Archive

Posts Tagged ‘passive income’

Loan Percuma Untuk Anak

July 9th, 2009 md 10 comments

OK murid-murid hahaha.. hari ni kita belajar matematik pulak. Memandangkan matematik dan sains akan kembali diajar dalam Bahasa Melayu (atau bahasa Ibunda masing-masing), cikgu harap murid-murid boleh faham kisah ni..

Opps berangan jadi cikgu pulak huhu..

2 hari lepas,  aku dapat 1 email dari seorang “senior” dalam mailing list alumni sekolah Teknik Kuantan. Dia dok cerita kepayahan dia nak sara anak-anak yang nak masuk Universiti. Dia kata, kalau boleh PTPTN releaselah loan tu cepat sikit. Sengkek mak bapak yang tak mampu nak biaya pendidikan anak-anak kat U tu.

Aku rasa macam nak balas email tu, nak share dengan “abang” tu pandangan aku. Tapi macam malas pulak nak karang email panjang2, lagipun pandangan aku tu mungkin tak best pun (alasan..haha)

Kalau korang lah dalam situasi abang tu, apa option yang ada untuk sara kos pendidikan anak-anak dia selain dari mohon bantuan PTPTN atau penaja lain?. Gadai gelang?. Gadai tanah? Jual kereta? Jual rumah? Jual baja?

Hehe. macam juruukur boleh la jual baja taik ayam, pasal dia bela ayam. Macam kita? baja apa yang ada..huhu..

OK, pada “pemandangan” (pandangan) aku, kita boleh cipta “loan” kita sendiri untuk anak-anak kita yang akan masuk U. Bagi yang dah ada caruman insuran pendidikan atau simpanan kat bank untuk anak-anak tu pun bagus. Teruskan mencarum.

Contoh yang aku nak cerita ni mungkin sesuai untuk pasangan yang masih muda dan anak-anak majoriti masih lagi di alam persekolahan. Yang dah veteran pun boleh jugak, kena ubahsuai sikit je teknik ni.

Kita tau pelaburan dalam bidang hartanah adalah antara cara best untuk kita generate passive income. Kita beli (dari auction atau sub-sale) pada harga yang murah (di bawah harga pasaran) dan kita boleh jual semula kepada pembeli pada harga pasaran.

Ataupun, hartanah tersebut kita boleh sewakan dan duit kutipan sewa boleh digunakan juga untuk membiayai bayaran bulanan pinjaman kita dengan bank. Biasanya, bila hartanah tu kita beli bawah market value, sudah tentu loan dia murah kan, so ada la untung sikit lepas tolak loan bank.

Sedar tak sedar, hartanah-hartanah yang kita kumpul tu juga boleh dijadikan pelan pembiayaan pendidikan anak-anak kita. Macam mana pulak tu?..

Katakan 10 tahun akan datang, anak (atau anak-anak) kita dah mula nak masuk U. Masa tu katakan dah takde dah biasiswa, melainkan kepada pelajar yang super-cerdik dan ultra bijaksana saja. Apa jadi dengan murid yang average Mat (Joe) saja?. Kesian kat diaorang kan. Kos nak masuk degree di Universiti swasta dalam negeri sekarang dalam harga RM60K.

Katakan 10 tahun lagi kos dia dah jadi RM200K. Mak aiii, banyak tu. Mana nak cekau duit banyak tu kalau tak buat loan kan. Kalau anak sorang je, maybe ada la kot simpanan kita dari KWSP ke, tabung haji ke, bawah bantal ke. Tapi kalau anak 5 orang macam aku?..hahaha.. parah tu.

Sebab tu, rumah-rumah yang kita ada boleh menyelamatkan keadaan. Katakan kita beli low cost dengan harga RM60K hari ni. Loan bulan2 dalam RM300. Rumah tu kita sewakan RM450. RM150 masuk kocek (woi!.. simpan bank/ASB/tabung haji/beli emas la woi..haha).

Lepas 10 tahun, tibalah masanya anak kita jumpa kita cakap “Abah, saya dapat offer U ABC ni.. tapi kos dia macam nak beli kepala kapal terbang. Camne ni bah?”. Masa tu, kita buat la lakonan sikit. “Emmmm… banyak jugak tu ye“. Slow-slow kita susun ayat. “takpelah, nanti abah ikhtiarkan” .

Kalau anak yang dah dilatih main Cashflow101 dari kecik, dia sure tau dari mana bapak dia nak dapatkan duit.  Tapi bagi anak-anak yang tak tau, korang bolehlah buat “surprise” kat diaorang. Takyah apply loan PTPTN pun still boleh masuk U.

Masa ni kita boleh refinancekan rumah-rumah kita tadi (home flexi ke apa ke), atau jual je pun leh dapat berpuluh-puluh ribu profit. Duit tu dah boleh cover setahun dua pengajian dia sebelum kita “cairkan” aset-aset lain.

Simpan rumah banyak-banyak tapi takleh digunakan untuk tujuan baik macam pendidikan anak-anak pun buat ape ye tak?. So sebaik-baiknya, bila korang dapat je anak baru, lepas azan dan iqamat, terus gi bid rumah auction satu lagi hahaha… ye la.. katakan umur 17 tahun dia masuk U, ko ada masa 17 tahun untuk pegang aset tu untuk “up”kan value dia. Best ke tak best?

So kalau ada 5 orang anak, at least korang kena ada 5 low cost flat. Lagi bagus ada medium cost. Lagi super bagus ada condominium! wow!, memang takyah takut pun kalau anak nak sambung study ke oversea. Anak bapak!!!..

Satu lagi, itu pasal elok kawin cepat2 hehehe.. bila anak-anak besar, umur kita masih muda (kalau Allah bagi umur kita panjang), still boleh buat refinance sebelum umur 65tahun/70 tahun.. wow! power root!.

Paham kan?.. best la anak-anak takyah pening bayar loan PTPTN bila dah abis belajar. Kalau dia “anak bertuah”, kalau dah kerja tu, tolong-tolong la setelkan loan refinance rumah kita tu tadi hahaha..

Jom diskas kasi mantop lagi idea ni.. rasa2 boleh beat insuran pendidikan tak?.. kalau boleh beat, takde insuran pendidikan pun takpe lah.