Rumah Kecil Tiang Seribu » Pengurusan Kewangan

Kisah Hujung Tahun 2011 dan Maal Hijrah 1433H
Assalamualaikum kawan-kawan. Lama tak berupdate blog ni. Masih bernafas lagi tuan rumah, cuma tak berkesempatan nak update cerita-cerita terkini sebab dok fokus pada kerja baru (bukan tukar kerja, cuma tukar portfolio huhu..)

Hujung tahun datang lagi. Biasanya bila tiba waktu macam ni, pelbagai aktiviti dan rutin tahunan akan kita buat. Bagi yang bujang, musim mengawan datang lagi hahaha. Selamat pengantin baru buat kawan-kawan yang sudah sampai seru untuk tamatkan zaman bujang. Ada jugak yang tambah “cawangan”, janji takde masalah sudah lah. Tanggungjawab jadi ketua keluarga ni besar. Sebab itu pahalanya jugak banyak bagi yang berjaya pikul amanah dengan baik.

Bagi anak-anak yang bersekolah pulak, cuti hujung tahun semestinya dinanti-nanti. Masa ni lupa semua buku sekolah dan ulangkaji. Time macam ni lah nak tidur panjang lepas solat subuh dan main computer games puas-puas. Ada jugak yang gunakan masa cuti bermain bola, kayuh basikal ataupun sekadar lepak-lepak rumah kawan-kawan. Tapi kena pantau sikit aktiviti anak-anak ni, jangan main lepas tangan saja. Takut benda bukan-bukan pulak budak ni terjebak.

Hujung tahun juga, acara yang dinanti (atau ditakuti) oleh ibu-bapa. Ramai yang sudah mula seluk kocek nak check kot-kot bocor huhu. Maklumlah, bagi yang ramai anak-anak yang bersekolah, masa hujung tahun ni, semua perbelanjaan akan naik mendadak, lebih-lebih lagi untuk persediaan persekolahan anak-anak.

Kalau seorang anak perlukan persiapan sekitar RM300 untuk pakaian, kasut, buku-buku dan lain-lain, cuba darabkan dengan 4 orang (ada yang lebih lagi). Dah RM1200 diperlukan.

Bayangkan keluarga yang tidak berkemampuan, yang miskin dan yang tiada punca rezeki tetap. Mereka akan lebih perit dan sakit lagi untuk menghadapi musim hujung tahun. Itu belum lagi kita ambil kira, jika golongan ini terlibat dengan banjir di musim tengkujuh. Besar dugaan mereka ni yop.

Sebab tu, kalau kita ni hemat berbelanja, tahu membuat bajet keluarga, kita sepatutnya dah ada perancangan kewangan satu tahun untuk tadbir keperluan perbelanjaan keluarga kita secukupnya. Bukan apa, disamping kita sediakan peruntukan untuk keluarga sendiri, jika ada lebihan, apa salahnya kita sedekahkan atau hadiahkan kepada keluarga lain yang miskin. Mereka mungkin tidak meminta, tapi menjadi tanggungjawab kita untuk memberi dengan ikhlas dan penuh kasih sayang.

Biasanya, kalau kita ada duit lebih, baru senang kita nak bersedekah. Jadi, apa kata kita pakat buat azam tahun baru Hijrah 1433 ni untuk sediakan tabung bantuan orang susah (TBOS) di rumah masing-masing. Mudah-mudahan, dengan adanya tabung ni, kita tak rasa susah nak sedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Cara nak dapatkan duit untuk dimasukkan ke TBOS ni macam-macam ada. Salah satunya ialah ambil sedikit dari baki duit gaji. Cara lain, hasil lebihan duit kita gunakan seharian untuk makan, membeli barangan harian, kita masukkan bakinya terus ke tabung ni. Bagi yang rajin, mungkin nak buat kerja part time atau sebagainya untuk cari sumber pendapatan lebihan, hasil dari pendapatan tambahan ini, mungkin sebahagian boleh disalurkan ke TBOS.

Bagi yang nak belajar buat pendapatan tambahan dengan cara melabur di pasaran hadapan, membeli/menyimpan emas, dan juga di pasaran saham, sahabat saya di Teta Resources sekali lagi akan membuat seminar Pasaran Hadapan (Futures Option) untuk beginner (orang baru) dan intermediate (dah pernah trade). Maklumat lanjut boleh layari http://www.tetaresources.com/seminar

Salam Maal Hijrah buat semua rakan-rakan rumah.net!

Anda mungkin berminat dengan kisah berikut:

Apa Persediaan Kita untuk Hadapi Inflasi?

Pencen Dengan Hutang atau Tanpa Hutang?

Kenapa Nak Jadi Kaya?

Update Projek Rumah Datuk Keramat 30 NOV 2010

Berapa Nilai Anda?

Pencen Dengan Hutang atau Tanpa Hutang?
Setiap orang bekerja pasti akan tiba masanya hari tua (kalau panjang umur) dan waktu pencen. Waktu pencen biasanya dalam lingkungan umur 55 hingga 60 tahun. Ada juga yang ambil option bersara awal. Pendek kata, setelah berpuluh tahun kita bekerja (terutama yang makan gaji), kita akan berhenti kerja secara mutlak, dan bermulalah kehidupan baru sebagai warga tua.

Apa pasal aku nak bukak cerita pasal pencen dan hari tua ni yop? Bukan apa, aku terbaca satu report di CNBC (http://www.cnbc.com/id/44074468). Report ni cakap, langkah menyelesaikan pinjaman perumahan sebelum bersara bukan lagi langkah terbaik bagi bakal pesara jika mereka ingin mengekalkan gaya hidup (lifestyle) yang diimpikan.

Kebanyakan kita yang membeli rumah ketika bekerja akan menggunakan pinjaman dari bank untuk membayar installment (bayaran balik) bulanan. Ini adalah cara paling logik dan praktikal daripada kita mengumpul duit sedikit demi sedikit sehinggalah dapat satu jumlah yang mencukupi untuk kita membeli rumah. Lainlah kalau keluarga yang kaya-raya.

Kalau tunggu cukup duit baru nak beli secara tunai, jawapnya kita takkan dapat beli pun, sebabnya harga rumah sentiasa naik (ada jugak dia turun balik bila krisis ekonomi dan sebagainya, tapi biasanya sentiasa naik).

Kalau kita ambik kiraan mudah seandainya kita nak buat tabung atau dana beli rumah cash. Katakan setiap bulan kita akan menyimpan RM500 dari baki duit gaji. Dalam tempoh setahun (12 bulan), kita akan dapat kumpul RM6,000. Katakan kita bercadang untuk beli rumah teres 2 tingkat (standard intermediate) bersaiz 20×70 sqft, dengan harga semasa RM250,000 pada tahun pertama kita mula menabung.

Untuk mendapatkan RM250K, kita terpaksa menunggu lebih kurang 41 tahun 6 bulan, jika kita secara tetap menabung RM500 sebulan. Katakan kita bijak sikit, setiap duit tabungan kita tu kita simpan di tabung haji atau fix deposit supaya kita dapat “return” dari simpanan pokok.

Andaikan dividen atau keuntungan purata diperolehi ialah 5% setahun. Menggunakan formula compounding interest, daripada duit tabungan tahun pertama berjumlah RM6,000, kita akan dapat RM300 pulangan dividen atau keuntungan pada tahun kedua. Jadi, untuk capai RM250K cara compounding interest, kita perlu menyimpan RM500 selama lebih kurang 39 tahun 7 bulan. Jimat 1 tahun 11 bulan kalau guna cara biasa (simpan bawah bantal).

Pendek kata, tak masuk akal kalau kita hanya boleh beli rumah pertama untuk kediaman setelah 39 tahun guna duit simpanan cara begini. Sebabnya, katakan kadar kenaikan harga rumah ialah 10% setahun (kita abaikan faktor inflasi dan kemerosotan ekonomi), setelah 39 tahun, harga rumah RM250K akan jadi RM1,225,000 (RM1.225 juta yop!). Pengsan kaki ke atas kepala ke bawah yop, kalau nak beli harga macam ni.

Sebab tu, cara paling praktikal bagi orang yang makan gaji ialah, beli rumah guna pinjaman bank. Sediakan 10% duit deposit, duit kos urusan S&P, guaman dan lain-lain, lepas tu cukup bulan, potong gaji sampailah habis bayar kesemua hutang rumah. Dengan cara ni, kita dah “lock” harga rumah pada harga RM250K, walaupun bank akan kirakan keuntungan tertangguh untuk dapatkan nilai bayaran bulanan yang kita perlu bayar selama tempoh yang dipersetujui antara kedua-dua pihak.

Jadi, lagi awal kita beli rumah, lagi cepat kita dapat selesaikan hutang pinjaman perumahan sebelum kita bersara. Biasanya, graduan mula bekerja dalam lingkungan umur 24~25 tahun. Ada yang awal lagi kalau ambik kursus diploma atau ijazah ekspres. Kalau pinjaman perumahan pertama diambil untuk tempoh 30 tahun, jadi pada umur 55 tahun (on the dot!), habislah hutang pinjaman rumah tersebut. So, bolehlah korang pencen tanpa hutang.

Itu kalau ikut teknik biasa lah. Teknik di mana bank bagi hutang tertangguh (diaorang tetap untung besar sebab “tolong” bayarkan harga rumah kita dengan interest). Kalau korang kreatif dan inovatif, ada cara boleh pendekkan lagi tempoh bayaran balik tu.

Lepas tu, kalau berani dan bijak buat perkiraan risiko dan peluang, boleh gunakan kaedah refinance untuk dapatkan modal tunai bagi tujuan melabur dalam portfolio pelaburan yang bagus, disamping boleh “cover” interest bulanan loan-loan yang sedang ditanggung, serta boleh kembangkan lagi dana tunai dan aset jangka masa panjang kita.

Bila kita dah mula menceburkan (atau terjebak) dalam senario meminjam untuk melabur ni, sebelum pencen ke, lepas pencen ke, kalau pelaburan tersebut tetap dapat beri pulangan yang baik, takde masalah untuk kita terus service loan-loan yang kita ada. Itu yang report CNBC tu cuba cakap, kalau interest rate pinjaman perumahan rendah, duit tunai elok dilaburkan ke tempat lain yang boleh beri pulangan lebih tinggi. Tak semestinya, sebelum pencen, kita perlu selesaikan semua hutang untuk elakkan “pening kepala” (peace of mind).

Sebab ada kalanya, bila duit tunai dah habis, apa jaminan yang kita ada untuk teruskan gaya hidup yang kita kecapi selama ni. Tak semua orang ada waris atau anak-anak yang boleh menjaga orang tua mereka. Kalau ada pun, sure diaorang pun penat berjuang untuk survival family masing-masing. Itu belum kita ambil kira keadaan-keadaan luar jangka seperti kos perubatan penyakit kronik, kemalangan, musibah, dan lain-lain lagi (minta dijauhkan).

Kalau korang yakin dengan rezeki Allah. Boleh juga ikut nasihat seorang ustaz ni. Keperluan sebenar yang paling penting bagi manusia (tak kira tua atau muda) ialah hanya makan dan minum. Waktu tua nanti, berapa banyak sangatlah kita nak makan pun, jadi kos yang diperlukan sepatutnya tak banyak mana untuk sara hidup makan dan minum. So, kalau taknak pening kepala dan hidup resah gelisah, elok jugak cepat-cepat langsaikan hutang, dan fokus kepada hidup akhirat yang lebih kekal abadi.

Jom renung-renungkan yop. Tepuk dada, tanya akal, guna pengetahuan, sandarkan pada pengalaman dan banyak-banyak mintak pedoman serta hidayah dari Allah. Mudah-mudahan, persediaan zaman pencen kita tu nanti, adalah yang terbaik untuk dunia dan akhirat. Amin.

Anda mungkin berminat dengan kisah berikut:

Update Projek Rumah Datuk Keramat 30 NOV 2010

What's Next?

Kenapa Nak Jadi Kaya?

Apa Persediaan Kita untuk Hadapi Inflasi?

Projek Datuk Keramat Dah Nak Start

Macam Mana Nak Gunakan Duit Raya Anak-Anak?
Hehehe.. korang yang ada anak-anak sure suka kan kalau time-time raya ni. Nak pulak, kalau anak-anak yang bawah umur 6 tahun. Sebab apa aku cakap macam tu? biasa budak2 yang belum reti nak menilai pasal duit ni, bila dapat duit raya, kita yang pegangkan (atau mak dia lah). Kena kita berjaya round rumah orang sampai 100 buah darab RM2 hengget (standard la tu) dah RM200 yop.

Kalau ada yang dapat lebih tu, lagi la masyuuuk. Aku ingat dulu, masa aku kecik-kecik, biasa dapat duit raya 10 sen, 20 sen dan abis tinggi pun 50 sen. Collection keseluruhan untuk satu musim perayaan, tak akan lebih RM30. Dapat duit tu, boleh buat beli mercun, mainan dan makanan ringan puas-puas hahaha.. memang takde wawasan la nak menyimpan ke apa.

Budak-budak sekarang ni beruntung, collection duit raya dah main ratus-ratus ringgit. Itu kalau sorang anak. Kalau ada 5 orang anak, dah ribu-ribu weh kalau campurkan semua. Tradisi kita pulak sekarang memang suka bagi angpow raya kat budak-budak (terutama kalau ahli keluarga dan sahabat-sahabat rapat).

Tengok saja la orang dok beratur panjang dekat bank-bank bila nak raya. Semua nak tukar duit raya nak masuk angpow. RM2, RM5, RM10. Macam nak beli tiket tengok Final Piala Dunia yop. Yang untung sapa? bapak dan emak budak-budak jugak hehehe.

Kalau kita tengok dari satu sudut. Duit-duit raya budak-budak ni boleh digunakan untuk tujuan kebaikan. Kita wujudkan satu sistem mudah buat diaorang. Semua anak-anak yang layak “meminta” duit raya, diberikan satu “business plan” hahaha. Business plan ni untuk pastikan mereka dapat memanfaatkan duit raya yang bakal mereka pungut tu semaksima mungkin.

Kita nak terapkan disiplin kewangan paling asas iaitu menabung. Time-time raya macam ni lah kita nak mulakan. Bukak account bank mereka siang-siang. Boleh buat akaun bersama kalau nak, so senang kita sebagai Penjaga nak manage sampai umur budak-budak tu cukup dewasa untuk manage akaun mereka sendiri.

Katakan purata collection duit raya diaorang ialah RM100. Bagi “upah” (reward) untuk diaorang buat atau beli apa dia orang suka sebanyak 20% (RM20 hengget jer? sure muncung budak-budak tu haha). Selebihnya (RM80) kita suruh dia masuk account simpanan diaorang. Kita kena jelaskan, kenapa mereka perlu simpan duit raya tu walaupun hak mereka untuk buat apa yang mereka suka.

Kaitkan dengan diri kita. Duit gaji yang kita dapat setiap bulan, semua kena diuruskan dengan bijak, kalau tak keluarga tak dapat penjagaan yang baik. So, dari kecik lagi kita kena ajar anak-anak belajar untuk sayang dan faham pentingnya untuk ada perancangan yang baik untuk menguruskan duit.

Untuk create “excitement”, buat macam satu pertandingan antara adik-beradik mereka, tengok account simpanan sapa yang lebih banyak. Budak-budak ni memang suka kalau ada “game”. Kalau bukak akaun dengan Bank Rakyat (akaun NURI), dia akan bagi hadiah macam-macam bila kita menyimpan dalam satu had (contoh simpan lebih RM100 sekali bank-in, dapat hadiah). Bila budak-budak dapat hadiah, lagi la diaorang happy nak menyimpan dari tak dapat apa-apa.

Bagi yang baru nak mula, memang tak akan nampak hasilnya dalam jangkamasa singkat. Tapi bagi yang dah 10 tahun buat macam ni, cuba korang check saving account anak-anak, silap-silap lagi banyak jumlah dia dari saving account kita yop hahahaha. Itu belum dicampur dengan sumbangan tetap dari pendapatan kita tiap-tiap bulan ke account mereka.

Cara simple macam ni banyak faedah dia pada masa depan. Kita mungkin tak buat dah macam atuk nenek kita buat dulu-dulu. Simpan baki duit hasil jualan atau upah bertani ke, jual kambing ke, jual kayu api ke, dia akan masukkan tabung atau letak bawah bantal. Bila anak cucu balik sekali sekala, duit-duit ni lah dia akan sedekahkan (hadiahkan) buat mereka. Berkat yop duit mereka ni. Jadi, kita “modify” cara dulu untuk sesuaikan dengan cara sekarang. Bantal tu kita ganti dengan account simpanan di bank.

Bila dah cukup masanya nanti, banyak benda kita boleh buat dengan duit tu. Ada yang nak beli emas ke, nak beli rumah ke, nak masuk universiti ke dan macam-macam lagi boleh kita buat dengan duit simpanan dari kecik.

Janganla pulak kita ambik kesempatan dengan duit raya budak-budak tu hehehe..siap tukar sport rim, beli beg tangan baru, tukar jam dan macam-macam lagi hasil “pendapatan” segera dari anak-anak huhu..

Errr.. tapi kalau sapa salam dengan aku time raya, tangan kosong la jawabnya sebab semua duit raya Mem yang uruskan huhuhu…

Selamat Hari Raya yop, pandu kereta tu elok-elok sikit

Anda mungkin berminat dengan kisah berikut:

Mana lagi untung, simpan duit dalam bank atau laburkan?

Minat Melabur Dalam Diri dan Keluarga

Apa Kesan BLR Naik?

Loan Yang Best Bukan Main

Tunggu dan Lihat ATAU Tunggu dan Sebat

Pengurusan Kewangan untuk Bakal Graduan
Sejak kita kecil lagi, biasanya kita tidak ambil berat sangat tentang urusan kewangan. Biasanya, ibu bapa kita akan uruskan semua tu. Yang kita tahu, mintak duit bila nak pakai, dan cakap kat emak atau ayah kita bila ada masalah kewangan.

Lumrahnya begitulah bagi yang ada ibu bapa. Ada jugak yang tak bernasib baik, ibu bapa mereka tiada atas sebab-sebab tertentu dan mereka harus menguruskan sendiri kewangan mereka sehinggalah mereka belajar di kolej atau universiti sebelum masuk ke alam pekerjaan.

Pengurusan kewangan peribadi adalah pra-syarat utama jika kita ingin berjaya dalam kehidupan pada masa akan datang. Bukanlah bermaksud wang dan kekayaan adalah segala-galanya. Tetapi tanpa wang, banyak perkara yang akan jadi sukar dan tidak dapat dilakukan dengan lancar.

Sebab tu, sebelum graduan mula bekerja, perlu ada sedikit sebanyak ilmu mentadbir wang saku, wang elaun, wang yuran pengajian, wang makan minum, wang nak beli buku dan segala jenis perbelanjaan ketika belajar.

Perbelanjaan dan perolehan (tidak disebut pendapatan sebab secara rasminya belum bekerja sepenuh masa) dari sumber seperti biasiswa, pinjaman, pemberian ibu bapa dan sebagainya haruslah direkodkan dengan cermat dan teliti. Mungkin ini nampak melampau bagi sesetengah pihak, tetapi ini adalah disiplin yang baik untuk diamalkan dari awal.

Mengapa anda perlu rekodkan perbelanjaan dan perolehan pendapatan ketika belajar lagi?

Ok, logiknya mudah saja, kita nak pantau penggunaan wang setiap semester atau tahun kita belajar dan akhirnya kita nak tahu, adakah kita mempunyai lebihan perolehan atau kita dalam liabiliti (bukan hutang sebenar, tapi pokai!).

Amalan mencatat butiran perbelanjaan dan perolehan ini akan kita gunakan sepanjang hayat. Apatah lagi kalau kerjaya anda nanti ialah sebagai akauntan, pegawai bank, insurans atau juruaudit. Anda akan bermain dengan lebih banyak rekod transaksi yang lebih kompleks.

Kita perlu tahu perbelanjaan yang kita buat agar kita tidak terlebih bajet atau ketiadaan wang saku untuk meneruskan hidup di kolej atau universiti. Ini adalah antara disiplin asas yang perlu dilatih jika anda bercita-cita untuk bebas kewangan satu hari nanti.

Masa aku study dulu, ada beberapa kumpulan kawan-kawan yang aku jumpa. Ada yang jenis suka enjoy dan habiskan masa dengan kawan-kawan seperti mereka. Duit jangan tanyalah, tak cukup memanjang. Sanggup makan mee segera dan tak beli buku rujukan sebab duit dah dihabiskan untuk bersukaria. Kalau zaman sekarang lagi lah. Macam-macam benda boleh dibuat untuk menghabiskan wang. Handphone saja dah berapa ribu kalau nak beli. Belum ambil kira ada yang nak bergaya dengan pakai kereta, moto besar, pakaian berjenama dan macam-macam lagi.

OK berbalik kepada rekod wang masuk-wang keluar yang kita dah buat tadi, cuba amati betul-betul ada tak transaksi atau rekod yang nampak macam janggal. Contohnya, ada tak keadaan di mana dalam satu tempoh, perbelanjaan anda lebih besar dari perolehan (juga boleh dirujuk sebagai wang masuk). Cuba ingat balik, kenapa terjadi sedemikian. Ini penting sebab bila bekerja nanti, anda akan diberi sejumlah wang masuk yang dipanggil GAJI. Jika anda tidak mengambil berat soal perbelanjaan harian atau bulanan, anda akan berasa hairan bila belum tiba hujung bulan, poket anda kosong!

Sebaliknya, jika anda dapati wang masuk lebih banyak dari perbelanjaan (wang keluar), highlightkan (atau garis atau tandakan) dengan terang bahagian tersebut. Ini untuk memberi idea kepada anda, jika satu hari nanti anda perlukan wang, mungkin inilah caranya (rekod wang masuk yang ditandakan tadi) untuk mendapatkan wang tambahan.

Apa yang patut dilakukan lagi selepas itu? OK, setiap bulan atau 3 bulan sekali atau paling tidakpun setahun sekali, cuba buat simpanan dari lebihan wang masuk yang kita dapat ke dalam akaun simpanan. Mungkin juga, kalau ada mahu, gunakan akaun Tabung Haji, sebab dividen yang diberikan agak baik dibandingkan akaun simpanan biasa di bank.

Amalan menyimpan ni penting dipupuk dari awal dan sebelum anda masuk ke alam pekerjaan. Bagi yang tak biasa menyimpan, cuba dengan jumlah yang kecil dulu, tetapi biar konsisten. Tengok semula hasilnya selepas beberapa bulan atau tahun, mungkin anda boleh tingkatkan jumlah simpanan bila disiplin pengurusan perbelanjaan anda semakin baik.

Nota: Artikel ni ialah sebahagian dari kandungan ebook bertajuk “Graduan Celik: Tips Kewangan Mudah untuk Bakal Graduan“. Ditulis khas untuk adik-adik yang masih study. Baru separuh jalan, Insyaallah akan diterbitkan sebelum akhir tahun 2011 kalau rajin hehe..

Anda mungkin berminat dengan kisah berikut:

Personal Money Management – What we are supposed to do?

Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru

Get Rich, Retire Young

Gold Saving during Economy Depression

Dana Modal dan Dana Pokai

Minat Melabur Dalam Diri dan Keluarga
Dah macam iklan Amanah Saham Nasional (ASN) masa aku kecik-kecik dulu pulak tajuk posting ni hehe. Sapa ingat iklan tu? yang budak kecik tu tanya ayah dia (arwah Ahmad Merbawi) lepas tengok bapak dia buat dek je bila van kaunter bergerak ASN datang ke kampung mereka.

Budak tu tanya, “ayah tak melabur?”. Ayah dia menung sejenak (mungkin sebab dia fikir, ada faedah ke melabur ni), lepas tarik nafas dalam-dalam baru dia jawab “Nak, kau belajarlah rajin-rajin, sampai masuk Universiti, ayah akan melabur, dan terus melabur demi masa depan kita” huhuhu.. ingat lagi aku skrip dia yop.

Apa signifikan iklan lama tu dalam hidup kita seharian? banyak tuan-tuan untuk kita sama-sama renung dan ambil pengajaran. Pertamanya, bila sebut pasal melabur ni, keuntungan yang bakal diperolehi biasa ada 3 fasa. Jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Ikut jenis pelaburan yang kita masuk, ada yang bagi pulangan yang sedikit walaupun jangka masanya panjang, ada juga yang bagi pulangan yang tinggi meskipun dalam jangka masa yang pendek.

Setiap pelaburan ada risikonya tersendiri. Biasanya, kita boleh dapatkan maklumat lengkap tentang jenis pelaburan dan cara ianya diuruskan menerusi prospektus atau risalah yang disediakan oleh mereka yang menganjurkan plan pelaburan berkenaan. Itu kalau jenis pelaburan berdaftar dengan kerajaan lah.

Ada jugak pelaburan yang tak berdaftar secara terus, tapi masih sah disisi undang-undang, contohnya kita melabur dalam koperasi. Koperasi berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi yang dipantau oleh kerajaan, tetapi aktiviti pelaburan koperasi tu ada macam-macam. Jadi portfolio pelaburan kita bergantung kepada aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh koperasi berkenaan, bukan secara terus macam kita beli pegangan dalam Unit Trust atau unit saham amanah lain yang mana kita ada rekod dan sijil bertulis atas nama kita.

Pendek kata, kita melabur ni sebab kita nak kembangkan duit dan aset kita agar membiak jadi lebih banyak. Satu hari nanti, modal atau aset ni boleh digunakan untuk tujuan lain contohnya bila tiba waktu persaraan (pencen), menampung kos pendidikan tinggi anak-anak, membeli rumah idaman, kos rawatan dan perubatan, mengembangkan perniagaan dan macam-macam lagi objektif yang boleh dibuat.

Bila kita ada kesedaran untuk meningkatkan taraf kehidupan kita di masa hadapan, kita patut terapkan juga minat melabur ni kepada anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Setidak-tidaknya, ajar anak-anak untuk menabung dan menyimpan wang tabungan yang dikumpul itu di bank atau tabung haji. InsyaAllah, mereka pasti berasa seronok melihat jumlah wang simpanan mereka semakin bertambah dari tahun ke tahun.

Dari situ, kita didik pula mereka tentang jenis-jenis portfolio pelaburan yang sesuai dengan usia dan risiko yang boleh mereka ambil. Contohnya, untuk anak-anak yang dibawah umur 18 tahun, mungkin kita boleh dedahkan kepada tabungan dan insurans pendidikan. Manakala anak-anak atau ahli keluarga yang telah dewasa, kita boleh dedahkan kepada pelaburan saham amanah, pelaburan emas/perak (bullion), insurans, hartanah dan perniagaan.

Mungkin juga, jika mereka berminat untuk belajar cara menguruskan risiko, dedahkan mereka kepada pengetahuan tentang pasaran saham. Ajar mereka (atau carikan seminar atau kursus) tentang membuat analisa teknikal, memahami fundamental news dan trend pasaran saham mengikut petunjuk-petunjuk yang kerap digunakan oleh pelabur yang berjaya.

Ringkasnya, pengetahuan tentang kepentingan pelaburan sepatutnya menjadi salah satu agenda pengisian dalam kita membentuk ahli keluarga kita untuk berjaya di masa hadapan. Pendedahan dari awal dapat memberikan idea dan semangat untuk mereka lebih bersedia untuk memasuki bidang pekerjaan kelak.

Mungkin juga, mereka tidak perlu lagi risau untuk kerja makan gaji jika kesemua portfolio pelaburan mereka yang dirancang dan dijalankan sejak kecil sudah ada di depan mata menanti untuk diuruskan dengan lebih sistematik.

Anda mungkin berminat dengan kisah berikut:

Q2 2010

Mana lagi untung, simpan duit dalam bank atau laburkan?

Macam Mana Nak Gunakan Duit Raya Anak-Anak?

Hartanah Naik Harga, Peluang atau Malang?

Pinjaman Rumah Ketiga dan seterusnya hanya 70%