Archive

Posts Tagged ‘pembantu’

Pembantu Rumah

June 30th, 2009 md 15 comments

Sekarang ni heboh isu pembantu rumah Indonesia didera majikan. Akibatnya, kerajaan Indonesia dah bekukan permohonan dan kelulusan warganagera Indonesia yang nak kerja sebagai pembantu rumah di Malaysia.

Ada yang suka guna maid sebab tak perlu kelam kabut waktu pagi untuk siapkan anak dan kelengkapan sebelum mereka ke tempat kerja. Tambahan pulak, maid boleh kemas rumah, basuh baju, masak, dan lain-lain tugas di rumah. Boleh lah tuan rumah releks sikit. Kalau nak calculate dari segi kos, kalau anak dah lebih dari 3 orang, rasanya lebih jimat ada maid.

Katakan suami dan isteri dua-dua bekerja (banyak duit diperlukan setiap bulan untuk bayar loan rumah, loan kereta, belanja dapur, duit sekolah anak-anak, pemberian kepada ibu-bapa, jalan-jalan, bayar bil utiliti dan macam-macam kos lagi). Kalau tak bekerja siang-malam, macam mana nak “cover” semua tu betul tak?. Nak tak nak, urusan di rumah diserahkan kepada maid.

Tu pasal orang yang dah biasa ada maid, bila takde maid boleh pening kepala dibuatnya.

Cadangan dari Dayang Lily (komentar di TheStar, klik untuk berita penuh) juga menarik. Kita kini dalam era teknologi maklumat yang serba canggih. Komputer dan Internet access (menerusi streamyx, WiMax, 3G, GPRS, dial-up, etc) membolehkan kerja boleh dibuat dari mana sahaja. Kalau ada kakitangan yang perlu berada di pejabat pun, ialah mereka yang terlibat secara terus dengan pelanggan sahaja. Yang lain-lain tu, boleh diberi option untuk bekerja dari rumah jika memenuhi kriteria yang ditetapkan majikan dan kerajaan.

Contoh, jika pasangan bekerja mempunyai anak bersekolah dan memohon untuk menjaga sendiri anak mereka sambil bekerja, mereka boleh diberikan peluang untuk bekerja secara “tele-working” dan dipantau prestasi kerja mereka untuk satu tempoh percubaan. Jika ada mesyuarat atau perjumpaan, ianya boleh dibuat di waktu anak-anak telahpun berada di sekolah atau pun sebelah malam (jika perlu) bila pasangan mereka telah pulang ke rumah untuk menjaga anak-anak ketika isteri atau suami perlu bermesyuarat.

Tapi dengan aplikasi seperti Skype, Yahoo Messenger, MSN Messenger dan macam-macam aplikasi PC conferencing percuma yang ada sekarang ni, mesyuarat boleh dibuat sambil ibu mendodoikan anak atau pun sedang memasak!.

Aturan kerja yang fleksibel dan menetapkan deadline sepatutnya boleh cuba dilaksanakan di Malaysia. Dengan menyediakan kaedah kelayakan pemohon, merit atas prestasi kerja dan sebagainya, tidak timbul soal ada yang akan “ambil peluang” bila kebenaran diberikan untuk bekerja dari rumah. Kalau betul mereka “curi tulang” atau “ambil peluang”, perkara ni boleh dilihat dari hasil kerja mereka. Kalau kerja tak siap atau dengan standard yang rendah, tarik balik kelonggaran cara bekerja mereka.

Apa gunanya ada prasarana Internet dan teknologi yang canggih sekadar digunakan untuk chatting, downloading musics/video clips, dan aktiviti santai sahaja. Inilah masanya untuk kita gunakan sebaik mungkin kemudahan tersebut untuk produktiviti pekerja. Bekerja di mana sahaja tanpa mengganggu urusan keluarga dan syarikat. Kalau ini benar-benar boleh dilaksanakan, saya yakin semua ISP di Malaysia akan senyum lebar sebab ramai yang akan subscribe service mereka.

Jika tidak, pilihan lain yang kita ada ialah bekerja sendiri (atau berhenti kerja). Ini lah antara kegunaan passive income yang kita nak develop. Bila passive income kita kuat, tak de masalah untuk salah seorang dari kita (suami atau isteri) sacrifice berhenti kerja untuk jaga anak-anak sambil uruskan hal di rumah waktu siang. Bila keadaan dah kembali OK, mungkin boleh continue kerja balik atau boleh buat part time dari rumah saja.

Tapi rasa-rasanya, kalau passive income dah boleh cover duit belanja tiap-tiap bulan tanpa ganggu komitmen lain (contoh bayar loan), nak kerja balik ke?.. hehehe..

Categories: Umum Tags: , , ,