Analisa Teknikal Emas 06.09.2011 @ 12.27pm

September 6, 2011 Posted by

Mood raya masih membara ni. Balik dari beraya, terus tengok emas wakakaka.. support orang rumah yop. Dia dok semangat nak melabur dalam emas ni. So, aku tolong la tengok-tengokkan chart dan buat analisa mudah.

Ingat tak aritu, emas dah cecah harga USD1900 per ounce. Semalam dan hari ni, dia cecah lagi harga kat area situ. Kalau kita tengok chart, macam nak buat double top formation untuk daily chart masa aku dok tulis entry ni. Tapi daily chart ni tak abis lagi, kena tunggu dia complete market hari ni baru dapat confirmed pattern untuk hari ni.
Read the rest of this entry »

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Kisah Usaha Gigih Pengutip Barangan Terpakai

August 27, 2011 Posted by

Dah sampai kampung ke dah yop? ke ada yang masih sangkut dalam jem kat lebuhraya? hati-hati sikit memandu time-time raya nih. Kereta banyak, jalan sesak, pemandu-pemandu ramai yang hilang sabar bila dah tersangkut lama-lama dalam jem.

Raya kali ni, aku tak balik awal ke kampung. InsyaAllah lepas zohor raya pertama nanti baru aku bergerak balik ke Kuantan. Biasanya, takde jem dah kalau balik waktu macam ni.

OK, kali ni aku nak share cerita pasal pengutip barangan terpakai (kita singkatkan jadi PBT lah). Korang sure pernah terserempak dengan mereka ni kan. Ada macam-macam kategori PBT. Ada yang bawak lori pickup, ada yang naik motor, ada yang naik basikal (ada yang modify basikal jadi roda tiga) dan ada jugak yang jalan kaki bawak kereta sorong (atau trolly pasaraya – musykil dari mana dia dapat, ke cilok? hehe).
Read the rest of this entry »

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Macam Mana Nak Gunakan Duit Raya Anak-Anak?

August 26, 2011 Posted by

Hehehe.. korang yang ada anak-anak sure suka kan kalau time-time raya ni. Nak pulak, kalau anak-anak yang bawah umur 6 tahun. Sebab apa aku cakap macam tu? biasa budak2 yang belum reti nak menilai pasal duit ni, bila dapat duit raya, kita yang pegangkan (atau mak dia lah). Kena kita berjaya round rumah orang sampai 100 buah darab RM2 hengget (standard la tu) dah RM200 yop.

Kalau ada yang dapat lebih tu, lagi la masyuuuk. Aku ingat dulu, masa aku kecik-kecik, biasa dapat duit raya 10 sen, 20 sen dan abis tinggi pun 50 sen. Collection keseluruhan untuk satu musim perayaan, tak akan lebih RM30. Dapat duit tu, boleh buat beli mercun, mainan dan makanan ringan puas-puas hahaha.. memang takde wawasan la nak menyimpan ke apa.
Read the rest of this entry »

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Analisa Teknikal Pasaran Emas Tengah Malam 24 Ogos 2011

August 25, 2011 Posted by

Hehehe.. mimpi apa pulak ni buat analisa tengah malam. Takdelah yop, ada kawan-kawan interested nak tau, macam mana nak “baca” market guna teknik candlestick dan technical indicators. So, aku nak cakap banyak2 pun tak reti sangat kalau dalam telefon, itu yang aku rasa elok aku share guna gambarajah atau chart tu sendiri, senang kita nampak dan tengok sama-sama.
Read the rest of this entry »

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Market Sebelum Cuti Hari Raya

August 23, 2011 Posted by

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Apa macam persiapan raya korang? Sure sakan nih, tiap-tiap minggu shopping complex sesak dengan manusia hahaha.. aku takleh pegi wei kalau dah ramai-ramai sangat ni. Nak cari parking pun susah. Nasib baik lah, mem pandai curi-curi masa sebelum ni pegi beli siang2 lagi baju budak-budak. Kalau tak, aiyo… tak sanggup weii berasak-asak masuk shopping complex.
Read the rest of this entry »

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Bekerja dari Rumah

August 18, 2011 Posted by

Aku rasa ramai yang simpan impian nak bekerja dari rumah (work from home) atau pun istilah formal dia panggil teleworking atau SOHO (small office home office). Dalam takrifan lebih dalam lagi, lebih seronok kalau bekerja dari rumah tu, untuk diri sendiri. Maknanya kita boss, kita jugak kuli (pekerja). One-man-show.

Aku rasa dulu-dulu pernah aku cerita pasal keperluan macam mana kalau nak buat kerja dari rumah, iaitu kena ada komputer, talian telefon, Internet, mesin faks dan printer (all-in-one lagi bagus).
Read the rest of this entry »

Suka tak? klik Like, tweet atau +1