Posts Tagged skim pencen gemilang

Skim Pencen Gemilang

Posted by on Saturday, 27 June, 2009

Haha.. mari diskas pasal pencen lagi.. ye lah, orang lain dah ramai cerita camne nak masuk rumah auction. Camne nak ukur dan jual beli tanah, camne nak jual-beli emas dan macam-macam investment lagi. Kat sini aku nak cerita pasal persiapan untuk pencen.. ok ke?.. huhu.

Pencen ni tak semestinya untuk orang tua-tua je (opss.. orang veteran). Orang muda belia pun kena ada perancangan pencen sebab semua orang akan berhenti kerja samada secara wajib (dah sampai umur bersara) atau pun dah ambik VSS (voluntary separation scheme) atau pun memang nak berhenti sebab dah taknak bekerja.

Kalau nak pencen, kita patut ada “steady” passive income. Kalau nak harap duit KWSP, ada laporan kat mana tah, 3 tahun je duit KWSP boleh bertahan. Tambah pulak, serba serbi sekarang dah mahal. Buatnya umur korang panjang, lepas 3 tahun tu nak cari mana duit beli beras?. Itu yang kita nampak orang “veteran” tahap atuk dan nenek dok menjual lagi di gerai-gerai tepi jalan untuk tampung perbelanjaan hidup mereka. Kesian kan.

Tak dinafikan, ada jugak golongan “veteran” yang bukak gerai jualan sekadar untuk  isi masa lapang, macam makcik dan pakcik jual nasik lemak dekat perumahan saya. Makcik tu just nak bergaul dengan masyarakat, bila ada gerai nasik lemak, aktiviti tu boleh dibuat secara tak langsung. Kadang-kadang saya seronok jugak layan berborak masa beli nasik lemak dengan mereka.

Banyak woo pengalaman hidup yang mereka share. Free je dapat nasihat dan pengalaman first-hand dari diaorang ni. Mana nak dapat.. nasihat hidup camtu pun kena kira “passive income” jugak, sebab kita takyah bayar macam seminar motivasi yang mahal-mahal tu..

Kalau kita merancang skim pencen kita sendiri, tak perlu lah tunggu umur 65 tahun baru nak pencen. Silap haribulan, lagi awal dari tu dah boleh duduk rumah goyang kaki. Kaum-kaum ibu sure suka kan, boleh lepak kat rumah main dengan anak-anak, tapi duit bulan2 masuk dalam akaun.

Bayangkan, umur tak masuk 40 tahun lagi dah boleh lepak kat rumah. Bukan sebab malas nak bekerja, tapi sebab kita ada pelan pencen yang mantap, so kita ada option untuk berhenti awal untuk tumpukan pada benda lain yang lebih best. Ada orang suka berkebun, ada yang suka ternak ayam itik, dan tak kurang yang nak lepak-lepak jaga anak (cucu) je kat rumah.

Kalau kita tengok orang yang berjaya, masa dia kerja sikit, tapi pulangan dia dapat berlipat ganda. Itu yang kita nak belajar. Macam mana nak develop strategi investment yang boleh bagi pulangan yang baik dengan kerja yang minima. Ini bukan skim cepat kaya!, ini skim pencen gemilang (SPG).

Sebab apa kita kena ada skim pencen gemilang sebelum kita bersara?. Kita sure taknak hidup merempat menyusahkan orang lain masa tua atau masa pencen nanti kan. Kena pulak masa tu kesihatan kita tak menentu, mahal tau bil perubatan kalau dah tak bekerja. Sapa yang nak tanggung semua tu?.

Kalau harap duit KWSP, berapa lama pun dapat bertahan. Lepas dah habis, mana kita nak korek lagi?.  Aku bukan saja nak reka-reka cerita. Tapi ni hakikat yang kita akan jumpa satu hari nanti. So, masa kita masih sihat walafiat dan diberikan rezeki dan kudrat untuk berusaha, better manfaatkan sebelum terlambat.

Cuba senaraikan apa yang kita dok buat sekarang. Ada tak yang berpotensi jadi passive income?. Kalau korang tengok list tu kosong, hoh!.. kena buat something lah mula dari sekarang. Paling tidak pun, kita mulakan dengan list pertama iaitu “saving”. List ni jatuh tempat pertama sebab ianya adalah disiplin no.1 sebelum nak create apa-apa passive income.

Saving ni tak semestinya jumlah dia besar. Yang kita nak budayakan ialah, tabiat menyimpan dan berhemah dalam perbelanjaan. Kalau masa kita masih bekerja, duit gaji akan bantu “cover” perbelanjaan harian dan committment kita yang lain-lain.

Tapi bila kita pencen nanti, duit saving dan passive income lah yang akan digunakan. So, kalau tak mula disiplinkan amalan menyimpan dan hemah berbelanja dari sekarang, skim pencen ciptaan kita susah nak berjaya. Kita boleh mulakan dengan peratusan (%) saving yang minima, dan boleh ditingkatkan mengikut jumlah pendapatan bersih yang kita dapat setiap bulan.

Camne nak tambah pendapatan bersih? Ini lah tujuannya kita wujudkan network di kalangan kita. Ramai yang dah tunjukkan jalan untuk kembangkan portfolio pelaburan dan teknik-teknik “power” untuk tingkatkan pendapatan kita samada secara pasif mahupun aktif!.

Tinggal lagi, kita kena buat analisa terhadap objektif dan matlamat pencen kita nanti. Kalau kita just nak ada duit pencen sekadar nak beli beras dan ikan, so keperluan skim pencen gemilang kita sekadar itu juga lah. Tapi kalau kita nak SPG yang lebih lumayan, maka kreativiti dan effort kita juga mesti lebih dan harus dimulakan dari sekarang. Bak kata orang, merancang untuk berjaya juga adalah langkah permulaan untuk berjaya.

So mari kita share, apa yang korang dah rancang untuk skim pencen masing2. KWSP tu one of them. ASB, tabung haji dan lain-lain simpanan tu dah kira syarat wajib sebab kita memang kena buat saving. Cuba list yang lain lagi. Dari situ kita boleh susun dan diskas jadikan item-item yang boleh kita praktik sama2.

Let’s do it togeder geder..hehe

Suka tak? klik Like, tweet atau +1