Kisah Beli Property di Usia Muda: Apa Kata Anda?

      Comments Off on Kisah Beli Property di Usia Muda: Apa Kata Anda?
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Ramai kawan2 buat trending post hari ni pasal #KisahBeliPropertyPertama di FB.

Saya pun ada kisah beli rumah pertama pada umur yang tak berapa muda sangat, iaitu usia 26 tahun. Masa tu kena tunggu genap 3 tahun bekerja (makan gaji) sebelum layak buat pinjaman perumahan dengan syarikat.

Rumah pertama saya ialah teres 2 tingkat intermediate 20×75 pada harga RM169K. Market value pada hari ini tak check pulak hehehe… sekadar rujukan harga 3 tahun lepas, jiran sebelah rumah jual rumah beliau yang basic tanpa renovation dengan harga RM550K. Rumah saya dah renovate dan ada approved renovation plan, mungkin harganya 20% lebih tinggi.

Tahun 2008 saya refinance rumah berkenaan pada harga RM220K (market value masa tu sekitar 350K) dan dapat cash back untuk saya buat modal beli property lain.

rumahteres

Mulanya saya beli flat2 low cost, simpan sekejap sambil makan duit sewaan dan jual untuk dapat untung.

Kemudian saya beranikan diri berhijrah beli medium cost apartment, condo dan lot banglo. Alhamdulillah loan lepas walaupun commitment agak tinggi. Tenancy agreement buat backup.

Property saya tak banyak, cukuplah untuk bekalan bersara awal (jika mahu). Strategy saya simple saja, maintain quality properties di lokasi strategic dengan penyewa yang datang dari syurga (Alhamdulillah).

Siapa yang buka mata saya untuk terlibat membuat pelaburan bidang hartanah? Tak lain tak bukan tuan Shafie Bustan … yang saya kenal secara tak sengaja masa join group motor dan kebetulan juga pernah bertugas satu majikan dulu.

Terima kasih atas tunjuk ajar dan jadi rakan JV projek2 awal masa saya masih mentah dalam property investment. Juga terima kasih buat rakan2 seperjuangan lain yang support dari belakang.

Pilihan di tangan kita, baik di usia muda atau tua, jika cukup ilmu di dada, jelas arah tujuan, berpandu pada hukum hakam yang sah dan halal, insya-Allah ada bahagian masing2.

Wallahu’alam bissawap.

#GoProMukmin
#PilihanditanganAnda
#PropertyInvestment

Terima Kasih