Ketahui Cara Bagaimana Untuk Menyediakan Rumah Mampu Milik Buat Anak Kita

      Comments Off on Ketahui Cara Bagaimana Untuk Menyediakan Rumah Mampu Milik Buat Anak Kita
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Sebelum aku nak teruskan bercerita, boleh tak korang tepuk tangan untuk diri sendiri dulu sebab masih sanggup singgah dekat Blog ni hehehe..

OK, back to the topic. Biasa tak dengar ibu-bapa yang mengeluh panjang bila bercerita nasib anak-anak bila mereka besar nanti. Tak semua kita ni lahir dalam keluarga kaya-raya. Tak semua kita dibesarkan dan diwariskan dengan harta kekayaan yang melimpah ruah. Kita manusia biasa, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Duit gaji yang kita dapat, belum pun sampai hujung bulan, bakinya tinggal berapa sen je.

Bila bercakap tentang masa depan anak-anak, kebiasaannya ibu-bapa akan beri keutamaan pada pendidikan anak-anak mereka dahulu, barulah mereka akan rancang untuk yang lain-lain seperti insuran pendidikan, insuran kesihatan (atau hayat), simpanan bulanan di bank, tabung haji dan sebagainya. Kalau yang ada anak lebih dari 3 orang, sudah tentu bebannya kian bertambah setiap tahun.

Kalau korang baca posting-posting lama aku dalam blog ni, selalu aku highlight tentang pentingnya untuk kita jana pasif income dari pelaburan hartanah. Macam-macam kaedah dan cara untuk kita buat duit dari bidang ni. Kalau baca di facebook dan blog-blog, ramai yang dah mahir dengan teknik-teknik gaban dan dewa petala langit ke-7 untuk bongkar rahsia bagaimana untuk jana duit dari unit rumah lelong, beli rumah dari tangan orang (sub-sale), buat sewaan bulanan, homestay, refinance, flipping, dan macam-macam lagi.

Pendek kata, kalau nak mulakan langkah melabur dalam bidang hartanah ni, memang terbentang luas kat depan mata untuk kita usahakan. Nak dengan tidak aje.

Pada tahun 1998, rumah teres 2 tingkat di kawasan Kajang dan Bangi harganya masih di bawah RM200K. Teres yang sama, jika diiklan pada hari ini harganya boleh menjangkau RM500K malah lebih lagi jika unit asal telah diubah-suai menjadi mahligai kayangan. Bayangkan, kalau harga rumah akan terus naik pada kadar 5 ke 10 peratus setahun dari harga semasa (dari tahun 2010 aku dengar kawan-kawan cakap, stop-stoplah beli rumah, dah tinggi sangat dah sekarang, next year market akan crash – hakikatnya?).

rumah

Rumah Mampu Milik?

Ini bermakna jika kita ada anak yang berumur 7 tahun pada hari ini dan akan mula bekerja pada umur 24 tahun (andaikan), untuk tempoh 17 tahun akan datang, rumah yang berharga RM500K pada hari ini akan berharga paling kurang RM925K apabila mengambil kira kadar kenaikan minima 5 peratus setahun dari harga asal (ambil kira juga purata kesan kemelesetan atau perkembangan ekonomi tahunan).

Agak-agak berapa gaji permulaan anak kita kena ada, bila dia mula bekerja kelak untuk membolehkan mereka beli rumah yang berharga RM1juta atau lebih? sudah tentu kena lebih dari RM8K sebulan. Itu pun cukup-cukup makan kalau nak diambil kira belanja hangus lain tiap-tiap bulan.

Jadi, macam mana kita nak bantu mereka untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu keluarkan modal yang besar. Aku yakin korang semua bekerja dan insya-Allah ada baki gaji bulanan yang korang simpan untuk kes-kes emergency atau pun ditolak terus masuk ke Tabung Haji, ASB, Unit-trust, main kutu nak beli iPhone lah dan macam-macam lagi. Apa kata, korang gunakan ilmu yang dah dipelajari dari mentor-mentor korang untuk beli sebuah rumah (lelong, subsale, new development, dll.) yang bersesuaian dengan kemampuan untuk “serve” monthly loan rumah berkenaan, dan niatkan “sahaja aku beli rumah ini untuk bantu anak aku lock harga yang lebih murah 17 tahun lebih awal kerana Allah Ta’ala”. Kalau kena tambah sikit pun tak apa, lama-kelamaan, harganya akan jadi jauh lebih murah daripada kita bertangguh untuk beli pada masa akan datang.

Dengan cara ini, bukan sahaja kita dapat simpan rumah berkenaan yang pastinya (insya-Allah) tak akan rugi (kalau ikut semua tips cara memilih rumah yang betul), kita dapat sewakan rumah berkenaan sementara menunggu anak kita dewasa dan bekerja 17 tahun akan datang (kalau umur panjang). Bila anak kita tu dah mula bekerja dan boleh apply loan rumah nanti, kita uruskan proses pindah milik kepada mereka dan berakhirlah kesengsaraan kita membayar monthly commitment yang ditolak hasil sewaan yang tak seberapa tu. Terpulang pada kita untuk jual pada harga market value (lebihan cash-back nanti bolehlah kita buat pegi joli haji atau melancong..) ataupun keep to SNP price masa kita beli dulu. Sedekah untuk anak sendiri apa salahnya ye tak?

Yang ada anak lebih dari seorang, sebenarnya takde masalah untuk plan beli rumah sorang satu. Kalau korang buat proper tenancy agreement dan simpan rekod duit sewaan masuk dalam akaun bank, insya-Allah boleh apply lagi loan untuk rumah-rumah seterusnya sebab ada bukti sah supporting income dari sewaan rumah. Cuma yang beranak setahun sorang, atau sekali keluar kembar 3 itu kena ligat sikit lah cari pendapatan tambahan kalau nak beli serentak rumah untuk semua anak. Insya-Allah rezeki untuk anak-anak kita Allah dah sediakan, percaya itu je.

Dapat kan idea dari cara ni? ke memang korang dah praktikan pun cara ni selama ni hehehehe… korang memang bijak seperti yang aku jangkakan.

Bagi yang belum buat teknik ni, cepat-cepatlah cari aset kekal yang takde susut nilai macam rumah, tanah dan kedai untuk kita pindah-milik kepada anak-anak bila mereka dah kerja nanti. Takdelah diaorang pening kepala nak beli rumah juta-juta sebab tak dapat beli rumah mampu milik yang ada berapa ketul je pun bila kerajaan iklankan.

OK yop, itu saja perkongsian untuk kali ini, boleh share cerita ni dekat kawan-kawan kalau ada manfaat. Jumpa lagi, Assalamualaikum.

Terima Kasih