Photographer for Hire
Aku dah lama berfikir pasal hobi yang satu ni, iaitu photography. Dah banyak jugak duit aku habis beli kamera, beli lens, beli filter, beli external flash, beli battery grip, beli camera beg, beli tripod dan macam-macam gadget lagi untuk hobi fotografi ni.
Rasa-rasa tak kurang dari RM6,000 dah habis kalau dicampur-campurkan. Korang mungkin kata membazir aje kan beli barang2 ni semua. Tapi ada orang beli lens saja dekat RM12 ~ RM15 ribu selamba je. Haha, tapi bila dah sanggup beli lens memahal macam tu, sure mereka bukan ambik gambar as a hobby lagi. Ada yang charge RM15,000 sekali ambik gambar..hahah best kan.
Aku jugak pernah bayar untuk attend seminar fotografi dan beli buku-buku pasal fotografi sejak main dengan analog SLR dulu lagi. Semuanya pasal nak tahu lebih mendalam teknik, ilmu dan cara-cara mengambil gambar dengan lebih baik.
Ada orang memang “gifted” dengan kebolehan mengolah subjek dan suasana menjadi sesuatu yang sungguh luar biasa. Ada orang perlu berlatih dan belajar terlebih dahulu sebelum mereka dapat kuasai kepakaran mengambil gambar.
Rata-rata cikgu fotografi yang aku jumpa akan cakap benda yang serupa. “It’s not the camera that will determine a good photo, it’s the photographer behind the camera”. Memang betul pun. Kalau bagi camera mahal dan canggih sekali pun, tapi tak tau nak compose subject dengan betul, tak tau pegang camera dengan betul, gambar yang dihasilkan sure hancus!.
Sebab tu, takyah rasa malu kalau guna camera murah, janji kita tau guna camera tu dengan betul dan tau “guna mata hati” masa nak compose subject, gambar-gambar yang dihasilkan pasti menarik dan cantik.
Berbalik kepada tajuk kat atas tu (photographer for hire). Aku bukan beria-ia sangat nak buat duit dari fotografi ni. Aku just nak explore potential market dan sambil tu boleh jugak “fund” aku punya hobby untuk dapatkan lens dan gadget yang lebih berkualiti. Sampai bila nak guna duit tabung ayam kan hehehe.
Kalau sapa-sapa nak cuba perkhidmatan aku, boleh masuk web fotografi aku di http://foto.deraman.com. Tak banyak lagi portfolio yang ada, sebab aku baru nak serious doing this. Gambar2 lain ada dalam link yang aku letak di photo gallery Flickr. Boleh masuk dan tengok.
Kalau korang ada event nak pakai jurugambar, tak kira lah majlis kahwin ke, akad nikah ke, bersunat anak ke, nak ambik gambar main dengan anak-anak kat taman ke, birthday ke, atau majlis-majlis tertentu, bolehlah contact aku untuk diskas pasal pakej. Email aku nan (a) deraman_dot_com.
Ni pun satu option passive income jugak. Turn your hobby into money!
Recent Comments