Kenapa Ramai Orang Minat Berniaga, Tapi Susah Nak Berjaya?

      Comments Off on Kenapa Ramai Orang Minat Berniaga, Tapi Susah Nak Berjaya?
Share this..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan

Ramai orang minat berniaga bila tengok kejayaan peniaga yang hidup mewah dan bergaya.
Mereka fikir dengan berniaga, boleh dapat duit banyak.
Tak kan nak makan gaji seumur hidup, kita pun nak jadi kaya.

Bila ada duit banyak, boleh beli macam-macam.
Boleh pergi melancong ke merata tempat, boleh buat itu dan ini.
Boleh keluarkan zakat, sedekah dan infaq tanpa had dengan duit yang banyak.

Bermula dengan cita-cita kecil, ramai yang menjejak idola yang serasi dengan impian mereka.
Tiap gerak-geri idola di laman sosial, tips dan seminar, mereka ikuti tanpa jemu.

Hari berganti hari, duit, masa dan tenaga dah banyak dihabiskan, namun perniagaan masih tak menjadi.
Semangat mula luntur, modal ke mana, untung ke mana. Di mana silapnya?

Inilah hakikat dunia perniagaan.
Berapa kerat je yang berjaya dalam perniagaan.
Berapa kerat je yang sanggup hadapi macam-macam dugaan dan risiko.
Berapa kerat je yang mampu keluar dari kemelut masalah dan tetap teguh berniaga.

Jika ditanya kepada peniaga yang dah berjaya, banyak tips dan resepi yang mereka kongsikan. Namun, secara umumnya, ada LIMA TIPS ringkas sebagai panduan bagaimana kita boleh minimakan kegagalan dan maksimakan kejayaan apabila telah timbul niat untuk berniaga.

Pertama, apa pun yang kita ingin lakukan, tak kira apa jenis bidang kerja sekali pun, perlulah dimulakan dengan NIAT yang ikhlas kerana Allah. Dalam istilah pengurusan, kita biasa terjumpa dengan istilah “set your goals”, dan setiap goals (matlamat) itu haruslah Specific, Measurable, Attainable, Realistic, Time-bounded (SMART Goal). Baru lah jelas apa yang kita nak buat dan capai.

Kedua, kita haruslah mempunyai kualiti “MINDSET” seorang peniaga. Minda seorang peniaga bukan sahaja perlu positif, malah perlu sentiasa kreatif, tangkas, kritikal dan mampu membuat analisa terhadap setiap perkara. Nampak macam susah, tapi semua ini boleh dipelajari dan dilatih.

Ketiga, sebelum memulakan langkah yang panjang, setiap peniaga perlu mempunyai “BUSINESS PLAN” yang lengkap. Umpama ingin membina sebuah rumah yang utuh, perniagaan juga perlu mempunyai perancangan rapi dan lengkap. Walau sekecil mana pun jenis perniagaan yang ingin diceburi, jangan lupa akan hal ini. Letakkan semua elemen penting tentang perniagaan yang ingin dibuat di dalam “Business Model Canvas” (BMC). Banyak panduan di Internet untuk anda pelajari bagaimana untuk membina BMC perniagaan anda, Google saja.

Keempat, perniagaan yang baik dan berdaya saing haruslah sentiasa menepati kehendak pelanggan, bukan kerana kita telah ada produk/servis untuk dijual. Pelajari kaedah “DESIGN THINKING” apabila ingin mencipta produk/servis yang pelanggan mahu atau suka. Mulakan dengan “brainstrom” semua idea perniagaan, lakukan ujian terhadap idea (produk/servis) dengan pelanggan sebenar untuk mendapat maklumbalas mereka, perbaiki kelemahan berdasarkan maklumbalas tersebut dan uji lagi dengan mereka sehingga kita dapat mencipta produk/servis yang benar-benar menepati kehendak pelanggan. Selepas itu, barulah lancarkan produk/servis tersebut ke pasaran umum mengikut “business plan dan business model” kita.

Kelima, gunakan teknologi “ICT” untuk memaksimakan produktiviti, mencipta pasaran baru tanpa had, mengembangkan skop perniagaan dan melancarkan urusan pentadbiran agar lebih berdaya saing dan maju. Jangan ketinggalan mendapat “share” dari “ONLINE BUSINESS MARKETPLACE” seperti Lazada, Alibaba, eBay, Lelong, 11Street. OTT (over the top) model seperti Grab, Uber, airBnB, agoda.com, trivago, booking.com dan sebagainya kerana mereka sedang mendominasi dunia perniagaan hari ini dan akan datang.

Akhir sekali, sebagai seorang Muslim, banyakkan berdoa, beristighfar dan bertawakkal kepada Allah semoga dengan keizinanNya, setiap usaha kita diberikan kejayaan dan diberkati.

Terima Kasih