Posts Tagged koperasi

Kerja Bersama Sama

Posted by on Sunday, 5 July, 2009

Posting yang lepas aku dok cerita pasal macam mana good networking boleh bantu kita dapat peluang baru yang boleh ditukar jadi duit. Kalau korang tak jelas lagi, mari aku bagi contoh yang berlaku hari semalam. Ini benda yang benar-benar berlaku, bukan main-main.

Semalam telah dilangsungkan satu mesyuarat pre-AGM Koperasi Hartanah Selangor Berhad. Koperasi apa pulak ni?. Haa.. ini lah dia koperasi yang ditubuhkan hasil idea dan “networking” yang dibina oleh pie2020 dan pembaca blognya.

Kalau dulu orang tubuh koperasi di organisasi tempat mereka bekerja, di kampung-kampung, dalam sektor pertanian, perniagaan dan sebagainya. Sekarang pembaca blog dah tubuh koperasi! hahaha.. jangan tak caya.

Ini semua sebab networking mereka dah mula kuat. Dah bermacam-macam test dah dibuat sebelum idea penubuhan koperasi ni betul-betul direalisasikan. Contoh, geng-geng bloggers PMC ni sudah berulangkali JV sesama sendiri untuk bid hartanah-hartanah yang menarik. Kadang tu macam tambah lauk je diaorang masuk auction.

Bila momentum dan keyakinan dah mula kuat, tiba masa untuk mengorak langkah lebih jauh dengan modal yang lebih besar. Memandangkan banyak kelebihan yang boleh diperolehi melalui koperasi, idea ini digarap selama berbulan-bulan sebelum ianya berjaya direalisasikan dalam mesyuarat pre-AGM semalam.

Selepas ni, kita akan sama-sama saksikan bagaimana KOHARTA (koperasi hartanah selangor berhad) digerakkan oleh ahli lembaga pengarah yang terpilih. Berkat sokongan dan networking sedia ada yang semakin kuat, insyaAllah takde apa yang mustahil.

Tinggal lagi, semua ahli dan ALP kena kerja bersama-sama untuk naikkan KOHARTA. Banyak peluang-peluang baru akan diteroka. Kepada setiap ahli, harap dapat sama-sama beri sokongan bila diperlukan.

Kat bawah ni gambar masa mesyuarat sedang dijalankan. Bloggers buat koperasi! hehehe.. nothing is impossible.

Suka tak? klik Like, tweet atau +1