modal Niaga

Selain dari Puan Ainon share mesej pertanyaan dari pembaca, beliau juga ada kongsikan tips-tips berguna kepada yang baru nak mula berniaga, tapi tak tau nak mula dari mana dan apa yang patut dibuat dahulu. Tips-tips macam ni aku suka baca dan ambik perhatian lebih. Maklumlah, aku pun ada cita-cita nak kembangkan lagi “bisnes reban ayam” aku ni. Setakat ni dok makan duit sewaan rumah aje, kena lah kembangkan benda lain jugak. Kalau tak, lambat lagi la nak pencen awal pegi umrah balik hari hehe…

OK berbalik kepada tips yang Puan Ainon share di FB beliau (wah beliau gitu..), ada satu tips yang agak mencabar minda. Puan Ainon cakap, jangan mulakan bisnes dengan pinjaman (tak kiralah personal loan ke, pinjam dari kawan ke, pinjam dengan Opah ke). Mulakan dengan apa yang ada di tangan, contoh mulakan dengan modal RM2K dulu. Tapi sebelum nak buat apa-apa, pastikan kita dah siap dengan BMC. Apa benda pulak BMC ni? Business Model Canvas.

Topik BMC ni saja buat aku tak tidur malam dok baca artikel-artikel tambahan di Internet. Siap aku download macam-macam PDF file untuk tahu lebih lanjut asas dan teori BMC ni. Tak cukup tu, aku tengok video clips di Youtube jugak untuk fahamkan steps macam mana nak buat BMC. Team Puan Ainon ada buat kelas BMC ni, tapi aku suka belajar sendiri dulu dan kalau betul-betul aku tak faham, baru aku cari orang untuk ajarkan aku. Aku tak pernah didedahkan pasal BMC sebelum ni, and I find it quite useful to answer questions yang ada dalam fikiran usahawan dan bakal usahawan. Aku sarankan sangat-sangat korang belajar pasal BMC ni.

So, katakan kita dah buat BMC berdasarkan steps yang disarankan, kita dah tahu apa bisnes yang kita akan buat, dan kita dah check jugak dengan mentor-mentor kita (ni satu lagi tips yang aku kutip dari usahawan lain, kita perlu ada mentor dalam bisnes, yang boleh guide kita untuk berjaya) dan dengar pendapat mereka, barulah boleh kita mulakan idea bisnes kita tu. Tapi, nak mula sure kena ada modal kan? berapa banyak kita kena ada? nak cari dari mana? berapa lama boleh bertahan modal tu? dan berapa lama boleh kita ganti balik modal tu dengan keuntungan bisnes kita? semua ni akan berlegar-legar dalam kepala kita sebab kita tak biasa buat bisnes (terutama yang kerja makan gaji).

Let say kita dah ada modal 2K seperti yang dicadangkan oleh Puan Ainon, berdasarkan BMC yang kita telah buat, sepatutnya kita akan dapat tahu macam mana nak teruskan plan kita. Puan Ainon cakap, kalau yang tak pernah buat bisnes lagi, jual dulu barang yang senang laku, barang yang tak perlu infrastruktur khusus macam kena ada alatan canggih, model cantik-cantik, packaging mahal dan sebagainya. Yang penting, kita belajar macam mana cara berniaga. Kumpul ilmu dari bawah dan kembangkan sikit demi sedikit. Kita tak boleh taksub nak terus mula dengan produk hebat, tapi takde orang pun nak beli, atau susah gila nak jual. Kita kena jual barang yang orang suka, orang sanggup beli dan cepat boleh rolling order.

So, ini akan jadi new assignment untuk aku test new business from RM2K capital. Kita tengok apa yang terjadi lepas ni hehehe. Jom geng kita try sama-sama!

Terima Kasih