Posts Tagged fcpo

Kisah Sahabat Yang Pencen Muda

Posted by on Tuesday, 3 January, 2012

Assalamualaikum yop. Awal-awal tahun ni, sure ramai yang ambik cuti untuk uruskan persekolahan anak-anak. Terutama yang ada anak nak masuk tadika atau darjah satu. Sure kena temankan diaorang sekejap, ada tu 2-3 hari dok ulang alik ke sekolah haha..

Aku takde anak yang darjah satu tahun ni, so takde la pening sangat nak uruskan. Yang dah sekolah menengah lagi la senang, pesan aje suruh cikgu tulis berapa yuran atau buku nak kena beli, nanti kita uruskan kemudian. Tak kuasa nak beratur menunggu giliran nak bayar yuran macam masa diaorang kecik dulu.

Masa aku hantar anak yang no. 2 tadi balik ke asrama, sorang kawan di office lama call. Biasa kalau dia call mesti ada cerita menarik. Mula-mula dia tanya apa azam tahun baru aku. Aku jawap macam tahun-tahun lepas jugak, takde yang spesifik. Dia cakap, azam dia tahun lepas dah tercapai, tahun ni dia punya azam untuk jadi fulltime CPO trader. Dia dah hantar surat berhenti kerja bulan lepas. 2 minggu lagi dia akan mulakan hidup baru – pencen muda.
Read the rest of this entry »

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Analisa Teknikal FCPO 14.09.2011 @11.00 AM

Posted by on Wednesday, 14 September, 2011

Assalamualaikum yop dan yong. Hari ni aku nak share pulak pasal analisa teknikal pasaran hadapan minyak sawit mentah (future crude palm oil – fcpo) atau CPO untuk traders dan bakal traders fcpo. Asyik share pasal analisa emas, kang korang boring pulak.

Market FCPO ni pun sama macam komoditi-komoditi lain. Ada naik, ada turun. Tujuan kita nak buat analisa atau bacaan market semasa ialah untuk membantu kita buat order yang betul. Samada order baru (buy or sell), order untuk ambik profit (close position) atau pun order untuk “cut loss” (elakkan kerugian besar).
Read the rest of this entry »

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Kisah Beri Taklimat Bidan Terjun pasal Futures Market

Posted by on Tuesday, 9 August, 2011

Minggu sebelum puasa bermula (akhir bulan 7), aku dan Don (trader fcpo yang dah berbelas tahun trade fulltime) berkesempatan melawat rakan-rakan traders lain di JB. Don cakap, jemputan dibuat last minute oleh sorang member dia, so dia taktau nak ajak sapa sebab nak pegi hari Jumaat masa market live (diaorang suruh Don share tips realtime).

So, Don ajak aku temankan dia pasal tuan Jai (pie) sure akan buat alasan nak kena ambik anak pukul 5pm hehehe. Kitorang naik flight lepas subuh dari LCCT ke Senai dan dijemput ala menteri hal ehwal dalam negeri oleh Farhan, Akmal dan Rahman huhu.. lepas salam-salam serba sedikit, kami macam dah kena culik, terus di bawa dengan kereta sport super-pantas Rahman ke satu hotel di Skudai untuk memberi taklimat pada geng-geng mangsa-mangsa lain.
Read the rest of this entry »

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Kisah RM1K dan RM20K

Posted by on Wednesday, 23 March, 2011

Lama aku tak borak pasal FCPO or CPO atau dalam bahasa melayu pasaran hadapan minyak sawit mentah yang diniagakan di Bursa Derivatif Malaysia (MDEX).

Jangan salah paham, bila aku tak sentuh apa-apa pasal CPO, bukan bermaksud aku dah “lari” dari portfolio pelaburan ni, tapi lebih kepada takde apa nak cerita lagi sebab masih tak dapat memantapkan diri ke tahap yang aku harapkan, so baik berguru dan menimba ilmu lagi di samping mempertajamkan skill dan kemahiran untuk trade like a pro.

Dalam pada tu, banyak jugak lah cerita-cerita dari kawan-kawan seangkatan pasal suka duka traders CPO yang ada di market. Macam-macam cerita, ada yang membuatkan kita teruja, ada yang biasa-biasa saja (ada untung, ada rugi) dan ada juga yang membuatkan kita simpati, sebab loss.

Loss bukan sikit-sikit yop, kalau setakat ratus-ratus tu takde apa kalau dalam dunia CPO ni. Ini ada yang sampai ratus ribu loss dia. Mati akal dan mati segala benda yang boleh mati lah bila terkena macam tu. Itu belum kita ambik kira institutional traders macam syarikat-syarikat besar. Kalau diaorang ni loss, boleh makan juta-juta ringgit yop. Bagi traders anak bilis, setakat ribu-ribu tu memang biasa lah.

Sebab tu, dulu aku pernah sebut, sapa nak masuk melabur dalam pasaran saham, sila gunakan duit dari lebihan pendapatan, profit, bonus, dividen, jumpa dalam tempayan atau dalam bahasa mudah – “the money that you’re willing to lose”. Kalau takde duit dari sumber lebihan ni, janganlah beranikan diri untuk membuat pinjaman peribadi, pinjaman Ah Long, Ah Beng atau Ah-Ah-Ah mana tahan.. nanti berpinau bijik mata kena saiko dengan market dan kawan-kawan.

OK, itu cerita pedih ulu hati dari mereka yang kurang berjaya (buat masa ni, tapi satu hari, kalau cekal dan sanggup belajar memperbaiki kesilapan dan disiplin diri yang tinggi, tak mustahil boleh berjaya), kita tengok pulak cerita orang yang dah berjaya. Aku ambik contoh orang yang rapat dengan aku sendiri lah, sebab aku boleh tengok sendiri bukti dia.

Sorang ni, start trade dalam pasaran saham dah lama, aku rasa sejak 1995 gitu. Tapi dia tak pernah diperkenalkan pada CPO. Baru tahun lepas aku start share dengan dia pasal CPO. Sebabnya kami satu pejabat, so memang senang lah nak borak. Lepas setahun, dia dah kena macam-macam ujian. Dia ni kamikaze sikit, aku pun naik takut cara dia masuk market. Tapi kelebihan dia, dia kental dan cepat kaji kelemahan untuk perbaiki cara dia trade. Sekarang ni, alhamdulillah, mantap dia yop. Untuk 3 bulan pertama tahun ni saja, dia dah kaut 20K dari margin yang dia ada (margin dia 100K). Not bad kan, 20% dalam masa 3 bulan.

Sorang lagi pulak, kitaorang panggil “Mat 5 point”. Dia trader intraday tegar (istilah untuk trade yang tidak hold selepas market tutup). Bila volatility market cantik, dia akan tersenyum girang, sebab dia akan kerap keluar-masuk position untuk memukat. Bulan ni, dia dok capai average profit 1K daily dengan bermodal 1lot margin (sekarang margin Rm7250 per lot).

So, makin ramailah aku nampak orang berminat nak cari kelas belajar CPO bila tengok ada yang berjaya dapat untung ribu-ribu. Baguslah, sebab benda ni halal. Syariah compliance mengikut apa yang diwartakan oleh Panel Syariah suruhanjaya sekuriti Malaysia (SC). So, bila ada peluang, tak salah kita mencuba.

Cuma satu je pesanan ikhlas dari aku, jangan teruja sebab untung dia ribu-ribu, tapi teruja sebab cabaran dia pun bukan senang. Ada yang dah duduk dalam market ni berbelas tahun, baru nampak kejayaan. So, takde jalan pintas. Mesti sanggup belajar sabar, tahan emosi, fokus dan tak merungut. Mesti tahu buat risk management, dan banyak bertawakkal, bukan berjudi nasib macam tikam ekor.

Buku banyak, kelas pun dah banyak. Tapi nak tahu teknik terbaik dan indicator apa nak pakai, itu kena banyak-banyak mengkaji dan test. Tak semestinya indicator ada berpuluh-puluh, tapi bila nak baca pergerakan real-time market terkebil-kebil. Sistem trading biar simple, tapi ampuh dan jitu. Untung-rugi, itu kena assess setakat mana kita sanggup ambik.

OK tua-tuan, ada berani? :D

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Baca Chart Sampai Berpinau Bijik Mata

Posted by on Sunday, 22 August, 2010

Lama tak borak pasal FCPO (Future Crude Palm Oil). Walaupun aku jarang cerita pasal ni, sebenarnya aku tetap trade macam biasa. Part time trader je hehehe..

Ada yang suggest pakai sifir 1:3 bila masuk position. Modal atau equity mesti ada 3 kali ganda dari margin untuk 1 lot. Baru sedap sikit nak pasang pukat. Bila against market dan kita masih yakin dengan trading system kita, masih boleh hold position sampailah break takat yang kita tetapkan untuk ambik risk.

Market sejak bulan lepas lagi agak volatile. Maksud dia, naik-turun agak ketara. Memang sesuai untuk trade. Sebabnya, anggaran mata naik-turun sehari adalah dalam lingkungan 30 ke 80 mata. So, kalau betul perkiraan dan bacaan, insyaAllah ada rezeki (dan ada juga rugi kalau tersalah bacaan).

So far, aku tengah ujikaji trading system tiap-tiap hari. Bila malam je, aku bukak balik charting system untuk tengok dan analisa daily candlestick beserta indicator-indicator yang digunapakai. Sambil-sambil tu, dok monitor jugak pergerakan harga minyak mentah (CL) dan minyak soya (BO) di market US sebab esoknya, nak tau kat mana Asian market akan react kepada perubahan harga trade di US.

Termasuk juga, kena tahu prestasi export data CPO yang biasanya dikeluarkan oleh ITS dan SGS serta kedudukan indeks-indeks utama Bursa seluruh dunia dan tukaran matawang serantau.  Kalau rajin, boleh juga monitor minyak soya dan palm olein di indeks DALIAN commodity exchange di China. Semua ni adalah fundamental analysis untuk bantu kita gandingkan dengan technical analisis yang kita buat berdasarkan candlestick pattern, indicators dan trend line.

Bukan semudah yang disangka untuk betul-betul jadi successful trader. Kena rajin membaca, mengulangkaji, mencuba dan tekun membaiki kesilapan-kesilapan yang lepas. Perbincangan dengan rakan-rakan trader juga banyak membantu ketika membuat analisa pasaran. Ada yang bukak forum perbincangan, ada yang gunakan kemudahan “shoutbox” dan tak kurang juga share info dalam email. Yang penting, idea dan perbincangan ini banyak membantu kita bersedia masuk market dengan maklumat yang betul.

Musuh utama trader ialah perasaan tamak dan pertimbangan kurang waras. Ini biasa berlaku pada sesiapa pun. Bila nak untung, macam-macam dugaan timbul. Bila dah rugi pulak, macam-macam perasaan yang menguji. Yang masuk dalam bidang ni memang faham situasi-situasi sebegini. Kena ada clear goal, good proven system dan emosi yang teguh untuk berjaya dalam bidang ni. Selebihnya, berserah kepada Allah bila usaha dan keputusan dah dibuat.

Kat bawah ni, aku share weekly chart selepas market ditutup 20 August 2010 yang lepas (Jumaat). Candle minggu lepas open 728 dan close 544. Nampak macam bearish, mungkin jugak correction phase belum berakhir. Agak-agaknya ke mana market nak pegi minggu depan bila kaunter kembali dibukan pada hari Isnin 10.30 pagi :)

FCPO Weekly Chart - 20 August 2010

Suka tak? klik Like, tweet atau +1