Posts Tagged perancangan kewangan

Pencen Dengan Hutang atau Tanpa Hutang?

Posted by on Thursday, 29 September, 2011

Setiap orang bekerja pasti akan tiba masanya hari tua (kalau panjang umur) dan waktu pencen. Waktu pencen biasanya dalam lingkungan umur 55 hingga 60 tahun. Ada juga yang ambil option bersara awal. Pendek kata, setelah berpuluh tahun kita bekerja (terutama yang makan gaji), kita akan berhenti kerja secara mutlak, dan bermulalah kehidupan baru sebagai warga tua.

Apa pasal aku nak bukak cerita pasal pencen dan hari tua ni yop? Bukan apa, aku terbaca satu report di CNBC (http://www.cnbc.com/id/44074468). Report ni cakap, langkah menyelesaikan pinjaman perumahan sebelum bersara bukan lagi langkah terbaik bagi bakal pesara jika mereka ingin mengekalkan gaya hidup (lifestyle) yang diimpikan.
Read the rest of this entry »

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Macam Mana Nak Gunakan Duit Raya Anak-Anak?

Posted by on Friday, 26 August, 2011

Hehehe.. korang yang ada anak-anak sure suka kan kalau time-time raya ni. Nak pulak, kalau anak-anak yang bawah umur 6 tahun. Sebab apa aku cakap macam tu? biasa budak2 yang belum reti nak menilai pasal duit ni, bila dapat duit raya, kita yang pegangkan (atau mak dia lah). Kena kita berjaya round rumah orang sampai 100 buah darab RM2 hengget (standard la tu) dah RM200 yop.

Kalau ada yang dapat lebih tu, lagi la masyuuuk. Aku ingat dulu, masa aku kecik-kecik, biasa dapat duit raya 10 sen, 20 sen dan abis tinggi pun 50 sen. Collection keseluruhan untuk satu musim perayaan, tak akan lebih RM30. Dapat duit tu, boleh buat beli mercun, mainan dan makanan ringan puas-puas hahaha.. memang takde wawasan la nak menyimpan ke apa.
Read the rest of this entry »

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Minat Melabur Dalam Diri dan Keluarga

Posted by on Saturday, 6 August, 2011

Dah macam iklan Amanah Saham Nasional (ASN) masa aku kecik-kecik dulu pulak tajuk posting ni hehe. Sapa ingat iklan tu? yang budak kecik tu tanya ayah dia (arwah Ahmad Merbawi) lepas tengok bapak dia buat dek je bila van kaunter bergerak ASN datang ke kampung mereka.

Budak tu tanya, “ayah tak melabur?”. Ayah dia menung sejenak (mungkin sebab dia fikir, ada faedah ke melabur ni), lepas tarik nafas dalam-dalam baru dia jawab “Nak, kau belajarlah rajin-rajin, sampai masuk Universiti, ayah akan melabur, dan terus melabur demi masa depan kita” huhuhu.. ingat lagi aku skrip dia yop.
Read the rest of this entry »

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Beli Kereta Baru atau Beli Rumah Baru?

Posted by on Tuesday, 26 July, 2011

Korang ada adik-adik yang masih belajar kat Universiti atau IPT tak? Pernah tak sembang-sembang dengan diaorang apa perancangan mereka lepas habis belajar? Aku pun ada sorang adik bongsu ni, dah abis dah semester akhir degree dia, sekarang tengah latihan praktik dan lepas tu terus boleh kerja.

Masa balik kampung 2 bulan lepas, dia tumpang aku balik since masa tu aku pun balik sorang2. So, dalam perjalanan tu, borak-borak la pasal macam-macam. Salah satu topik yang kami sembang ialah pasal abang aku suruh adik aku ni once kerja nanti beli kereta baru. Sebab dia kata, bila dah kerja, ada gaji, so baik beli terus kereta nanti duit gaji tak “hilang” ke tempat lain.
Read the rest of this entry »

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Biar Papa Asal Bergaya?

Posted by on Sunday, 12 July, 2009

Biasa dengar kan kata-kata musibah hikmat kat atas tu?.. hehe.. memang best bergaya nih. Toksah kata korang, aku pun suka hahaha.. walaupun tak ensem, tapi kalau pandai bergaya boleh tahan gak kembang lubang hidung bila orang tengok kita atas bawah…wahahaha..

Cuma satu je yang tak berapa nak best, asyik nak bergaya punya pasal, lama-lama boleh jadi papa (bukan paparock!, ini papa kedana wei!). Hoh, ramai dah terkena dah sindrom papa ni. Dari sekecil2 kepapa-an, sampailah papa tahap Godzilla terbang! (godzilla boleh terbang ke?, aku tak tau..haha)

Kadang-kadang, bukan tak tau akibat dan malapetaka yang boleh menimpa bila “over” bergaya. Kalau duit berkepuk dalam poket, membuak2 dalam bank, emas pulak berkilo2 dekat bawah katil, suka hati korang lah nak bergaya sakan pun. Ini tidak, sesetengah tu lebih rela makan maggi (dapat iklan percuma Nestle hari ni) daripada tak dapat beli gincu (akak, jangan marah saya, saya tak sengaja bagi contoh ni).

Akibatnya, duit takde, hutang melambak. Cukup bulan, orang lain seronok bawak anak-anak atau boipren/gelpren jenjalan, ahli persatuan papa seMalaysia (APAM) dok garu kepala tak gatal nak bayar hutang lapuk. Lagi parah kalau ada yang terjebak dengan AhLong bukit beruntung!.

Sampai bila kita nak ikut nafsu berjoli sakan tanpa perancangan. nak berjoli boleh, tapi biarlah kita dah siapkan peruntukan “dana joli”  dari apa yang kita usahakan selain dari duit gaji bulanan – passive income la tu, apa lagi.

Nak create dana joli ni macam-macam cara dah orang dok buat sekarang. Korek2 lah cerita lama dalam ni atau blog2 geng PMC yang lain. Bersepah2 dah diaorang dok cerita. Macam-macam versi dan skrip dah diolah untuk sampaikan cerita yang hampir sama. Tapi kalau mata dok terkatup taknak bukak jugak, sendiri mau ingatlah tuan-tuan yang mulia sekelian.

Kalau korang naik kereta, sure suka bukak radio kan (ye lah, ada orang suka bukak VCD!, kete aku takde VCD player! haha). Aku suka dengar radio IKIM.fm, pasal dia ada borak2 pagi yang boleh tahan bestnye. Kadang2 awal pagi lagi dia dok siar ceramah atau tazkirah. Apa pasal orang bagi ceramah dan tazkirah topik dia hampir sama dan berulang?. Aku rasalah, tak lain tak bukan sebab nak ingatkan kita betapa peri pentingnya perkara tu untuk kita amalkan, ye tak?.

Begitu jugaklah dengan perancangan kewangan kita. Bukan matlamat utama nak jadi jutawan dan mewahwan (maaf DBP, tak sengaja merosakkan bahasa) pun. Sekadar nak elak dari masalah terjerumus dalam kancah hutang tak berkesudahan. Walaupun, kadangkala kita terpaksa “create” hutang untuk melabur, hutang untuk pelaburan ni dikategorikan jenis “hutang baik”. Hoh!, ada pulak hutang baik, hutang jahat?.

Harap-harapnya, korang takdelah masalah jadi papa sebab nak bergaya. Kebanyakan yang aku kenal, memang pandai2 semuanya dalam bab uruskan kewangan.

Aku saja je nak share benda ni untuk ingatkan diri sendiri. Sebab kadang2 “teruja” jugak nak merasa pakai BMW GS1200! wahahahhaa..

Suka tak? klik Like, tweet atau +1