Archive for category Perniagaan

Trading Business

Posted by on Tuesday, 29 September, 2009

Kisah kali ni, aku nak imbas sikit berkenaan perniagaan trading atau peruncitan (ye ke maksud dia camni huhu..)

Masa aku kecik-kecik dulu, aku ingat lagi, ayah aku bukak kedai runcit kat sebelah rumah. Masa tu, ayah aku antara orang yang pertama ada kedai runcit.  Macam-macam dia jual, dari beras, minyak, gula, roti, gandum, sampaikan ais kepal pun dia jual hehe.. kira best lah kedai runcit ayah aku tu.

Tapi tak sempat aku masuk tadika pun, kedai runcit tu ditutup sebab masalah hutang lapuk. Ditambah pulak, cash flow management yang lemah menyebabkan perniagaan kedai runcit tersebut gagal untuk diteruskan.

Last-last, semua stok kedai termasuk papan dan kayu yang boleh digunakan terpaksa ayah aku jual kepada orang lain. Apek yang membekal barang-barang ke kedai mula datang mintak hutang. Mula-mula ayah aku boleh lah bagi alasan nak tunggu customer dia bayar hutang dulu baru boleh setel. Lama kelamaan, memang tak boleh dapat punya kutipan hutang tu semua. Customer yang bermasalah tu, kebanyakannya buat tak tahu aje.

Aku ingat lagi, ayah aku pesan kat aku kalau Apek pembekal barang datang rumah tanya dia, cakap “Ayah takde” hahaha.. sebijik macam cerita Melayu dalam TV dulu-dulu.. ajar anak menipu sebab nak lari dari orang kutip hutang.

Aku ingatkan ayah aku dah serik dengan berniaga, rupanya tidak. Masa aku bersekolah menengah, ayah aku sekali lagi cuba berniaga kantin sekolah rendah. Dia menang tender sebab bagi harga murah dan kebetulan takde orang lain masuk tender tahun tu..huhu..

Dekat 3 tahun jugak dia meniaga kantin sekolah. Sempat la merasa senang sikit, tapi tak kaya pun sebab kantin sekolah rendah dalam kampung, berapa sen sangatlah dapat collection jualan harian. Kalau ada jamuan baru lumayan sikit sebab boleh charge per kepala.

Tahun berikutnya, ayah aku tak sanggup lagi nak teruskan berniaga kantin sekolah sebab penatnya tak berbaloi dengan hasil. Aku pun dah naik muak tiap2 pagi sabtu kena basuh taik ayam kat dewan makan kat kantin sekolah tu..haha..ye lah, sekolah dekat dengan rumah orang, ayam itik semua masuk sekolah macam budak-budak jugak..lepas tu membuang sisa toksik lepas kenyang makan nasi yang tumpah kat lantai.

Tu tak masuk lagi kena tolong kupas bawang, sapu sampah, dan macam-macam lagi rutin harian yang aku adik beradik kena tolong. Pendek kata masa tu, semua orang setuju je bila ayah aku cakap nak berenti berniaga kat kantin. Pemalas betul adik beradik aku hahahahha.. cari excuse mudah untuk setuju.

Fast forward ke hari ni. Kat kampung aku tu, masih ada ramai yang teruskan bisnes trading macam biasa. Cuma yang aku notice ada 2~3 orang je yang betul-betul berjaya. Yang paling aku perasan Pak Cha (Mat Isha). Dia ni dah taraf multi-jutawan aku rasa. Ayah aku cakap, pendapatan bulanan dia saja boleh cecah RM300K ke RM500K dari business jual buah sawit, pengangkutan, bengkel, pertanian dan penternakan.

Memang Pak Cha ni role model bagi sapa-sapa yang nak buat business dalam bidang trading. Dia memang cekap cari peluang dan kembangkan jadi business juta-juta. Seingat aku, dia takde pun masuk kursus apa-apa. Cuma dia tau manage business dia.

Majoriti buah sawit yang ada kat kampung aku tu akan dihantar ke kilang sawit guna perkhidmatan lori Pak Cha. Cuba bayangkan kalau satu trip dia charge RM100. Darabkan dengan 4 trip sebulan untuk satu peladang (contoh saja). Kat kampung aku tu ada lebih kurang 400 pengusaha ladang kelapa sawit. Sendiri darablah pendapatan dari sewa lori saja dah berapa Pak Cha dapat.

Dia bukan setakat ada lori angkut sawit, siap dengan JCB (jengkaut), traktor dan macam-macam lagi. Semua tu dia buat sewa. Tak cukup dengan tu, dia ada beratus ekar rasanya ladang kelapa sawit yang dipajak atau dibeli dari peneroka yang tak nak usahakan ladang mereka.

Dah tu pulak, dia bela lembu dalam ladang kelapa sawit. Ayah aku cakap lembu dia dah membiak beribu-ribu ekor dah. Itu pun duit lumayan lagi yang dia dapat.

Pendek kata, Pak Cha dah lama hidup senang dan berjaya dengan duduk kat kampung saja. Best tak? hehehe.. Anak aku ari tu gi beraya rumah Pak Cha dapat RM30.00 hahaha.. happy betul dia balik cerita kat rumah cakap ada Atuk bagi duit raya banyak.. huhu..

Pada aku, kalau kita ada modal dan nampak peluang untuk buat trading business yang menguntungkan, tak salah untuk kita mencuba. Cuma kena ingat dengan masalah-masalah yang biasa orang kita kalah bila terlibat dalam trading business iaitu – cashflow management.

Contoh masalah yang biasa dihadapi ialah duit masuk terus digunakan tanpa dicatatkan dalam akaun. Itu yang bila hujung bulan, garu kepala tak gatal sebab rugi lebih banyak dari untung.

Ada beberapa orang kawan aku pun dah mula buat trading business sejak beberapa tahun lepas. Ada yang sanggup berhenti kerja dan focus fulltime dan alhamdulillah dah mula memberi pulangan yang lumayan. Macam-macam benda boleh diniagakan asalkan ada supply and demand.

Kalau korang ada trading business yang nak dishare kat sini, klik dekat menu atas tu (Senarai Usahawan dan Pembekal) supaya kita sama-sama boleh manfaatkan rangkaian usahawan yang ada dan kita dapat sama-sama maju dengan kerjasama yang dibangunkan.

Pada aku, kalau nak lebih berjaya, kita kena kembangkan network dan pasaran. Satu cara mudah ialah dengan share kat sini sebab Internet ni open 24hours a day. Mana tau, ada satu peluang baru muncul untuk kita manfaatkan bersama.

Selamat berniaga!

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Cerita Pasal Batu

Posted by on Tuesday, 1 September, 2009

Last week, kawan aku, bob ajak ikut dia pegi beli batu..hahaha.. bukan sebarang batu.. ini batu granite, yang dah siap canai dan di pollish macam tiles tu..

Dia nak beli beberapa keping je untuk job ganti tiles granite yang pecah. Yang bestnya, bob ajak pegi terus ke kilang batu granite tu di Semenyih.

First time aku masuk kilang batu granite. Ingat macam kilang kuari, tapi lain. Banyak mesin pecah batu dengan mata gergaji gergasi berdiameter 10 meter gitu.. huh.. kalau kita rebah kat bawah gergaji tu, sekejap je putus dua.. ngeri..

Kilang batu tu duduk terceruk jugakla dari jalan besar. Power betul diaorang ni berniaga. Bukak kilang besar gedabak jauh dari main road. Kilang proses batu pulak tu. Ye lah, kalau dekat dengan main road sure bising pulak kan, tu tak termasuk habuk dan kotoran lain lagi. Bob cakap, batu-batu granite tu ada yang diimport terus dari Afrika dan India.

Biasanya orang Cina suka pakai granite tiles ni sebab dipercayai ada Fengshui. Harga granite tiles ni jauh lagi mahal dari tiles biasa. So, kalau projek yang nak guna granite tiles ni, sure owner tu ada bajet besar. Contoh projek kilang ni ialah granite yang dipasang di dataran Putra, Putrajaya (depan masjid Putra).

Rasa-rasa orang kita ada tak buat kilang proses batu ni. Kalau ada pun, maybe kuari yang produce batu-batu kerikil untuk buat konkrit tu. Orang kita lebih suka bukak kilang yang simple-simple, macam proses makanan, buat ubat makjun, buat kopi tongkat ali atau buat teh kempis perut.. huhu..

Tapi modal nak bukak kilang ni pun bukannya kecik, hanya usahawan tegar dan ada modal banyak je boleh ceburi bisnes ni. Mungkin itu antara faktor tak ramai orang kita nak bukak kilang. Kalau dah masuk tahap ada kilang, pehh.. itu dah kategori dewa usahawan dah tu..huhu.. revenue tahunan main puluh-puluh dan ratus-ratus juta..

Nak bukak bisnes manufacturing ni, aku rasa bukan setakat modal je kena kencang. Ilmu, kemahiran, contact, pasaran dan macam-macam lagi pun kena mendalam. Tak boleh main redah macam bukak gerai roti canai je.

Tapi, ada banyak jugak bisnes hiliran yang boleh kita buat dengan kilang-kilang ni. Kalau ada contact yang baik, kita boleh deal untuk dapatkan barangan dari pengilang pada kadar harga yang murah. Lepas tu, kita boleh produce produk kita sendiri guna bahan mentah dari kilang tersebut.

Contoh yang aku terfikir masa melawat kilang batu granite tu. Since bob dah establish good contact dengan kilang granite tu dan bob juga ada bengkel buat wrought iron, dia boleh kembangkan sikit kreativiti untuk hasilkan produk baru yang menggabungkan antara granite dan wrought iron. Contoh macam buat coffee table, produk hiasan  dan macam-macam lagi. Memang eksklusif hasilnya.

Aku respek pada mereka yang pandai tukar benda yang tak terfikir oleh orang biasa, menjadi business juta-juta. Contoh macam business batu granite ni lah, sapa sangka boleh import batu dari Afrika, kerat di Malaysia dan jual balik as finish product macam tiles, table top dan macam-macam lagi.

Itu gunanya otak dalam kepala kita, untuk berfikir dan berusaha, bukan untuk dibiarkan jadi batu… hehehe.. selamat berpuasa!

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Kisah Petani Moden

Posted by on Thursday, 13 August, 2009

Awal minggu ni, aku sempat bersarapan dengan seorang kawan yang aku kenal masa buat part time project dengan MIDF dulu. Masa tu, kami kena setup website, email dan firewall di MIDF guna Linux dan open source software.

Kawan aku ni “colorful” jugak perjalanan kerjaya dia. Pernah kerja dengan syarikat yang power, berhenti, buat bisnes sendiri, then masuk kerja balik dengan company public listed, pegang post group IT manager, then decide untuk berhenti untuk ceburkan diri secara fulltime dalam bidang pertanian.. hahaha.. power betul.

Masa dia decide nak quit dari kerja makan gaji dulu, aku tengok letih jugaklah dia struggle nak survive. Pernah dia ajak aku involve buat projek hospital information system (HIS) untuk sebuah hospital swasta di Kuantan. Sempat la terlibat masa awal-awal projek tu, tapi tak dapat teruskan sebab banyak sangat masalah.

Agak lama jugak aku tak tau apa dia buat lepas dari projek tu. Tup-tup tahun lepas dia call aku, ajak jumpa dia kat ladang cili fertigasi dia dekat Sg. Ramal Dalam. Wow!.. terkejut besar aku tengok ladang dia. Dekat 3 ekar dia tanam dengan cili. Siap dengan sistem pengairan automatik dan aturan poly bag yang kemas tersusun atas hamparan plastik di atas tanah. Tanah tu dia pajak dari tanah wakaf masjid.

Lama jugak dia share cerita macam mana dia boleh terlibat dalam projek tanam cili tu. Masa dia start dulu, dalam RM30K duit KWSP dia guna untuk start the project. Dia tak guna loan atau bantuan dari mana-mana jabatan pertanian atau Mardi untuk buat projek fertigasi tu. Dia nak grow dengan duit sendiri sebab taknak bergantung dengan orang.

Kebanyakan info tentang teknik dan cara penjagaan tanaman dia dapatkan dari Internet dan kawan-kawan yang terlibat dalam bidang yang sama. Dengar cerita dia tu, aku tau kawan aku ni very determine dan ada semangat juang yang tinggi. Bukan calang-calang orang nak lepaskan kerja best untuk buat benda yang bukan bidang kepakaran mereka sebelum ni.

Itu cerita tahun lepas, lepas agak-agak setahun aku tak datang jenguk dia, awal minggu ni masa dia ajak gi breakfast tu, kitorang singgah dulu kat ladang cili dia. Ada surprise baru dia nak share dengan aku.

Wow!.. dulu ofis dia hanya cabin saja.. sekarang dah ada bangunan batu setingkat. Belakang ofis dia pulak ada gudang setingkat dalam 20 x 100 meter panjang.

Rupanya sekarang, bisnes dia dah berkembang kepada trading barangan untuk pertanian fertigasi termasuk membekalkan fertilizer (baja). Cili fertigasi masih ada, tapi dah jadi sekadar “show room” saja. Dia dah expand bisnes dia kepada trading dan training.

Customer dia ada yang dari Sabah dan Sarawak. Tiap-tiap bulan kena hantar stok ke sana. Wow!.. memberangsangkan. Turn over pun not bad, monthly sales dia memang bagus.

Kalau biasa aku dapat cerita pasal kejayaan petani moden di surat khabar atau TV, tapi sekarang, kawan sendiri dah buktikan dia mampu dapat hasil yang lumayan daripada sektor pertanian.

Dia dah makin mahir dan tahu selok belok macam mana nak dapatkan harga murah dari supplier dan macam mana nak close deal dengan customer. Business dia cash term, takde main hutang-hutang. Dia malas nak pening kepala kejar orang untuk bayar invois atau nak tunggu post dated cheque clear (silap hari bulan cek tendang!).

Sebab tu dia jual barang dia lebih murah dari pasaran, nak galakkan orang bayar cash. Once dapat duit cash, dia pusing lagi beli stok baru dan boleh jual lagi pada customer. Sekarang dia target nak buat 4 kali sales sebulan dengan pusingan cash flow yang dia ada. Kalau satu sales (yang order besar) boleh dapat RM20K, 4 kali boleh dapat RM80K, kencang tu, kerja sendiri sapa nak bagi, takde loan pulak tu.. wow! marvelous.

Lagi pun, network dia dengan supplier dah strong, boleh dapat barang dengan harga yang sangat murah dari pasaran. Bisnes memang macam ni, once kita dapat trust dari business partner, senang kita nak setkan profit margin kita. Tu pasal bila orang nak compete harga susah sikit.

So, bagi sesape yang masih tak yakin “jual pucuk ubi” boleh kaya, ni bukti orang yang dah buat ianya berjaya. Jangan sempitkan fikiran kita bila sebut pasal bertani, nak kena buat satu jenis kerja saja. Kena pandai tukar masalah kepada peluang dan tahu macam mana nak penetrate market yang terbuka.

Dunia sekarang ni, sapa pandai dia dapat, bukan setakat sapa cepat dia dapat lagi hehe.. betul tak?

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Projek Juta-Juta

Posted by on Friday, 7 August, 2009

2-3 minggu ni aku sibuk nak uruskan few things yang pending. Selagi kita masih kerja makan gaji dan ada komitmen dengan majikan, memang itulah yang patut kita siapkan.

Dalam pada tu, sempat jugak jenguk kawan2 yang tengah buat projek juta-juta (rupiah! huhu..). Ada tu  yang dah bertahun aku tak jumpa. Bukan taknak jumpa, tapi takde masa (alasan) nak lepak sama-sama. Maklumlah dah berfamily nih, hujung minggu je aktiviti keluarga dah penuh jadual dari siang sampai malam.

Kawan pertama yang aku jumpa 2 minggu lepas terlibat dalam projek IT. Projek dia juta-juta (to be exact contract yang dia dapat worth RM5 million untuk tempoh 5 tahun, kira sejuta setahun lah dalam tangan). Handle portal komuniti seluruh Malaysia. Selain dari projek tu, dia jugak jadi consultant beberapa projek lain. Dah pakai Mercedes E Class Kompressor!. Sempat la aku merasa jadi “boss besar” duduk kat belakang masa dia jemput ajak pegi lunch makan nasik Arab…hahaha..

Banyak jugak la yang kitorang sembang. Tapi aku yang lebih banyak tanya dia pasal projek-projek yang dia tengah dok buat. Dia cakap, sekarang ni dia dah tak boleh focus pada teknikal job saja, dia dah move to the next level – solution architect. Banyak main dengan requirement analysis, identifying appropriate technology and skill sets required to deliver a project.

Dia dok cerita tengah cari solution untuk future project yang orang nak bagi dia buat. Since aku pun dah tak ramai contact member2 yang free macam 10 tahun dulu, susah aku nak recommend sapa-sapa yang available. Ye lah, masing2 dah ada stable career, mana ada nak buat freelance job lagi. Ada member aku dah jadi board director dah pun, gaji jangan tanya la, boleh beli rumah cash je kalau dia mau..haha..

Minggu ni pulak, aku sempat lepak dengan kawan yang jadi contractor bangunan. Kebetulan ada small renovation job yang aku hire dia, so sempat jugaklah sembang2 pasal bisnes dia. Dia cakap, one day dia nak jadi developer. Aku pun heran gak, apsal pulak dia cakap macam tu. Contractor dengan developer (pemaju) tak sama ke?. Rupa-rupanya ada beza. Nak jadi developer, kena apply lesen lain. Sekarang ni dia ada lesen contractor kelas F saja.

Dia pun cerita la panjang lebar pasal impian dia untuk buat projek perumahan sebab boleh dapat untung banyak. Setakat buat renovation work atau buat banglo sebijik-sebijik, tak sebesar mana pun untungnya (ratus ribu jugak tak besar pun….). Dia cakap, lagi best kalau kita boleh beli tanah, convert kepada komersil atau kediaman, then apply kelulusan untuk develop perumahan. Kencang woo return dia.

Yang best dia cakap, one day dia nak buat konsep usahasama je macam koperasi. Funder yang dia trust akan campak modal dalam RM500K to RM1 million sorang, lepas tu dia uruskan projek sampai siap. Funder automatic akan jadi director kepada joint venture project tu dan dapat elaun director tiap2 bulan.

Bila projek tu siap dan semua rumah terjual (kira-kira dalam 2~3 tahun tempoh dia), untung akan dibahagi ikut percentage modal. Dia cakap kos untuk buat 1 rumah teres 2 tingkat bersaiz 20×70 untuk projek perumahan dalam RM75K sebuah (sebab bahan mentah dibeli pukal dan banyak, so kos dia jadi murah). Dia boleh estimate macam tu sebab dia tau selok belok harga barang-barang dan setiap keperluan projek hartanah.

Bayangkan kalau buat 100 bijik, kos kasar dia jadi RM7.5 juta. Kalau harga jualan pulak @ RM150K sebuah. So untung kasar kita dapat RM75K x 100 bijik = RM7.5 juta jugak… hahahah.. best ke tak best?.. 100% profit tuuu..

Bayangkan  modal asas yang kita ada untuk JV dalam projek ni ialah RM500K, dalam masa kurang dari 3 tahun kita boleh dapat return dalam RM500K lagi,  dah jadi RM1 million modal terkumpul. Wow!!.. next project lepas tu dah boleh dump RM1 million sorang… huhuhu… kelabu mata beb…

Rupa-rupanya banyak peluang untuk dapat rezeki cara halal dan mudah kalau kita kenal kawan-kawan yang best camni. Tambah pulak, kita ada advantage untuk beli hartanah Malay reserve. Bila ada gabungan usahasama macam ni, jauh kita boleh pergi.

Peluang macam ni susah nak dapat kalau kita jadi kera sumbang atau tak suka campur orang. Tapi, kita kena ada kualiti dan dipercayai rakan yang nak “tarik” kita jadi rakan kongsi. Sebab tu penting untuk jujur dan ikhlas, insyaAllah rezeki akan datang.

So, perancangan aku lepas ni ialah untuk kumpul modal RM500K dalam masa setahun dua ni… insyaAllah kalau ada rezeki.. mungkin kena “cair”kan few assets. Kena  get prepared untuk jadi rakan kongsi projek juta-juta lepas ni hehehe… kena set objektif tinggi sikit, baru ada motivasi untuk ke arah tu ye tak?..

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Pakcik Jual Pucuk Ubi

Posted by on Saturday, 25 July, 2009

Aku teringat cerita Fizal masa sesi teh tarik dengan rakan-rakan bloggers PMC bulan lepas.

Fizal cerita pasal ada orang kampung yang buat kerja simple je, kutip pucuk ubi, jual kat restoran dan kedai makan yang nak bekalan ulam kampung. Katakan seikat pucuk ubi (agak2 segenggam diameter) dia jual RM1.00. Kalau sehari boleh jual 100 ikat, dah dapat RM100. Kalau 30 hari dah RM3,000.

Huhu, itu baru pucuk ubi. Kalau dia jual jantung pisang jugak, pucuk paku, kangkung, daun limau purut, bunga kantan, kunyit, lengkuas, serai, daun kesum dan macam-macam lagi sayur-sayur kampung, cuba darabkan berapa sebulan boleh dapat..hahahaha silap gaya gaji eksekutif pun kalah bang.

Betul la pepatah melayu ada menyebut, berbudi pada tanah takkan rugi. Nak tanam pokok ubi bukan susah mana pun. Pacak aje, pastu tunggu dia besar dan keluarkan daun. Pastu dah boleh petik pucuk dia. Sekarang trend orang dah kembali suka makan ulam dan sayur kampung. Restoran masakan kampung pun memang ngetop dan dapat sambutan hangat kat bandar-bandar.

Pasaran yang banyak macam ni memang sesuai dengan usaha pakcik-pakcik penjual sayuran kampung. Itu pun stok masih tak cukup. Demand melebihi bekalan. Cuba bayangkan kita export pucuk ubi ke luar negeri pulak. Pakej sekali dengan sambal belacan cantik-cantik dalam pek sejuk beku..hahahah.. Pak Arab pun silap-sila suka makan pucuk ubi cicah sambal belacan bila kita demonstrate cara makan kat diaorang.. huhu..

Kita ni bertuah sungguh. Bumi Malaysia ni hampir semua pokok boleh hidup subur. Tapi tak ramai yang sanggup berjemur tengah panas, bermandi peluh dan bau ketiak masam untuk usahakan tanaman untuk tujuan komersil. Abis kuat pun, menanam setakat nak makan sendiri. Tak cuba kaji prospek pasaran yang masih belum diteroka.

Kalau orang Jepun yang kurang tanah tu pun macam-macam teknologi yang diaorang reka nak tanam sayur secara komersil, kita yang berlambak-lambak tanah terbiar, tak diusahakan. Nak harap orang kampung, mungkin sebab pendidikan dan pendedahan mereka kurang, so takleh salahkan mereka.

Alangkah bagusnya kalau graduan2 Universiti yang keluar takde kerja tu cuba komersilkan sayur kampung ni.  Memang dah ada yang mulakan, tapi berapa kerat je sanggup. Ramai yang lebih suka apply masuk maktab atau kursus KPLI. Berebut2 isi borang dan pergi temuduga dengan harapan dapat jadi cikgu sebab dah takde kerja lain. Matlamat apply jadi cikgu sebab nak gaji, bukan sebab minat mendidik. Kesian anak murid terpinga2 dapat cikgu takde motivasi.

Kalau betul nak cari duit, apa kata explore benda yang orang tak buat pulak. Bukan benda haram pun, benda halal. Pajak la tanah orang ke, sewa tanah TNB ke (dekat area menara pencawang tu, bukan dalam pencawang! cari nahas apa..ahaha), tanah tepi rel keretapi ke (kat Kajang aku tengok penuh je orang tanam sayur, sah2 bukan orang kita tu), tanah tepi paya ke (tanam kangkung boleh hidup) dan macam2 tanah lagi. Takkan nak tunggu orang gali tanah kubur baru nak explore… huhuhu.. innalillah…

Aku rasa lah, paling sengkek pun boleh dapat RM2,000 sebulan. Boleh la tu. Kerja sendiri, pastu masa terluang boleh explore buat benda lain lagi. Peram tempe ke (best apa tempe, ada orang cakap kulit muka boleh putih, takyah cucuk botox hahhaa..) income lagi.. ish.. aku rasa lah, kalau orang pemalas je takleh buat duit kat Malaysia ni.

So kepada adik2 yang dah nak abis belajar kat Uni tu, toksahlah berebut2 gi mintak borang KPLI lagi. Bagi lah peluang kepada cikgu cikgi yang benar-benar layak dan minat nak jadi cikgu apply. Korang merosakkan masa depan anak bangsa je nanti kalau jadi cikgu hahahaha… Baik korang jual pucuk ubi, lagi loaded!.

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Photographer for Hire

Posted by on Friday, 17 July, 2009

Aku dah lama berfikir pasal hobi yang satu ni, iaitu photography. Dah banyak jugak duit aku habis beli kamera, beli lens, beli filter, beli external flash, beli battery grip, beli camera beg, beli tripod dan macam-macam gadget lagi untuk hobi fotografi ni.

Rasa-rasa tak kurang dari RM6,000 dah habis kalau dicampur-campurkan. Korang mungkin kata membazir aje kan beli barang2 ni semua. Tapi ada orang beli lens saja dekat RM12 ~ RM15 ribu selamba je. Haha, tapi bila dah sanggup beli lens memahal macam tu, sure mereka bukan ambik gambar as a hobby lagi. Ada yang charge RM15,000 sekali ambik gambar..hahah best kan.

Aku jugak pernah bayar untuk attend seminar fotografi dan beli buku-buku pasal fotografi sejak main dengan analog SLR dulu lagi. Semuanya pasal nak tahu lebih mendalam teknik, ilmu dan cara-cara mengambil gambar dengan lebih baik.

Ada orang memang “gifted” dengan kebolehan mengolah subjek dan suasana menjadi sesuatu yang sungguh luar biasa. Ada orang perlu berlatih dan belajar terlebih dahulu sebelum mereka dapat kuasai kepakaran mengambil gambar.

Rata-rata cikgu fotografi yang aku jumpa akan cakap benda yang serupa. “It’s not the camera that will determine a good photo, it’s the photographer behind the camera”. Memang betul pun. Kalau bagi camera mahal dan canggih sekali pun, tapi tak tau nak compose subject dengan betul, tak tau pegang camera dengan betul, gambar yang dihasilkan sure hancus!.

Sebab tu, takyah rasa malu kalau guna camera murah, janji kita tau guna camera tu dengan betul dan tau “guna mata hati” masa nak compose subject, gambar-gambar yang dihasilkan pasti menarik dan cantik.

Berbalik kepada tajuk kat atas tu (photographer for hire). Aku bukan beria-ia sangat nak buat duit dari fotografi ni. Aku just nak explore potential market dan sambil tu boleh jugak “fund” aku punya hobby untuk dapatkan lens dan gadget yang lebih berkualiti. Sampai bila nak guna duit tabung ayam kan hehehe.

Kalau sapa-sapa nak cuba perkhidmatan aku, boleh masuk web fotografi aku di http://foto.deraman.com. Tak banyak lagi portfolio yang ada, sebab aku baru nak serious doing this. Gambar2 lain ada dalam link yang aku letak di photo gallery Flickr. Boleh masuk dan tengok.

Kalau korang ada event nak pakai jurugambar, tak kira lah majlis kahwin ke, akad nikah ke, bersunat anak ke, nak ambik gambar main dengan anak-anak kat taman ke, birthday ke, atau majlis-majlis tertentu, bolehlah contact aku untuk diskas pasal pakej.  Email aku nan (a) deraman_dot_com.

Ni pun satu option passive income jugak. Turn your hobby into money!

Suka tak? klik Like, tweet atau +1