Archive for category Umum

Tips Murah Rezeki

Posted by on Friday, 13 May, 2011

Hehehe.. semacam je tajuk kali ni. Tapi bukan sebarang tajuk, ada makna dan faedahnya kalau diamalkan. Sebenarnya, tips murah rezeki ni dah lama pun ada dan dikhabarkan. Baik masa kita kecik-kecik dulu, sampailah dah besar panjang macam sekarang ni. Kadang tu, tips tu bunyinya mudah, tapi nak dibuat dan diamalkan secara berterusan tu yang tak menjadi.

OK, apa pasal kita nak kena ada tips murah rezeki ni? Boleh caya ke semua tips-tips ni?. Well, ada banyak sebab sebenarnya, mungkin antaranya adalah seperti berikut?

  1. Kita nak pastikan usaha kita akan dapat hasilnya
  2. Kita nak usaha kita dapat berkat dan dirahmati
  3. Kita nak usaha dan kerja kita lebih berkualiti
  4. Kita dah penat mencuba, tapi masih belum berjaya
  5. Kita takut gagal

Biar apa pun sebabnya, yang penting, kita nak tahu dan amalkan tips-tips murah rezeki agar kita lebih fokus dan yakin dengan setiap usaha yang akan kita rancang dan jalankan. Betul tak? hehehe..

OK, tips pertama – Bangun pagi, dan jangan tidur selepas subuh. Mengikut kajian sains, udara waktu pagi mengandungi paling banyak oksigen. Sebab tu bila kita sedut, udaranya segar dan best. Baik untuk otak dan badan kita. Katanya, kadar oksigen dalam udara waktu pagi yang tinggi tu, bila disedut akan membantu badan kita menyahtoksid (detoksid) kandungan racun dalam badan. Wow, ini tips yang bagus dan mudah. Bangun pagi-pagi, sedut udara pagi sambil tunggu solat subuh, atau selepas solat subuh sambil buat senaman ringan. Menarik dan mudah bukan.

Lepas tu, kalau boleh, sebelum zohor atau dalam pukul 12 tengahari gitu, tidur la sekejap (nap) untuk dapatkan semula kesegaran. Ustaz Dr. Zahazan kata – Sabda Rasulullah SAW; “Lakukanlah qailulah (tidur sebentar di siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani qailulah.” (Riwayat al-Tabrani)”.

Tips kedua – tunaikan solat sunat Dhuha 2 rakaat setiap pagi (dalam pukul 8 pagi ke atas dan sebelum pukul 11.30 pagi dah boleh buat). Ini tips sempoi dan mudah. Ada hadis dari Bukhari dan Muslim berbunyi “Kekasihku Rasulullah s.a.w berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya iaitu: supaya aku tidak tidur (malam) selepas menunaikan solat sunat witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakat solat sunat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan”.

Solat Dhuha ni macam ganti kepada tanggungjawab kita bersedekah pada sendi-sendi dan anggota badan kita setiap hari. Sudah tentu bila kita banyak bersedekah, banyak juga ganjaran pahala dan murah rezeki yang insyaAllah akan kita dapat. Kalau yang bekerja tu, maybe dah masuk pejabat, waktu rehat pukul 10 pagi tu, boleh ke surau sekejap untuk tunaikan solat sunat dhuha. Puasa sunat pulak, boleh pilih mana-mana hari dalam sebulan. Nak mudah puasa je hari Isnin dan Khamis, ataupun puasa setiap hari khamis, dah dapat 4 kali sebulan. Sunat witir pulak, sebelum tidur ataupun bila dah terjaga waktu malam, tunaikan 1 rakaat, 3 rakaat atau seterusnya dalam gandaan ganjil, ikut mana yang termampu. Dah complete wasiat Nabi s.a.w untuk kita sama-sama amalkan.

Tips terakhir untuk kali ni – Buat baik kepada kedua ibu-bapa (bagi yang masih hidup) atau pun anak-anak yatim. Sesungguhnya, terlalu besar ganjaran dan pahala bila kita dapat membahagiakan hati kedua-dua ibu-bapa kita dan anak-anak yatim. Caranya macam-macam, ada tu tak perlukan wang ringgit atau modal yang banyak pun. Cukup sekadar kita telefon setiap pagi atau bila ada masa terluang, untuk bertanya khabar berita tentang kesihatan mereka, berceloteh dan apa-apa saja yang boleh buat mereka happy. InsyaAllah, bila kita mintak mereka doakan kerja kita agar dapat kejayaan dan berkat, doa tu makbul. Mungkin juga kejayaan yang kita kecapi selama ni pun berkat doa ibu ayah kita pada Allah.

OK tuan-tuan dan puan-puan, jom kita sama-sama cuba buat tips-tips murah rezeki kat atas. Bagi yang dah lama amalkan, alhamdulillah, teruskan mudah-mudahan usaha dan kerja kita beroleh keberkatan dan ganjaran berlipat ganda. Kalau ada lagi tips-tips lain yang bagus, boleh kongsi-kongsikan kat sini supaya kita sama-sama dapat manfaatnya.

Selamat hari Jumaat, banyak-banyaklah berselawat pada junjungan besar baginda Rasulullah s..a.w. :D

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Kenapa Nak Jadi Kaya?

Posted by on Wednesday, 13 April, 2011

Apa khabar kawan-kawan, macam mana dengan hidup dan matlamat financial freedom masing-masing? Hehehe.. soalan pertama tu, sure ramai yang akan jawab “macam biasa je” atau pun “I’m doing great, how about you?” tapi soalan kedua pasal matlamat financial freedom, sure tak ramai boleh jawab “I did it!” kan huhu..

Aku pun masih tak sampai-sampai lagi matlamat tu, masih berkejar sana-sini, cuba itu dan ini, dok kaji macam-macam benda yang sempat, dan tak jemu-jemu berusaha untuk tingkatkan pengetahuan, kematangan dan kebijaksanaan dalam merencana kehidupan yang bebas dari cengkaman hutang dan buntu wang (hidup tak cukup duit..)

Semua orang pun sure ada cita-cita yang sama. Nak kerja senang, tapi duit banyak huhuhu..

Percaya atau tidak, memang ada pun orang yang hidup senang, tapi duit banyak. Cuma peratusan dia sangat kecil berbanding yang kais pagi, makan pagi. Cukup bulan bayar hutang, boleh lah belanja anak bini makan special sekali dua, then balance gaji cukup-cukup untuk ulang-alik pergi kerja, balik kerja. Itu hakikat dan lumrah bagi middle-class and lower-class income workers.

Kalau kat sekolah, masa kita masuk tadika dulu-dulu (ada yang tak masuk pun, terus lompat darjah satu), kita lebih banyak main dari belajar. Kalau belajar pun, kejap-kejap je, selebihnya main, nyanyi dan makan. Lepas tu boleh balik rumah huhu.. best betul jadi budak tadika.

Bila makin besar, kita akan duduk lagi lama dalam bilik darjah. Subjek yang kita belajar pun makin banyak dan makin mencabar. Kalau masa tadika, takde homework (tapi sekarang ada tadika dah suruh budak-budak bawak balik homework! apa hal?) tapi di sekolah, tiap-tiap hari mesti ada homework. Kalau yang balik rumah bila mak ayah tanya “ada kerja rumah?”, dan jika jawapannya “takde”, itu pembohong la tu.. sah-sah tidur dalam kelas atau pun ponteng lepak dalam tandas.

Lepas tu, bagi yang result SPM atau STPM atau apa-apa periksa besar yang kita ambik tu bagus sikit, dapatlah lanjutkan pelajaran ke kolej dan universiti. Bagi yang super brilliant, biasanya kena sambar awal-awal oleh penaja untuk dihantar ke luar negara. Masa ni, kembang lubang hidung sebab berjaya melangkah ke menara gading. Tak tau, bila dalam tu boleh lepas ke tidak lagi, yang penting rasa best sebab jadi budak “U” huhu..

Bergantung pada kursus, kelancaran (kepandaian atau kebengapan) pelajaran kita, kita akan grad. Ada yang grad dapat 4.0 flat (biasa boleh kira dengan sebelah jari tangan je satu sesi konvo), ada yang dapat first class honor, second class dan ada jugak dapat third class. Untuk celebrate apa jua “kelas” yang kita dapat, kita attend convocation dan lambung mortar board ramai-ramai sebab nak tiru orang lain yang dalam TV atau surat khabar tu. Padahal takde rasa apa-apa pun masa buat cenggitu, menyesal aku tiru hahaha..

Masa tahun aku grad degree dulu, kerja senang dapat. Aku ingat lagi, siap ada 3 offer aku boleh pilih. Tapi aku pilih yang gaji paling banyak hahahaha.. materialistik. Masa tu, bidang yang aku ambik tu tengah “hot” kata orang. Kalau tak puas hati kerja satu tempat, boleh lompat-lompat macam katak. Tapi aku heran jugak, aku jenis tak melompat, stay put sampai ke hari ni dengan satu syarikat. Macam tak caya!

OK, apa ke halnya aku dok flash back jauh sangat sejak dari tadika sampai Universiti?

Aku nak cerita kat sini, apsal tak ramai orang yang dapat status financially free? Pada pendapat aku, sebabnya sepanjang kehidupan kita sebagai student, tak pernah diajar perkara ni secara khusus. Mungkin ada la sipi-sipi disentuh dalam beberapa subjek ekonomi (kalau ambik), tapi rata-rata lebih fokus kepada core subject jurusan yang diambil.

Kesannya, bila masing-masing dah bekerja, semua orang akan berlumba-lumba untuk mencapai tingkat yang lebih tinggi dari segi pangkat, gaji dan rewards. Macam-macam usaha kita akan buat untuk dapat lebih imbuhan, supaya dengan imbuhan tu, kita boleh penuhi segala keperluan dan kehendak hidup kita dengan senang.

Hakikatnya, sebanyak mana pun kita berusaha, selagi kita digelar makan gaji, quantum kenaikan gaji dan imbuhan biasanya tidaklah sebesar mana berbanding dengan perbelanjaan yang kita perlukan untuk mendapatkan “quality of life” yang diidam-idamkan. Sebab tu, kita kena banyak belajar bersabar, berjimat cermat, merancang setiap sen perbelanjaan bulanan, menyimpan untuk hari tua, tidak membazir atas benda yang bukan-bukan, mencari peluang menambah pendapatan dan macam-macam lagi gigihnya usaha kita. Syabas.. kita sebenarnya masih dalam “rat race”!

Namun, bagi mereka yang telah mencapai status financial freedom, mereka tidak buat apa yang kita biasa buat. Mereka tergolong dalam “insan seni” yang kreatif. Mereka bijak dan cekap. Mereka tidak bergantung kepada orang, malah orang lain yang biasanya bergantung kepada mereka. Mereka mempunyai lebih banyak masa terluang, dan sedikit sahaja diperlukan untuk bekerja. Mereke ada banyak masa untuk “bermain” namun pendapatan mereka terus bertambah secara exponential. Mereka macam budak tadika yang sentiasa happy dan tiada masalah. Semua kerja dibereskan oleh orang lain, mereka hanya perlu enjoy their life!. Best kan :)

Aku percaya ramai yang nak capai status ni kan. Cuma, aku nak ingatkan, matlamat dan sasaran harus jelas. Ikut panduan dan pedoman yang betul. Jangan main tangkap muat dan redah ikut suka hati saja. Yang penting ialah kita berjaya dengan cara jujur, halal dan bersih di sisi hukum syarak. Bukan berjaya dengan jalan pintas yang tidak betul.

Seandainya kita berjaya nanti, janganlah takbur dan riak dengan pemberian yang kita perolehi. Ambil hak kita yang secukupnya, infaqkan yang selebihnya, kita akan jadi orang yang paling happy sekali di dunia dan akhirat, insyaAllah.

Akhir sekali, untuk mencapai matlamat financially free, cuba renungkan apa yang Prof. Dr. Muhaya pesan dalam satu rancangan di radio Ikim.fm, “Jangan cakap wang tidak penting, sebab biasanya orang yang berkata demikian sering dalam kesempitan wang. Cakap, wang penting bagi saya, saya ingin berusaha untuk dapatkan 10 kali ganda lebih banyak wang (gaji) dari apa yang ada sekarang, supaya saya boleh tolong orang 10 kali ganda dari kemampuan saya sekarang”.

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Hidup untuk Duit atau Duit untuk Hidup

Posted by on Monday, 21 March, 2011

Tu dia…. tajuk macam biasa dengar aje kan.. serupa dengan soalan hidup untuk makan, atau makan untuk hidup. Mat salleh cakap “catch 22″ situation lah. Yang mana satu didahulukan, atau yang mana satu betul, dua-dua pun boleh jadi betul, dan boleh didahulukan.

Tak dinafikan, sekarang ni, semua benda nak pakai duit, ada duit baru boleh cerita nak buat apa. Tak ada duit, banyak benda tak boleh buat. Kadang tu, bila dah tak ada duit, sedara dan kawan pun lari (bini pun kadang2 lari tuan-tuan huhu..)

Benda ni dah jadi lumrah sebab persekitaran dan budaya hidup kita dah dibentuk sebegitu sejak kita kecil lagi. Zaman dulu-dulu, sebelum matawang diperkenalkan, mereka pakai sistem barter. Sistem di mana pertukaran barangan dibuat sebagai transaksi antara pembeli dan penjual tanpa menggunakan matawang atau sandaran nilai pada benda lain.

Sistem barter tak tengok kecik besar barangan, dia lebih kepada kepuasan dan persetujuan kedua-dua pihak yang nak berurusniaga. So, tak timbul tentang naik turun harga matawang. Tak timbul tentang kesan kekurangan stok minyak. Tak timbul soal perang atau gempa bumi. Semua takde kesan. Yang penting, pihak yang berurusniaga happy dengan apa yang mereka nak tukar. Katakan durian adalah barang yang susah diperolehi, kemungkinan ianya boleh ditukar dengan seekor lembu yang mudah diperolehi. Dari segi saiz, memang nampak tak logik, tapi dari segi nilainya mungkin ianya berbaloi bagi penjual dan pembeli.

Begitu juga kalau kita kaitkan dengan kehidupan hari ni. Masih ada lagi sistem barter yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Contohnya, kita serahkan tugas dan hasil kerja kita setiap hari untuk ganjaran gaji bulanan dari majikan. Atau bagi yang berniaga, mereka cari modal untuk jalankan operasi perniagaan untuk dapatkan keuntungan di penghujung projek atau kerja mereka. Semua itu akan bertukar dari usaha kepada duit. Adakah usaha kita setimpal dengan duit yang diperolehi, itu kita kena tanya kepada pihak yang berada dalam ‘transaksi’ urusan tersebut.

Bagi yang bekerja makan gaji, mereka boleh tanya diri sendiri atau majikan ketika mengukur prestasi kerja mereka dengan ganjaran yang diperolehi. Adakalanya, prestasi kerja saja tak cukup, ada majikan perlukan sijil dan kelulusan tertentu untuk memberi ganjaran kepada pekerja mereka. Kalau itu yang digunakan, maka “sistem barter” yang diguna pakai mungkin akan memberi kelebihan kepada pekerja yang berkelulusan dan mempunyai kemahiran tinggi.

Apa jugak sistem ganjaran yang digunakan dalam kerja kita. Semuanya mengarah kepada satu matlamat, iaitu imbuhan kewangan yang bakal diperolehi. Dari duit itu jugalah nanti, kita akan gunakan untuk menyara hidup diri sendiri dan keluarga yang bergantung dengan kita.

Persoalannya, siapa yang mengawal semua ini? kalau kita yang mengawalnya, jadi hidup kita tak terikat dengan beban memikirkan bagaimana nak cari duit untuk teruskan hidup. Kalau bukan kita yang mengawalnya pula, maksudnya, masih jauh perjalanan kita untuk menentukan nasib dan hidup kita sendiri, nampak gayanya, terus-terusanlah kita perlu bekerja gigih untuk mendapatkan imbuhan yang ditetapkan oleh orang yang mengawal sistem transaksi tersebut.

Pening ke? huhuhu… dalam maksudnya tuuuu tuan-tuan untuk sama-sama kita fikirkan. Saja nak kasi tuan-tuan exercise minda sikit pagi-pagi Isnin ni :)

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Projek 7 Bulan Modal RM550K

Posted by on Saturday, 12 March, 2011

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Lama jugak aku tak update apa-apa. Sibuk bercampur “duri palas” sikit huhu..

Alhamdulillah, projek datuk keramat aku dah siap jugak akhirnya. Ada sikit-sikit je lagi nak dikemaskan dan difinalise, tapi rumah dah boleh duduk dah pertengahan Februari 2011 yang lepas. Masuk jugak sebelum kerja-kerja kemasan akhir dibuat atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

So far, takde major problem dengan rumah tu, meeting dengan contractor aku akan buat minggu ni untuk finalise setiap kerja-kerja kemasan dan outstanding claim yang perlu dibayar.

Bagi yang tertanya-tanya, berapa kos sebenar projek ni, aku boleh cakap dalam lingkungan 550K. Kos arkitek, submission kelulusan pelan, kos binaan dalam RM300K++ dan kos tanah adalah selebihnya. Loan approve dalam RM430K, selebihnya pakai modal sendiri dari tabung ayam.

Pening ke tak manage projek banglo sendiri ni?. Jawapan dia PENALOI. Apa kebende penaloi ni? PENING tapi BERBALOI huhu..

Pening sebab aku kena urus A to Z, dari fikirkan perancangan awal nak decide cara-cara nak cari modal, nak tentukan berapa kos, nak buat design rumah, cari arkitek, cari contractor, apply loan, bayar proses itu-ini, sign agreement itu-ini, decide tarikh mula projek, sediakan modal pusingan sebelum bank release progress claim, bayar installment loan bulan-bulan tanpa dapat apa-apa return, uruskan perpindahan family ke temporary shelter, uruskan isu-isu berbangkit semasa pembinaan, uruskan isu-isu dengan jiran tetangga yang buat hal, uruskan kerja-kerja electrical wiring, paip dan meter syabas, uruskan denda dan bayaran-bayaran yang dikenakan dan akan dikenakan penguasa tempatan, tepuk dahi sekali sekala bila terkena atau terperangkap, tenangkan hati bila tabung ayam dah hampir kosong, dan akhir sekali berdoa tak putus-putus agar projek ni berjaya.

List dia nampak panjang, tapi aku tak susun ikut kronologi dan tahap kronik atau tidak. Just nak sebutkan perkara-perkara yang perlu diuruskan kalau nak buat sendiri rumah kita. Kecik atau besar projek tu, cerita no. 2. Tapi proses dia hampir sama.

Yang paling best ialah, kalau kita ada modal tunai sendiri. Banyak benda boleh short-cut dan dipermudahkan. Contoh, kerja 7 bulan mungkin boleh disiapkan dalam tempoh 4 bulan sahaja. Sebabnya, kita boleh order barang terus dan kerja boleh dilakukan tanpa henti sebab claim kepada contractor kita urus sendiri, bukan tunggu bank release payment.

Selain dari tu, kalau kita cekap dalam project management dan pandai berkomunikasi secara efektif serta tegas, contractor atau supplier tak boleh kelentong kita. Kalau ada masalah, terus kita bincang dan cari penyelesaian segera. Macam tu, kita akan dapat kerjasama dan respect dari mereka, sebab tujuan kita tegur atau tanya bila ada isu ialah untuk menyelesaikan masalah, bukan untuk membuat masalah.

Rumah ni kalau nak diikutkan takdelah grand sangat. Aku buat design empat segi saja, simple tapi bolehlah untuk mak dan bapak mertua aku duduk compare dengan duduk di flat. Kesian tengok kaki abah aku tu, bengkak-bengkak sebab tak larat nak berdiri atau berjalan jauh. Mak mertua aku pulak, masa duduk sementara di GH aritu, terjatuh dalam bilik air masa dia demam. Sampai sekarang, kesihatan dia tak 100% pulih, terpaksa guna kerusi roda. Semua tu dugaan sementara nak tunggu kediaman lebih selesa siap.

Mari kita lihat apa pasal projek ni aku cakap berbaloi? Pertama, projek ni siap sebagai “hadiah” buat mertua aku. Mereka akan duduk di tingkat bawah. Kedua, dalam masa yang sama aku ada 3 buah rumah sewa yang fully furnish di tingkat 1. Salah satu unit rumah sewa tu mengadap KLCC, memang cantik view dia kalau waktu malam. Hasil sewaan rumah-rumah tu nanti, bolehlah buat cover installment loan rumah kitorang tu. Mudah-mudahan ada rezeki kami sekeluarga.

Bagi yang nak tahu lebih lanjut macam mana nak buat rumah sendiri dan kaedah nak cari modal dan sebagainya, aku nak tulis satu panduan ringkas dan mudah, tapi jangan tanya bila siap hehehehe.. mungkin tahun ni, mungkin tahun 2020, tapi kalau ada kesempatan terserempak aku kat mana-mana, bolehlah belanja air barli suam sambil dengar aku berceloteh pasal projek PENALOI :)

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Penting ke ada Medical Card?

Posted by on Friday, 21 January, 2011

Assalamualaikum sedara sedari, datuk-datuk tansri-tansri, hajjah dan haji sekelian. Amcam cuti hari Thaipusam semalam? penuh sesak shopping complex sekitar KL dengan manusia huhu… semua ambik kesempatan berehat-rehat sambil window shopping dengan family kan.. Kalau nak menempuh jalan dekat area Gombak-Batu Caves sana, memang cari nahas la time-time cuti macam tu.

OK, aku teringat satu cerita dari seorang kawan sebenarnya. Tak ingat pulak apa cerita awalnya, tapi yang main topic dia ialah pasal Medical Card – Kad Perubatan. Kebanyakan kita yang bekerja dengan syarikat swasta (atau GLC) dan sebagainya, akan diberikan kemudahan tanggungan rawatan dan perubatan oleh syarikat masing-masing. Kira macam protection plan untuk staff dan family members lah. Kalau sakit demam, pegi aje klinik, doktor check, ambik ubat atau masuk wad sekalipun tak payah pening2 nak bayar bill. Semua ditanggung beres ikut kelayakan masing-masing.

Tapi ada juga orang yang company tak tanggung kos rawatan kesihatan mereka. Ada yang bekerja sendiri, atau ada juga yang kelayakan mereka hanya sekadar untuk dapatkan rawatan di klinik dan hospital kerajaan saja.

Sedar, tak sedar kita ni semakin meningkat usia, dan pada kebiasaannya lah, bila usia meningkat, penyakit pun mudah untuk hinggap. Masa ni memang pening kepala kalau kos perubatan kita kena tanggung sendiri. Sekejap je surut duit simpanan dan aset cair lain yang kita ada.Silap hari bulan, aset macam rumah pun kena dileburkan (jual) untuk tanggung kos perubatan yang semakin meningkat.

Berbeza kalau kita ada support secukupnya. Bila ada kecemasan mendapatkan rawatan perubatan di hospital-hospital yang sesuai dengan kemampuan kita, perlindungan perubatan (medical card) kita akan cover. Kalau nak beratur di hospital kerajaan pun boleh, tapi tak ramai yang sabar dan tahan lah. Cuba la pegi melawat sekali sekala wad kelas 3 hospital kerajaan, bayangkan kena duduk berminggu-minggu. Menangis beb…

Berbalik pada cerita kawan aku tadi tu, dia cakap, ramai orang yang ambil mudah pasal perlindungan perubatan mereka.  Ramai yang ingat insurance untuk rawatan perubatan tak penting. Membazir, sebab tiap-tiap bulan bayar, tapi bukan kita pakai pun kadang tu. Dah ada kad perubatan dari syarikat, nak buat apa lagi. Betul jugak, aku dulu pun fikir macam tu.

Kawan aku cakap, tanggungan perubatan dari syarikat pun ada limit. Kita share ramai-ramai limit tu dari master package yang diambil oleh syarikat kita dengan insurance company. So bila dah cecah limit individu, dia pun tak boleh tanggung kalau penyakit pekerja dia tu tak sembuh-sembuh.

Kes ni pernah terjadi pada jiran aku dulu (dah arwah). Limit individu dia dah cecah, terpaksa balik rumah dan berubat cara kampung saja. Kesian jugak, sebab duit simpanan agaknya dah kering. Nak jadi as-sebab, akhirnya meninggal dunia. Masa-masa macam tu, dah agak terlambat dah nak register perlindungan insurans. Aku rasa dah tak boleh dah pun.

Satu lagi, insurans perubatan ni menurut kawan aku tu patut ada at least untuk diri kita sendiri. Kalau spouse bekerja, maybe dia pun boleh buat yang sama. Sebab anak-anak masih muda, kebanyakannya takde penyakit kronik, setakat sakit demam biasa, kad perubatan syarikat pun dah OK. Once diaorang tu dah besar dan bekerja, biar diaorang ambik pakej insurans perubatan sendiri. Kita pikir kita ni dulu. Bila lepas pencen nanti, sapa nak tanggung kos perubatan kita kalau sakit demam?

Di negara-negara maju, insurans perubatan ni dah jadi perkara lumrah. Semua orang ada insurans perubatan. Kalau takde insurans macam pelik, mungkin orang tu datang dari Planet lain hehehe..

Kalau nak cari medical card/insurans perubatan ni, kena lah pandai pilih dan faham apa pakej yang kita perlu ambik. Jangan main belasah aje tick benda-benda yang tak perlu pun.Nanti kita bayar benda yang tak perlu, so dah jadi membazir.Baca brosur dan penerangan setiap pakej dengan jelas. Dapatkan contoh-contoh senario supaya kita boleh sesuaikan dengan keperluan perlindungan kita.

Agen insurans yang berpengalaman dan jujur sepatutnya akan memberi maklumat lengkap tentang pakej dan coverage yang terbaik mengikut keperluan dan kemampuan pelanggan. Ini kira macam tanggungjawab dan pendidikan jugaklah, bukan nak kejar komisen semata-mata.

So, lepas kawan aku share macam-macam senario yang berlaku bila kita takde protection insurans perubatan ni, aku pun setuju dengan pendapat dia. Kalau kita plan nak pencen awal ke, nak make sure takde masalah dengan had kelayakan dan limit yang dicover oleh pakej rawatan perubatan dari syarikat ke, semua tu boleh  diringankan kalau kita ada Medical Card sendiri.

Cuma, setiap bulan, kita akan mencarum macam bayar insurans biasa. Sakit ke tak sakit, bayar tetap bayar. Kira macam kita pakai kereta. Accident atau tidak, insurans kereta tetap kena ada. Itulah herannya, kalau kereta, mesti kita akan make sure jangan kena accident, tapi insurans tetap kita ambik (selain dari terpaksa sebab nak renew road tax), kenapa pulak diri kita yang lebih penting ni kadang-kadang kita tak fikir pun pasal protection?

Fikir-fikirkan dan selamat berhari Jumaat :)

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Update Projek Rumah Datuk Keramat 30 NOV 2010

Posted by on Tuesday, 30 November, 2010

Entry kali ni lebih kepada nak share progress semasa rumahku syurgaku di datuk keramat, KL. So far so good, walaupun duit makin lama makin surut huhu…. adatlah beb, buat rumah memang laju macam air terjun je duit keluar.

Walaupun duit loan kita dapat, tapi duit sendiri tetap akan digunakan terutama projek yang menggunakan pinjaman yang ikut progress claim. Nanti kalau projek rumah ni dah siap 100%, aku cadang nak buat satu ebook pasal cara-cara nak buat rumah sendiri menggunakan duit pinjaman.. huhuhu.. ada ke orang nak baca nanti?

Minggu lepas, tingkat bawah rumah sedang dalam proses memasang plaster ceiling. Bilik utama dah disiapkan, tingkap pun dah pasang. Cuma nak tunggu tiles lantai dan pintu dipasang, lepas tu dah siap satu bilik, kecuali cat. Bilik ni perlu siap dulu sebab nak masukkan barang-barang dalam stor di luar rumah. Kerja-kerja pembersihan bahan binaan dan kayu-kayu yang tak perlu akan dibuat sebelum driveway, septic tank dan apron disiapkan.

Target rumah ni siap sepatutnya akhir tahun ni, tapi biasalah mesti ada delay punya atas sebab-sebab tertentu. Walaupun kerja-kerja besar kebanyakkannya dah siap, tapi kerja kecik-kecik ni banyak dan perlukan ketelitian terutama finishing work.

So aku agak, dalam pertengahan Januari atau awal Februari 2011 baru semua sekali akan siap kalau takde masalah lain yang mengganggu. Sementara tunggu projek ni siap, aku tengah update kesemua portfolio pelaburan semasa sebelum akhir tahun. Cadangnya, tahun depan aku nak start new project. Project ciput-ciput je, tapi profit margin dia menarik. Tungguuuuuuuu….. :)

Cuti sekolah ni, aku tak plan lagi nak bawak family aku bercuti ke mana. Company aku pulak dah mandatekan (cuti paksa) cuti tahunan untuk semua staff dari cuti hari krismas sampai ke awal tahun. So nak tak nak, memang semua orang kena cuti dan tak payah datang office hehe. Jimat letrik kot, sebab kalau ramai yang bercuti, office tetap kena ON macam biasa walaupun 5% je yang datang. Bijak jugak idea HR ni untuk penjimatan.

Korang yang tak tau nak gi mana, boleh jugak pergi melawat ke pameran pertanian kat MAHA 2010, di Serdang. Dengar kata banyak gerai pameran dan macam-macam benda lagi yang ada. Tempat parking dia luas, tapi kena jalan jauh. Rasanya elok pegi belah pagi la sebelum tempat tu jadi padat dan sesak.

Selamat bercuti bagi kawan-kawan yang layan bercuti sekolah macam anak-anak. Hati-hati ketika memandu, musim hujan ni jalan licin, pokok banyak tumbang, so lebihkan waspada dan doa.

Suka tak? klik Like, tweet atau +1