Posts Tagged sawit

Kisah RM1K dan RM20K

Posted by on Wednesday, 23 March, 2011

Lama aku tak borak pasal FCPO or CPO atau dalam bahasa melayu pasaran hadapan minyak sawit mentah yang diniagakan di Bursa Derivatif Malaysia (MDEX).

Jangan salah paham, bila aku tak sentuh apa-apa pasal CPO, bukan bermaksud aku dah “lari” dari portfolio pelaburan ni, tapi lebih kepada takde apa nak cerita lagi sebab masih tak dapat memantapkan diri ke tahap yang aku harapkan, so baik berguru dan menimba ilmu lagi di samping mempertajamkan skill dan kemahiran untuk trade like a pro.

Dalam pada tu, banyak jugak lah cerita-cerita dari kawan-kawan seangkatan pasal suka duka traders CPO yang ada di market. Macam-macam cerita, ada yang membuatkan kita teruja, ada yang biasa-biasa saja (ada untung, ada rugi) dan ada juga yang membuatkan kita simpati, sebab loss.

Loss bukan sikit-sikit yop, kalau setakat ratus-ratus tu takde apa kalau dalam dunia CPO ni. Ini ada yang sampai ratus ribu loss dia. Mati akal dan mati segala benda yang boleh mati lah bila terkena macam tu. Itu belum kita ambik kira institutional traders macam syarikat-syarikat besar. Kalau diaorang ni loss, boleh makan juta-juta ringgit yop. Bagi traders anak bilis, setakat ribu-ribu tu memang biasa lah.

Sebab tu, dulu aku pernah sebut, sapa nak masuk melabur dalam pasaran saham, sila gunakan duit dari lebihan pendapatan, profit, bonus, dividen, jumpa dalam tempayan atau dalam bahasa mudah – “the money that you’re willing to lose”. Kalau takde duit dari sumber lebihan ni, janganlah beranikan diri untuk membuat pinjaman peribadi, pinjaman Ah Long, Ah Beng atau Ah-Ah-Ah mana tahan.. nanti berpinau bijik mata kena saiko dengan market dan kawan-kawan.

OK, itu cerita pedih ulu hati dari mereka yang kurang berjaya (buat masa ni, tapi satu hari, kalau cekal dan sanggup belajar memperbaiki kesilapan dan disiplin diri yang tinggi, tak mustahil boleh berjaya), kita tengok pulak cerita orang yang dah berjaya. Aku ambik contoh orang yang rapat dengan aku sendiri lah, sebab aku boleh tengok sendiri bukti dia.

Sorang ni, start trade dalam pasaran saham dah lama, aku rasa sejak 1995 gitu. Tapi dia tak pernah diperkenalkan pada CPO. Baru tahun lepas aku start share dengan dia pasal CPO. Sebabnya kami satu pejabat, so memang senang lah nak borak. Lepas setahun, dia dah kena macam-macam ujian. Dia ni kamikaze sikit, aku pun naik takut cara dia masuk market. Tapi kelebihan dia, dia kental dan cepat kaji kelemahan untuk perbaiki cara dia trade. Sekarang ni, alhamdulillah, mantap dia yop. Untuk 3 bulan pertama tahun ni saja, dia dah kaut 20K dari margin yang dia ada (margin dia 100K). Not bad kan, 20% dalam masa 3 bulan.

Sorang lagi pulak, kitaorang panggil “Mat 5 point”. Dia trader intraday tegar (istilah untuk trade yang tidak hold selepas market tutup). Bila volatility market cantik, dia akan tersenyum girang, sebab dia akan kerap keluar-masuk position untuk memukat. Bulan ni, dia dok capai average profit 1K daily dengan bermodal 1lot margin (sekarang margin Rm7250 per lot).

So, makin ramailah aku nampak orang berminat nak cari kelas belajar CPO bila tengok ada yang berjaya dapat untung ribu-ribu. Baguslah, sebab benda ni halal. Syariah compliance mengikut apa yang diwartakan oleh Panel Syariah suruhanjaya sekuriti Malaysia (SC). So, bila ada peluang, tak salah kita mencuba.

Cuma satu je pesanan ikhlas dari aku, jangan teruja sebab untung dia ribu-ribu, tapi teruja sebab cabaran dia pun bukan senang. Ada yang dah duduk dalam market ni berbelas tahun, baru nampak kejayaan. So, takde jalan pintas. Mesti sanggup belajar sabar, tahan emosi, fokus dan tak merungut. Mesti tahu buat risk management, dan banyak bertawakkal, bukan berjudi nasib macam tikam ekor.

Buku banyak, kelas pun dah banyak. Tapi nak tahu teknik terbaik dan indicator apa nak pakai, itu kena banyak-banyak mengkaji dan test. Tak semestinya indicator ada berpuluh-puluh, tapi bila nak baca pergerakan real-time market terkebil-kebil. Sistem trading biar simple, tapi ampuh dan jitu. Untung-rugi, itu kena assess setakat mana kita sanggup ambik.

OK tua-tuan, ada berani? :D

Suka tak? klik Like, tweet atau +1

Kisah Sawit Dulu dan Kini

Posted by on Monday, 6 July, 2009

Cerpen hari ni, aku nak cerita pasal kelapa sawit pulak hehehe..

Kelapa sawit ni memang ada kena-mengena rapat dengan aku. Lepas aku lahir je ke dunia ni, 6 bulan lepas tu ayah dan mak aku dapat offer masuk rancangan Felda di Bukit Kuantan, Pahang.

Memandangkan masa tu pun, ayah aku hidup susah kat kampung. Keje tak menentu, bak kata orang, kais pagi makan pagi. Musim bersawah, dia ambik upah kerjakan sawah, kadang tu sanggup naik keretapi dari Kelantan ke Kedah semata-mata nak ambik upah banting padi. Berapa sen sangatlah upah dia dapat, tapi dari pada poket kering, gagahkan jugaklah merantau cari rezeki.

Kalau takde keje sangat pun, dia akan bantu ayah dia jaga kerbau ngan lembu. Itu aje lah kerja di kampung untuk sara anak yang dah masuk 4 orang masa tu. Resmi orang susah, asyik kena sindir dan dihina sebab selalu mintak bantuan dan ihsan keluarga dan saudara mara.

Terdesak dengan kesempitan hidup, offer masuk Felda diterima walaupun terpaksa tinggalkan kampung halaman. Sanggup masuk hutan yang baru diteroka bagi tanaman kelapa sawit. Antara inisiatif Allahyarham Tun Abdul Razak dulu.

Aku yang masih baby ni dikendong bersama-sama masa pindah dari Kelantan ke Pahang.  Seriau gak dengar cerita masa awal-awal duduk Felda. Apa binatang buas yang takde, semua masih ada lagi merayau-rayau dekat hutan berdekatan. Malam-malam lagi la binatang2 tu merayau2 dekat tepi rumah. Tambah pulak ayah aku antara batch pertama ditempatkan kat situ, basically binatang buas lagi banyak dari orang. Kalau korang penah tengok filem Lurah Bilut, cenggitu la senario dia.

Fast forward. Hari ni, ayah aku masih lagi dengan sawitnya. Ada kebun 10 ekar, dah dapat geran atas nama dia dah, dan dapat lagi suku ekar tanah tapak rumah. Not bad kan, at least berbaloi jugaklah dengan penat lelah dia selama ni. Aku tak cerita lagi kat dia, camne dia boleh “buat duit” dan passive income dari semua tanah2 tu tanpa perlu jual pun. Nak cerita pun kena tengok time jugak, kang tak pasal2 dituduh nak exploit rete mak bapak hahaha…

Yang aku nak relate sekarang ialah hari ni aku pun dah mula berkecimpung dengan sawit.. hehehe.. tapi bukan usahakan kebun ayah aku atau kebun sawit sendiri, aku belajar trading minyak sawit mentah.

Pernah dengar kan, FCPO (future crude palm oil)? Kira macam main stock market biasa jugak, tapi yang ni produk dia minyak sawit. Shariah compliant, so tak perlu was-was pasal halal haram. Ada sikit perbezaan dengan stock market di Bursa Malaysia. Kita kena cekap buat Technical analysis (TA) dan Fundamental analysis (FA).

Penghujung tahun lepas (tak silap aku), sifu Putra dibantu sifu Hanan buat kelas FCPO untuk member2 PMC. Ekslusif kelas ni sebab hanya terbuka kepada mereka yang follow blog pie2020 aje. Aku kira antara yang bernasib baik masuk batch pertama kelas FCPO dengan sifu Putra.  Sekarang ni dah beberapa sesi telah dijalankan. “Graduan” kelas tu pun dah start real trade FCPO.

Apa yang aku belajar dalam kelas tu memang banyak. Sampai ke hari ni, tak semua aku reti apply pun. Belajar nak tengok graf. Pahamkan candlestick, gunakan indicator, analisis fundamental news dan macam-macam lagi. Tapi yang paling penting ialah macam mana nak park order bila semua indicator dah confirm ikut trend dan momentum semasa. hahaha.. yang ni lah paling susah nak apply.

Sifu putra cakap, kena “main” atau real trade baru dapat “feel” dia.

Lepas abis kelas tu, modal takde lagi, so setakat apply “paper trade” saja lah. Margin untuk 1 lot masa tu lebih kurang RM8,000. Margin tu boleh naik dan turun ikut keadaan. Biasa FBR (future broker representative) akan maklumkan kalau ada perubahan.

Nak main FCPO ni takleh main belasah aje. Kena paham hakikat “spend the money that you’re willing to lose”. Elok kalau kita guna lebihan duit (samada dari bonus ke, dividen ke, profit pelaburan lain ke, etc.) untuk jadikan modal FCPO. Kalau guna duit gaji, takut nangis je bila loss huhu..

April 2009, aku start bukak akaun FCPO dengan FBR Apex Securities Berhad. HQ dia kat Kajang, so senang la nak pegi situ. Aku letak modal untuk 1 lot je dulu plus sedikit “buffer” untuk margin call. Proses dia tak susah mana pun, isi borang, transfer duit masuk akaun, dapat trading ID, dah boleh trade dalam masa seminggu dua gitu.

Lepas account dah aktif, aku tak terus trade sebab tak berapa confident nak park order hahaha.. ye la, buatnya salah park selamba loss. 1 point = RM25.00, kasi kira sendiri la kalau hilang 50 points ka..heheh.. sapa yang tau, tentu paham kan perasaan loss berpuluh-puluh point dalam 1 trade session saja.

Ni contoh cara nak park order FCPO yang aku praktik hasil tunjuk ajar sifu putra lepas dah confirm dengan semua indicator yang kita guna pakai:

Aku: “Hallo this is <nama aku>. I want to place an order. Sell stop @2100 limit 2099. Buy back at @2090 (10 points profit). Cut loss @2110 (10 points)” — Ni kalau kita nak park Jual dulu, Beli kemudian kalau market trend tengah bearish (harga sedang jatuh).

FBR: “wait a moment. OK your order has been keyed-in.”

Aku: “Call me once my order triggered. TQ”

FBR:“OK, I’ll call you”.

Lepas je park order, bolehla buat kerja lain. Sekali-sekala boleh jenguk chart tengok trend dan indicator. Kot2 order tak trigger lagi, boleh cancel atau ubah order. Kalau order triggered, masa ni lah yang berdebar tunggu FBR call balik. Samada kita akan dapat profit or loss. FCPO ni zero-sum game, takde win-win situation. Either you win or lose. Sebab tu kena belajar dari yang mahir teknik dan disiplin masuk pasaran.

Sekarang ni, kalau ada masa dan sempat monitor chart, aku memang akan masuk pasaran bila confident dengan all indicators. Ambik profit pun kecik je, dalam 3~6 points. Target aku tahun pertama just nak maintain RM500~RM1000 sebulan melalui FCPO. Still dalam stage belajar.

So, kalau ayah aku jual buah sawit kat kampung, aku plak jual sawit virtual (pasaran hadapan). Kira bapak borek anak rintik lah ni..hehe..

Kepada yang masih blur ape kebende FCPO ni, nanti aku share website2 yang korang boleh get some idea on this thingie. Lepas tu boleh pujuk sifu Putra buat kelas special untuk korang. Biasa offer kelas sifu putra ni limited saja. Rajin-rajin la masuk forum PMC :)

Suka tak? klik Like, tweet atau +1