Archive for category Perniagaan

Bekerja dari Rumah

Posted by on Thursday, 18 August, 2011

Aku rasa ramai yang simpan impian nak bekerja dari rumah (work from home) atau pun istilah formal dia panggil teleworking atau SOHO (small office home office). Dalam takrifan lebih dalam lagi, lebih seronok kalau bekerja dari rumah tu, untuk diri sendiri. Maknanya kita boss, kita jugak kuli (pekerja). One-man-show.

Aku rasa dulu-dulu pernah aku cerita pasal keperluan macam mana kalau nak buat kerja dari rumah, iaitu kena ada komputer, talian telefon, Internet, mesin faks dan printer (all-in-one lagi bagus).
Read the rest of this entry »

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Kisah Terkena Dekat Batang Hidung Sendiri

Posted by on Thursday, 4 August, 2011

Hehehe.. aku nak cerita sikit pasal kisah kantoi yang aku terkena minggu lepas. Bukan kantoi dengan artis popular weh.. ini kantoi pasal lain hehe…

Pelepuk!.. terkena yop atas batang hidung sendiri.. siapa yang rugi? aku dan diri aku sendiri jugak yang rugi :P

OK gini, ada satu rumah sewa aku tu, aku kena kosongkan urgent sebab dah janji nak bagi tenant lain masuk sebelum diaorang ni duduk dulu (sementara). So macam biasa, aku bagi lah notis pakai SMS kat semua penyewa rumah tu. Alhamdulillah, semua bekerjasama, takde bantahan apa-apa. So, ikut perjanjian dalam tenancy agreement(TA), lepas aku bagi notis, aku kena pulangkan deposit (2 bulan) ditolak dengan kos kerosakan (jika ada) kepada semua tenant lama. Kira standardlah tu.
Read the rest of this entry »

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Bisnes Bulan Ramadhan

Posted by on Wednesday, 3 August, 2011

Salam ramadhan tuan-tuan dan puan-puan. Dah masuk 3 hari dah kita berpuasa tahun 1432H ni. Seronok betul bila masuk bulan puasa ni, bukan setakat dapat peluang merebut HADIAH BESAR dari Allah, malah dapat juga peluang untuk tambah pendapatan bagi sesetengah kita tu.

Aku nak tulis pasal amal ibadat di bulan puasa ni, rasanya dah ramai yang dah share. Blog dan forum yang dikendalikan oleh ustaz-ustaz pun berlambak-lambak dekat Internet tu. Cuma nak dengan tak nak je kita nak baca dan ambil pengajaran. Apa yang penting, ingatlah, bulan puasa ni bukan datang dengan percuma. Masa yang diberi untuk kita beramal dalam bulan puasa ni satu rezeki besar yang tak dapat kita tagih bila terlepas. So, sama-samalah kita rebut peluang ni, macam jugak kita suka rebut peluang melabur dalam dunia seharian.
Read the rest of this entry »

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Good Debt, Bad Debt

Posted by on Wednesday, 29 June, 2011

Yop, ada sapa-sapa gi tengok bola Malaysia lawan Taiwan ke malam ni? huhu.. sebab apa aku tanya, ada kawan aku sorang ni, sehari suntuk, dari pagi sampai ke malam duduk luar… balik rumah sekejap je sebab ambik jersi Malaysia nak pakai masuk stadium malam ni..hehe..

Berbalik pada kisah kali ni pasal hutang. Aku rasa ramai antara kita yang berhutang. Hutang dengan bank, hutang dengan gomen,hutang dengan koperasi, hutang dengan keluarga, hutang dengan jiran, hutang dengan kawan, hutang dengan kekasih lama (ada ke) dan macam2 lagi. Persoalannya, hutang apa yang bagus dan hutang apa yang tak berapa bagus?
Read the rest of this entry »

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Apa pasal kita susah nak Berjaya?

Posted by on Monday, 20 June, 2011

Assalamualaikum yop dan yong! apa khabar korang semua. Harapnya semua OK dan bertambah sukses. Pada yang tak berapa nak OK tu, mudah-mudahan cepat-cepatlah jadi OK dan sentiasa ceria dan happy sokmo.

Dah masuk bulan Jun dah yop wei sedar tak sedar. Kiranya dah hampir separuh tahun kita dah tempuhi. Bagi yang kerja makan gaji nih, macam tak perasan je masa berlalu. Cukup bulan, pakat terkam mesin ATM cucuk duit nak bayar itu ini, bawak anak bini pegi makan besar sebulan sekali dan tak lupa nak hantar duit kat adik-adik dan mak bapak kat kampung. Itulah rutin kebiasaan orang yang kerja makan gaji.

Aku pun sama la weii.. tak dapat lagi nak bebas 100% dari rutin camtu. Pendek kata, kena usaha keras lagi la untuk cari jalan bebas kewangan 100% ni. Kalau hati kering (bak kata bini aku), boleh je redah duduk rumah jadi suri rumah sepenuh masa (suri rumah lelaki pun dah ramai sekarang weii), tapi mengenangkan muka anak-anak aku yang comel kat rumah tu, kelat jugak aku telan air liur nak buat keputusan.

Ya lah, sapa taknak kerja sendiri dan enjoy masa dengan family disamping dapat buat apa saja tanpa batasan. Dah la dapat kebebasan macam tu, duit pun ada. Seronok weii…

Cumanya, berapa kerat je dari kita sanggup dan dapat peluang untuk berani buat keputusan dan berjaya dalam usaha mereka. Ramai yang tersungkur dan terlingkup. Tapi ramai juga yang bangun selepas tersungkur dan terus maju sampai ke puncak. Wow, macam program realiti la pulak kan huhu..

Aku tengok, orang Melayu kita ni, memang skeptik sikit bila nak kerja sendiri. Aku tak cakap orang lain, keluarga aku sendiri pun macam tu. Kalau boleh, semua adik beradik aku disyorkan untuk cari profesyen makan gaji. Baik jadi cikgu, pegawai gomen atau pegawai swasta. Janji, cukup bulan ada duit dan tak “miss soru”.

Kaum lain terutama bangsa Cina, mereka lebih berani untuk ambil risiko buat kerja sendiri. Mereka ni, memang dah dari dulu lagi suka pada risiko dan peluang. Di samping tu, mereka jenis yang ada support atau sokongan dari rakan-rakan dan persatuan peniaga mereka. Bila ada yang baru nak ceburi perniagaan, kawan-kawan dan persatuan peniaga mereka akan bantu dan beri tunjuk ajar. Bila dan mula berjaya, mereka akan lepaskan dan minta kawan mereka tu tadi bantu pulak yang lain.

Konsep berniaga dan tolong menolong cara bangsa Cina ni dah lama kita tau. Tapi bila nak implemen dalam masyarakat kita, selalunya tak berapa nak jadi. Ada saja halangan dan sikap iri hati dan hasad dengki yang membatasi setiap usaha dan perancangan. Macam mana buat pun, sure tak berapa nak menjadi. Bukan aku tak caya, tapi susah, betul tak?.

Apa pasal jadi camtu, sendiri mau ingat lah. Tapi selagi kita duduk percaya pada orang kita tak boleh berjaya untuk buat kerja sendiri, selagi tu kita tak nak berubah. Otak dan pancaindera kita ni hebat tuan-tuan syeikh sekalian. Tak caya? cuba tengok, orang kita kalau berbual kat kedai kopi, bukak la topik apa pun, sure boleh cerita panjang lebar hehehe.. kalah menteri kabinet bermesyuarat.

Lagi satu, kalau bab menyokong kelab atau kumpulan dari luar, kita pun champion.. semua kelab sukan kita ada penyokong tegar kat sini. Kalau buat collection duit RM1 seorang, sure berjuta-juta kita dapat kutip buat dana untuk bagi bantuan orang-orang kita nak berniaga hehe.. tapi kang ada pulak yang songlap duit tu, tipu nak meniaga.

Jadi macam ni je lah tuan-tuan dan puan-puan, aku ngomel pasal benda ni bukan nak mengata sesama kita. Cuma nak suruh kita sama-sama kuat berusaha untuk berjaya dalam apa saja bidang yang kita suka. Kalau kita tak suka dengan situasi yang kita berada sekarang, kita kena buat perubahan.

Kalau kita dah mula rasai dan kecapi kejayaan atas apa yang kita usahakan, jangan abaikan untuk lahirkan rasa syukur alhamdulillah atas rahmat dan nikmat kejayaan yang dilimpahkan oleh Allah kepada kita. Macam-macam cara kita boleh buat, bayar zakat, bersedekah atau menginfaqkan sebahagian dari rezeki yang dikurniakan kepada golongan yang berhak.

Best woo dapat buat camni, cari duit banyak-banyak, untuk infaqkan balik pada masyarakat. Sebabnya, duit banyak mana sekalipun, kita akan kenyang dengan makan sepinggan je, abis kuat pun 2 pinggan. Yang boleh makan sampai 3-4 pinggan sekali hadap tu dah kira ada kuasa ghaib…kena cepat-cepat pegi berubat.. hahaha. Ini masalahnya, gaji dahla ciput, nak bersedekah pun takat “5 hengget” je seminggu, camne tu yop… hehehe..

InsyaAllah, dengan cara ini, ikatan persaudaraan dan pertolongan yang kita berikan akan jadi lebih kuat dan berkat dibandingkan melalui konsep amalan oleh persatuan peniaga-peniaga biasa.

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Kisah Lama Peniaga 1 Malaysia

Posted by on Friday, 22 April, 2011

Aku nak sambung sikit lagi siri “flashback” hehehe.. bukan apa, bila kita ingat kisah lama, kita boleh relate dengan apa yang berlaku pada masa sekarang dan masa akan datang. Bak kata orang, sejarah memberitahu dan mengajar kita apa yang kita belum alami, dan sejarah juga mungkin berulang. Wow!, macam tajuk lagu pulak.. huhu..

Di kampung aku dulu, masa aku kecik-kecik aku teringat dekat 3 (tiga) orang peniaga ni. Dulu takde lagi isitilah satu Malaysia. Yang ada orang cina, orang melayu dan orang india, itu je lah istilah kita guna pakai. Dah lama dah pun kita duduk dalam budaya pelbagai kaum ni, so far kita takde masalah sangat, kecuali bila orang yang tak bertimbang rasa dan mempunyai agenda tersembunyi cuba memulakan masalah dan provoke orang lain ikut sama.

Berbalik pada kisah tadi, kat kampung aku masa tu, takde kedai besar, majoriti kedai yang ada setakat jual biskut, beras, gula, susu, gandum, barang dapur dan jajan untuk budak-budak. Ada yang advance sikit, jual ais kacang dan ais kepal. Ikan dan barangan basah pulak biasanya dijual oleh peraih yang guna motosikal dan van buruk yang datang waktu pagi.

So kiranya ada 2 kategori peniaga kat kampung aku, satu yang ada kedai dan satu lagi yang berniaga guna kenderaan.

Yang 3 orang peniaga 1 Malaysia ni, kategori kedua iaitu pakai kenderaan. Tapi sebenarnya peniaga cina dan india je guna kenderaan, yang melayu ni jalan kaki, so aku ingat takleh dikategorikan berkenderaan kot walaupun dia bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain kan hehe..

Apa bende yang diaorang bertiga ni jual?

OK, yang peniaga melayu ni, dia jual kuih-muih dan nasik lemak dalam bakul. Muda lagi orangnya, aku rasa masa tu dalam lingkungan 10 tahun kot sebab dia masih bersekolah rendah. Biasa dia akan meniaga waktu cuti sabtu ahad dan cuti umum saja. Pagi-pagi lagi dia akan bawak bakul kuih dan menjaja keliling kampung. Kalau aku dan kawan-kawan lain seronok main, budak ni pulak gigih menolong keluarganya menjaja kuih keliling kampung (macam cerita Siti Nurhaliza dulu-dulu pulak huhu..)

Aku suka kuih pulut panggang (tau ke?) inti kelapa dan ikan yang diblend (tapi for sure dia tak pakai electric blender, masa tu mana ada yop..). Pulut dia lembut, inti dia sedap.. aduh terliur lah pulak. Sekarang mana ada dah yop pulut panggang sedap. Aku dah tak jumpa dah. Pulut panggang dulu dibakar atas bara api. Sekarang dah pakai oven ataupun bakar atas dapur gas. Dulu, hujung bungkusan daun yang balut pulut tu still pakai lidi untuk tutup hujungnya. Sekarang pakai staple aje kan.

Budak jual kuih ni aku ingat still jual kuih sampai dia sekolah menengah. Lepas tu, aku dah tak nampak dah dia menjaja. Maybe mak dia pun dah letih nak buat kuih muih. Ataupun pulangan hasil jualan tak seberapa dengan kudrat dan modal yang dikeluarkan. So abis kat situ je bisnes diaorang ni. Aku tak nampak pun legasi bisnes diaorang berkembang. Kalau tak, sure aku dapat merasa pulut panggang marveles diaorang lagi kan.

OK, peniaga kedua pulak ialah india jual roti. Pakcik ni dah tua dah. Aku ingat masa tu umur dia dah lebih 50 tahun, pasal aku tengok dari raut wajah dia dan kulit dia. Tak terfikir pulak aku nak temuramah dia betul-betul masa tu. Kalau aku tau aku nak cerita pasal dia hari ni, sure masa tu aku dah tanya dia kaw-kaw huhu..

Pakcik jual roti ni pelik sikit waktu berniaga dia. Dia akan datang area rumah aku dah dekat waktu maghrib, naik motor kapcai honda buruk dia. Agaknya dia pusing2 dulu kampung lain dan bila on the way nak balik, baru dia singgah. Roti dia simple je, macam roti bun gitu. Comel-comel, tak besar sangat dan tak kecik sangat. Yang paling best ialah inti kaya yang disapu kat roti bun tu. Gardenia punya Auntie Rosie kaya pun kalah yop!. Terbaik weh kaya pakcik ni buat. Jangan tanya aku apa benda ingredient kaya tu, pasal masa tu yang kita tau makan je yop.

Seingat aku, masa aku tak abis sekolah rendah pun, pakcik jual roti ni pun dah takde datang berniaga dah. Mungkin dia jatuh sakit, atau dia dah takde kat dunia lagi. Takde sapa pun cakap kat aku apa jadi kat pakcik tu. Cuma aku teringat akan ke-”best”an roti bun dan kaya yang dia buat.

Ok peniaga terakhir ialah seorang cina jual klorok (clorox). Dia akan parking van dia kat satu tempat, dan akan mula berjalan dari rumah ke rumah. Tau ke apa itu klorok? cecair pemutih la. Dulu-dulu aku rasa semua orang mesti beli kloroks. Sebab budak-budak kebanyakannya akan “mencedera”kan baju sekolah mereka dengan kotoran yang degil. So, solution dia ialah curah klorok dan rendam sekejap sebelum menyental.

Masa tu, baju selagi tak koyak atau hancur, selagi tu kena pakai. Mana ada duit nak beli baju baru tiap-tiap tahun. Aku selalu pakai je baju dan seluar sekolah abang-abang aku yang masih elok, walaupun warnanya dah tak berapa putih. Biasa, nak nampak cantik sikit, mak aku bilas dengan nila kalau baju dah start nampak kuning.

Apek jual klorok ni (jenama dia aku rasa logo ayam dan ada globe), aku dengar berniaga dekat banyak negeri. Kelantan dia pegi, terengganu dia pegi, pahang pun dia pegi. Kalau aku ada digital camera masa tu, sure aku tangkap muka apek ni dan tunjuk dekat korang. Sure, ada yang cam muka apek ni pasal gigih tu dia ronda banyak negeri jual klorok. Harga klorok dia tak mahal pun. Biasa mak aku ambik 3 ke 4 botol sekaligus bila apek tu datang. Kalau bagi balik botol lama dekat dia, dapat diskaun sikit. Power tu, apek tu dah tau teknik recycle dari dulu lagi. Walaupun apek ni sebut “klolok…klolok..”, ramai je orang beli biarpun sebut tak betul.

OK, apa benda yang aku dapat belajar dari cerita 3 orang peniaga 1 Malaysia ni. Banyak sebenarnya. Tapi aku nak share 3 benda yang utama saja. Pertama, persamaan ketiga-tiga peniaga ni. Kedua, perbezaan ketiga-tiga peniaga ni. Yang akhir sekali, pengajaran yang boleh diambil.

Persamaan ketiga-tiga peniaga ni ialah produk yang baik. Sebab kalau produk diaorang hampeh, for sure takde orang yang sanggup ternanti-nanti kelibat mereka datang berniaga.

Perbezaan ketiga-tiga peniaga ni pulak ialah modus operandi perniagaan mereka. Peniaga kuih melayu, berniaga pada sesi pagi sahaja,berjalan kaki dalam jarak yang terhad dan stok kuih yang juga terhad (1 bakul penuh). Penjual roti india pula, memilih menggunakan motosikal, namun waktu perniagaannya lewat petang dan terhad kepada satu produk sahaja, iaitu roti bun kaya. Peniaga klorok cina pula, hanya datang sebulan sekali, menjual secara pukal, dan menggalakkan pembeli menyimpan botol klorok lama untuk ditukar bagi mendapatkan diskaun atas belian krolok yang baru.

Pengajaran yang aku boleh ambil dari situasi tiga orang peniaga 1 Malaysia ini ialah:

  1. Tentukan produk terbaik yang ingin kita ingin jual
  2. Tentukan harga yang munasabah selepas mengambil kira modal dan kos lain yang terlibat
  3. Tentukan modus operandi terbaik untuk perniagaan kita
  4. Tentukan target market, lokasi pasaran dan waktu perniagaan
  5. Kaji cara untuk retain (kekalkan) customer
  6. Kaji cara untuk tambah pelanggan dan mengembangkan perniagaan
  7. Kaji pelan perniagaan jangka pendek dan jangka panjang (kalau tak satu hari sure berkubur)
  8. KENA RAJIN!

 

OK yop, kita sama-sama ambik iktibar dan pengajaran kalau ada yang berminat nak berniaga. Walaupun kisah 3 peniaga ni nampak macam bisnes simple saja, tapi ada benda tersirat yang boleh dipelajari. Buka mata dan minda kita yop, baru nampak apa yang ada kat depan :)

Suka tak? klik Like, tweet atau +1