Ramai yang bercita-cita ingin mencapai kebebasan kewangan. Tak kiralah samada anda masih bekerja, menganggur atau seorang pelajar.
Kebebasan kewangan sering digambarkan melalui jumlah wang simpanan yang banyak, jumlah aset dan hartanah, portfolio pelaburan dan pendapatan yang dijana tanpa had dan yang paling penting secara berterusan. Inilah yang diidamkan oleh ramai orang.
Namun, adakah mudah untuk mencapai kebebasan kewangan tanpa perlu bersusah payah?. Ada orang rezeki mereka memang murah, petik jari sahaja, berkepuk-kepuk duit masuk. Golongan marhain (kebanyakan) macam anda dan saya, tak ada cara mudah selain dari berusaha dengan gigih di samping memantau (monitor) perkembangan pengurusan kewangan kita dari masa ke semasa.


