Setahun Setengah Cuti Tanpa Gaji: Apa Yang Saya Pelajari dan Perolehi?

      Comments Off on Setahun Setengah Cuti Tanpa Gaji: Apa Yang Saya Pelajari dan Perolehi?
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi di platform maya blog ini untuk saya berkongsi sedikit cerita untuk dijadikan panduan atau sekadar bacaan santai tuan/puan.

Sedar tak sedar, 31 Mei 2017, genaplah 18 bulan saya bercuti tanpa gaji (unpaid leave) untuk menguruskan beberapa perkara yang tiada kaitan dengan business.

Biasanya kalau orang bercuti tanpa gaji ni sebab nak ikut spouse pergi sambung belajar, faktor kesihatan, jaga anak atau ahli keluarga yang perlukan penjagaan rapi, dll. Bagi saya pula, saya perlu bercuti untuk siapkan dua naskhah “novel cinta” yang tertunda sekian lama.

Setelah setahun setengah bercuti, ada beberapa perkara yang saya alami, untuk dikongsikan bersama tuan/puan (itu pun kalau ada yang nak tau lah, kalau tak skip je terus ke next paragraph hehe..).

1. Sebuah “novel” telah berjaya disiapkan dan terlepas dari “saman” jika overdue. Sepatutnya ada sebuah “novel” lagi perlu disiapkan, tapi yang ni tak kena saman kalau tak siap on time, so ada masa lagi kot huhu…

2. Dapat jaga, hantar/ambik anak ke sekolah/tuisyen dengan selamat, masak untuk mereka, dan buat perkara-perkara lain bersama-sama, sebab dulu kita miss untuk buat semua ni dengan abang-abang/kakak mereka, dek sibuk dengan kerja. This is priceless!

3. Hubungan dengan masyarakat dan ahli kariah juga bertambah baik. Teringat masa dah selalu dapat ke masjid, ada ahli kariah yang bertanya soalan-soalan nakal seperti “tuan baru pindah sini ke?”, “dah pencen ke?”, “cucu ke yang ikut solat ni?” sebab mereka jarang nampak batang hidung kita dekat masjid/surau sebelum ini (malu wei hehehe…).

4. Dapat jaga solat jemaah, dapat ikut kelas Al-Quran, dapat duduk dalam kuliah maghrib, dapat ikut kuliah subuh hampir setiap minggu tanpa gangguan. Syukur Ya Allah.

5. Walaupun takde gaji, Allah cukupkan rezeki. Masa ni baru betul-betul faham konsep rezeki ditentukan Allah, bukan sebab kita pandai cari duit atau sebab kita ada kerja best. Janji, jangan sambil lewa dengan apa yang Allah suruh.

6. Baru tau perasaan, macam mana orang yang takde keje (takde gaji tetap) survive dalam kehidupan seharian mereka. Masa ni, selalu tengok geng-geng yang takde kerja tetap, “cool” aje teruskan hidup mereka.

7. Dapat jumpa macam-macam jenis manusia dengan ragam kehidupan masing-masing. Baik untuk kita ambil iktibar dan jadikan panduan hidup kita sendiri. Paling syok, dapat bersembang dengan geng-geng pencen. Banyak betul cerita dan pengalaman hidup yang dioarang share untuk dijadikan teladan.

8. Akhir sekali, tak pernah rasa menyesal apply cuti tanpa gaji, sebab macam-macam experience yang saya dapat dan macam-macam benda yang saya boleh buat ikut kehendak diri saya. Yang penting kita happy!! hehehe..

Mungkin ramai yang ada hasrat yang sama untuk memohon cuti tanpa gaji dari majikan masing-masing. Bergantung kepada situasi dan keperluan, anda harus merancang perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas bercuti. Pastikan anda tahu prosidur untuk memohon cuti tanpa gaji dari majikan masing-masing, syarat-syarat yang ditetapkan dan tempoh bercuti yang dibenarkan.

Sebelum anda bertanyakan kepada pihak HR syarikat anda, pastikan anda telah membuat persediaan berikut terlebih dahulu.

1. Senaraikan jumlah komitmen bulanan yang anda perlu jelaskan sendiri tanpa bantuan pasangan atau orang lain (personal loan, housing loan, car loan, premium insurans dll.)

2. Simpanan tunai (atau passive income) yang mencukupi untuk kegunaan peribadi, keluarga, pembiayaan (loan installment) dan kecemasan.

3. Mendapat persetujuan dan restu dari ibu bapa (jika masih hidup), pasangan (spouse) dan sokongan ahli keluarga.

4. Mempunyai perancangan aktiviti dan matlamat yang perlu dicapai dalam tempoh bercuti.

5. Pelan kecemasan sekiranya cuti terpaksa ditamatkan atau disambung sebelum urusan anda selesai.

Setelah anda lengkapkan senarai semak di atas, bolehlah anda mulakan proses untuk mendapatkan maklumat lanjut dari majikan.

Ada syarikat yang tidak mengenakan syarat-syarat yang ketat jika pekerja memohon cuti tanpa gaji, tapi ada juga yang memerlukan bukti dan surat sokongan atas alasan yang dikemukakan untuk bercuti tanpa gaji.

Ya, memang mereka perlukan semua surat sokongan itu kerana medical benefit dan insurance pekerjaan kita masih berjalan seperti biasa.

Tambahan pula, ada kakitangan yang sengaja mengambil cuti tanpa gaji untuk terlibat dengan pekerjaan atau tugasan dengan syarikat lain yang secara jelas melanggar terma dan syarat pekerjaan dengan majikan semasa.

Setelah anda berjaya mendapat kelulusan dari majikan, pastikan anda memaklumkan kepada ahli keluarga, jiran-jiran dan kenalan rapat, tarikh anda akan mula bercuti dan tempoh yang diambil.

Ini penting untuk mengelakkan fitnah bila jiran-jiran lihat anda sentiasa berada di rumah, atau ahli keluarga tidak lagi menerima sumbangan wang ringgit dari anda seperti biasa.

Pesanan terakhir saya, kalau tuan/puan perlu bercuti tanpa gaji, buatlah perancangan awal yang lengkap supaya tiada masalah besar terjadi ketika tuan/puan sedang bercuti.

Paling penting ialah persediaan kewangan yang mantap dan persetujuan ahli keluarga yang bergantung hidup dengan anda. Jika tuan/puan dah ada sedikit sebanyak portfolio pelaburan yang berjaya generate good passive income, insya Allah tuan/puan akan rasa tenang untuk buat keputusan-keputusan penting sebegini dalam hidup.

Bagi yang belum bermula membina portfolio pelaburan/kewangan anda, cepat-cepat cari ilmu dan mula bina portfolio pelaburan anda sedikit demi sedikit. Mungkin ada yang kata, sekarang semua benda mahal, dah tak sempat nak melabur. Pelaburan paling mahal dan penting ialah BELAJAR dan CARI ILMU.

Jumpa lagi di coretan yang lain insya Allah…

Terima Kasih