Archive

Archive for the ‘Umum’ Category

Seronok Kalau Usaha Menjadi

January 26th, 2010 md 6 comments

Assalamualaikum kawan-kawan hehehe… lama betul aku dok diam-diam macam ayam mengeram hahaha.. kononnya nak relaks2… last2 lebih 3 minggu tak berupdate blog ni huhu…

Banyak jugak benda-benda berkaitan pelaburan dan hartanah yang aku involve awal tahun ni. Alhamdulillah, semua tu usaha yang kita kena buat untuk dapatkan hasilnya di kemudian hari nanti. Kalau korang ingat kisah pasal tenant GH aku dulu tu, kes tu sebenarnya takde la selesai dengan mudah. Aku lost beberapa ribu gara-gara tenant tu sapu bersih semua barang dalam rumah. Dah la gitu, kena repair pulak kerosakan-kerosakan zahir dan “batin” hahaha…

Apa nak buat kan, gitulah lumrah kita melabur. Ada yang untung, ada jugak masa yang modal kita lebur. Itu belum lagi aku cerita masalah dengan lawyer yang buat kerja lambat. Siap aku pulak terhegeh-hegeh nak kena follow-up dengan developer dan liquidator (pasal developer tu dah diistihar muflis). Memang kalau diikutkan, banyak benda baru aku belajar uruskan GH aku tu. Nasib baiklah kesemua kos dan masa yang aku habiskan tu berbaloi. Pasal apa berbaloi?…MV dia RM250K++ hehehe.. ada 3 stesen LRT dalam radius 1km, dan jarak ke KLCC hanya 2km saja.. wow.. jalan kaki pun boleh beb.. hehehe… ini kondo saya sangat suka… mantop!

Lepas tu, aku ada jugak dok jenguk2 nak beli tanah pertanian. Konon-kononnya nak pecah-pecah buat lot banglo gitu.. sekali harga yang ditawarkan mak aaiiii… boleh beli gajah sarkis 20 ekor… biar betul!. Terus kensel plan mau jadi jutawan tanah lot hahahaha… tapi aku ngan Fizal berlakon baik punya macam ada duit juta-juta, nasib baik brader penjual tu layan jugak kitorang time buat site visit hehehe.. lawak betul lah.. dalam poket ada 20 hengget saja, ada hati mau beli tanah 1.6 juta!!.. badut sarkis pun tak sampai hati nak buat lawak cam kitorang…huhu..

Lagi apa ye (padan muka, dah berkarat otak mau update cerita-ceriti), haaa.. si pie dah start main CPO dah.. itu orang dia buat apa pun jarang yang tak berjaya. Hari-hari dapat positive results saja. Paling sengkek 2 points, ada tu sampai 19 points satu hari. Korang cuba darab dengan RM25 hengget, berapa tu?.. hehehe itu baru satu lot. Tapi ini investment untuk orang yang confirm takde masalah jantung dan darah tinggi saja. Pasal dia punya sentap time loss.. huh!.. tak berani nak makan nasik wooooo…. takde selera seminggu!

Aku ada la jugak trade kecil-kecilan dalam CPO ni.. tapi masih di tahap loss!.. banyak kena belajar untuk ampuhkan lagi teknik buat analisis teknikal (TA). Kawan-kawan yang dok trade CPO pun dah mula ramai. Kitorang ada jugak share tips-tips yang boleh bantu untuk park order cara betul dan kurang berisiko. Tapi semua masih dalam peringkat experiment. Takut nak share jadi ajaran sesat pulak hehehehe…

Projek service apartment Datuk Keramat aku akan start pertengahan tahun ni. Akhirnya plan rumah diluluskan jugak oleh DBKL akhir tahun lepas. Tapi plan tu dapat kat tangan aku awal Januari ari tu. Lama gila aku tunggu kelulusan tu. Melepas dapat BLR rate menarik dari bank. Nak buat camne, dah proses dia makan masa. Sekarang aku dok evaluate quotation dari kontraktor-kontraktor yang aku pilih. Sapa bagi rate dan detail BQ yang bagus mengikut plan yang arkitek aku lukis, dia lah dapat. Projek ni mungkin ambik masa 6 bulan ke setahun jugak, bergantung kepada kehenseman pekerja kontrak dan kemachoan project manager tu nanti. Bila siap nanti, satu mercu tanda baru Kuala Lumpur akan memancar-mancar dari Kg. Datuk Keramat hahahaha…

Last sekali pasal projek JV beli rumah aku dengan pie dan rakan-rakan. Setakat ni dah 3 bijik JV aku ngan pie. KPI peribadi yang aku set tahun 2010 ialah 6 bijik. So 3 more to go. Modal memang paras-paras hidung je nih hahahaha.. tahun ni tahun membeli sampai tak lepas buat loan dah (tolong la abang-abang dan kakak-kakak banker, kasi lulus saya punya application) huhu…

OK la weh, aku takut korang boring gila baca entry merepek kali ni, aku sudahi dulu dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim…. (aku nak minum air tongkat ali daaaa…). Jumpa lagi bila ada kelapangan, korang jaga diri baik-baik dan jangan melabur skim cepat kaya, nanti menangis belakang pintu bila terkena..hehehe

Kisah Tenant Yang Terlampau

December 10th, 2009 md 16 comments

Malam semalam, ada small meet-up antara bri (satu solution), aku dan ex-tenant (ex, sebab diaorang diberi notis keluar) rumah sewa aku di GH. Rumah GH ni Satu solution yang manage since menang auction dulu lagi. Diaorang handle hal-ehwal dengan penyewa, maintenance office, utility company, etc..etc.. aku just terima sewa bulanan setelah ditolak service charge mereka hehehe..

Senang kan, contactlah Satu Solution :) (iklan percuma untuk kawan-kawan hehehe..)

Sejak 2 bulan terakhir ni, penyewa mula menunjukkan symptom bayar sewa lambat. Penyewa ni adalah penyewa lama masa dengan owner rumah yang dulu. Since diaorang baru je duduk masa aku dapat rumah tu, kesian pulak nak suruh keluar (student beb, bagi can la). Aku setuju untuk diaorang stay dan continue bayar sewa ikut kadar sewa yang diaorang dapat dengan owner lama. Memang rate sewa situ gitu untuk semi-furnish.

Disebabkan deposit dioarang dah bayar kepada owner lama, tak sampai hati pulak aku nak suruh diaorang bayar sekali lagi pada aku. Aku tengok dalam rumah tu pun macam dah semi-furnish, siap ada aircond kat masterbedroom. So kira orait la contra dengan duit deposit yang owner lama dapat, aku takyah tambah apa-apa kat rumah tu. Lagi pun loan pun belum disburse, so takde commitment lagi. Kira sempat lah makan duit sewa 2-3 bulan untuk cover as deposit.

Bulan ni aku diberitahu bil elektrik dah kena potong!, tertunggak dekat RM1400++. Aiyaaa… apa sudah jadi. Aku terus mintak bri bagi notis keluar kat budak2 yang duduk rumah tu. Sewa pun sangkut,  campur dengan api tertunggak dah lebih dari deposit sebulan dah tu. Apa lagi, notis keluar dalam tempoh 7 hari kitorang bagi. Ye lah, dah nampak tanda-tanda masalah akan berpanjangan, baik cantas dari awal (istilah pelaburan dipanggil cut loss hehehe..)

Bila bri pegi rumah tu untuk ambik kunci dan setel apa yang patut, satu kejutan telah terjadi. Semua perabot, katil, meja makan, mesin basuh, microwave oven, rak tv, TV dan aircond diangkut keluar!

Aiyaaa… apa kehal pulak diangkut semua bawak lari. Dugaan sungguh. Hangin jugak aku ngan budak2 tu bila bri cakap masa tu.. ye lah, macam kurang ajar la pulak. Kita bagi peluang kat diaorang tinggal dulu tu pasal kesian. Kalau ikutkan, nak je aku cakap “sorry, saya nak duduk rumah ni, you contactlah owner lama mintak balik your deposit” huhuhu.. sure nangis keluar air mata berwarna-warni punya kan..

Ini la dugaan-dugaan yang akan kita hadapi kalau takde proper strategi waktu nak ambik tenant. Aku kongsi cerita ni bukan nak bantutkan hasrat korang yang baru pasang hajat nak beli rumah dan sewakan. Aku nak dedahkan masalah yang boleh timbul kalau kita ambik jalan mudah. Tak buat ikut prosidur yang betul.

Sepatutnya, aku kena mulakan from fresh. Screen potential tenant aku macam kat rumah-rumah yang lain. Check kemampuan mereka membayar sewa dengan mintak deposit yang secukupnya (contoh 2+1, kalau tak mampu bayar deposit, dah sah ada problem bayar sewa masa akan datang). Monitor pembayaran bil-bil utiliti secara berkala (boleh mintak diaorang faks atau scan dan email kepada kita). Kalau sewa kita ada +CF yang tinggi, boleh beri skim galakan diskaun contoh dalam RM30.00 kalau bayar awal dari deadline bulanan (tips dari Azizi Ali). Hopefully diaorang akan berebut2 bayar segera lepas dapat gaji. Lepas tu sign perjanjian penyewa-tuan rumah (tenancy agreement).

Tapi kalau 2-3 kali berulang sangkut payment, deposit 2 bulan tadi akan membantu. Sebab tu aku rasa ramai yang letak deposit 2+1. Kena kes macam ni, memang ini la dana penyelamat.

So meeting semalam, aku bagi last chance kat budak2 tu untuk pulangkan rete benda aku, atau bagi duit setara dengannya (pasal diaorang cakap ada barang dah rosak!). Kalau tak, see you in court! huhuhu…

Musim Tengkujuh dan Musim Kahwin

November 18th, 2009 md 5 comments

Sekarang ni boleh dikatakan setiap hari hujan turun. Alhamdulillah, aku suka hujan, sebab bunyi air yang jatuh dari atap ke bumi tu boleh beri kedamaian. Tambah pulak kalau cuti dan duduk kat rumah..pehhhh… tarik selimut la jawabnya hehehe..

Teringat dulu masa kecik-kecik, bila time musim tengkujuh camni, aku adik beradik paling seronok sebab ada “can” main hujan.. sebabnya, kena alihkan pasu bunga mak aku lah, kena bersihkan longkanglah, kena buat itu ini gara-gara hujan yang turun dengan lebat dan air di sungai belakang rumah pun dah naik sampai ke dapur.

Tapi yang paling aku takleh lupa masa hujung tahun masa aku darjah enam. Masa tu aku takleh main hujan masa musim tengkujuh hehehehe… sebab berkhatan. Dapat tengok aje lah adik dan abang2 aku main air. Best betul tengok diaorang main rakit batang pisang dari tingkap belakang rumah. Abang aku pulak siap pasang pukat dekat celah2 batang pokok. Ikan dari sungai yang dah melimpah tu memang confirm akan masuk pukat tu.

Masa musim hujan ni jugak, makanan memang limited, sebab tak ramai nelayan ke laut, jadi automatik kitorang akan kerap dihidangkan nasi dengan ikan masin/kering saja. Kadang tu, lauk sardin dan telur dadar saje. Tapi time sejuk-sejuk ni, apa pun sedap sebab perut sentiasa lapar. Kena pulak sekali sekala dapat ubi rebus, atau pulut tanak dengan kelapa parut… pehhhhhh……

Hehehe.. jauh betul flashback zaman kecik2 main hujan. Budak2 sekarang aku rasa mak bapak diaorang sure tak bagi dah main hujan macam diaorang kecik-kecik dulu hehehe… takut demam dan sakit-sakit. Tak lasak budak2 sekarang. Penyakit pelik2 pun lepas satu, satu timbul, macam mana budak nak lasak. Dugaan semua tu.

Time cuti sekolah hujung tahun ni jugak, walaupun musim hujan lebat, ramai pasangan-pasangan pengantin akan diijabkabulkan. Best betul kahwin time hujan hehehehehehe…

Masa ni jugaklah, mak-mak andam (dan pak-pak andam), tokey canopy, tokey catering, tokey butik, fotographer dan ramai lagi akan buat duit sebab perkhidmatan mereka diperlukan. Rezeki mereka hot time-time cuti sekolah macam ni lah. Tak ketinggalan jugak, bisnes homestay dan resort akan mencanak-canak naik bila permintaan untuk menginap di tempat mereka meningkat time-time musim kenduri kendara ni. Ada jugak yang bawak family melancong sambil melawat sedara mara. So, untunglah tokey-tokey homestay ni buat duit hehe..

Yang kita ni pulak, apa boleh kita buat time-time camni? takkan tak buat apa-apa kot. Kalau aku, masa-masa macam ni lebih seronok untuk aku ulangkaji dan belajar benda-benda baru. Tengok dan analisa peluang-peluang baru untuk dimulakan tahun depan. Macam kat tempat kerja, masing-masing dah biasa dengan KPI (key performance indicator). Jadi sebagai seorang yang ingin meningkatkan pendapatan pasif, kita juga perlu setkan KPI dalam portfolio pelaburan kita.

KPI ni akan jadi benchmark sejauh mana kejayaan kita untuk mencapai target yang ditetapkan. Kalau tak, kita tak tau samada kita perlu gandakan lagi usaha untuk mencari peluang baru, atau sekadar cukup makan saja.

Ramai jugak yang dah berjaya melepasi KPI pelaburan mereka sebelum akhir tahun 2009 pun. Itu dikira sebagai bonus, sebab kita telah berjaya melepasi sasaran awal yang ditetapkan. Bagi yang masih belum mencapai sasaran pasif income yang ditetapkan, mungkin ada baiknya kita kaji semula teknik, tools dan option pelaburan yang sedang kita buat. Mungkin ada kesilapan dan pembetulan yang perlu dilakukan untuk meletakkan kita kembali di atas landasan yang betul.

Apa pun, peringatan buat semua semasa musim tengkujuh ni, berhati-hati ketika memandu di jalan yang licin. Nak tau tips memandu secara selamat ketika musim tengkujuh, study sikit tentang “Aqua planning”, ada kait mengait dengan berapa kelajuan optimum yang selamat untuk kereta kita (berbeza-beza) bila memandu di atas jalan berair atau licin.

Pastikan jugak, anak-anak kita dipantau aktiviti mereka, jangan biarkan mereka bermain di tepi-tepi longkang atau parit. Lebih baik bawak mereka bercuti di tempat yang ada kemudahan rekreasi air yang selamat (macam Tiara Beach Resort – promosi percuma untuk PMC Resort hehehe) sebab budak-budak memang suka main air.

Hari raya Korban pun tak lama lagi, so aku nak ucapkan Selamat hari raya Korban dan semoga ibadah korban kita tahun ini diterima Allah.

Selamat bercuti dan hati-hati ketika memandu.

Kisah pasal Sedekah dan Pemberian

October 23rd, 2009 md 6 comments

Sempena hari Jumaat ni, aku nak imbas sikit pasal amalan bersedekah dan memberi kepada yang memerlukan.

Bukan apa, sebagai ingatan pada diri aku sendiri jugak, dok sibuk cari peluang untuk tingkatkan pendapatan melalui pelbagai usaha, kadang tu kita bimbang takut-takut kita terlupa tanggungjawab untuk bersedekah dan berzakat. Tak rugi pun kalau kita amalkan sikap ni. Lagi untung ada.

Kadang-kadang Allah nak bagi kita rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka. Semua tu boleh jadi.  Kalau bukan habuan dalam bentuk wang ringgit pun, mungkin dari segi kesihatan diri kita. Kalau kita tak kena penyakit pelik-pelik tu, itu pun rezeki jugak namanya. Sebab tu, kalau ada ahli keluarga kita sedang sakit, digalakkan kita bersedekah, insyaAllah mudah-mudahan cepat sembuh penyakit tu.

Kalau kita renung-renungkan, amalan bersedekah ni tak perlu banyak pun jumlah dia. Yang penting niat kena ikhlas dan kita buat tu sebab kita faham akan tuntutannya. Ye lah, berapa peratus sangat pun kita guna duit pendapatan kita untuk bersedekah. Kadang tu, bila bukak wallet, kita akan ambik duit yang paling kecik sekali untuk dimasukkan dalam tabung masjid atau untuk bagi kepada yang mintak derma..hehehehe…

Kalau dengar ceramah ustaz-ustaz dan khatib masa khutbah pun, berulang kali ditekankan amalan bersedekah, berzakat dan menginfakkan harta yang kita ada, sebab semua tu bukan hak kita semata-mata. Sedekah dan amal jariah ni lah jugak yang akan jadi bekalan kita masuk kubur nanti selain dari doa dari anak yang soleh dan ilmu bermanfaat yang kita ajarkan kepada orang lain.

Kalau dengar kisah para sahabat zaman Rasulullah dulu, lagi la tak terikut kita. Mereka sanggup sedekahkan semua harta benda semata-mata nak dapatkan keredhaan Allah. Terasa kerdil betul diri kita sebab tak sanggup nak tiru macam tu. Macam ada perasaan takut bila dah bagi sedekah semua sekali yang kita ada, kita pulak akan hidup merempat. Aduh, lemahnya iman kita ni.

Justeru, iktibar yang boleh kita ambil untuk dijadikan motivasi ialah, bila tau kita tak cukup harta dan risau kalau-kalau harta kita tu, bila disedekahkan akan menyebabkan kita pula sengsara, maka sewajarnya kita perlu berusaha lebih kuat untuk menambah harta dan pendapatan kita. Mudah-mudahan, dengan bertambahnya harta dan pendapatan yang dimiliki, kita mampu bersedekah bukan saja lebih banyak, malah lebih kerap.

Tak timbul isu kita akan jatuh miskin dan harta berkurang disebabkan bersedekah. Yang jadi papa kedana tu sebab tak tahu nak generate income secara berterusan. Akur pada pepatah “kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang“. Kan kita digalakkan berusaha, itu lah gunanya akal fikiran yang dibekalkan pada manusia. Kena rajin dan bijak mencari peluang dan rezeki yang halal.

Sebab tu, bagi yang mahir menggunakan pengetahuan dan kebijaksanaan, mereka ni sangat kreatif menukar peluang menjadi pekerjaan dan “mesin” yang dapat menjana pendapatan secara berterusan. Setiap usaha yang mereka lakukan mudah untuk berjaya dan mendapat hasil berlipat ganda. Mereka ni tak rasa risau langsung kalau perlu bersedekah banyak-banyak. Lagi happy dapat tolong ramai orang. Sebab mereka dah ada tools dan mekanisme untuk berjaya. Ini yang patut kita belajar dan jadikan matlamat bila mencari kekayaan. Best kan.

Kan bagus tu bila kita terasa tak mampu nak lepaskan harta dan wang ringgit yang kita ada, maknanya kita kena berusaha lebih gigih untuk mencari pendapatan agar kita dapat bersedekah dengan lebih banyak (tapi, dugaan syaitan pun lagi power.. lagi banyak duit, lagi liat nak sedekah hahaha..)

Takde lagi dah sepatutnya perangai macam cerita Haji Bakhil dan Lebai Kedekut dalam masyarakat kita hari ni. Ramai yang dah belajar tinggi-tinggi dan ada kemahiran macam-macam. Ada yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan, bersedekah dengan kepakaran mereka (contoh MERCY Malaysia). Ada yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan, bersedekah dengan pengetahuan dan kepakaran mereka membangunkan semula kampung-kampung yang ranap selepas peperangan dan bencana alam.

Janganlah kita sempitkan skop dan ruang lingkup sedekah ni kepada bentuk wang ringgit saja. Banyak sebenarnya yang kita boleh sedekahkan selain dari wang ringgit. Ilmu yang baik, sumbangan dari segi tenaga dan kudrat. Sumbangan dari segi doa dan nasihat. Macam-macam lah. Janji niat kita ikhlas kerana Allah.

Mudah-mudahan kerja dan kehidupan kita akan menjadi lebih berkat dan sejahtera dengan amalan bersedekah :)

Joli Katak vs. Joli Rimau

October 22nd, 2009 md No comments

Lama tak bukak cerita dongeng hikayat 1001 malam hahaha..

Korang jangan caya sangat cerita dongeng nih, untuk buat bacaan santai saja bolehlah. Kalau nak ikut jugak, suka ati koranglah, masuk gaung sendiri tanggung..huhu..

Dulu aku ada cerita beberapa tips dan cara macam mana kita nak gandakan profit dari sejumlah modal yang kita ada. Aku nak refresh balik kisah-kisah yang pernah aku ceritakan dulu. Kira macam ulangkaji lah…

Ramai orang suka berjoli. Tak kira kecik, besar, tua, muda, lelaki, perempuan semuanya kalau bab joli memang suka. Tapi ada tak kita buat perancangan teliti sebelum kita nak berjoli?. Biasanya kita buat saving sikit demi sikit sampailah masa kita nak berjoli. Ataupun, bila time bonus tahunan atau dapat durian runtuh, time tu lah kita joli katak, ye tak?

Apa kata kita tukar trend berjoli katak tu kepada joli harimau pulak. Kita tau, di Malaysia takde lagi bank yang ambik kepala katak sebagai logo mereka. Tapi kepala rimau ada!. Besar pulak tu bank tu. Jadi sudah tentu ada kebaikan disebalik kepala rimau yang diambik sebagai logo bank. Mari kita selidik kaedahnya.

Sebelum kita nak belanjakan duit dalam jumlah yang besar, apa kata kita invest dulu beli satu property yang setara atau lebih dari harga yang kita ingin gunakan. Maknanya, kita tangguh dulu hajat untuk berjoli. Takkan takleh sabar, joli tu bukan satu keperluan kan, biasanya kehendak, so apa salahnya hold sekejap.

Ada dua kumpulan penjoli yang terlibat dalam contoh di bawah. Kumpulan pertama ialah, penjoli yang kurang modal. Kumpulan kedua, penjoli yang ada modal. Kita tengok dulu teknik untuk penjoli yang kurang modal tunai.

Bagi sesetengah kita yang baru bekerja atau mempunyai simpanan tunai yang terhad, mungkin mereka akan ada masalah dan cakap tak mampulah nak beli property, duit takde.Yang herannya, tau duit tak cukup, tapi joli tetap joli hehehehe..

Yang sebetulnya, kumpulan ini patut lebih gigih belajar menyimpan. Sebab satu hari nanti, kalau cukup duit tunai untuk dijadikan modal, mudah untuk mulakan langkah pertama untuk melabur dalam hartanah. Tak banyak pun kalau nak simpan, dalam lingkungan RM15K ~ RM20K buat modal permulaan.

Kalau setahun duit joli yang kita simpan tu dalam RM2K, cukup 5 tahun dah ada RM10K. Kalau rajin buat part time, lagi cepat dapat tambah duit tabungan. Contoh pegi promote PMC resort, nanti pie bagi komisen hehehe..

Contoh kalau nak beli property low cost yang berharga RM70K di Kuala Lumpur, kita kena sediakan dalam 10% untuk downpayment dan beberapa ribu lagi untuk urusan guaman, membayar tunggakan maintenance, stamp duty, baikpulih dan sebagainya. Sebab tu nak kena ada dalam tangan paling sengkek pun dalam RM12K.

Nak beli property low cost ni pulak takleh main bedal je. Kena buat kajiselidik dan tinjauan pasaran jugak. Nanti ada pulak yang marah-marah. Menyusahkan betul lah beli rumah takde orang nak sewa. Dah la tu, kena baiki itu ini, nak kena bayar maintenance lah, macam-macam. Nyesal aku ikut cerita dongeng kat Internet tu..

Macam biasa dengar kan…hahaha.. jangan salahkan orang lain. Jangan la nak melabur punya pasal, main redah saja. Memang la lingkup. Kalau ramai orang yang ada sikap negatif macam ni, geng-geng pelabur yang sedia ada sekarang ni akan senyum lebar. Senyum bukan sebab nak menyindir, senyum sebab peluang mereka untuk membeli hartanah di lokasi best-best takde orang kacau!. Itu pasal orang kita tertinggal jauh di belakang. Kita lebih percaya pada cerita-cerita yang tak betul. Cerita dari orang yang bukan arif dalam bidang yang dia komen.

OK, kita sambung balik..

Setelah berjaya mendapatkan rumah tersebut, kita boleh sewakan untuk dapatkan hasil bulanan. Paling koman pun RM450 kalau rumah di KL yang lokasinya strategik. Tolak bayaran bulanan loan bank katakan dalam RM300, ada lebih RM150 (positif cashflow/+CF). So nak buat apa dengan RM150 ni? haaa… sekarang baru kita boleh plan untuk berjoli (tapi terasa keji sungguh nak berjoli dengan duit RM150, kalau dapat RM10K segedebuk best jugak kan..huhu)

Kalau dulu kita ada hajat nak joli beli sport rim kereta ke, nak beli set sofa baru ke, nak tukar langsir rumah ke, nak bawak family pergi bercuti ke, boleh la slow-slow kita kumpul duit lebihan sewa bulanan tu sampai cukup jumlah yang diperlukan untuk kita berjoli. Barulah tak kopak poket kita bila duit habis beli barang-barang tu.. tiap-tiap bulan, dah tentu positif cashflow tu akan masuk dalam akaun kita secara berterusan… bolehlah joli banyak kali (tak sedar diri)..wow!!.. best ke tak best?

Tapi, kalau kita dah mula “nampak” kebaikan dari melipat gandakan modal tunai yang berjaya kita kutip tiap-tiap bulan, ada ke lagi nafsu nak joli RM150 saja?.. taknak ke merasa joli RM10K..ataupun joli RM20K?… wow!!… joli rimau tu….

OK.. habis teknik untuk kumpulan pertama – kumpulan penjoli kurang modal. Sekarang kita tengok pulak teknik yang boleh dipraktikkan oleh kumpulan penjoli kedua, iaitu penjoli yang ada modal.

Beza dia sikit saja, penjoli yang ada modal tunai yang mencukupi boleh membeli hartanah yang setara dengan kehendak berjoli mereka secara tunai atau secara usahasama (JV). Langkahnya juga lebih laju, sebab S&P boleh ditandatangan terus depan lawyer, pindah milik akan dilakukan, dan terus boleh submit loan untuk refinance.

Tak lama lepas tu, loan akan disburse dan bolehlah tunggu duit sewa bulan2 masuk untuk cover bayaran bulanan pinjaman. Duit tunai dari refinance tersebut boleh digunakan untuk tujuan joli rimau mereka. Best kan? hehehe..

Penjoli yang mempunyai modal besar ini juga, tidak berjoli secara tidak terancang. Mereka biasanya akan merancang dengan baik bagaimana untuk mendapatkan dana “percuma” yang akan digunakan untuk mereka joli. Itu yang ada beli kereta, motor, renovate rumah dan sebagainya secara percuma saja. Mereka invest dulu, baru spend.

Dengan cara ini, pembaziran tidak berlaku berbanding dengan kita mencairkan duit tunai yang ada dalam simpanan kita tanpa melaburkan ia dulu ke tempat yang sepatutnya untuk mendapatkan pulangan berganda – hajat tercapai, harta tak luak, sebab lama kelamaan, loan yang kita bayar untuk property yang kita beli tu akan habis. Sapa yang bayar? penyewa yang bayar..best ke tak best?

Nanti, kita ulangkaji pulak kisah lain dengan contoh lain pulak.

renung-renungkan dan selamat berjoli rimau!…. :D