Semalam kawan aku Bob ajak minum2 di Taman Melati. Mula tu ingat nak ke TT PMC, tapi sebab dah lama Bob dok ajak nak minum, next time lah join korang kat Ramal Junction.
Kitorang gerak dari rumah aku agak lewat jugak, pukul 11.30pm dari Cheras. Jalan memalam ni best jugak, traffic dah tak sesak dan dapat nikmati keindahan KL waktu malam. Tapi kalau terlalu lewat, naik menyampah pulak sebab ada pemandu dan penunggang kenderaan yang dah “weng” main-main atas jalanraya.
Sampai di Tmn Melati, kitorang lepak kat restoran D’Mamak, port biasa bebudak ERU (geng motor). Order air dan mula lah start borak-borak. Mulanya cerita pasal motor, lepas tu slow-slow masuk pasal investment.. hahah takleh lari dah kalau borak ngan aku sekarang ni.. mesti terjah jugak nak cerita pasal investment.
Bukan apa, kadang2 kita nak dengar jugak cerita orang berniaga macam Bob kawan aku tu. Dia contractor binaan kelas F. Dah berpuluh tahun dah dalam dunia contractor nih. Macam-macam projek dia dah buat. Jatuh bangun, untung rugi tu semua dia dah rasa. Orang macam aku yang dok makan gaji ni memang takde pengalaman cenggitu.
So, bila dia bukak cerita macam mana dia survive dalam meniaga ni, aku pun pasang telinga dan cuba kutip maklumat-maklumat yang berguna sebagai panduan. Mana tau, kot-kot aku nak ceburkan diri dalam fulltime business ke nanti, ada jugak tips yang boleh diguna pakai.
Tak lama lepas kitorang dok borak-borak tu, dad (abang Baha) pulak sampai. Kebetulan dia pun dalam bidang sama dengan bob, contractor. Makin rancak lah borak kitorang pasal pengalaman diaorang buat projek.
Tiba time aku pulak, dad tanya, apa yang paling hebat dalam bidang IT. Spontan aku jawab – Software!. Sebenarnya banyak lagi benda yang hebat dalam bidang IT, tapi yang paling power nak buat duit ialah kalau korang pandai buat software atau application.
Sebab apa aku cakap macam ni?, tengok saja Bill Gates, contoh popular manusia terkaya di dunia (aku tak sure tahun ni dia masih no #1 dalam list Forbes atau tidak). Dia kaut untung melalui penjualan operating system Windows dan juga aplikasi-aplikasi lain yang dikeluarkan Microsoft Corporation.
Sejarah asal Microsoft memang menarik untuk dijadikan contoh bagi mereka yang nak berkecimpung dalam industri perisian (software). Lepas beberapa tahun ditubuhkan, Microsoft dapat first big commercial job masa IBM nak keluarkan personal computer mereka yang pertama – IBM PC sekitar tahun 1980 menggunakan microprocessor Intel 8088.
Selepas mereka berjaya membekalkan MS-DOS (Mircosoft Disk Operating System) kepada IBM, perjalanan business software mereka mula berkembang dengan pesat. Bayangkan semua PC di dunia ni majoriti menggunakan operating system dan software yang dihasilkan Microsoft. Memang senang je diaorang ni buat duit berjuta-juta setahun.
Di Malaysia, kita ada MSC (multimedia super corridor) project di Cyberjaya. Macam-macam geran dan dana yang kerajaan sediakan untuk syarikat-syarikat IT di Malaysia untuk keluarkan produk mereka untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Kebanyakan geran dan dana tu diaorang gunakan untuk fund R&D projects.
Yang best pasal geran ni, tak perlu bayar balik. Just make sure project proposal power gila, make sure project is commercially viable dan ada contribution pada negara dan masyarakat, insyaAllah ada peluang untuk strike peruntukan dari TechnoFund, ScienceFund, dan macam-macam fund lagi yang diwujudkan.
Ada jugak fund dalam RM50K tak silap aku (lama dah tak check) untuk orang perseorangan yang ada aplikasi atau projek yang nak dikomersilkan. Kalau under company pulak, boleh apply bigger fund kalau ada projek yang powerful dan ada potensi besar untuk berjaya.
Sebab tu aku cakap, sapa yang power dalam programming, memang boleh buat duit. Bukan di Malaysia saja, seluruh dunia memang cari very good programmer (must be very good! not an average Joe punya programmer la.. hehe..).
Aku dah terjebak jauh dalam dunia networking dan system integration, so nak patah balik buat program ni agak “masak” jugak lah hehehe (alasan). Tapi bagi adik-adik yang masih tertanya-tanya apa kebenda yang patut korang apply masuk ke course IT atau computer science, aku suka galakkan korang focus dalam software engineering. Besar potensi kerjaya dan business pada masa depan.
Aku tau, ramai student IT/CS yang tak suka programming subject sebab nak kena buat coding yang susah-susah. Rugi woooo… korang belajar la betul2.. kalau ada cita-cita nak jadi kaya raya. Bayangkan boleh kerja freelance saja, tapi boleh buat projek worth RM50~RM100K kalau kena gaya. Dapat secure 2 job je setahun, dah boleh lepak goyang kaki. Of course, network korang kena power jugak untuk dapat job-job dari pasaran.
Biasanya orang-orang yang “power” ni, orang yang cari dia, bukan dia cari orang. Itu tak masuk lagi kalau korang pandai apply geran dan fund dari kerajaan. Dapat duit free lagi.
Kadang-kadang info-info macam geran dan fund ni tak sampai kepada kita sebab kita “malas” nak cari (hahaha.. Fizal mesti tak setuju aku cakap orang kita malas, pasal dia cakap sebenarnya orang kita “tak tau”).
Ish.. jom kita buat software!..hehehe


