Assalamualaikum sedara sedari, datuk-datuk tansri-tansri, hajjah dan haji sekelian. Amcam cuti hari Thaipusam semalam? penuh sesak shopping complex sekitar KL dengan manusia huhu… semua ambik kesempatan berehat-rehat sambil window shopping dengan family kan.. Kalau nak menempuh jalan dekat area Gombak-Batu Caves sana, memang cari nahas la time-time cuti macam tu.
OK, aku teringat satu cerita dari seorang kawan sebenarnya. Tak ingat pulak apa cerita awalnya, tapi yang main topic dia ialah pasal Medical Card – Kad Perubatan. Kebanyakan kita yang bekerja dengan syarikat swasta (atau GLC) dan sebagainya, akan diberikan kemudahan tanggungan rawatan dan perubatan oleh syarikat masing-masing. Kira macam protection plan untuk staff dan family members lah. Kalau sakit demam, pegi aje klinik, doktor check, ambik ubat atau masuk wad sekalipun tak payah pening2 nak bayar bill. Semua ditanggung beres ikut kelayakan masing-masing.
Tapi ada juga orang yang company tak tanggung kos rawatan kesihatan mereka. Ada yang bekerja sendiri, atau ada juga yang kelayakan mereka hanya sekadar untuk dapatkan rawatan di klinik dan hospital kerajaan saja.
Sedar, tak sedar kita ni semakin meningkat usia, dan pada kebiasaannya lah, bila usia meningkat, penyakit pun mudah untuk hinggap. Masa ni memang pening kepala kalau kos perubatan kita kena tanggung sendiri. Sekejap je surut duit simpanan dan aset cair lain yang kita ada.Silap hari bulan, aset macam rumah pun kena dileburkan (jual) untuk tanggung kos perubatan yang semakin meningkat.
Berbeza kalau kita ada support secukupnya. Bila ada kecemasan mendapatkan rawatan perubatan di hospital-hospital yang sesuai dengan kemampuan kita, perlindungan perubatan (medical card) kita akan cover. Kalau nak beratur di hospital kerajaan pun boleh, tapi tak ramai yang sabar dan tahan lah. Cuba la pegi melawat sekali sekala wad kelas 3 hospital kerajaan, bayangkan kena duduk berminggu-minggu. Menangis beb…
Berbalik pada cerita kawan aku tadi tu, dia cakap, ramai orang yang ambil mudah pasal perlindungan perubatan mereka. Ramai yang ingat insurance untuk rawatan perubatan tak penting. Membazir, sebab tiap-tiap bulan bayar, tapi bukan kita pakai pun kadang tu. Dah ada kad perubatan dari syarikat, nak buat apa lagi. Betul jugak, aku dulu pun fikir macam tu.
Kawan aku cakap, tanggungan perubatan dari syarikat pun ada limit. Kita share ramai-ramai limit tu dari master package yang diambil oleh syarikat kita dengan insurance company. So bila dah cecah limit individu, dia pun tak boleh tanggung kalau penyakit pekerja dia tu tak sembuh-sembuh.
Kes ni pernah terjadi pada jiran aku dulu (dah arwah). Limit individu dia dah cecah, terpaksa balik rumah dan berubat cara kampung saja. Kesian jugak, sebab duit simpanan agaknya dah kering. Nak jadi as-sebab, akhirnya meninggal dunia. Masa-masa macam tu, dah agak terlambat dah nak register perlindungan insurans. Aku rasa dah tak boleh dah pun.
Satu lagi, insurans perubatan ni menurut kawan aku tu patut ada at least untuk diri kita sendiri. Kalau spouse bekerja, maybe dia pun boleh buat yang sama. Sebab anak-anak masih muda, kebanyakannya takde penyakit kronik, setakat sakit demam biasa, kad perubatan syarikat pun dah OK. Once diaorang tu dah besar dan bekerja, biar diaorang ambik pakej insurans perubatan sendiri. Kita pikir kita ni dulu. Bila lepas pencen nanti, sapa nak tanggung kos perubatan kita kalau sakit demam?
Di negara-negara maju, insurans perubatan ni dah jadi perkara lumrah. Semua orang ada insurans perubatan. Kalau takde insurans macam pelik, mungkin orang tu datang dari Planet lain hehehe..
Kalau nak cari medical card/insurans perubatan ni, kena lah pandai pilih dan faham apa pakej yang kita perlu ambik. Jangan main belasah aje tick benda-benda yang tak perlu pun.Nanti kita bayar benda yang tak perlu, so dah jadi membazir.Baca brosur dan penerangan setiap pakej dengan jelas. Dapatkan contoh-contoh senario supaya kita boleh sesuaikan dengan keperluan perlindungan kita.
Agen insurans yang berpengalaman dan jujur sepatutnya akan memberi maklumat lengkap tentang pakej dan coverage yang terbaik mengikut keperluan dan kemampuan pelanggan. Ini kira macam tanggungjawab dan pendidikan jugaklah, bukan nak kejar komisen semata-mata.
So, lepas kawan aku share macam-macam senario yang berlaku bila kita takde protection insurans perubatan ni, aku pun setuju dengan pendapat dia. Kalau kita plan nak pencen awal ke, nak make sure takde masalah dengan had kelayakan dan limit yang dicover oleh pakej rawatan perubatan dari syarikat ke, semua tu boleh diringankan kalau kita ada Medical Card sendiri.
Cuma, setiap bulan, kita akan mencarum macam bayar insurans biasa. Sakit ke tak sakit, bayar tetap bayar. Kira macam kita pakai kereta. Accident atau tidak, insurans kereta tetap kena ada. Itulah herannya, kalau kereta, mesti kita akan make sure jangan kena accident, tapi insurans tetap kita ambik (selain dari terpaksa sebab nak renew road tax), kenapa pulak diri kita yang lebih penting ni kadang-kadang kita tak fikir pun pasal protection?
Fikir-fikirkan dan selamat berhari Jumaat




