10 Jenis Perniagaan Yang Boleh Dimulakan Tanpa Modal Yang Besar

Share this..
  • 2
    Shares

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Bila sebut saja pasal berniaga, mesti salah satu benda yang menjadi cabaran ialah modal. Percaya atau tidak, bukan semua bisnes kena ada modal, kalau perlu modal pun, bisnes tu perlukan modal yang kecil.

Bisnes yang bagus ialah, bisnes yang tidak perlu pening kepala kumpul modal yang banyak atau sampai perlu meminjam dari bank. Bisnes yang bagus ialah bisnes yang boleh sustain bukan kerana modal yang besar, tetapi peluang pasaran yang luas dan berdaya maju.

Berikut ialah 10 contoh bisnes yang tidak memerlukan modal yang besar:

1) Promote produk orang lain dan ambil komisen (kakak-kakak dekat office biasa buat ni)

2) Tolong cari penyewa atau pembeli untuk tuan rumah yang malas (hehehe)

3) Home tuition (cikgu-cikgi biasa dengan bisnes ini, juga graduan yang sedang tunggu kerja tetap)

4) Tolong cari peserta pakej pelancongan, umrah, kursus (dapat komisen)

5) Ambil order makan tengahari, beli dari restoran dan hantar kepada pelanggan (COD atau bayar dulu)

6) Sewakan kereta atau pajakkan kepada company sewa kereta (search for KL EZCAR untuk contoh)

7) Jadi personal coach (beli buku, attend seminar, timba ilmu untuk asah skill dan pengetahuan untuk jadi coach)

8) Jadi ejen jual insurance, unit trust, investment portfolio yang sah dan halal

9) Jual kemahiran tersendiri (penulisan, marketing, business strategy, graphic editing, photography, etc.)

10) Jual idea dan business proposal kepada orang lain atau JV partner (modal anda ialah idea dan business plan)

Rasanya tak perlu kupas satu persatu contoh bisnes di atas sebab self-explanatory. Kalau susah-susah sangat, kahwin je dengan anak orang kaya dan suruh dia sponsor bisnes anda (hehehehehe…)

Selamat berusaha dan bertawakkal.

Terima Kasih

One thought on “10 Jenis Perniagaan Yang Boleh Dimulakan Tanpa Modal Yang Besar

Comments are closed.