Archive for category Pelaburan

Kisah Sahabat Yang Pencen Muda

Posted by on Tuesday, 3 January, 2012

Assalamualaikum yop. Awal-awal tahun ni, sure ramai yang ambik cuti untuk uruskan persekolahan anak-anak. Terutama yang ada anak nak masuk tadika atau darjah satu. Sure kena temankan diaorang sekejap, ada tu 2-3 hari dok ulang alik ke sekolah haha..

Aku takde anak yang darjah satu tahun ni, so takde la pening sangat nak uruskan. Yang dah sekolah menengah lagi la senang, pesan aje suruh cikgu tulis berapa yuran atau buku nak kena beli, nanti kita uruskan kemudian. Tak kuasa nak beratur menunggu giliran nak bayar yuran macam masa diaorang kecik dulu.

Masa aku hantar anak yang no. 2 tadi balik ke asrama, sorang kawan di office lama call. Biasa kalau dia call mesti ada cerita menarik. Mula-mula dia tanya apa azam tahun baru aku. Aku jawap macam tahun-tahun lepas jugak, takde yang spesifik. Dia cakap, azam dia tahun lepas dah tercapai, tahun ni dia punya azam untuk jadi fulltime CPO trader. Dia dah hantar surat berhenti kerja bulan lepas. 2 minggu lagi dia akan mulakan hidup baru – pencen muda.
Read the rest of this entry »

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Kriteria Pemilihan Hartanah Yang Bagus

Posted by on Friday, 30 December, 2011

Terbaca laporan wawancara The Edge Financial Daily dengan Pengarah Urusan Mah Sing Group Berhad, Tan Sri Leong berkenaan pelan perniagaan Mah Sing pada tahun-tahun akan datang. Banyak benda yang common sense dan boleh dijadikan panduan berguna bagi mereka yang sedang menceburi atau bercita-cita menjadikan hartanah sebagai instrumen pelaburan jangka masa panjang atau sederhana.

Alhamdulillah, setakat hari ini, hartanah masih lagi dilihat berpotensi memberi pulangan yang memberangsangkan sekiranya faktor dan kriteria pemilihan hartanah tersebut ditepati.

Menurut Tan Sri Leong, momentum atau demand untuk property yang dibawah harga RM1 juta masih kuat dan bagi property yang melebihi harga RM1juta, lokasi yang baik akan menarik minat pembeli.

Wow, bila tengok bajet harga property yang Mah Sing Group ni develop, memang bukan calang-calang orang lah yang boleh beli yop. Tapi itu adalah hakikat sebenar untuk dijadikan impian bagi setiap pelabur/pemilik hartanah. Kita akan cuba untuk memiliki property yang bernilai sebab property sebegini biasanya memenuhi setiap kriteria hartanah yang bagus.

Apa agaknya kriteria yang diperhatikan oleh boss Mah Sing ni bila bercakap tentang prospek pelanggannya?.
Read the rest of this entry »

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Macam Mana Nak Gunakan Duit Raya Anak-Anak?

Posted by on Friday, 26 August, 2011

Hehehe.. korang yang ada anak-anak sure suka kan kalau time-time raya ni. Nak pulak, kalau anak-anak yang bawah umur 6 tahun. Sebab apa aku cakap macam tu? biasa budak2 yang belum reti nak menilai pasal duit ni, bila dapat duit raya, kita yang pegangkan (atau mak dia lah). Kena kita berjaya round rumah orang sampai 100 buah darab RM2 hengget (standard la tu) dah RM200 yop.

Kalau ada yang dapat lebih tu, lagi la masyuuuk. Aku ingat dulu, masa aku kecik-kecik, biasa dapat duit raya 10 sen, 20 sen dan abis tinggi pun 50 sen. Collection keseluruhan untuk satu musim perayaan, tak akan lebih RM30. Dapat duit tu, boleh buat beli mercun, mainan dan makanan ringan puas-puas hahaha.. memang takde wawasan la nak menyimpan ke apa.
Read the rest of this entry »

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Market Sebelum Cuti Hari Raya

Posted by on Tuesday, 23 August, 2011

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Apa macam persiapan raya korang? Sure sakan nih, tiap-tiap minggu shopping complex sesak dengan manusia hahaha.. aku takleh pegi wei kalau dah ramai-ramai sangat ni. Nak cari parking pun susah. Nasib baik lah, mem pandai curi-curi masa sebelum ni pegi beli siang2 lagi baju budak-budak. Kalau tak, aiyo… tak sanggup weii berasak-asak masuk shopping complex.
Read the rest of this entry »

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Kisah Pelabur Misteri Dari Luar Negara

Posted by on Sunday, 14 August, 2011

Bulan ramadhan ni kalau korang perasan, masjid-masjid dan surau-surau ramai umat Islam yang datang. Program yang diatur macam solat terawih, tadarrus Al-Quran dan tazkirah Ramadhan dapat sambutan menggalakkan. Ramai yang taknak lepaskan peluang untuk rebut ganjaran yang lumayan bila kita rajin beribadah di bulan yang mulia ni.

Kalau bulan-bulan biasa, setakat maghrib dan isyak aje lah sempat kita jenguk masjid atau surau. Waktu-waktu lain samada kita sedang bekerja atau pun tak bangun lagi (time subuh ler tu haha).

OK, ni aku nak cerita kisah dari seorang jiran aku. Lepas terawih semalam, dia datang dekat aku untuk tanya satu soalan. Lebih kurang gini soalan dia “Boleh tak kita nak tau sender email kita tu dekat mana, kalau boleh PC dia tu kat mana”. Wah macam serious je soalan jiran aku ni. Ada orang ugut dia buat kes tak senonoh dengan artis popular ke hahaha, otak aku dah fikir bukan-bukan.
Read the rest of this entry »

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Hartanah 101: Lokasi Lokasi Lokasi

Posted by on Thursday, 11 August, 2011

Masa nak parking kereta pegi solat terawih beberapa hari lepas, aku ternampak satu iklan yang dah jatuh atas tanah. Aku snap gambar iklan tu pasal aku seronok hehe.. pasal apa seronok pulak, sebabnya market value rumah aku sekarang dah naik lagi..wow!

Kalau masa tahun 1998, harga rumah yang aku beli tu RM169,000. Sekarang boleh dijual dalam lingkungan RM300,000 ke RM350,000 (kalau dah renovate lagi tinggi). Maka kenaikannya ialah dalam 207.10% untuk tempoh 13 tahun (1998 ~ 2011. Jadi secara purata, kadar kenaikan tahunan (pulangan kalau jual tahun 2011) ialah 15.93% setahun. Kalau nak refinance pun, kita akan dapat cash-back yang agak besar. That’s a very good investment yop :)
Read the rest of this entry »

Suka tak? klik Like, tweet atau +1