Rumah Kecil Tiang Seribu » Perniagaan

Bekerja dari Rumah
Aku rasa ramai yang simpan impian nak bekerja dari rumah (work from home) atau pun istilah formal dia panggil teleworking atau SOHO (small office home office). Dalam takrifan lebih dalam lagi, lebih seronok kalau bekerja dari rumah tu, untuk diri sendiri. Maknanya kita boss, kita jugak kuli (pekerja). One-man-show.

Aku rasa dulu-dulu pernah aku cerita pasal keperluan macam mana kalau nak buat kerja dari rumah, iaitu kena ada komputer, talian telefon, Internet, mesin faks dan printer (all-in-one lagi bagus).

Kali ni aku nak share pasal perkara yang patut difikir-fikirkan kalau kita bercita-cita nak bekerja dari rumah, iaitu kerisauan utama bagi pemilik perniagaan yang bekerja dari rumah:

1. Tidak cukup duit untuk meneruskan perniagaan.

2. Menghidap penyakit kritikal (diri sendiri atau pekerja utama).

3. Hilang pelanggan kepada syarikat lebih besar dan teguh.

4. Kemungkinan akan kembali bekerja setelah tidak berjaya.

Faktor kerisauan pertama, iaitu risau tak cukup duit untuk teruskan perniagaan. Bagi mengelakkan risiko ini, kita perlu mengenalpasti jenis perniagaan yang betul-betul memberi pendapatan tunai secara berterusan (cash-cow). Ianya mungkin juga passive income yang kita telah bina sejak dari dulu lagi. Seperkara lagi, kita harus ada disiplin pengurusan aliran tunai (cash-flow) yang sangat tinggi. Disamping itu, dana kecemasan (backup fund) 2+1 aliran modal tunai perlu ada untuk digunakan di saat-saat kecemasan (paling tidak 3 bulan).

Faktor kedua, iaitu kemungkinan menghidapi penyakit kritikal yang menggangu operasi perniagaan persendirian. Cara mengurangkan risiko ini ialah dengan mengambil pelan perlindungan perubatan (medical card/insurance), perlindungan insurans hayat dan sebagainya. Kita juga perlu mengenalpasti sumber-sumber lain dari segi pekerja dan rakan niaga yang dapat membantu menguruskan perniagaan kita ketika kecemasan.

Faktor ketiga, iaitu kemungkinan hilang pelanggan kepada syarikat lebih besar. Kita perlu lebih peka kepada perubahan kos dalam produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Disamping itu, kajian mendalam untuk mempertingkatkan produk dan perkhidmatan perlu dibuat secara berterusan untuk mempastikan perniagaan kita mempunyai nilai tambah dan lebih menarik di hati pelanggan.

Meneroka bidang baru dan perkongsian pintar juga boleh membantu kita mengelakkan dari tersisih terus dari perniagaan utama jika pelanggan beralih arah. Antara perniagaan lain yang boleh diceburi ialah seperti francais, value-chain business dan perniagaan yang memberikan royalti atau komisen untuk setiap jualan produk dan perkhidmatan.

Faktor keempat ialah, kerisauan apabila semuanya gagal dan kita terpaksa memohon kerja kembali seperti dahulu kala. Untuk itu, kita perlu fokus dengan apa yang kita usahakan, mempunyai model perniagaan yang jitu dan kita juga seharusnya kreatif dengan idea perniagaan kita.

Kajian menunjukkan sebab utama mengapa orang suka bekerja sendiri di rumah ialah kerana Kebebasan (30%), Fleksibel (25%), Seronok(12%) dan Ganjaran kewangan (12%).

Apa pun yang kita nak buat bila bekerja sendiri dari rumah, perlu ada perancangan yang teliti dari segi pengurusan perniagaan dan pelan kecemasan (backup plan) yang bagus sekiranya berlaku keadaan yang tidak diduga.

Anda mungkin berminat dengan kisah berikut:

Bisnes Bulan Ramadhan

Nak Jadi Consultant Projek Rumah Pulak

Good Debt, Bad Debt

Apa pasal kita susah nak Berjaya?

Pinjaman Rumah Ketiga dan seterusnya hanya 70%

Kisah Terkena Dekat Batang Hidung Sendiri
Hehehe.. aku nak cerita sikit pasal kisah kantoi yang aku terkena minggu lepas. Bukan kantoi dengan artis popular weh.. ini kantoi pasal lain hehe…

Pelepuk!.. terkena yop atas batang hidung sendiri.. siapa yang rugi? aku dan diri aku sendiri jugak yang rugi

OK gini, ada satu rumah sewa aku tu, aku kena kosongkan urgent sebab dah janji nak bagi tenant lain masuk sebelum diaorang ni duduk dulu (sementara). So macam biasa, aku bagi lah notis pakai SMS kat semua penyewa rumah tu. Alhamdulillah, semua bekerjasama, takde bantahan apa-apa. So, ikut perjanjian dalam tenancy agreement(TA), lepas aku bagi notis, aku kena pulangkan deposit (2 bulan) ditolak dengan kos kerosakan (jika ada) kepada semua tenant lama. Kira standardlah tu.

Jadi aku pun start la bank-in duit penyewa-penyewa ni sorang demi sorang dan SMS kat diaorang jumlah yang aku dah bank-in (pemalas betul, tak jumpa face-to-face hahaha). Ada yang balas SMS tu kata “OK”, ada yang diam tak balas apa-apa. Aku SMS lagi sekali guna phone lain (kot-kot phone aku rosak ke, SMS tak jalan ke) kat sorang tenant ni. Tak balas jugak. Aku pun cakap dalam hati, ahhh.. ok la tu kot, duit pun aku dah transfer, ada siap resit transaksi online banking lagi aku simpan sebagai bukti. Ada apa-apa nanti, dia contactlah. Fikir aku untuk sedapkan hati.

Semalam (lepas beberapa hari), aku tergerak hati nak borak dengan wife aku pasal benda ni. Aku cakap la kat dia, apa pasal ada 2 orang ex-tenant tu dulu, dia bank-in duit sewa lebih dari sebulan (aku check dalam transaction history online banking). Yang sorang tu aku dah refund balik dah lebihan sewa tu. Yang sorang lagi ni aku termenung kejap.

Eh!.. ye tak ya, dulu aku ada cakap, deposit 2+1 tu boleh bayar 2 kali. Since ada yang mintak tangguh nak bayar, aku cakap OK je boleh bayar bulan depan, tanpa menulis rekod tenant mana dah bayar deposit full, yang mana tak. Masa tu aku kondifen je.. eh konfiden je yang aku sure ingat punya pasal ni. Wife aku dah pesan dah, tulis la bang.. kang awak tu lupa. Aku cakap, ala tau la saya manage benda ni (kadar kekonfidenan aku diluar tabi’i).

Sekali, betul la yop, lepas isyak semalam, baru aku sedar yang aku dah terlebih bayar kat sorang tu. Aku gi refund full deposit plus sewa bulanan. Padahal dia baru bayar half deposit. Dia tak silap apa-apa masa bank-in duit sewa bulanan yang aku ingat dah terlebih bayar sebulan tu. Aku yang sangap sebab terlupa. Padan muka!. Free-free je aku kena kutuk dengan wife aku. Happy muka dia sebab aku terkena yop.. huhu…

Aku tak sampai hati pulak nak cakap kat budak tu, yang aku dah terlebih bayar. Pasal, dah la aku mintak dia ngan kawan-kawan dia keluar, lepas tu macam buruk siku pulak nak mintak balik duit. Silap aku pun. Padan dia tak balas SMS aku hahaha.. takpelah rezeki dia. Kalau rezeki aku pulak, insyaAllah akan dapat balik. No worries (sedapkan hati).

So yop, pengajaran dari kisah pasal batang hidung ni ialah, walau sekecik mana pun hidung..eh.. urusan yang ada kaitan dengan perniagaan, pelaburan dan transaksi wang keluar-masuk, wajar dan wajib atau jatuh sunnat dituntut (aku reka-reka je ni) kita buat rekod yang sistematik. Jangan ambil sambil lewa dan pandang remeh perkara-perkara macam ni. Walaupun kerugian tak sebesar mana, ini menunjukkan kelemahan diri kita mentadbir wang tunai keluar-masuk (cashflow management).

Jadikan sindiran dan cercaan (manja) dari isteri anda sebagai pengajaran di hari muka wakakaka.. selamat berpuasa yop!

Anda mungkin berminat dengan kisah berikut:

What's Next?

Pinjaman Rumah Ketiga dan seterusnya hanya 70%

Passive Income

Jangan Sampai Kena Tipu Dengan Kontraktor

Pengurusan Kewangan untuk Bakal Graduan

Bisnes Bulan Ramadhan
Salam ramadhan tuan-tuan dan puan-puan. Dah masuk 3 hari dah kita berpuasa tahun 1432H ni. Seronok betul bila masuk bulan puasa ni, bukan setakat dapat peluang merebut HADIAH BESAR dari Allah, malah dapat juga peluang untuk tambah pendapatan bagi sesetengah kita tu.

Aku nak tulis pasal amal ibadat di bulan puasa ni, rasanya dah ramai yang dah share. Blog dan forum yang dikendalikan oleh ustaz-ustaz pun berlambak-lambak dekat Internet tu. Cuma nak dengan tak nak je kita nak baca dan ambil pengajaran. Apa yang penting, ingatlah, bulan puasa ni bukan datang dengan percuma. Masa yang diberi untuk kita beramal dalam bulan puasa ni satu rezeki besar yang tak dapat kita tagih bila terlepas. So, sama-samalah kita rebut peluang ni, macam jugak kita suka rebut peluang melabur dalam dunia seharian.

Korang perasan kan, kalau tiba bulan puasa, bisnes sesetengah orang semakin rancak. Tak kiralah orang melayu ke, cina ke, India ke, semua jadi rancak. Kalau pergi ke pasar, penuh je orang nak beli itu ini. Kalau pegi supermarket pun sama. Meriah semacam je walaupun puasa baru bermula. Aku tengok hari tu, masa first day puasa, kebetulan ada negeri yang bercuti, jalan nak masuk ke entrace supermarket bukan main sesak. Awal betul orang pegi shopping baju raya hehehe.

Tak kurang jugak, aku tengok bila lalu balik ke rumah, kat tepi jalan dah bersusun gerai-gerai menjual juadah berbuka di bazar ramadhan. Aku singgah beli air soya dengan murtabak. Lepas tu terus laju je masuk kereta dan drive balik. Bahaya sungguh dugaan singgah di bazar ramadhan. Semua benda nampak menarik dan tertarik hehe.

Semalam aku pegi lagi ke bazar ramadhan sama, aku nak beli murtabak yang aku dah beli semalam. Rasa best pulak. Aku parking kereta kat jalan belakang, bersetentang dengan gerai kakak yang jual murtabak tu. Dari situ aku nampak ada 3 meja dan kuali leper goreng murtabak dan bertimbun-timbun murtabak yang siap untuk dijual. Mulalah akal aku ni dok congak-congak, berapa agaknya pendapatan kasar kakak jual murtabak ni.

Sekeping murtabak dijual dengan harga RM2.50 (10 tahun lepas, murtabak dalam linkungan RM1.50 je). Kalau sehari 500 keping murtabak berjaya dijual, maka pendapatan kasar yang diperolehi ialah RM1,250.00 sehari. Kalau dia berniaga selama 20 hari (kira kita tolak lah hari dia cuti atau perniagaan tak berapa laku), pendapatannya boleh mencecah RM25,000.00. Wow!, lumayan tu..

Berniaga bulan puasa ni bukan main-main. Kalau kuih atau juadah yang kita buat tu tak sedap, sehari dua aje lah orang datang beli. Macam kakak tu, bila murtabak yang dia buat tu sedap, pelanggan akan datang lagi. Aku tengok dia berani upah 2 pekerja untuk goreng murtabak untuk tingkatkan jumlah jualan murtabak dia. Dari situ aku dah boleh agak, sure demand murtabak dia tinggi.

Sebab tu, aku percaya pada bisnes yang pentingkan kualiti dan perkhidmatan yang baik. Faktor penting yang akan membolehkan kita pergi jauh. Orang suka perhati dan nilai hasil kerja kita. Kadang tu, disebabkan kita berpuas hati dengan perkhidmatan seseorang peniaga, kita akan mempromosi produk mereka kepada orang lain tanpa dipaksa. Iklan jenis ini sangat-sangat berkesan terutama bagi yang berususan secara terus dengan pelanggan.

Berbalik pada bisnes bulan ramadhan ni, ada orang memang perniagaan dia setahun sekali je. Pendapatan yang dia dapat masa bulan puasa ni, cukup untuk menampung kehidupan dia selama setahun. Apa tidaknya, kalau pendapatan yang dijana dari bisnes sudah boleh cecah ratusan ribu ringgit, 11 bulan lagi memang boleh goyang kaki. Mereka buka perniagaan bukan di KL saja, malah diseluruh Malaysia. Supply kerepek, kuih raya, baju dan pakaian, jahitan, perabot, dan macam-macam lagi produk yang orang suka cari waktu musim raya.

Begitulah cerita dasyatnya rezeki bisnes bulan ramadhan. Baik yang bisnes jual barang, mahupun yang bisnes yang tak berjual barang (beribadah mengharapkan ganjaran pahala berlipat ganda – deposit akhirat). Harapnya, kita dapat rebut kedua-kedua peluang yang ada didepan mata, kerana peluang berada dalam bulan ramadhan yang mulia ni bukan mudah diperolehi.

Selamat berpuasa dan beribadah tuan-tuan. semoga kita semua beroleh rahmat, keberkatan dan keampunan dari Allah swt.

Anda mungkin berminat dengan kisah berikut:

Kehebatan Bulan Puasa

Apa pasal kita susah nak Berjaya?

What's Next?

Update projek Datuk Keramat

Kisah Lama Peniaga 1 Malaysia

Good Debt, Bad Debt
Yop, ada sapa-sapa gi tengok bola Malaysia lawan Taiwan ke malam ni? huhu.. sebab apa aku tanya, ada kawan aku sorang ni, sehari suntuk, dari pagi sampai ke malam duduk luar… balik rumah sekejap je sebab ambik jersi Malaysia nak pakai masuk stadium malam ni..hehe..

Berbalik pada kisah kali ni pasal hutang. Aku rasa ramai antara kita yang berhutang. Hutang dengan bank, hutang dengan gomen,hutang dengan koperasi, hutang dengan keluarga, hutang dengan jiran, hutang dengan kawan, hutang dengan kekasih lama (ada ke) dan macam2 lagi. Persoalannya, hutang apa yang bagus dan hutang apa yang tak berapa bagus?

Penting untuk kita ketahui jenis hutang yang akan kita terlibat. Adakah hutang tersebut bersifat sementara atau mempunyai had masa yang panjang. Penting juga untuk kita kaji, cara untuk kita lunaskan hutang tersebut mengikut perjanjian dan jangkamasa yang ditetapkan. Semua ni untuk pastikan kita tidak tersilap membuat keputusan bila ingin berhutang.

Bila kita pasti cara terbaik untuk memiliki aset atau perkhidmatan yang dikehendaki menerusi berhutang, maka kita sepatutnya sedar bahawa hutang yang kita ambil itu ialah hutang baik (good debt) atau hutang tidak baik (bad debt).

Contoh hutang yang baik ialah, hutang yang mana akan memberi keuntungan bila kita mengambilnya. Keuntungan itu pula, mungkin dalam jangka masa pendek (paling bagus), ada yang jangka masa sederhana (masih bagus) dan ada yang dalam jangka masa panjang (boleh tahan bagus). Cara keuntungan diperolehi bergantung kepada strategi pelaburan, situasi, faktor ekonomi dan peluang yang bakal diperolehi. Adakalanya, keuntungan begitu jelas di depan mata, sehinggakan ramai yang akan berebut-rebut ingin membuat pinjaman segera. Adakalanya, secara teori, keuntungan akan diperolehi, namun ianya tidak semudah yang dijangka.

Hutang yang tak baik pula ialah, hutang yang bila mana kita terjebak dalam kerugian. Rugi membayar balik pinjaman yang diambil, dicampur dengan kerugian berlipat ganda dari keputusan yang salah membuat pinjaman itu pada mulanya. Contoh, kita membuat pinjaman peribadi kerana terpengaruh untuk masuk skim cepat kaya. Apabila skim tersebut gagal, kita terjebak dalam kerugian berganda. Pertama hutang pinjaman yang perlu dilangsaikan, kedua masa dan tenaga yang dihabiskan menjadi sia-sia. Itu tidak termasuk lagi hati terluka dan telinga pedih kena caci nista dari orang yang rapat dengan kita.

Dalam mana-mana keadaan sekalipun, risiko dan peluang tetap ada. Sebagai pelabur yang berdisiplin dan berwawasan, kita patut ada ciri-ciri penganalisis yang baik, serta cekap dalam menilai setiap faktor pelengkap kepada strategi pelaburan dan perniagaan kita.

Contohnya, jika kita bercadang untuk membuat pelaburan dalam bidang hartanah melalui pembelian rumah untuk disewakan, kita harus mempunyai satu formula tepat untuk menghitung kos keseluruhan proses memiliki hartanah yang kita pilih, termasuk kos-kos tidak langsung seperti kos baik pulih, kos guaman, kos jurunilai, kos pengangkutan, bil, urusan dokumentasi dan sebagainya. Setelah mengetahui keseluruhan kos tersebut secara tepat (ataupun dalam anggaran 80% tepat), tentukan pula bagaimana cara untuk kita serap (absorb) kos tersebut menerusi pelan perniagaan yang akan dijalankan.

Adakah sewaan yang ditetapkan nanti dapat menampung bayaran ansuran bulanan pinjaman yang dibuat? Bolehkah kita sewenang-wenangnya menetapkan satu harga mudah untuk menampung kos hutang bulanan di samping mengambil sedikit untung? Berapa lama harus kita tunggu untuk tawaran sewaan kita itu mendapat sambutan? Adakah kita perlu turunkan harganya setelah mendapati ianya seakan-akan “tidak laku”?

Jawapannya terletak pada pengetahuan, pengalaman dan kebijaksanaan kita yang waras apabila membuat kaji selidik dan tindakan dalam melabur. Semua orang impikan pendapatan pasif yang banyak. Kalau boleh, dengan pelaburan yang minima, hasilnya maksima.

Ingat, menjadi pelabur yang berjaya bukan sekelip mata. Ianya juga bukan boleh diwarisi. Kita perlu ada semangat untuk belajar, rajin berusaha untuk menjadi seperti mereka yang telah berjaya dan boleh kekal berada di tahap mereka sekarang. Takde short cut. Ini bukan skim cepat kaya.

OK, sekarang aku nak kongsi kegembiraan aku dengan hasil penat lelah aku handle projek keramat lagi berbisa huhu.. takdelah.. ni projek banglo datuk keramat aku itu la.. sorry la kalau ada yang dah naik menyampah asyik dok cerita pasal projek yang sama. Bukan apa, aku suka highlight cerita ni dari mula sampai habis untuk aku sendiri jadikan pedoman. Sebab dulu aku pernah buat posting pasal “Kisah Rumah Pencen“. Now I have prove it can be done kawan-kawan, alhamdulillah berkat doa korang jugak ni. terima kasih.

Hari ni, confirm, semua rumah yang aku buat sewa di tingkat 1, ketiga-tiga unit telah selamat dihuni dan disewa oleh tenant. Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar. Since aku iklankan yang pertama untuk kemasukan bulan Mei lepas, kiranya dalam tempoh 2 bulan saja disapu bersih.

Bagi yang nak tahu berapa positive cash flow aku dapat setelah tolak installment loan projek rumah ni, ada la sikit. Berbaloi jugak la aku usahakan projek ni. Alhamdulillah, syukur atas rezeki kurniaan Allah. Mudah-mudahan lepas ni, ada projek baru yang akan berjaya macam ni jugak.

Jadi bagi yang nak contoh projek good debt (hutang yang baik), ini adalah salah satu dari contohnya (boleh selak posting-posting lepas cerita lengkap projek ni macam mana). Projek guna duit loan bank, dan masih boleh berikan positive cash flow yang baik. InsyaAllah, kalau ada usaha dan kesabaran, pasti ada jalan. Semua kepayahan dan cabaran pasti ada ganjaran yang hebat kalau kita tabah dan cekal. Jangan sampai terjerat pulak, sebab nampak macam best, tapi kalau strategi perniagaan rumah sewa kita ni tak berapa betul, padah yang mengundang.

Cara aku simple saja, deposit kena ada minimum 2 bulan, deposit api dan air pun kena ada, tenancy agreement kena mantap dan buat pemilihan penyewa yang betul. Aku rasa, pie (http://www2.pie2020.com/blog) dan aku sama je dari segi kriteria pemilihan penyewa kitorang.

Dengan kriteria special yang kitorang tetapkan ni, nampaknye lebih senang nak uruskan penyewa dan boleh elakkan dari masalah penyewa keras kepala dan buat hal, insyaAllah. Salah satu kriteria “baru” yang aku tetapkan ialah hasil dari pengalaman lepas yang aku taknak berulang lagi. So far so good.

Satu lagi berita gembira yang aku dapat ialah, kedua-dua rumah JV aku dengan Pie di Melaka telahpun ada buyer. Sekarang tunggu proses jual-beli selesai saja, then lepas tu kami akan “faraid”kan keuntungan. Bolehla duit tu masuk semula tabung ayam yang dah hampir kering untuk di”roll” kembali dalam projek akan datang.

So, what’s my next project? jeng je jengggg….. kita tunggu dan lihat, insyaAllah ada rezeki aku share kat sini bila ada berita. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan doa.

Anda mungkin berminat dengan kisah berikut:

Pinjaman Rumah Ketiga dan seterusnya hanya 70%

Projek Juta-Juta

Modal dan Usahasama

Nak Jadi Consultant Projek Rumah Pulak

Homestay Gurney Heights kini Dibuka

Apa pasal kita susah nak Berjaya?
Assalamualaikum yop dan yong! apa khabar korang semua. Harapnya semua OK dan bertambah sukses. Pada yang tak berapa nak OK tu, mudah-mudahan cepat-cepatlah jadi OK dan sentiasa ceria dan happy sokmo.

Dah masuk bulan Jun dah yop wei sedar tak sedar. Kiranya dah hampir separuh tahun kita dah tempuhi. Bagi yang kerja makan gaji nih, macam tak perasan je masa berlalu. Cukup bulan, pakat terkam mesin ATM cucuk duit nak bayar itu ini, bawak anak bini pegi makan besar sebulan sekali dan tak lupa nak hantar duit kat adik-adik dan mak bapak kat kampung. Itulah rutin kebiasaan orang yang kerja makan gaji.

Aku pun sama la weii.. tak dapat lagi nak bebas 100% dari rutin camtu. Pendek kata, kena usaha keras lagi la untuk cari jalan bebas kewangan 100% ni. Kalau hati kering (bak kata bini aku), boleh je redah duduk rumah jadi suri rumah sepenuh masa (suri rumah lelaki pun dah ramai sekarang weii), tapi mengenangkan muka anak-anak aku yang comel kat rumah tu, kelat jugak aku telan air liur nak buat keputusan.

Ya lah, sapa taknak kerja sendiri dan enjoy masa dengan family disamping dapat buat apa saja tanpa batasan. Dah la dapat kebebasan macam tu, duit pun ada. Seronok weii…

Cumanya, berapa kerat je dari kita sanggup dan dapat peluang untuk berani buat keputusan dan berjaya dalam usaha mereka. Ramai yang tersungkur dan terlingkup. Tapi ramai juga yang bangun selepas tersungkur dan terus maju sampai ke puncak. Wow, macam program realiti la pulak kan huhu..

Aku tengok, orang Melayu kita ni, memang skeptik sikit bila nak kerja sendiri. Aku tak cakap orang lain, keluarga aku sendiri pun macam tu. Kalau boleh, semua adik beradik aku disyorkan untuk cari profesyen makan gaji. Baik jadi cikgu, pegawai gomen atau pegawai swasta. Janji, cukup bulan ada duit dan tak “miss soru”.

Kaum lain terutama bangsa Cina, mereka lebih berani untuk ambil risiko buat kerja sendiri. Mereka ni, memang dah dari dulu lagi suka pada risiko dan peluang. Di samping tu, mereka jenis yang ada support atau sokongan dari rakan-rakan dan persatuan peniaga mereka. Bila ada yang baru nak ceburi perniagaan, kawan-kawan dan persatuan peniaga mereka akan bantu dan beri tunjuk ajar. Bila dan mula berjaya, mereka akan lepaskan dan minta kawan mereka tu tadi bantu pulak yang lain.

Konsep berniaga dan tolong menolong cara bangsa Cina ni dah lama kita tau. Tapi bila nak implemen dalam masyarakat kita, selalunya tak berapa nak jadi. Ada saja halangan dan sikap iri hati dan hasad dengki yang membatasi setiap usaha dan perancangan. Macam mana buat pun, sure tak berapa nak menjadi. Bukan aku tak caya, tapi susah, betul tak?.

Apa pasal jadi camtu, sendiri mau ingat lah. Tapi selagi kita duduk percaya pada orang kita tak boleh berjaya untuk buat kerja sendiri, selagi tu kita tak nak berubah. Otak dan pancaindera kita ni hebat tuan-tuan syeikh sekalian. Tak caya? cuba tengok, orang kita kalau berbual kat kedai kopi, bukak la topik apa pun, sure boleh cerita panjang lebar hehehe.. kalah menteri kabinet bermesyuarat.

Lagi satu, kalau  bab menyokong kelab atau kumpulan dari luar, kita pun champion.. semua kelab sukan kita ada penyokong tegar kat sini. Kalau buat collection duit RM1 seorang, sure berjuta-juta kita dapat kutip buat dana untuk bagi bantuan orang-orang kita nak berniaga hehe.. tapi kang ada pulak yang songlap duit tu, tipu nak meniaga.

Jadi macam ni je lah tuan-tuan dan puan-puan, aku ngomel pasal benda ni bukan nak mengata sesama kita. Cuma nak suruh kita sama-sama kuat berusaha untuk berjaya dalam apa saja bidang yang kita suka. Kalau kita tak suka dengan situasi yang kita berada sekarang, kita kena buat perubahan.

Kalau kita dah mula rasai dan kecapi kejayaan atas apa yang kita usahakan, jangan abaikan untuk lahirkan rasa syukur alhamdulillah atas rahmat dan nikmat kejayaan yang dilimpahkan oleh Allah kepada kita. Macam-macam cara kita boleh buat, bayar zakat, bersedekah atau menginfaqkan sebahagian dari rezeki yang dikurniakan kepada golongan yang berhak.

Best woo dapat buat camni, cari duit banyak-banyak, untuk infaqkan balik pada masyarakat. Sebabnya, duit banyak mana sekalipun, kita akan kenyang dengan makan sepinggan je, abis kuat pun 2 pinggan. Yang boleh makan sampai 3-4 pinggan sekali hadap tu dah kira ada kuasa ghaib…kena cepat-cepat pegi berubat.. hahaha. Ini masalahnya, gaji dahla ciput, nak bersedekah pun takat “5 hengget” je seminggu, camne tu yop… hehehe..

InsyaAllah, dengan cara ini, ikatan persaudaraan dan pertolongan yang kita berikan akan jadi lebih kuat dan berkat dibandingkan melalui konsep amalan oleh persatuan peniaga-peniaga biasa.

Anda mungkin berminat dengan kisah berikut:

Bisnes Bulan Ramadhan

What's Next?

Kenapa Nak Jadi Kaya?

Kisah Lama Peniaga 1 Malaysia

Kisah Terkena Dekat Batang Hidung Sendiri