Aku teringat cerita Fizal masa sesi teh tarik dengan rakan-rakan bloggers PMC bulan lepas.
Fizal cerita pasal ada orang kampung yang buat kerja simple je, kutip pucuk ubi, jual kat restoran dan kedai makan yang nak bekalan ulam kampung. Katakan seikat pucuk ubi (agak2 segenggam diameter) dia jual RM1.00. Kalau sehari boleh jual 100 ikat, dah dapat RM100. Kalau 30 hari dah RM3,000.
Huhu, itu baru pucuk ubi. Kalau dia jual jantung pisang jugak, pucuk paku, kangkung, daun limau purut, bunga kantan, kunyit, lengkuas, serai, daun kesum dan macam-macam lagi sayur-sayur kampung, cuba darabkan berapa sebulan boleh dapat..hahahaha silap gaya gaji eksekutif pun kalah bang.
Betul la pepatah melayu ada menyebut, berbudi pada tanah takkan rugi. Nak tanam pokok ubi bukan susah mana pun. Pacak aje, pastu tunggu dia besar dan keluarkan daun. Pastu dah boleh petik pucuk dia. Sekarang trend orang dah kembali suka makan ulam dan sayur kampung. Restoran masakan kampung pun memang ngetop dan dapat sambutan hangat kat bandar-bandar.
Pasaran yang banyak macam ni memang sesuai dengan usaha pakcik-pakcik penjual sayuran kampung. Itu pun stok masih tak cukup. Demand melebihi bekalan. Cuba bayangkan kita export pucuk ubi ke luar negeri pulak. Pakej sekali dengan sambal belacan cantik-cantik dalam pek sejuk beku..hahahah.. Pak Arab pun silap-sila suka makan pucuk ubi cicah sambal belacan bila kita demonstrate cara makan kat diaorang.. huhu..
Kita ni bertuah sungguh. Bumi Malaysia ni hampir semua pokok boleh hidup subur. Tapi tak ramai yang sanggup berjemur tengah panas, bermandi peluh dan bau ketiak masam untuk usahakan tanaman untuk tujuan komersil. Abis kuat pun, menanam setakat nak makan sendiri. Tak cuba kaji prospek pasaran yang masih belum diteroka.
Kalau orang Jepun yang kurang tanah tu pun macam-macam teknologi yang diaorang reka nak tanam sayur secara komersil, kita yang berlambak-lambak tanah terbiar, tak diusahakan. Nak harap orang kampung, mungkin sebab pendidikan dan pendedahan mereka kurang, so takleh salahkan mereka.
Alangkah bagusnya kalau graduan2 Universiti yang keluar takde kerja tu cuba komersilkan sayur kampung ni. Memang dah ada yang mulakan, tapi berapa kerat je sanggup. Ramai yang lebih suka apply masuk maktab atau kursus KPLI. Berebut2 isi borang dan pergi temuduga dengan harapan dapat jadi cikgu sebab dah takde kerja lain. Matlamat apply jadi cikgu sebab nak gaji, bukan sebab minat mendidik. Kesian anak murid terpinga2 dapat cikgu takde motivasi.
Kalau betul nak cari duit, apa kata explore benda yang orang tak buat pulak. Bukan benda haram pun, benda halal. Pajak la tanah orang ke, sewa tanah TNB ke (dekat area menara pencawang tu, bukan dalam pencawang! cari nahas apa..ahaha), tanah tepi rel keretapi ke (kat Kajang aku tengok penuh je orang tanam sayur, sah2 bukan orang kita tu), tanah tepi paya ke (tanam kangkung boleh hidup) dan macam2 tanah lagi. Takkan nak tunggu orang gali tanah kubur baru nak explore… huhuhu.. innalillah…
Aku rasa lah, paling sengkek pun boleh dapat RM2,000 sebulan. Boleh la tu. Kerja sendiri, pastu masa terluang boleh explore buat benda lain lagi. Peram tempe ke (best apa tempe, ada orang cakap kulit muka boleh putih, takyah cucuk botox hahhaa..) income lagi.. ish.. aku rasa lah, kalau orang pemalas je takleh buat duit kat Malaysia ni.
So kepada adik2 yang dah nak abis belajar kat Uni tu, toksahlah berebut2 gi mintak borang KPLI lagi. Bagi lah peluang kepada cikgu cikgi yang benar-benar layak dan minat nak jadi cikgu apply. Korang merosakkan masa depan anak bangsa je nanti kalau jadi cikgu hahahaha… Baik korang jual pucuk ubi, lagi loaded!.


